PH19

Romance Series 11014

-Pengorbanan Hati 19-

Cerita Qadri

Beberapa jam sebelumnya...

Qadri panik bila Arissa tiba - tiba saja mematikan panggilan. Lantas, dibuat panggilan pada Arissa beberapa kali namun sayangnya tidak berjawab.

Sayangnya, dia ditinggalkan dengan peti suara saja

Qadri menarik nafas lalu dia bergerak ke arah Spa untuk menayakan tentang Arissa. Hatinya semakin tak keruan bila dia diberitahu Arissa melulu keluar dari situ dan hilang entah ke mana.

Runsing, dia melangkah perlahan ke arah kerusi di dobi hotel. Kepalanya dipanggung cuba memikirkan di mana lokasi Arissa berada.

Dalam situasi begini dia tak boleh menggelabah. Telefon dihidupkan lalu dia buka notifikasi. Kosong.

Arissa sepertinya tidak memberikannya apa - apa klu.

Haduh, sayang... kat mana ni?

Kemudian, dibuka halaman aplikasi Whatsapp dan dia bergerak ke arah Whatsapp story dek Arissa yang senantiasa cepat mengepos apa - apa cerita.

" Wait... no! No no no!"

Matanya terbuntang bila nama yang sepatutnya tidak ada, terlayar di antara barisan nama yang lain. Air liur yang terlekat di kerongkongan, ditelan perih. Perlahan dibawakan jarinya membuka cerita sarira tersebut.

" Arissa..."

•••

Kalut Qadri keluar dari Gojek yang dinaiki. Dadanya berombak debar. Matanya sibuk tertoleh ke kiri dan ke kanan, tak tahu di mana dia harus mulakan pencarian.

Ya Allah, kat mana aku nak mula ni?

Kepala tertunduk cuba mencari klu dari Whatsapp story tadi.

Macam dekat area sini...

Dari situ dia mula bergerak ke arah jalan Braga Street yang penuh dengan pengunjung.

•••

Terkalih kiri dan kanan kepala dan tersenggol - senggol bahu bidang Qadri dirempuh sambil mencari susuk tubuh isterinya itu.

Jiwanya hampir - hampir naik gila bila Arissa tidak ternampak di bayang mata.

Sudah hampir satu jam dia bermundar mandir di sekitar laluan pejalan kaki tapi sayangnya bayang Arissa tak ada di mana - mana.

" Arissa!!!"

" Arissa Mardiyaaa?!!!"

" Risa!!!"

Panggil Qadri pabila dia sudah semakin terdesak. Mata - mata yang mungkin sedang membuat andaian yang dia seperti orang gila langsung tidak dipedulikan.

" Allah, bantulah aku..."

Setiap pintu kafe yang ternampak di mata, dirempuh dan membuatkan orang ramai memandanginya dengan pandangan yang terkebil - kebil.

" Arissa?"

Satu persatu dia cari sampaikan ada yang terjerit terkejut. Mana tidaknya Qadri memegang bahu orang tak dikenali secara tiba - tiba. Tersilap sangka dengan Arissa.

" Goblok! Loh mau aku kasi mampus?" Amuk salah seorangnya bila Qadri terpegang isterinya.

" Maaf... maaf..." Tertunduk - tunduk Qadri memohon maaf.

Tubuh panjangnya dibawa keluar dari kafe yang sesak dengan orang ramai itu. Nafas dihela berat. Serupa orang putus harapan dia mencari.

Rasanya sudah hampir habis tempat dia intai dan masuki tapi sayangnya satu bayang Arissa pun dia tak nampak.

Ketakutan akan kehilangan Arissa mulai mengusai dirinya. Dia tahu, Qaish pasti tak akan melepaskan Arissa semudah itu saja.

Tak Di... kau jangan takut. Arissa akan kembali dengan kau. Dia akan balik semua dengan kau... Jangan takut Di...

Itulah saja penguat hatinya kini. Kaki yang sudah letih, diheret berjalan. Matanya kerap lagi menggelayau mencari isterinya yang hilang.

•••

Sampai di simpang jalan, kakinya terhenti. Kepalanya mendongak ke arah tingkat dua sebuah kafe.

Hatinya yang sudah tertampal luka kini hancur berkecai. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Cemburunya juga tuhan saja yang tahu.

Jumpa pun sayang...

Di sana, dia nampak isterinya sedang berdua - duaan dengan kawan baiknya, Qaish di meja cafe.

Dia perhatikan Qaish yang segak dengan pakaian ala model pentas peragaan itu tapi tak lama sebelum matanya beralih.

Sumpah, cantiknya isteri aku...

Sedetik itu Qadri memuji - muji kecantikan Arissa yang belum dia tahu. Semua yang ada pada Arissa terasa cukup amat sempurna bagi dia. Tapi kali ini, sempurna ini lebih sempurna dari yang sebelum - sebelumnya.

Tengoklah Di... Cantik dia sampai kau tak boleh fikir apa - apa lagi. Ingat Di, kau kena lindungi si bidadari ni... Jangan bagi dia sakit, hatta satu luka pun Di.

Pesan Qadri dalam duka meskipun dia tahu pasti waktu bersama antara dia dan Arissa takkan lama.

Jemari Qaish yang tak segan meraih jemari Arissa yang tersemat cincin perkahwinan mereka membawa retak yang berbekas di hati Qadri. Tangannya spontan dikepal geram.

Membuak - buak rasa mahu menumbuk rakan baiknya sendiri bila mudah - mudah saja lelaki itu menyentuh jagat isterinya.

Pun begitu, dia tetap tegak di situ merenungi raut wajah isterinya. Kakinya diam saja di situ tak mampu bergerak. Seakan Arissa sedang melarang dia dari bergerak dan menyerang Qaish.

Do you love him that much, Arissa Mardiya?

Kerut merut di dahi Arissa serta air mata yang tumpah di pipi Arissa membuatkan hati Qadri semakin remuk.

Sayang sangat ke Risa dengan lelaki ni sampai Risa perlu tumpahkan air mata Risa macam tu sekali?

Tak lama, Qaish bergerak ke arah Arissa lalu dipeluknya wanita itu erat. Tangan Arissa yang menepuk - nepuk tidak membuatkan pelukan tersebut terlerai.

Qadri dari bawah, jadi semakin marah. Relung matanya merah membakar. Lebih terbakar, bila Qaish yang ternampak dia, melambaikan tangan ke arahnya. Wajah lelaki itu nyata nampak cukup bermuslihat.

***

THUD!

Hampir terkehel tulang bahu Qadri bila itu dilangggar seseorang. Kening yang hampir bercantum Qadri, kini tertala pada seorang lelaki Indonesia yang sedang berlari setempat.

" Sorry pak... sorry..." Ucap si pemuda itu sepertinya mahu lekas beredar dari situ.

Tak ambil pusing, Qadri merehatkan keningnya seraya menggelengkan kepalanya.

Entah apa yang bergulir di kepala Qadri ketika itu tatkala dia memfokuskan pandangannya pada Arissa dan Qaish, dia terkejut dan jadi terpinga - pinga kehairanan.

Figura Qaish hilang dari pandangan. Yang cuma kelihatan adalah Arissa.  Bersendirian di sana, sedang menikmati kopi.

Akalnya bingung. Rasanya tadi...

Kepala dibawa geleng beberapa kali lalu dia melepaskan lega. Senyum dan mengharapkan apa yang dia rasakan itu hanyalah satu khayalan jahat, dia bergerak laju ke arah kafe mahu mendapatkan Arissa.

Tersenyum lebar, dia tak sedar lampu melintas jalan sudah bertukar merah. Terus saja melompat di hadapan kereta yang laju bergerak dari arah kiri.

PONNNNN!!

Mujurlah dia tak dilanggar dek bunyi hon yang dipecal kuat. Kalau tidak, tamat terus riwayat hidupnya. Tak sempatlah dia merasa pelukan hangat Arissa.

Tertawa senang, Qadri menundukkan sedikit tubuhnya meminta maaf.

Gila... hahaha. Arissa punya fasal... hahaha. Oh god, never felt so much love before...

Bila saja tubuhnya bergerak laju ke arah pintu kafe, terasa dadanya ditepuk kuat hingga terdorong dia ke belakang sebelum kemejanya dipaut sepasang tangan lalu tubuhnya diheret jauh.

Pantas...

Hilang...

Arissa yang mendengar bunyi bising - bising di bawah, menggerutukan dahi sebelum ruang hatinya kembali biru.

" Bandung is totally not for me... I guess..." bisik Arissa kecil sambil dia mengeluh berat.

Qadri... dia tipu aku ke?

•••

Cerita Arissa

Beberapa jam sebelumnya...

Arissa masih tak percaya. Matanya tidak berkedip memerhatikan lekuk - lekuk wajah lelaki di hadapannya kini. Masih sama dan tidak langsung nampak berubah.

Mujurlah air matanya sudah kering walaupun mungkin matanya masih kelihatan sembab. Pun begitu, dia merasakan ada perubahan yang cukup amat besar dengan hatinya.

Dia tak lagi merindukan Qaish. Dia tidak merasa senang sedikit pun dengan kehadiran Qaish yang cukup mengejut begini. Sekelumit pun dia, tak merasa cinta.

Hatinya sejak tadi meronta mahu pulang ke pangkuan Qadri. Hatinya berasak - asak menyuruhnya bangun dari situ dan segera mendapatkan suaminya tapi dia perlu tahu cerita...

" Sayang... abang tak tipu..." beritahu lelaki itu padanya dengan wajah yang risau dan suara yang cukup... terdesak?

Keluh dilepaskan.

" Abang minta maaf sebab tak bagitahu sayang apa yang abang buat lately. Ya, abang minta maaf sangat sebab tiba - tiba menghilangkan diri tapi sayang.. abang terpaksa."

Arissa tidak memberi riak dek dia yang masih cuba mencantumkan logik cerita Qaish yang dari awal tadi sudah kucar kacir. Dan yang paling menjadi persoalannya, kenapa mereka perlu berjumpa di Bandung?

" Qadri kahwin dengan sayang sebab dia nak harta atuk Bahrain."

Arissa menggerutukan dahi mulusnya.

" Sebab harta atuk? Maksudnya?" Sumpah Arissa langsung tak faham.

" Iya sayang... Dia orang berdua dah ikat perjanjian harta... Kalau buat atuk sayang meninggal, sebahagian harta akan jatuh dekat tangan Qadri."

Arissa melepaskan tawa lalu dia tergeleng, " abang, apa abang merepek ni? Haha. Qadri mana boleh dapat harta atuk. Dia bukan cucu—."

Qaish mengeluh berat dan itu sudah cukup membuatkan Arissa diam. Dia tahu, Qaish mulai berasa tidak puas hati.

" Sayang... Atuk Bahrain bakal hadiahkan sebahagian harta dekat Qadri, sayang... kononnya hadiah sebab jagakan sayang untuk dia. "

" Qadri? Dapat hadiah? Haha, apa abang ni? Atuk takkan buat macam tulah..." Macamlah Arissa tak tahu atuknya yang si haji Bakhil itu.

Jemari Arissa diraih Qaish tiba - tiba lalu dia menyulamkan tangannya kemas, " sayang tahu, kan atuk tak suka kita bersama..."

Arissa angguk tahu. Memang hubungan mereka berdua ditentang bermati - matian dari sebelah atuk. Tak tahulah kenapa.

" Atuk sebenarnya pernah jumpa abang..."

Arissa membulat mata.

" Atuk? Jumpa abang? Kenapa?" Soal Arissa dengan nada ragu.

Bukannya apa, Bahrain bukan jenis yang mudah - mudah saja mahu bertemu dengan sesiapa. Bahkan Qadri sendiri payah nak bertemu mata dengannya. Inikah Qaish... lwlaki yang atuk paling benci!

" Sebab Qadri... Atuk nak jodohkan sayang dengan Qadri jadi dia jumpa dengan abang... suruh abang putuskan hubungan kita..."

Arissa tersentak.

" Jadi selama ni abang tahu Qadri dan Risa bakal dijodohkan?"

Perlahan, Qaish angguk kecil. Tapi hati jantannya tak merasa puas hati. Soalan yang Arissa lontar tadi tak menunjukkan dia terkejut dengan tindakan Bahrain.

" —sebab tulah Qadri pernah buat janji dengan abang, yang dia akan pulangkan Arissa..."

Hati Arissa rasa tersiat dek kata - kata Qadri dahulu terngiang - ngiang di belakang benak.

Kalau Risa boleh sabar? Mungkin... tapi Risa kena ikut abanglah dan belajar sabar

Tak mungkinlah maksud Qadri begitu... Kalau sungguh macam mana?

Diam - diam, Arissa merasakan dadanya seperti ditikam - tikam...

"— selepas dia dapat harta atuk Bahrain."

Arissa tersedar. Matanya membulat lalu dia cuba ketawa tapi yng keluar tawa perit saja.

" What? Haha. Dah jadi drama TV 3 dah ni abang." Arissa melepaskan jemarinya dari gengaman Qaish lalu dia memeluk tubuhnya.

" Betul sayang. Qadri tu nampak je macam tu.. dia dah rancang lama benda ni dengan Bunga."

Hati Arissa tersentak dan nafasnya hilang sedetik dua. Bunga? Dadanya diregut debar yang cukup hebat.

Qaish yang melihat perubahan air muka Arissa, terus saja merasa lega. Sekurang - kurangnya dia masih boleh menggunakan alasan Bunga sebagai cara untuk memporak perandakan hubungan suami isteri itu.

" — A—Abang kenal Bunga?" Soal Arissa ingin tahu meskipun dia tak selesa menyebut nama itu.

" Bunga? Mestilah kenal... Girlfriend Di sejak zaman sekolah kot. Oh, he loves her so much. Sayang tahu, dua tahun lepas Di masuk meminang Bunga tapi he got rejected just because he got nothing in possession."

Qaish cuba menarik jemari Arissa tapi nyata tidak diendah. Bola mata Arissa bergerak tidak fokus sudah pada dia seakan dia sedang berada di dunia lain.

Qaish jadi mahu marah. Takkan Arissa dah jatuh hati dengan Qadri sampai aku depan mata ni pun dia tak boleh fokus?

Qaish mendencit, " —tak sangka... sampai sekarang pun dia orang masih bercinta."

" Masih bercinta? Taklah..." laju Arissa cuba menafikan. Sumpah, hatinya sudah tak mampu menampung sakit yang menikam ini.

Qaish angguk, " iyalah sayang. Kalau tak Qadri takkan beli tiket Kapal Terbang ke Bandung untuk Bunga. Dia ada kat sini kan, sayang?"

Hati Arissa terasa dicucuk - cucuk seribu duri. Remuk habis rasanya bila Qaish beritahu begitu. Kalau diikutkan logik, mungkin juga. Kenapa dalam banyak - banyak negara yang dia boleh lawat, Bandung juga yang dia lawat?

Qaish menarik nafas, " sayang... Qadri nampak je dia macam tu tapi mata duitan! Jahat! Hati busuk tau!"

Tuduhan yang terlontar di bibir Qaish membawa seribu luka di hati Arissa. Sumpah dia susah nak percaya. Qadri mata duitan? Qadri jahat?  Tak mungkin...

Nampak seperti kurang berjaya, Qaish melontarkan umpannya lagi, " sayang tak pelik ke?"

" Pelik?" Kening Arissa tertongkat tinggi.

Semakin lama semakin dia meragukan Qaish. Betulkah di hadapan ini Qaish yang pernah dia kenal dahulu? Auranya terasa gelap.

" Sayang... Qadri buat baik dengan sayang sebab perjanjian tu perlukan tandatangan sayang... he tries to get your yes je sayang." Fitnah ditebar bagai menebar benih di batas. Licik sungguh bibir Qaish mereka - reka cerita.

" Habis? Kenapa abang beritahu Arissa semua ni?" Soal Arissa dengan nada sakit hati.

" Abang takut, Risa dah sayangkan Di..."

Arissa menelan air liurnya pahit. Memang dia sudah sayang amat pada Qadri tapi setelah diberitahu begini...

" Abang nak Arissa kembali dengan abang semula. Lagi, abang tak nak tengok hidup Risa merana kerana Di. He's plotting something on you sayang... takkan sayang buta - buta nak terima dia lagi?"

" Ummm, Risa tahu, kan yang Qadri bercadang nak menikah dengan Bunga?"

Kali ini kesabaran dan kewarasan Arissa benar - benar terganggu. Dia tak tahu lagi mahu menapisi mana ayat yang benar dan mana ayat yang salah. Jiwanya jadi kacau bilau.

Di curang dengan aku? Di... sampai hatinya kau...

" Arissa..." Panggil Qaish sementelah dia lihat linangan air mata di lereng mata wanita itu.

" Siapa! Siapa cakap Arissa peduli— pedulikan Di?" Suara yang tegas awalnya menjadi rosak.

" — Risa— sekelumit pun tak rasa apa - apa untuk Di." Tewas, kuat Arissa meraung tangis hingga mengundang mata - mata orang sekeliling.

Pun begitu, Arissa tak peduli. Hatinya sudah hancur lebur. Impiannya mahu menuturkan kata - kata cinta dan janji setia untuk Qadri punah habis.

" Arissa benci.... benci Di... Abang...." Arissa tumbuk - tumbuk dadanya perih. Sakitnya dada kiri.

Qaish mulai bergerak ke bahagian meja Arissa dan tanpa segan, dia bawa kepala Arissa melekap ke dadanya.

" It's okay sayang... abang faham perasaan Risa. It's just a fling.. a bad fling... you'll be okay... I promise you..." Qaish sengih jahat sementara dia memerhati wajah amuk bercampur duka Qadri yang mendonggak ke arah mereka.

P/S :

Maaf sebab sis Han baru upload, I was trying to susun the best plot for this novelet. Alhamdulillah, dapat gak siapkan.
fuhhh.

So sedikit - sedikit dah nampakkan kenapa Arissa marah Di tanpa usul periksa?

Anyway!!! Vote! Voteeee!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience