PH6

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 6-

Siku Arissa disinggung rakan sekerjanya, Alia. Berpaling, si Alia buat isyarat kepala supaya Arissa mengalihkan pandangannya ke arah pintu besar.

Arissa tepuk dahi tatkala dia lihat Qadri yang sedang melambaikan tangan ke arahnya. Habis satu pejabat memandangi lelaki itu pelik.

" Wow, shuben datang office..." Sindir Herman yang bergerak ke kubikel Arissa.

" Shoooo suwittt..." Alia dan Herman buat - buat suara gedik. Muka mereka dibuat manja. Memang nak makan penampar aku betul dua - dua ni.  Bisik hati Arissa.

" Diamlah." Marah Arissa tapi dia ketawa kecil akhirnya.

Kaki melangkah anggun, mahu mendapatkan Qadri yang setia tegak menunggu dia. Wajahnya dimasamkan habis.

Meskipun sudah hampir tiga bulan berlalu, tapi Arissa tetap kental dengan pilihannya untuk bersikap dingin pada lelaki itu.

" Apa kau nak? Aku tengah kerja ni..." Tanya Arissa malas dan berpeluk tubuh tapi posisi tubuhnya hampir 90 darjah terarah pada Qadri. Berminatlah tu.

Arissa menoleh sejeda ke arah pejabat yang berdinding lut sinar, masing - masing galak memerhati dia dan Qadri. Malulah pula. Iyalah, pakaian Qadri nampak selekeh betul.

" Kau ni Di, lain kali nak datang, pakailah helok sikit. Nampak busuk tau!"

" Nampak busuk? Ye ke?" Qadri garu kepala. Dia pandang dirinya lantas dia pandang ke arah dinding lut sinar.

Masing. - masing mengunci pandangan ke arahnya. Dek mesra terlebih, Qadri melambaikan tangannya ke arah rakan kerja Arissa. Habis kelam kabut masing - masing jadinya.

Arissa tepuk tangan suaminya, " Ishh, dia buat ramah pula kat sini! Aku cepuk, kang! Cepatlah, kau nak apa ni?"

Qadri ketawa. Lucu juga ya kawan - kawan Arissa.

" Tadi, abang ada sediakan mangkuk tingkat untuk Risa tapi abang lupa nak bagi. Nah..." mangkuk tingkat eletronik dengan karikatur bentuk beruang dihulur untuk Arissa.

" Tak naklah." Arissa menolak. Wajahnya ditayang tidak senang.

" Ehh, dia tak nak pula. Kat dalam ni, ada lauk favorite Risa tau. Daging batang pinang masak lemak, sayur campur, lagi— ini, abang bawa sekali sup sayur sikit." Seronok Qadri tunjuk bekalan yang dibawa untuk si isteri.

Berkecur air liur Arissa tatkala dia mendengarnya. Sedap betul!

" Nanti Risa nak makan... Risa plugged-in je mangkuk tingkat ni. Boleh makan nasi panas - panas. Ambillah sayang... penat abang masak."

Arissa mendencit, dipandang Qadri atas bawah, " kau yang masak?"

Gigihnya dia masakkan untuk aku. Dah la semua favorite aku pula tu. Hehehe.

" Sedap ke? Ntah - ntah, kau letak julap tak... iyalah, pasal semalam? Aku kan... kutuk bekas girlfriend kau..."

Semalam, Arissa ada menegur Bunga yang datang ke rumah membawa makanan tapi yang dicarinya Qadri. Mana tak panas hati si isteri. Walaupun, Arissa tak ada perasaan pada Qadri, dia tetap juga cemburu.

" Ish, manalah abang nak buat macam tu dekat syurga abang ni... Abang masak penuh kasih sayang. Setiap bahan abang masukkan, abang titipkan cinta untuk Risa. Romantik, kan abang?" Qadri senyum meleret.

Arissa buat muka jijik, " jangan over sangat boleh tak? Menyampah aku." Padahal hatinya sudah mekar berbunga - bunga.

" Dah, bak la sini. Aku pun malas nak keluar lunch juga, kawan - kawan aku ada bawa bento."

Mangkuk tingkat sudah bertukar tangan. Arissa tak sabar betul nak makan air tangan suaminya.

" Class eh kawan Risa, bawa bento... tapi tak boleh lawan la yang abang bawa untuk Risa. Special edition!" Qadri mengenyitkan matanya kacak.

Merah muka Arissa dibuatnya. Bibir diketap rapat.

" Dah la, pergilah balik."

" Okay sayang... Nanti jangan lupa baca doa. Assalamualaikum, nanti jangan balik lambat - lambat tau, malam ni kita ada kenduri dekat rumah Pak Salleh,"

" Tahulah..."

Arissa perhatikan gerak Qadri yang hilang dari perut lif. Sempat dia tertawa melihat lambaian tangan Qadri siap dengan flying kiss. Comel sangat! Sengaja betul nak buat hati aku sukakan dia. Cis!

***

Masing - masing tak sabar mahu lihat apa yang dibawa suami Arissa tadi. Habis berkumpul masing - masing saat Arissa buka mangkuk tingkat tersebut.

Ada tiga mangkuk semuanya dan setiap satu, Qadri lekatkan satu nota pelekat.

Abang tahu abang masak sedap tapi makan jangan gelojoh ya sayang. — XOXO Husband Penyayang

Abang tak tahu sayang suka pedas ke tak, tapi harap kepedasan masak lemak ni boleh buat sayang bertambah sayangkan abang. — XOXO Husband Desperate kasih sayang

Sayang... lepas makan, senyum tau. Mana tahu, nanti senyum tu boleh sampai kat hati abang. — XOXO Qadri Dizyad.

Arissa menyimpulkan senyum lalu dia tiba - tiba mencebirkan bibir. Mukanya ditekup malu lalu tersisip tawa kecil dari Arissa.

" Ishhh... mengada la Qadri Dizyad ni. Ish..."

Rakannya yang lain sudah buat muka jelik. Gediknya lahai member mereka yang seorang ni.

" Untunglah, ada suami romantik macam drama Korea... puiiii!" Alia mencebik. Mana tidaknya, makan dia biasa - biasa saja. Tak macam Arissa! Luar biasa.

" Kau jealous... wekkk!" Arissa berasa cukup senang dengan hidangan yang disediakan suami. Sukanya dia!

" Eh, husband kau tu... handsome. Type aku betul! Dia kerja apa? Nampak macam chill aje."

Bersudu - sudu Arissa makan sebelum dia menjawab, " hmm? Kerja apa? Dia kerja sendiri aje. Jual daging hantar dekat restoran."

" Penternak lembu?" Herman menyoal.

" Haah. Kenapa?"

Alia membulat mata, " Seriuslah! Handsome macam tu penternak lembu?"

" Apa? Handsome je kena jadi model? Jadi gay?" Tembak Arissa. Pun begitu, khusyuk dia menikmati makanannya.

Ya Allah, sedapnya suami aku masak...

" Tak adalah... urmm, kau okay ke Risa? Tak menyusahkan kau ke? Pergerakan dia pun... iyalah... limited... Yelah, aku bukan nak cakap apa... suami kau kan... " Herman bertanya dengan nada risau. Iyalah, siapa saja yang mahu kahwin dengan orang kurang upaya ni? Menyusahkan.

" Cacat? So kenapa? Dia tak menyusahkan aku lagi setakat ni. Kau sendiri nampak, dia lagi bagus daripada suami Alia yang tak pernah langsung bawa lunch, kan? Ini pun, dia masak sendiri Man..." Ujar Arissa masih menikmati makan tengah harinya.

Pada suapan terakhir, Arissa bergegas mengemas meja. Tak kuasa dia nak berlama di sini lagi.

" Eh, aku risaukan kau je Risa..." beritahu Herman.

Arissa angguk lalu dia senyum, " terima kasih Man... sebab risaukan aku tapi lepas ni kau ingatlah Man... Orang kurang upaya ni pun sama juga macam kita. Lagi hebat sebenarnya. Kita ni yang kena tengok diri sendiri. Kalau dia orang boleh buat, takkanlah kita tak boleh."

Sakitnya hati Arissa bila ada yang meragui kebolehan Qadri dalam menguruskan dirinya. Memanglah Qadri cacat tapi pada pemerhatian dia, Qadri tak pernah meminta sesiapa untuk membantunya dalam menjalani kehidupan. Semuanya dia buat sendiri.

Lagi - lagi, bila dia dah sebatang kara tanpa mak ayah. Tak pernah pun dia merungut tambah lagi dia menyalahkan sesiapa.

Telefon diangkat dari meja lalu dicari nombor Qadri. Berkira - kira juga dia mahu menalefon tapi akhirnya dia tekan juga.

" Assalamualaikum, ya Risa?"

Sila isi borang. Kedengaran suara garau di sebelah sana. Arissa menggerutkan dahi.

" Waalaikumusalam, kau kat mana?" Tanya Arissa?

" Hah?! Kat mana? Ka— kat kedai. Abang nak beli makanan lembu. Nantikan kurus kering lembu - lembu abang. Hehehe."

Balasan dari Qadri membuatkan hati Arissa tak senang tapi dibuang rasa yang merajai hati.

" Kenapa Risa call abang ni? Risa okay?"

Arissa tiba - tiba tersedar dengan tujuan dia menalefon Qadri. Wajahnya jadi merah. Malu pulak nak cakap...

" Risa sayang..."

" Ish! Tak payah sayang - sayanglah! Aku lempang karang." Arissa menjeling geram. Mengada!

Mendengar tawa dari Qadri, hati Arissa jadi suka. Nasib baik comel. Dia menggulumkan senyum.

" Tak ada... aku call sebab aku nak cakap—,"bibir digigit, " kau jangan nak berlagak pulak lepas ni tapi— masakan kau tu bolehlah... sedap jugalah. K, bye!"

Talian mati. Qadri angkat telefonnya terpinga - pinga. Tapi akhrinya bibirnya senyum. Macam - macamlah si Arissa ni.

" Encik? Isi borang..."

Tersedar, Qadri angguk lalu dia ambil borang dari pengawal penjara tersebut.

***

Qadri duduk di kerusi menanti dengan penuh sabar. Hatinya berdegup kencang. Tangannya menggeletar tatkala melihat susuk tubuh yang amat dia kenali itu kini berada di hadapannya.

Cuma bezanya tangan itu bergari dan bajunya berwarna hijau. Rambutnya juga tidak lebat seperti selalu. Sudah dicukur botak.

Susuk tubuh tegap itu menyuruh Qadri untuk mengangkat ganggang telefon. Kalut, Qadri akur saja.

" Lama tak jumpa Di..."

Qadri menelan air liur.

" Qaish..."

***

Qadri termenung di jendela. Banyak perkara yang harus dia fikirkan. Lebih - lebih perihal Qaish yang masih terperangkap di penjara kerana kes rasuah.

Allahu Akhbar... manusia bila sudah terlalu cintakan kemewahan dunia...

Mata dipicingkan rapat. Tak mampu dia bayangkan hidupnya di sebalik jeriji besi. Macam manalah Qaish boleh terjebak dengan aktiviti haram begitu. Dada sebelah kiri yang terasa mencucuk ditekan kuat. Erghh...

" Oi! Kau teringat dekat bekas kekasih ke? Tak payahlah... nanti kau jumpa dia jugak." Tegur Arissa dari belakang.

Saat Qadri menoleh, Qadri terpesona dengan kesopanan Arissa dalam busana baju kurung biru cerahnya. Ditambah pula dengan selendang yang sedondon. Rasa terbang jiwanya ke angkasa raya.

" Apa tenung - tenung? Aku korek biji mata kau. Biar jadi Kassim Selamat." Arissa buat gaya mengorek mata dengan tangannya.

Qadri ketawa, " eh, abang tengah kumpul pahala ni Risa... jangan main - main. Panahan mata cinta suami pada isteri, diredhai seluruh yang ada di langit dan di bumi tau! Tak dengar eh ada suara malaikat yang tengah berzikir untuk kita?"

Arissa buat dengar tapi kemudian dia mencebik lalu dia angkat bahu.

" Tak, aku tak dengar."

" Tak dengar?" Qadri sudah bergerak ke tangga rumah, bersedia mahu lari, "—Kalau macam tu, Arissa pun jadi macam abanglah. OKU." Berantakkan tangga kayu dipijak Qadri cuba melarikan diri.

" Eeee!! Qadri Dizyad!!"

Suara tawa mereka bergegar segenap ruang laman rumah. Arissa mengejar dari belakang. Habis satu kereta mereka berpusing mengejar. Bahagianya tuhan saja yang tahu.

Novel ni micro. So memang fast track tak banyak ayat tapi Han harap menusuk ke jiwalah ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience