PH2

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 2-

Arissa membungkam masam. Sejak tadi langsung dia tidak berganjak dari katil. Matanya menatap wajah Qadri yang memerhatikannya risau.

" Kau tak boleh tinggalkan aku dekat sini, Di? Perlu ke aku ikut kau balik?"

" Perlulah Risa... siapa nak jaga abang?" Qadri senyum manis. Kalau isterinya masam, dia akan bermanis - manis dua kali ganda. Masam dibalas masam, memang tak selesai masalah.

" Eee, tolonglah... ingat aku ni apa? Orang gaji kau ke?"

" Bukan orang gaji tapi bidadari abang. Kerja Risa senang je. Tak payah masak, tak payah basuh baju, tak payah kemas rumah, tak payah buat apa - apa pun."

" Kau cakap senanglah, Di sebab kau nak pujuk aku. Lelaki memang mulut manis. Ingat aku ni perempuan bodoh, boleh tertipu? Tak percaya aku. Lagi - lagi dengan orang cacat macam kau." Selagi mampu dia menekankan ayat cacat itu, selagi itulah dia buat.

Dia tahu, kesabaran siapa yang boleh menahannya? Tak ada. Nanti kalau Qadri sudah naik muak dengan makiannya, mudahlah dia minta cerai.

" Tak Risa... sungguh abang tak tipu. Risa tak payah buat apa - apa pun. Risa perlu duduk rumah je."

" Habis kau nak aku berhenti kerjalah? Hei, kau ingat aku ni jenis yang ambil duit jantan ke? Tak ada, aku tetap nak kerja." Protes Arissa.

Qadri masih senyum dan itu cukup menyakitkan hati Arissa. Eeee, bencinya aku tengok dia ni?! Senyum - senyum. Seronoklah tu perli aku.

" Baguslah kalau Arissa nak kerja. Nanti kalau abang tak ada, Risa ada sumber pendapatan. Betul tak? Hebatnya Arissa Mardiya ni... i— i—in apa? Orang cakap apa tu?"

"Independent. Bengap... tak pandai tak payah sebut." Tapi tersenyum juga. Iyalah, dah kena puji.

" Ish, pandainya isteri abang..."

Arissa menjeling lalu dia senyum, " eh, kau cakap tadi... apa? Kalau kau tak ada? Kenapa? Kau... memang nak kita, kkkwrkkkkk— ke?" Dibuat gaya ikatan terputus.

Qadri senyum, " kalau Risa boleh sabar? Mungkin... tapi Risa kena ikut abanglah dan belajar sabar."

Arissa mula melebarkan senyum, " Herr... kenapalah kau tak cakap awal - awal. Hmm... tak sabarnya aku nak tunggu kau berambus dari hidup aku. Bila kau nak berambus tu Di? And lagi satu, kalau aku ikut kau, kau akan lepaskan aku, kan Di?" Wajah Arissa yang cantik tersenyum itu dipandang Qadri senang.

Cantiknya dia kalau senyum. Tapi aku tahu, senyum tu milik Qaish. Aku tak mampu curi senyuman secantik ni...

" Macam nilah kerja Risa nanti... Senyum je. Abang dah senang hati dah. Cantiknya dia—aduh!"

Bantal dibaling ke muka Qadri. Arissa meleraikan tawa. Lucu pula bila dia lihat wajah terpinga - pinga Qadri. Satu jeliran diberi pada Qadri sebelum dia bangun keluar dari bilik.

Dia kembali menjenguk, " Nak tengok aku senyum? Jangan mimpilah Di. Jangan mimpi! Cepatlah jalan! Kang lambat pula sampai!"

Qadri tertawa kecil.

Sebenarnya, Arissa tu hanya dalam kemarahan saja sebab itulah perangainya sebegitu. Beberapa hari ini pun, Arissa tak adalah memprotes yang bukan - bukan. Fikir dia, lama - lama Arissa mungkin boleh menerima dia.

***

Perjalanan yang mengambil beberapa jam itu melenakan Arissa. Sedar - sedar saja, mereka sudah berhenti di perhentian RnR Temerloh.

" Ah... bangun pun dia. Abang baru nak kejut tapi takut juga abang nak kejut..."

Arissa menggeliat senang, " kenapa takut?" Soal Arissa dengan suara masih rosak. Sedap betul dia tidur tadi.

" Iyalah, kalau abang sentuh Risa, nanti Risa karate abang, tak naya? Abang bukannya boleh lari. Iyalah... macam Risa cakap... cacat..." Seronok juga si Qadri memerli isterinya.

Tangan Arissa sudah naik ke udara mahu memukul tapi nasib baik ia terhenti di pertengahan. Dia ketawa berdekah melihat tubuh Qadri yang sudah melekap ke pintu kereta.

" Haaa... nasib baik mood aku tengah baik. Kalau tak memang bengkak muka kau tadi."

Qadri kembali ke posisi tenang lalu dia memberitahu, " suka tengok Risa ketawa. Comel. Rasa nak gugur jantung abang."

Risa menjelirkan lidah, " Blahlah bodoh... eh, kenapa kau berhenti ni? Berapa jauh lagi perjalanan?"

Qadri membuka kunci kereta, " Kita jamak solat kat sini ya sayang—."

PAK!

Lengan Qadri ditepuk Arissa kuat - kuat.

" Aduhhh! Sakitnya..."

" Panggillah sayang - sayang lagi. Lepas ni—."

" Nak potong kaki kanan abang?" Qadri tersengih busuk.

Arissa panas hati.

" Tak, aku ikat kau dekat rel kereta api, lepas tu kau mati kena lenyek dengan kereta api. Biar tubuh kau hancur haa... Puas hati aku."

Qadri angguk seakan suka dengan cadangan Arissa.

" Bagus cadangan Risa tu, tapi tulah... area rumah kita nanti tak ada kereta api. Kereta lembu banyaklah."

Arissa merah muka.

" Bongoklah kau ni! Arghh! Benci!"

Qadri ketawa kuat - kuat.

Dalam pada itu, hatinya berbicara halus, mungkin aku jadi terbiasa kut dengan ayat - ayat pedas Arissa. Tak pun memang aku dah terbiasa dengan ayat - ayat macam ni?

Qadri cacat! Qadri cacat! Uuuu, tak ada kaki.

Eh, Qadri! Kau pergilah cari lembu Pak Samad. Kata kat dia nak kaki lembu satu buat pakai dekat kaki kau. Hahahaha.

Kaki sebelah lagi pergi mana? Kena makan dengan ikan Josh eh?

Eh, ada hati nak main bola? Kaki pun tak cukup.

Di! Di! Di! Kau nak dengar lawak tak? Kasut orang pakai sepasang tapi kau, pakai sebelah je... hahahaha. Kelakar!

***

Arissa perhatikan Qadri dari jauh tatkala lelaki itu sedang membantu seorang kanak - kanak mengikat tali kasut. Disuruhnya budak tadi duduk di sebelah dengan kaki di naikkan ke atas bangku. Cermat dia mengikat kasut kanak - kanak tersebut.

Arissa perasakan sesuatu, senyuman di bibir Qadri tak pernah pudar. Hati perempuannya jadi terjentik sesuatu.

Dia memang jenis yang suka senyum ke? Hmm...

Kali pertama dia bertemu sua dengan Qadri pun tiga tahun lalu. Waktu itu Qadri hanya tunduk saja. Matanya kalau bercakap dengan dia pun, tidak tepat padanya tapi senyuman di bibirnya masih sama. Lebar dan cukup ikhlas.

" Mana abang kenal Qa—?" Dia tak ingat nama lelaki tadi.

" Hahaha. Qadri?"

" Hah ya! Dia!"

" Abang dengan dia satu bilik dekat uni dulu. Sejak tu memang kita orang rapat. Dah macam adik beradik dah..." Beritahu Qaish.

Arissa angguk, " Abang, kaki dia memang tak ada eh?"

Qaish angguk, " Haah, cacat dari lahir katanya tapi Risa jangan pandang dia sebelah mata tau! Pandai... Dia tiap - tiap tahun dekan. Solat tak pernah tinggal. Murah hati pulak tu walaupun mak bapak dia menoreh je. Tak kedekut langsung!"

Arissa angguk kecil, " itulah nampaklah muka pandai tu. Handsome pun handsome juga."

Qaish mengecilkan bola matanya, " Risa suka Qadri—."

" Eh! Eh! Eh! Tersasul pula. Hahaha. Tak adalah! Risa gurau je. Abanglah paling handsome tau!"

Mata Qadri tersenyum sebaik saja dia lihat wajah cantik sedang tepat merenunginya. Entah apalah yang difikirkan isterinya itu sampaikan dia yang sudah berada di hadapan pun Arissa tak sedar.

" Assalamualaikum, cik yang paling cantik ni tengah tenung siapa? Tak berkedip langsung mata tu..."

Tersedar, Arissa cepat - cepat melepaskan renungan. Mukanya terasa merah tiba - tiba. Sejak bila pula si mamat ni sampai depan mata?

" Renung apa kau ni? Merepek tak habis. Ehem..., Tak ada siapa. Eh, aku lapar ni. Nak makan."

Qadri buat muka bermuslihat. Turun naik mata Arissa memandangi suaminya itu.

" Abang ni hebat, kan? Macam boleh hidu je kemahuan Risa. Jeng - jeng - jeng, nah... abang ada belikan waffle dengan air mango sekali. Semua favorite Risa..."

Plastik yang berisi wafel berinti peanut butter dan blueberry dilayangkan di hadapan Arissa. Arissa senyum sampai ke telinga. Memang ini pun yang dia mahu.

Eh! Tapi...

" Ehem! Tak nak! Aku nak makan McDonald. Big Mac!" Pinta Arissa walaupun bukan itu yang dia mahu.

Qadri buat muka monyak, " Alah! Salah teka pula. Baru je nak berlagak dengan Risa. Hehe."

" Eee... please la. Kalau dah cacat kaki, mesti otak cacat sekali, kan?"

Qadri masih senyum, " haahlah Risa. Abang pun pelik kenapa abang tak berjaya sampai sekarang. Tak boleh fikir kenapa. Hmm, tapi sebab Risa... abang dah tahu kenapa abang macam ni... sebab otak abang cacat."

" Tahu pun..." balas Arissa bangga lalu dia pandang suaminya jijik, " apa lagi? Aku nak Big Mac. Pergilah beli."

Qadri tersengih, " Err, Risa... kita naik kereta dulu eh? Drive thru? Abang sakit kaki nak jalan jauh - jauh."

Arissa buat muka kosong, " tak nak. Tak suka makan dalam kereta dan aku tak suka drive thru! Susah nak makan nanti. Aku nak makan dekat McDonald juga."

Qadri melingas kiri kanan lalu melihatkan cuaca yang sedang panas dia menoleh ke arah isterinya, " Okaylah. Jom... kesian pula nak biar isteri Di makan panas - panas dalam kereta. Di tak sanggup. Jom... kita makan sedap - sedap eh?"

Tak apalah, dia rela bergerak ke permis restoran segera itu daripada melihat muka monyok Arissa. Sakit yang menyucuk pada urat sendi lututnya ditahankan saja.

Please vote!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience