PH18

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 18-

" Risa..."

TUTT.. TUTTT...

•••

" Lama tak jumpa..."

" Lelaki tak guna..."

•••

Beberapa jam selepasnya...

Arissa melangkah diam ke lobi hotel dengan bebanan berat di belakang tubuhnya. Saat kakinya bergerak ke arah lif, Qadri bergerak mendapatkan dia.

" Sayang..."

Arissa tidak membalas sapaan tersebut. Akalnya berserabut amuk. Apa yang terjadi tadi membuatkan dia tak mampu memproses apa - apa.

" Sayang pergi mana tadi?"

Arissa pandang wajah polos Qadri. Matanya jadi kesedihan melihat tampang muka lelaki bertopi sudu itu.

" Sayang? Okay tak? Sayang luka ke apa ni? Jatuh? Sayang pergi mana?"

Hatinya naik membuak rasa tak selesa bila banyak pula Qadri memuntahkan soalan padanya. Terasa cukup palsu di telinganya.

Menolak bahu bidang Qadri di tepi, Arissa berlari mendapatkan perut lif yang terbuka. Di belakang, Qadri berlari mendapatkan isterinya itu.

" Risa! Risa! Kenapa ni sayang? Janganlah macam ni? Erghh..."

Terhincut kaki Qadri mengejar di belakang tapi lebih baik daripada ketika dia memakai tongkat. Mujur sempat Qadri menghalang pintu bila tangan panjangnya terhulur di antara pintu lif.

" Risa... jangan buat abang risau..." Rayu Qadri bila nyata Arissa langsung tak pedulikan dia. Mata bergerak mengekori susuk tubuh Arissa yang menekan butang pintu lif berkali - kali.

" Risa... cakaplah kenapa ni?" Tubuh Qadri yang bergerak mahu meloloskan diri ke dalam perut lif ditolak Arissa kuat hingga terdorong ke belakang tubuh Qadri.

Terkejut, Qadri jadi terkedu. Apatah lagi melihat wajah Arissa yang tersendu - sendu menangis. Saat pintu lif terkatup rapat, Qadri bergegas menekan butang lif untuk mengejar si isteri.

Tak guna punya Qaish! Apa dia buat dengan isteri aku?! Allahuakhbar... cepatlah! Cepatlah! Berdebar degar jantungnya mengepam darah. Rasa risaunya pada Arissa jadi membuak - buak.

Malas menunggu, Qadri bergerak ke arah tangga kecemasan. Tatkala dia memanjat mata tangga yang pertama, suara doktor Wazir menganggu mindanya.

Ingat Encik Qadri, jangan buat aktiviti berat... it'll would be ugly if you did...

Arghh!

•••

Pintu tingkat 13 ditolak dari dalam. Saat itu juga, dadanya terasa seperti dihentak sesuatu. Sakitnya seperti jantungnya dibelah pisau.

" Eghhhhh... Allah... tak! Bukan sekarang. Kejap - keja— aku nak jumpa Risa... erghh..." Qadri gagahkan dirinya untuk bergerak ke koridor hotel.

Seketika, Qadri menarik nafas dalam - dalam. Hamparan perpandangan mata pada pintu kiri kanan hotel terlihat berbalam di matanya. Peluh sejuk sudah basah memenuhi ruang dahinya.

Perlahan, dia melangkahkan kakinya seakan orang mabuk. Dinding hotel dijadikan tempat sandaran. Setapak demi setapak, kakinya diheret hingga dia berdiri betul - betul di hadapan pintu bilik Arissa.

TOK! TOK! TOK!

" Risa... buka— uerghh— buka pintu." Panggil Qadri payah bila jantungnya tak henti - henti berasa semput. 

Tak lama, pintu terbuka.

" Astaghfirullahal'adzim... Abang!!" Kalut Bunga mendapatkan Qadri yang sudah pucat lesi. Apatah lagi dengan wajahnya yang basah dengan peluh sejuk.

Tapi yang paling menarik perhatiannya, bibir Qadri yang koyak serta pipi Qadri yang tergores luka. Baju kemeja berpetak biru yang tersarung di tubuh Qadri juga nampak kotor dan sedikit terpalit darah. Apa dah jadi?!

Tangan Bunga laju saja mahu menyentuh wajah lelaki itu tapi Qadri menepisnya laju.

" Ri... Risa?! Risa?" Tak peduli, Qadri merempuh masuk ke bilik lalu melilau dia mencari Arissa.

Mendengar suara tangis Arissa dari bilik air, Qadri bergerak mendapatkan isterinya. Pecah berderai hatinya melihat Arissa yang menangis separuh mati.

" Sayang... janganlah nangis. Sedih hati abang tengok sayang macam ni..." pujuk Qadri sedih. Siapa saja tahan melihat isterinya sebegini rupa?

" S— stop." Larang Arissa tersendu - sendu.

Qadri yang mahu melangkah dekat, membantutkan langkahnya. Kaki diletakkan semula di tempat dia berdiri.

" Allahuakhbar, sayang... bagilah abang— bagilah abang pujuk Risa..." rayu Qadri meskipun dia tak tahu apa yang sudah jadi pada isterinya itu.

" Berambus..."

Menggeletar tangan Qadri bila tiba - tiba Arissa kata begitu padanya. Arissa yang duduk di atas tandas kini bangun mendekati dia.

Mata bertentangan mata. Sayangnya tiada pandangan cinta yang dikongsi antara mereka berdua.

" Kau... kau tipu aku Di..."

" Ti— tipu? Risa sayang..." Tangan diangkat mahu menarik tubuh itu ke pelukan. Sungguh dia mahu memeluk isterinya itu erat seeratnya.

" Ri—."

PANG!

Satu tamparan kuat hingga ke pipi Qadri. Darah yang mulai terembes dari pipi diseka Qadri dengan tangan yang menggeletar.

" Sayang..." panggil Qadri dengan matanya yang berkaca.

" Kau PENIPU!!!!!" Bergegar suara Arissa memuntah seraya dia menepis tangan Qadri yang direntang mahu mendapatkan dia.

" Baik kau berambus Di. Berambus sebelum aku kerjakan kau, Di..."

" Apa salah abang, Risa...?"

" Tak cukup ke Di? Nak aku tampar kau lagi ke?"

Tangan Arissa yang sudah naik lagi, ditahan Qadri lalu cepat saja dia rengkuh tubuh Arissa ke dalam pelukannya. Pun begitu, tak sempat tubuh mereka bersatu, Arissa tolak ke dua - dua bahu Qadri kuat.

" Berambus aku kataaa!!!!"

Qadri tertungkap diam. Tubuh Qadri ditolak - tolak Arissa hingga tubuh itu mengundur keluar dari tandas.

" Eh, penipu macam kau, baik mati jelah!" Dengan sekali tolak, Qadri jatuh terjelopok ke lantai.

Tolakannya itu membuatkan jantung Qadri berdegup tidak normal seakan jantungnya terlangkau degup. Laju dia memaut dada kirinya.

" Aaarghhh... uhukkk..." bergetar bibir Qadri jadinya.

" Kak Arissa!!!" Jerit Bunga sambil dia tolak tubuh Arissa itu.

Arissa yang amuk menoleh ke arah Bunga lalu dia pegang lengan Bunga kemas. Mata tajam Arissa menikam bola mata  Bunga.

" — kau nak sangat jantan ni, kan? Kau nak sangat rampas Qadri dari aku, kan? Okay... fine!!! Haaa ambillahh!!! Ambil!!!" Tubuh Bunga ditolak sama hingga keluar pintu.

Mata bengkak Arissa memancung pada Qadri yang masih mengekot sakit. Qadri angkat sedikit tubuhnya lalu dia jatuh semula. Habis tangan kirinya terasa kebas yang teramat sangat.

" Say— sayang... sakit aba— abang sayang..." suara Qadri kedengaran semput. Qadri bawa matanya merentangi Arissa tapi cepat saja wanita itu berpaling darinya.

Melihatkan bahu Arissa yang terhincut - hincut dan bibir yang terkemam kuat, Qadri tahu, Arissa pasti tak bermaksud buat dia begini.

" — T— Tak apa sayang..." Qadri mencarikkan senyum nipis, "ab— eegh— abang tak marah sayang... Su—huuuhhhh.."

Bunga mengangkat tubuh Qadri, " abang... jangan push diri abang. Abang... nanti jantung abang sakit..." rayu Bunga menangis.

Tangkas kepala Arissa terkalih. Matanya berair kejut. Qa— Qadri sakit?

Nampak wajah Arissa berubah risau, Qadri segera menggeleng, " Tak... Risa... abang tak sakit pun... Abang okay je. Risa..."

Kuat semangat, Qadri bangun dari jatuhnya meskipun sakit pada jantungnya seakan menyucuk perit. Berpinar pandangannya tatkala dia cuba melangkah dekat pada Arissa.

" Risa... apa salah abang?"

Arissa langsung tak bawa matanya merentangi wajah itu. Fikirannya cukup amat serabut.

" Di, just go please..."

" Ya Allah Risa... Jangan buat abang macam ni..." rayu Qadri.

" Ya Allah, ya Allah... jangan tunjuk baiklah Di! Jangan bodohkan aku lagi." Arissa tolak pintu biliknya tapi sempat Qadri menahan.

" Di! Can't you just stop?! Stop acting like a wimpy child, Qadri!" Amuk Arissa. Matanya tunduk saja. Langsung tak pandang suaminya.

Qadri mendengus sesak, " astaghfirullahal'azim... Arissa Mardiya. Apa ni? Apa salah abang?"

" Fingers off, Di! Kalau tak aku slammed this door hard." Keras Arissa memberitahu suaminya.

Qadri tarik nafasnya perlahan, mahu mengurangkan semput yang dia rasa. Kemudian, dia mengukirkan senyum.

" Risa nak masa? O— okay, abang bagi Risa masa. Nanti, I'll get to you again, ya? We'll talk about this okay?"

Arissa tarik satu persatu jemari Qadri lalu bila kelima - limanya jatuh, pintu bilik hotel dihempas Arissa kuat.

BANG!

Qadri angguk, " okay... abang tunggu Risa..."

Qadri melangkah lemah dan menjauhi dari pintu.

" Okay... sumpah Arissa... abang akan tunggu Risa..."

Bunga yang risau melihat susuk tubuh Qaish yang nampak lemah mulai mengekori di belakang. Lengan Qadri direngkuh Bunga.

Qadri toleh pada Bunga dengan senyuman nipis setelah dia membuat keputusan.

" Bunga, abang janji... sampai mati pun, abang akan tunggu Kak Risa. Sampai mati..."

Kepala Qadri terasa memberat lalu bagaikan bunga yang tersambar api, dia jatuh melayut tidak sedarkan diri.

" Allahuakhbar... abang!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience