PH15

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 15-

Rasanya sudah dari tadi Arissa mundar mandir di biliknya. Tak tenang sungguh hatinya bila mengetahui Qadri sedang berdua - duaan dengan Bunga.

Letih, Arissa merebahkan punggungnya di birai katil. Layar telefon dikerling tapi tak ada satu pun balasan dari Qadri.

" Hmm... kenapa dia marah aku eh? Ke dia masih sayangkan Bunga macam perempuan - perempuan tu cakap? Tengok dari cara dia tanya and care dekat Bunga tadi... macam iya je?"

Hati Arissa tiba - tiba terasa seperti tercucuk duri. Sakitnya. Nafas ditarik dan dihembus perlahan - lahan. Pipinya ditepuk - tepuk supaya fikirannya tidak mengerewang jauh.

" Ish, tak mungkinlah. Qadri stres je... Qadri stres... betul! Tapi kenapa dia cakap aku selfish?"

Aku tak selfish... aku cuma cemburu aje...

Ketukan pintu membawa kejut lalu pantas dia berlari mendapatkan pintu. Haraplah minah tu tak ada. Amin!

Saat pintu dibuka, hatinya yang merentang marah ditahan - tahan tatkala pandangan matanya disajikan dengan Qadri yang tersenyum - senyum berbual dengan Bunga.

" Pergi mana? Takkan buat report polis sampai tiga jam?" Soal Arissa setelah dua manusia itu seakan tidak tersedar pintu sudah dibuka.

" Risa—," Senyuman yang tertayang di bibir Qadri terus saja terpadam melihat riak wajah Arissa yang tiada warna.

Allahuakhbar... dia marah. Aduh! Bodohnya kau Qadri... mestilah dia marah!

Tak sempat Qadri dapat menjawab, Bunga terlebih dahulu mencelah.

" Maaf Kak Risa. Bunga ajak abang minum sekejap dekat Bober Cafe sana. Ingat nak minum sekejap je. Sedar - sedar dua jam kat situ." Bunga tersenyum sumbing, pura - pura polos.

Arissa nyata terguris hati dan tertanya - tanya. Dua jam minum - minum? Apa yang dibualkan sampai sebegitu lama?

" Minum? Sampai dua jam? Hmm, apasal kau tak pergi tidur je dalam bilik Di?"

" Sayang... janganlah fikir macam tu." Qadri jadi tak senang bila Arissa kata begitu.

Bila mana tangannya mahu meraih jemari Arissa yang melekap pada daun pintu, Arissa terlebih dahulu melangkah jauh ke belakang.

" Sorry akak... Janganlah marah. Kita orang tak buat apa pun, borak - borak kosong je." Jelas tergambar kemenangan di raut wajah Bunga.

Sejujurnya, dia memang sudah merancang segala ini. Passport hilang? Heh. Iyalah... ingat aku sebodoh tu ke? Getus hati Bunga diam.

" Sebab tu saya minta maaf dengan akak. Maaf ya? Lagipun, abang Di tak lupakan akak pun..." lembut saja lenggoknya meskipun hatinya tercucuk duri saat dia memberitahu begitu.

Tahanlah hati kau Bunga. Bukan senang nak dapatkan Qadri sekarang... tambah lagi bila kau nak bermadu dengan si mulut longkang ni.

" Emm... apa - apa jelah." Dengan ayat tidak bermaksud itu saja sudah cukup membuktikan betapa hancurnya hati Arissa.

" Masuklah... orang dah nak tidur ni." Ujar Arissa dari dalam bilik.

" Sayang..." Panggil Qadri lagi tapi dia tahu Arissa pasti takkan menjawab panggilannya, " Bunga, tolong tengok - tengokkan Kak Risa."

Bunga mengukirkan senyum, " abang jangan risau eh? Nanti Kak Risa sejuklah tu." lengan Qadri dia sentuh lembut. Mestilah ada elemen menggoda, kan?

" Umm, Bunga... jangan bagitahu Kak Risa apa - apa eh? Abang tak nak dia sedih..." Beritahu Qadri dan sebelum dia kembali ke bilik, sekali lagi dia memberitahu Bunga, " Umm, Bunga! Tengok - tengokkan kak Risa tau."

Walaupun sakit di hati, Bunga tetap menebarkan senyum sebelum dia menutup pintu.

***

Mata Bunga menjeling ke arah susuk tubuh Arissa yang terlentang dengan kaki tergantung di katil. Merayap rasa menyampah yang tidak bersebab pada wanita itu di hatinya.

" Kak..." Panggil Bunga tiba - tiba.

" Umm... pergilah mandi Bunga." Balas Arissa malas.

" Bukan... Kak, Bunga minta maaf pasal abang marah akak tadi... tadi mungkin, abang Di tak sengaja."

Arissa menoleh memandangi wanita bertudung litup itu, " Tak sengaja?"

" Umm... Bukannya Bunga nak buat cerita, Bunga pun terkejut sebenarnya. Abang Di susah nak marah..."

Arissa mendencit tawa kecil. Sangsi betul dia dengan ayat yang tertutur di bibir Bunga ni.

" Maksud Bunga? Nak cakap abang Di masih sayangkan Bunga macam tu? Abang Di marah akak sebab akak marah Bunga? Ptfff, mengarut." Arissa buat muka.

Bunga menggeleng lalu dia keluarkan suara tidak bersalahnya, " Bunga tak maksudkan macam tu pun akak. Bunga bagitahu supaya akak janganlah buat lagi macam tu. Kasihan abang Di."

" Akak buat apa? Apa yang Bunga merepek ni?"

" Abang Di ada cakap tadi, yang abang Di kadang letih layan akak."

Terhentak kuat jantung Arissa ke dinding dada tatkala dia mendengarnya. Letih layan aku? Teruk sangat ke aku ni sampai dia boleh mengadu macam tu dekat Bunga?

" Letih? Tak percayalah... Bunga, kalau nak buat akak falls into your deception, terima kasih ajelah... tak layan." Arissa mendencit menahan rasa yang membuak mahu menumbuk muka si Bunga.

Bunga yang masih dalam lakonannya melepaskan sedikit keluhan kecil, " Akak... akak tahu tak yang akak selalu buat abang Di sakit hati dengan mulut akak. Dia pun ada perasaan tau akak."

Ada jeda seketika. Hati Arissa rasa remuk dan seperti dipijak - pijak. Bunga nampaknya berjaya membuatkan dia merasa tidak selesa.

" Ish, serba salah betul Bunga nak bagitahu. Akak, Bunga minta maaf sekali lagi tapi Bunga cuma risaukan dengan kesihatan abang Di. Dia nampak letih lately so Bunga harap akak janganlah tambah sakit abang Di."

Sesekali ada juga dia merasakan ayat - ayat yang dilontarkan pada Qadri agak keterlaluan tapi tak sangka pula Qadri rasa begitu padanya.

•••

Telefon diambil lalu laju saja dia menuliskan sesuatu untuk Qadri. Marahnya cukup membuak - buak.

Kalau aku buat kau letih, kenapa layan aku baik sangat? Perlu ke nak mengadu dekat bekas girlfriend kau? Apasal tak maki je aku depan - depan?

Tak sempat pesanan dihantar, nama Qadri terlayar di muka skrin telefon. Dua kali panggilan Qadri Arissa biarkan tidak berjawab.

Kenapa tak nak jawab panggilan abang? Risa marah eh? — Qadri.

Dibaca.

Message abang pun Risa tak nak balas? — Qadri

Dibaca

Good night Arissa. Jumpa esok ya sayang... — Qadri

Padan muka.

***

Mendengarkan ketukan pintu, serta merta kelopak bola mata Arissa terbuka. Dadanya berdegup kencang. Itu mesti Qadri! Dengan hati yang serba salah dan mahu meminta maaf, Arissa bingkas bangun dari tempat tidur.

Namun, sayangnya belum sempat kakinya menapak ke lantai kelihatan Bunga yang dalam telekung sudah terlebih dahulu membuka pintu.

Tersisip rasa terkilan di hati tatkala melihatkan senyum yang terpamer di bibir Qadri untuk Bunga. Hati perempuan Arissa jadi cemburu lagi.

" Sayang..." Panggil Qadri.

Melihatkan Qadri yang sudah masuk ke bilik, Arissa segera kembali ke katil dan bergolek pura - pura tidur.

" Risa..." Kejut Qadri sambil dia usap rambut beralun Arissa.

Berdebar - debar rasa jantung jantannya tatkala menyentuh rambut halus isterinya. Allahuakhbar, lembutnya rambut Risa... Jarang - jarang dia dapat menyentuh Arissa begini.

" Emmm..." Balas Arissa pura - pura terjaga. Tangan Qadri yang mengusap kepalanya, ditepis.

Qadri tersentak lalu cepat saja dia simpan tangannya.

" Sayang dah solat subuh?"

Arissa diam seketika kemudian dia menggeleng. Telefon ditarik. Pukul 5.00 pagi?! Oh, mereka di Bandung... lupa pula waktu solat di sini awal kira - kira satu jam dari Malaysia.

" Bangun ya sayang? Nanti tertinggal pula Subuh." Pujuk Qadri. Tangan yang mahu naik menyentuh bahu si isteri terbantut bila dia teringatkan tepisan Arissa tadi.

" Emmm... tahulah." Arissa tarik selimut membungkus kepalanya. Matanya terpejam rapat. Sebenarnya, bukan begitu dia mahu melayani suaminya.

Aku nak peluk Arissa tapi... Qadri pandang sayu isterinya kemudian dia beralih ke arah Bunga. Bunga pula ada dekat sini...

" Akak, Subuh kat sini tak lama." Beritahu Bunga beria semacam dia seorang sajalah yang solat.

Arissa mengetap gigi. Eeee! Sibuk jelah perempuan ni. Aku tahulah nak bangun, bukannya aku tak solat! Erghhh!

" Sayang... abang dengan Bunga nak pergi ambil report polis kejap lagi. Sayang bangun Subuh lepas tu kita turun sarapan sama - sama eh sayang.."

" Tak lapar. Pergilah." Jawab Arissa meskipun kalau dia mampu, mahu saja dia halang Qadri dari pergi bersama Bunga.

" Janganlah macam ni sayang. Nanti sakit perut tu..."

Arissa meronta - ronta di katil tanda dia tak mahu diganggu. Bukan! Tanda dia mahukan perhatian yang lebih lagi dari Qadri.

" Tak apalah kalau sayang tak nak sarapan sekali. Nanti abang suruh dia hantarkan sarapan ke bilik, ya?"

Terasa punggung Qadri sudah tiada di katil. Arissa menggerutukan dahinya.

" Jomlah, Bunga. Lepas sarapan, kita terus ke balai polis."

What? Macam tu je Di? Sepatutnya kau pujuk aku! Bukannya— erghh!!

Tatkala pintu bilik ditutup, Arissa terus bangun dan bergegas ke bilik air. Bunga yang sedang bersiap tersengih jahat.

***

" Lepas ambil report, then aku ajak abang pergi kenduri kahwin Felysia. Dari situ... aku minta abang Di extend his stay untuk bawa aku pergi kedutaan di Jakarta. Yes, bolehlah aku berdating la dengan abang. Hmm... no si mulut puaka around. Rezeki betul. Hahaha."

Disolek wajahnya sepolos mungkin. Bibirnya hanya dioles dengan pelembab bibir berwarna. Kemudian, dia memakai sedikit pewarna di pipi. Qadri paling suka wanita yang menunjukkan kecantikan asli.

Arissa yang masih berteleku mengambil telefon setelah dia dengar ada satu pesanan ringkas yang masuk tadi.

Risa... kalau Risa dah jaga turunlah sarapan sekali. Abang rinduu sangat nak tengok muka Risa. Please sayang... abang tunggu Risa ya? Kalau tak, abang tak nak sarapan. — Qadri.

Arissa memuncungkan bibirnya tapi tak lama dia mengukirkan senyum. Aku turun sebab kau tak nak sarapan je tau, Di! Ceh... rindulah sangat..

Arissa pandang susuk tubuh Bunga yang cantik dalam baju kurungnya. Datang jauh - jauh, dibawa juga ya baju kurung. Heh. Bukan cantik sangat pun...

" Hari ni hari Ahad." Kata Arissa tiba - tiba.

" Jadi kak?" Balas Bunga malas sambil dia memperbetulkan pin tudung bawalnya.

" Kalau Bunga dah dapat report, Bunga kena pergi Jakarta. Kat Bandung tak ada pejabat kedutaan Malaysia. Hari Ahad, kedutaan tak buka. Cuti." Beritahu Arissa usai dia melipat telekung.

" Bunga tahu... kenapa kak?"

" Bunga boleh pergi sendiri, kan? Bunga takkan nak susahkan abang Di, kan?" Tanya Arissa risau. Takut taktiknya tak menjadi.

Bunga menoleh lalu dia senyum, " Okay... Bunga memang nak pergi sendiri pun. Bunga tahu... akak pun nak masa bersama dengan abang Di, kan? Akak jangan risau ya? Bunga akan bagi abang dan akak berdating puas - puas eh? Lagipun, abang dah banyak tolong Bunga semalam..." Jangan mimpilah puaka...

Hati Arissa jadi senang lalu dia ketawa kecil. Bunga ni tak adalah macam celaka sangat sebenarnya.. hohoho!

Usai tahu yang dia bakal miliki Qadri untuk dirinya seorang, cepat saja Arissa mempersiapkan dirinya mahu turun sarapan bersama Bunga dan Qadri.

" Umm, Bunga... pasal semalam. Terima kasih..." Ujar Arissa tiba - tiba.

Bunga yang menilik solekan di wajah, menoleh sangsi ke arah Arissa, " maksud akak?"

" Akak ni, kadang - kadang boleh jadi degil juga. Iyalah, kita perempuan, kan?" Arissa tertawa kecil.

Bunga angguk kecil dan ikut tertawa. Walaupun dibuat - buat saja.

" —Lepas Bunga bagitahu semalam, akak rasa... akak sedar yang akak memang agak keterlaluan dengan abang Di. Sekarang, akak janji... akak akan betulkan semua."

" Betulkan semua?"

" Tipulah kalau Bunga tak tahu, yang akak dengan abang Di kahwin bukan atas dasar suka sama suka. Rasanya, satu kampung pun tahu..."

" Ohhh... iya?" Soal Bunga acuh tak acuh.

" — tapi lepas kenal abang Di, akak... akak rasa dialah jodoh yang terbaik untuk akak. So... hari ni, akak nak confess perasaan akak dekat dia and start our marriage all over again." Ujar Arissa bersungguh lalu dia tertawa.

" Sebenarnya, haha— jangan bagitahu dia tau Bunga. Akak sebenarnya dah lama tertarik dengan dia tapi itulah—. Haha, siapa je tak kan? Qadri Dizyad kot. Tak sangka, dia jadi suami akak pula."

" Ohhh.. hahaha. Ummm—," Bunga hilang kata. Habis rosak rancangan aku!

" Akak pun nak minta maaf dengan Bunga sebab iyalah, semalam akak macam terkurang bahasa pula dengan Bunga." Beritahu Arissa jujur.

Bunga jadi terpempan. Dia tak percaya Arissa boleh jadi begini. Baginya, perempuan seperti Arissa la yang paling orang ramai benci dan orang - orang baik seperti akan menjauhkan diri dek kerana aura jahat dan ego mereka.

Tapi sekarang... boleh pula wanita ini mudah - mudah meminta maaf dengannya? What?

" Sorry ya Bunga?"

" Ohhh.. umm—," Bunga yang sudah siap tertawa kecil. Tawa tak percaya sebenarnya.

" Umm... Bunga turun dulu eh akak. Nanti Bunga bagitahu abang yang akak nak join sekali." Bunga sudah sampai di pintu.

Arissa angguk senang dengan senyuman. " Terima kasih Bunga! Jumpa kat bawah eh?"

Yeah! Percutian ni tak adalah teruk mana pun...

Mata bundar Arissa memerhatikan cerminan dirinya di hadapan cermin lalu dia memberitahu dirinya, "—so Arissa Mardiya, kau... hari ni... walau macam mana sekali pun... kau kena confess perasaan kau pada Qadri. Okay?"

Votelah please. Isk-iskkkk-iskk ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience