PH10

Romance Series 11014

- Pengorbanan Hati 10-

Sepanjang perjalanan, masing - masing diam saja. Mungkin sedang berfikir dengan dalam mengenai hala tuju hidup masing - masing. Perjalanan pulang ke rumah sepi hanya ditemani suara arwah Saleem, mendendangkan lagu Tinggal Kenangan.

Qadri menoleh ke arah Arissa. Diam - diam dia berfikir sama ada Arissa bakal menjadi satu lagi kenangan dalam hidupnya. Keluh kecil dilepaskan.

Ya Allah, kenapa kau suburkan rasa cinta pada Arissa dalam hatiku?

Erghhh!

Serangan yang datang jarang - jarang itu kembali menghantui. Jemari runcing Qadri kini bergerak menekan dada kirinya.

" Ummmmph..." berkerut dahinya menahan asakan debar jantung yang cukup laju dan kebas di sebelah kiri.

Nafasnya juga jadi pendek tiba - tiba. Minyak ditekan keras.

***

Sampai ke rumah, Arissa yang baharu saja mahu menegur Qadri, tidak sempat berbuat demikian bila saja Qadri terlebih dahulu keluar darinya.

Tak pernah pula Qadri macam ni...

Arissa mengekori dari belakang, hatinya berdebar - debar. Nak panggil ke tak, nak panggil ke tak...

" D—Di..." panggil Arissa tiba - tiba.

Qadri menoleh dan tatkala melihatkan wajah gusar isterinya, dia mencalitkan senyum.

" Ya?"

" Tadi... kau— harap Qaish pulang... kau  percaya dia masih hidup?"

Qadri diam sejeda. Jujur, dia berduka melihat wajah mengharap Arissa. Mestilah Di... dia masih tunggu Qaish. Kau dah kenapa?

Qadri angguk, " kan dia dah janji dengan kita yang dia akan pulang?"

" Tapi mana dia pergi? Satu berita pun tak ada. Risa tak tahu keadaan dia macam mana. Sihat ke tidak. Susah ke senang."

Qadri diam lagi dek ada rasa cemburu yang melanda hatinya. Risaunya Risa dengan Qaish...

" kita berserah pada Allah sajalah ya, say— maksud abang Risa banyakkan doa. Allah tu maha mendengar, maha memberi. Insha - allah dia selamat... sekarang, Risa mandi then masuk tidur ya? Mesti Risa penat."

Arissa angguk meskipun dia sedih dek jurang yang mula dibina Qadri. Perlahan dia melangkah ke pintu bilik tidur yang sudah berasingan dengan Qadri.

Merasa tak cukup dengan hatinya yang kini mahukan satu jawapan, Arissa panggil Qadri sekali lagi.

" Di..." lambat - lambat dia cari dua bola mata Qadri.

" Apa jadi dengan kita lepas ni?"

Pertanyaa Arissa membawa diam di bibir Qadri. Tiada jawapan.

" Abang ikut je apa yang Risa nak." Balas Qadri senyum.

Arissa menelan air liurnya, " Di... aku tak tahu—," ayatnya tak habis bila Qadri mencelah.

" Sorry Risa... Umm, kita cakap esok boleh? Abang... rehat. Penat pula tiba - tiba. Abang masuk dulu, ya?"

" Okay. Di... kau kena mandi tau. Nanti kau dem—,"

TUP!

Pintu bilik Qadri sudah tertutup rapat. Arissa mengeluh kecil, " Nanti kau demam macam mana Di...?"

***

Di bilik, Qadri jadi Qadri yang lembik. Qadri yang paling lemah. Kakinya laju menuju ke meja sisi sebelum dia menarik keluar sebiji tablet GTN.

Diletakkan ke bawah lidah. Tongkatnya dilepaskan lalu dia jatuh baring di katil. Dengan kaki yang dirapatkan ke dada, dia menangis semahu - mahunya.

" This is too much for me to handle... too much!! Erghhhh... go away please! Pain go away... mak... Di sakit mak... Di sakit... "

Berserembah serembih dia menumpahkan air mata. Sakit di dada yang datang mencucuk - cucuk, ditekan - tekan.

" Mak... Di nak Arissa. Di nak Arissa jadi isteri Di sampai di akhir hayat Di. Tapi... Qai..." Mengekot Qadri menangisi kesempitannya. Dia buntu, tak punya cara untuk mendapatkan hati Arissa.

***

" Risa..." Bisik Qadri di telinga. Nafasnya berhembus hangat di relung telinga Arissa.

Arissa jadi menggeliat. Bibirnya sudah melebar senyum.

" Bangunlah sayang... dah pagi ni. Ke Risa nak abang gomol Risa?"

Arissa senyum lagi tapi matanya masih katup. Tatkala tubuhnya rasa dipeluk, dia mendengus senang. Bahagianya Qadri di sini. Bahagia sangat.

" Sayang... bangunlah... abang rindu...Pandanglah abang, say you miss me as well... please sayang..." Pujuk Qadri.

Arissa menoleh, dia ketawa kecil. Matanya penuh dengan kepingan cinta tatkala wajah Qadri menghiasi pandangan. Hidung sederhana mancung Qadri dicuit lalu jemarinya sentuh bibir seksi Qadri.

" I'm not just missing you Di, I love you! I love you so much! I love you so damn much!" Pipi Qadri dielus lalu dibawakan bibirnya mencumbui suaminya.

" Di...."

Bunyi kokokkan ayam jantan membawa Arissa terbangun dari mimpi. Terkebil - kebil dia memandangi sekeliling.

Spontan tubuhnya naik lalu dia lihat sebelah katil. Tak ada orang... mana Qadri?

Dia garu kepalanya yang tak berapa gatal. Bila dia tersedar, wajahnya naik merah lalu ditampar pipinya kuat - kuat.

" Kau mimpi apaaaa?!!! Arghhhh... bahahaha!!"

Pipi ditepuk - tepuk lalu dia menggelupar sendiri di katil. Malulah tu...

" Eh Arissa... sekarang kan, kau nak yang mana? Qadri atau Qaish. Hmmm...?" Arissa tarik telefon bimbitnya lalu laman sesawang Google dilayari.

Tanda jodoh yang tepat

***

Dengan semangat yang berbangkit, datang aura rajin yang menghantui dia. Bergegas dia ke dapur untuk membakar kek coklat lava.

" Ehem.... time untuk jadi isteri yang baik ya, Arissa... and show him, what is the real means to become a wife! Okay?!"

Tangan ditepuk gagah. Cuti - cuti begini dia harus manfaatkan dengan betul. Setelah berjam - jam dia di dapur, Arissa bungkus coklat lava ke dalam bekas yang berasingan.

Jam dipandang lalu dia meleret senyum.

" Baik kau pergi hantar cepat - cepat sebelum Di balik. Tak surprise laa kalau dia tahu... biar dia tahu dari mulut orang kampung, barulah real Risa... hihi." Arissa yang kuat berangan mula memainkan angan - angannya.

Arissa angkat bekas coklat tadi lalu ditenung bekas itu dengan asyik, " nanti... bila Di tahu kesedapan coklat lava ni... mesti Di datang dekat kau—,"

" Risa! Ini Risa ke yang buat?! Oh sayang... orang kampung cakap sheeeedaaaap sangat!" Mata Qadri bulat dan penuh berperasaan.

Arissa berpalis malu, " Ehe, iya abang... Risa... buat so semua orang tahu yang abang ada isteri yang sangat ohsem."

" Abang? Risa panggil abang, abang?"

Perlahan Arissa mengangguk, seakan sedang mengaku cinta pada suaminya itu.

" Oh! Sayang..." Qadri tak tunggu terus saja dia sambar bibir Arissa.

Ohhhhh, Qadri!!!

" — Risa?" Qadri berkerut dahi melihat gaya bibir Arissa yang termuncung - muncung seperti ikan sesak nafas. Sudahlah dengan tubuh yang dipeluk kemas.

Dah kenapa dengan isteri aku ni?

" Risa... eh?" Qadri tepuk kecil bahu Risa hingga membuatkan wanita itu melompat terkejut. Wajahnya nampak panik sekali. Qadri menahan tawa.

" Aba— eh! Di! Kau buat apa kat sini Di?!" Tinggi suara Arissa seakan Qadri tu penceroboh. Qadri jadi terkebil - kebil!

" Eh, ini kan rumah abang. Sepatutnya abang yang tanya, Risa buat apa kat sini? Dekat dapur abang ni?" Sengih Qadri yang selekeh dengan baju kemeja kotak - kotak yang dilapisi baju putih. Nampak macam baru balik dari kebun.

Kekok, Risa pula sudah merentangkan dan merehatkan tangan pada kabinet dapur, tak mahu tunjuk apa yang dia sudah hasilkan pada Qadri.

"Aku nak pinjam dapur kau kejap tak boleh ke?" Jeling Arissa.

Qadri menggeleng, " bukan tak boleh tapi kan abang cakap, Risa tak perlulah buat apa - apa kat dalam rumah ni. Biar abang je buat semuanya."

Arissa mendongakkan kepalanya lalu dia menahan malu dek terpaku dengan senyuman Qadri yang berharga jutaan ringgit itu. Adudududu! Hatiku...

" So lepas ni, kau nak bagitahu semua orang yang isteri Qadri Dizyad ni pemalas? Cit-cit-cit! Di... kau tak rasa ke mencemarkan nama aku bakal buat nama kau buruk Di? Tak bijak kau Di... tak bijak..." Arissa menggeleng dengan bibir menggeronyot.

Qadri pun sama dalam mod mengusik membalas, " Eh, abang tak bijak? Mana pulak.. bijaklah sebab orang nampak abang baik... abang rajin..."

Arissa melongo lalu matanya dikecilkan, "hmmm, licik kau eh Di."

Di ketawa, " mestilah. Tak naklah abang jadi duda tak laku nanti."

Arissa jadi diam terus bila Qadri kata begitu. Bibirnya mencebik. Ishh, siapa yang nak cerai sangat ni? Aku ke dia?

Kemudian, tiba - tiba saja Qadri merapatkan tubuhnya ke arah Arissa. Arissa yang terkejut segera menyilangkan tangannya ke tubuh.

" K— k— kau nak buat apa Di?!" Jerit Arissa sambil memejam mata. Aihh, belum lagi laa Di! Belum lagi! Aku tengah masam ni.

Qadri kerut dahi lalu dia tunjukkan gelas yang dia ambil dari rak.

" Nak... minum air?"

Arissa buka sebelah matanya, " ohhh..." tubuhnya serta merta ditegakkan.

Melihatkan Qadri yang berjalan ke arah mesin air Coway, Arissa segera menapak dan mengambil gelas tadi dari genggaman Qadri.

Qadri terpinga - pinga. Matanya menyorot pada Arissa.

" Biar aku buat, kau nak minum apa? Kopi? Teh 'O' panas, teh 'O' ais? Milo panas, milo sejuk? Kau cakap dengan aku sekarang..."

Qadri ketawa lalu dia pandang Arissa sangsi, " Risa..."

" Cit-cit-cit! Jangan banyak bunyi. Aku susah nak baik macam ni. Baik kau order sekarang!" Garang betul si Arissa ni.

" Ummm... abang nak— Risa..." Qadri senyum menggoda.

GULP!

" Susu panas."

" Hah?" Arissa terpinga - pinga. Cis, berangan lagi!

" Abang nak... susu panas. Pandai buat tak? Ke memang Risa tahu buat tiga jenis air je?"

" T— tahulah. Suka hati je cakap macam kita ni tak pernah duduk dapur. Huh!"

Qadri ketawa senang hati. Terubat sedikit hatinya yang lara semalam setelah dapat merasa sedikit perhatian dari Arissa. Duduk di kerusi, matanya tak lepas benar dari Arissa. Ditenung isterinya bersungguh.

" Nah." Arissa hidang susu panas buat Qadri. Bibirnya senyum bila saja Qadri meneguknya minum. Teruja betul dia.

Qadri tilik gelas tersebut lalu dia teguk lagi. Arissa jadi berdebar. Alamak, tak sedap ke?

" Sedapnyaaa! Risa susu apa ni?"

Senang hati, Risa duduk lalu dengan teruja dia memberitahu, " sedap, kan? Dulu... masa Risa kerja, ada omputih ni ajar Risa, susu suam kalau letak serbuk buah pala sikit, susu jadi seeedap sangat. Amacam, sedap, kan?" Tangan Qadri disentuh dan digenggam Arissa tiba - tiba.

Qadri keras kejung. R— Risa pegang aku?

Tersedar, Arissa segera mahu tarik tangannya tapi Qadri tangkas saja menyambutnya kembali.

" Sedap! Sedap sangat - sangat!"

" Okay, nanti hari - hari aku buat air susu je untuk kau sampai kau muak."

" Okay, sampai abang muak dan menyampah minum air susu..."

Kedua - dua senyum lalu ketawa besar. Diam - diam jemari mereka melingkar erat. Satu petanda ke?

***

" Banduan 321, kamu ada tetamu."

Qaish yang sedang seronok membaca mulai berkerut dahi.

Tetamu?

Siapa yang datang jumpa aku?

Tatkala tubuhnya dibawa ke sebuah bilik, Qaish menoleh ke arah pengawal penjara yang bertugas, dia hanya menepuk - nepuk bahunya tanpa memberitahu apa - apa.

Menapak masuk, seorang lelaki sederhana rendah yang duduk di kerusi menyapanya dengan satu anggukan kecil.

" Assaalamualaikum, Qaish... lama tak jumpa. Duduklah." Sapa Bahrain, datuk Arissa.

•••

" Qaish, anggaplah hubungan kamu dan Arissa sudah berakhir. Arissa pun sudah berkahwin. Harap kamu— tak menganggu dia lagi." Ujar Bahrain memujuk anak muda itu.

BAMMM!!

Meja dihentak kuat, berdentum bunyinya di segenap ruang. Matanya merah menyala.

" Apa kurangnya saya?!"

Bahrain mengeluh kecil, " saya tak boleh nak terang banyak. Cuma, yang boleh saya cakap... saya pun pernah muda dahulu."

" Jadi kau nak cakap, anak tepi longkang macam aku tak layak untuk Arissa?"

Bahrain sudah angkat kaki, tangan diseluk ke dalam saku, " kalau kau nak terima macam tu, saya tak menolak?"

" Aku cintakan cucu kau seluruh nyawa aku." Tangan dikepal kuat. Segala kemarahan disalurkan ke situ, menunggu mangsa untuk dilepaskan saja.

Bahrain yang sudah separuh jalan berpaling, " Ya, aku nampak. Tapi cinta kau membunuh Qai. Aku tak sanggup merisikokan cucu kesayangan aku untuk orang macam kau."

Bunyi pintu ditutup di belakang seakan duri di telinga.

Qaish menarik nafasnya dalam - dalam. Amarah yang membara di atma, disalurkan ke gigi. Berkertap kertup geram.

" Mati kau aku kerjakan, Qardi!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience