PH13

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 13-

Arissa menyeselakan diri di tempat duduk. Qadri pula masih kekok tak tahu nak buat apa. Dia tak pernah terbang lagi sepanjang hidupnya. Inilah kali pertama.

Tatapan matanya menggelayau ke kiri melihat banyak orang yang sedang sibuk - sibuk duduk di kerusi masing - masing. Apa nak buat ni? Melihatkan kertas iklan yang tersarung di dalam poket kerusi hadapan, Qardi menariknya keluar.

Hmmm... tak adalah susah mana pun naik plane ni.

TING!

Bunyi dentingan halus menyedarkan Qadri. Dahinya berkerut merut melihat lampu dengan tali pinggang menyala. Nak kena pakai ke?

Dia tarik tali pinggang tadi lalu dia cuba memakainya. Masalah mula berlaku bila dia... masih tak tahu caranya.

" Maaf... boleh saya bantu encik?" Sapa pramugari berskrit pendek.

Qardi angkat kepalanya lalu dia terkebil - kebil, " b—bantu? Ini?" Dia tunjuk tali pinggang itu pada pramugari tersebut.

Arissa menoleh. Matanya terkedip - kedip melihat suaminya itu, lalu dia tertawa kecil, " graduate aerospace engineering tak tahu pakai tali pinggang kapal terbang ke?"

Wajah Qardi dah merah tapi ia terganggu bila wanita berjari runcing itu mulai menyentuh bahunya.

" Saya tolong ya, encik."

Qardi angguk menerima saja bantuan itu.

Ehhh! Tak boleh jadi ni!

Arissa yang tahu pramugari itu cuba mengambil kesempatan dengan kekacakan suaminya terus saja menepis, " eh, it's okay! It's okay.. I boleh pakaikan untuk husband I."

KLIK!

" See? He's good!" Now shooo!

Mata bergerak mengisyaratkan pramugari itu supaya bergerak tapi pramugari tersebut menguntumkan senyum pada Qadri pula, " enjoy your flight ya, encik."

Mengembalikan senyum, barulah pramugari tadi bergerak pergi.

" Amboi! Amboi! Berani dia main mata dengan kau Di. Grrr..." Mata bundar Arissa bergerak mengekori pramugari itu.

" Kau sengaja, kan Di? Kau tahu je sebenarnya cara nak pakai mende alah ni... tapi kau nak suruh pramugari tu buat untuk kau, kan?"

" Ke situ pulak dia..." Mujurlah Qadri jenis penyabar. Kalau tidak, ditepuk - tepuk mulut cantik si Arissa. Ada saja ayat buat dia sakit hati.

" Untung kau Di." Arissa yang diam sejeda, kembali bersuara. Masih tak puas hatilah tu.

" Kenapa untung?"

Arissa mencebik lalu dia bawa matanya ke depan, " daripada pramugari tadi, muka aku lagi cantik."

Senang, Qadri pandang dua bola mata Arissa yang bersahaja. Ada senyum di antara dua bola mata itu yang dia tangkap.

Kau puaskanlah hati kau dulu Di... nanti mata ni dah tak ada depan mata kau.

" Haha. Iya ke? Risa tak perasan eh, dari tadi kat hidung Risa ada tahi hidung tergantung."

" Hah?! " Kalut Arissa tarik tisu lalu dia tenyeh lubang hidungnya. Aduh malunya!

Bila dia menilik tisu, tak ada pula benda asing itu di mana - mana. Muka ditayangkan cemberut pada suaminya.

" Erghhh! Tipu! Benci ah! Kau cakaplah dengan diri sendiri Di. Aku malas nak layan! Wekkk!!" Arissa berpalis geram.

" Hahaha. Alah sayang... janganlah marah. Tak seronoklah macam ni. Nanti... kalau ada yang mengorat abang macam mana? Tak takut eh?"

Arissa buat tak peduli. Sedikit pun dia tak berpaling. Qadri masih senyum dan tenang. Dia tahu apa yang boleh membuatkan isterinya senyum semula, " Jakun, kan abang? Tak pandai pakai tali pinggang. Buat malu je. Tak macho langsung."

" Mesti pramugari tu duk gelak - gelak je kat abang. Kata macam - macam kat abang. Eee, malunya abang... Jakun yang amat. Nasib baiklah ada isteri yang comel cantik ni tolong abang. Kalau tak... macam budak - budak."

Arissa kembali mencari wajah Qadri. Dia menongkat dagu seraya mencebik, " kau bernasib baik sebab kau jakun yang comel. Kalau tak, aku buat tak kenal je kau Di."

Qadri ketawa. Kan, dia dah cakap. Senang saja nak kembalikan perhatian Arissa.

" Alhamdulillah... bersyukurnya Allah pinjamkan abang dengan muka yang handsome lagi menawan ni. Ramai betul orang suka dekat abang. Syukur..."

Arissa menjelirkan lidahnya konon mahu muntah. Geli pulalah dengan orang yang suka puji diri sendiri ni.

" Betul ke kau tak pernah naik kapal terbang? Macam tak caya je aku. Kau tipu aku eh..."

Arissa angkat tubuhnya lalu dia berpeluk tubuh. Pandangan tajam dihadiahkan pada suaminya.

" Bagitahu aku, siapa perempuan yang kau bawa pergi jalan - jalan tu? Bunga eh? Hmm? Ke perempuan lain yang minat sangat dengan kau?"

Qadri melipatkan tangannya dalam gaya berfikir lalu dia menggumam dan cuba berfikir.

" Hmm, kejap nak ingat...."

Arissa menggeronyotkan bibir, " nak ingat? Huh, ramai sangat ke? Ada beratur sampai ke Singapura?"

" Uihhh... apa yang sampai beratur Singapura sayang... satu dunia duk mencari abang tau. Ingat, cacat - cacat macam ni tak laku ke? Tapi itulah, abang ni kan humble je orangnya. Tak gelojoh. Semua abang tolak."

Arissa buat muka.

" Hah! Abang dah ingat! ini yang ini, ah! Ada... sama juga pergi Bandung."

Air muka Arissa serta merta berubah kesal. Tak mungkinlah Qadri pernah pergi bercuti dengan perempuan yang belum dia bernikah.

" Cantik sangat perempuan tu, Risa... sampai sekarang pun abang tak boleh lupa. Macam bidadari." Qadri memejamkan mata lalu dia membayangkan senyuman Arissa.

Hati Arissa mulai terasa kelam. Kemudian, dia terasa nak marah.

" Tak sangka kau pun sama je macam lelaki lain, Di. Merasa dia boleh sentuh semua perempuan tanpa dosa."

Qadri ternganga. Sampai ke situ dia boleh menuduh aku? Haha.

Tak sempat dia menambah, suara dari pembesar suara mengganggu perbualan. Mendengar arahan dari kru kabin untuk duduk di tempat duduk masing - masing, Qadri rangkul jemari Arissa ke dalam genggaman.

Terkejut, Arissa tarik kembali tangannya dengan muka monyok tapi Qadri pula merayu, " abang takut..."

" Ohhh, time kau naik dengan perempuan lain pergi Bandung, kau tak takut pula."

" Apa pula Risa, perempuan yang abang ikut pergi Bandung tu, yang inilah. Dengan Arissa Mardiya... Arissa Mardiya yang paling cantik." Genggaman tangan Qadri semakin mengetat tatkala bunyi kipas kapal terbang menjadi bising.

Arissa mendencit tawa senyum seraya genggama tangan lelaki yang sudah memicing rapat matanya. Mengada rupanya si Qadri ni. Takut naik kapal terbang tu cakap aje la.

***

Akhirnya, selama juga mereka mendarat di lapangan terbang Husien Sastranegara setelah dua jam setengah di dalam kapal terbang. Keluar saja dari kabin, Arissa menarik nafasnya dalam - dalam.

" Welcome to Bandung, Qardi Dizyad!"

" Ahhh, jadi inilah Bandung? Biasa je..."

" Ehhh—," Arissa menggoyangkan jari telunjuknya, " bukan... belum lagi."

" Ea? Apa yang best dekat sini?"

" Haaa nantilah aku bawa kau jalan - jalan. And Di," bahu suaminya ditepuk senang, " kau jangan bimbang, aku akan pastikan percutian ni jadi yang paling bermakna dalam hidup kau."

" Okay— ohhh! Risa! Hahaha." Teruja Arissa tarik tangan suaminya lalu bergerak laju ke arah pintu keluar.

Mujur Qardi sudah memakai kaki prostatik. Jadi tak adalah langkah kakinya lambat melangkah seperti dulu.

Berpegangan tangan, mereka berdua keluar dari pintu masuk sebelum nama Qadri dipanggil seseorang dari belakang.

Berpaling pada punca suara, Arissa membulat mata. Tak mungkin! Tak mungkin!! Tidak!!! Noo!!!

Seorang wanita yang memakai topi serta bercermin mata hitam, tersenyum dan melambaikan tangan pada Qadri. Arissa merengus tak puas hati.

" Bunga?" Sapa Qadri setelah Bunga hanya dua tiga langkah jauh dari mereka.

" Tak sangka boleh jumpa abang kat sini.. macam berjodoh pula. Haha." Seloroh Bunga tersengih sumbing diikuti dengan tawa malu.

Arissa membulatkan mata. Eh tiba! Macam tak percaya saja dengan apa yang terluah di bibir wanita itu.

What?! Macam berjodoh? Ehh, hodoh! Elok sikit mulut tu eh? Kau tu bercakap tengah dengan suami orang kot!

" Abang... abang buat apa kat sini?" Tanya Bunga teruja tapi dari tadi langsung dia tak bertegur sapa dengan Arissa. Dibuatnya macam Arissa tak wujud saja di situ.

Mengambil inisiatif, Arissa mencelah, " kita orang nak ber—honeymoon. Tak nampak?" Lengan Qadri, Arissa rangkul kemas.

Bunga yang anggun dalam busana muslimah dan menutup auratnya, menutup sedikit mulutnya yang terbuka luas dek terkejut.

" Alamak! Sorry... Bunga tak nampak akak." Akhirnya, dia menghulurkan tangannya mahu berjabat tangan.

Tak mahu memalukan suami, Arissa dengan terpaksa menyambut juga salaman wanita itu. Qardi senyum saja melihat kelakuan cemburu Arissa.

Bunga kerut dahi, " Oh, honeymoon? Korang belum honeymoon lagi ke? Biar betul."

" Kenapa? Salah ke—?" Qadri memintas ayat isterinya. Tak mahulah ada yang mulakan pergaduhan di sini.

" Kak Risa sibuk, baru sekarang senang. Tu pun sebab bos Kak Risa yang hadiahkan tiket ke Bandung ni. Ni, Bunga ke mari ada apa - apa ke? Sorang je?"

" Ohhh... baguslah. Ingatkan— iyalah. Manalah tahu kahwin terpaksa, kan? Mana nak honeymoon bagai ni." Perkataan Bunga mengguriskan hati Arissa.

Dia ni kenapa ni? Lepas apa yang aku buat dekat dia, dia nak balas dendam lagi ke? Air muka Arissa berubah monyok. Hatinya cukup panas. Entah datang dari mana, boleh pula dia kata begitu.

" Oh, janganlah ambil hati. Bunga tak maksudkan apa - apa pun kak. Bunga ada kenduri kahwin kawan waktu di Ireland dulu. Datang seorang je abang... kan, Bunga dah pandai berdikari. Abang tak payah risau..."

Arissa buat muka jelik. Ehhh, tak ada maknanya suami aku nak risaukan kau.

" Hmm, okaylah macam tu. Bunga pun pandai jaga diri, kan? Jom abang, nanti lama pula teksi tunggu kita. Sorry ya Bunga. Enjoy your trip, assalamualaikum."

•••

Arissa merengus tak puas hati. Kepalanya tegak memerhatikan figura Bunga yang berdiri di bahagian mengambil penumpang tidak jauh dari mereka.

" Kenapalah dalam banyak - banyak negara dalam dunia ni, kat sini juga dia nak bercuti?"

" Tak apalah Risa... bukannya dia ikut kita pun..." Ujar Qadri usai dia membantu pemandu teksi memunggah masuk bagasi ke bonet kereta.

" Still! Eeee, geram aku! Dia ingat dia siapa? Cakap macam ada hati lagi dengan kau tau! Sakit mata aku bila dia buat - buat muka comel dengan kau. Aku koyak muka dia tu baru tahu." Tangan Arissa melayang ke udara dengan gaya mencakar. Marah betul dia.

Qadri tarik jemari runcing isterinya lalu dia usap lembut, " she's gone now. Kita takkan jumpa dah dia pun. Bandung ni besar, kan?"

Arissa mencerlung ke arah Qadri. Nasib baik kacak dan pandai memujuk. Kalau tidak, memang tiga hari aku tak nak tegur.

" Sekarang, abang nak tengok Risa senyum and bawa abang jalan - jalan. Boleh?"

" Boleh tapi kau belanja aku makan."

" Apa - apa je sayang... asal sayang happy."

•••

Puas Arissa berjalan ke sana ke mari di pasar malam. Suasana waktu malam di Bandung memang cukup amat meriah. Meriahnya tak usah disangkal, bermacam gerai yang ada, dari gerai jualan makanan sampailah ke gerai jualan buah tangan.

Rambang mata Arissa dibuatnya. Qadri pula hanya setia mengekori di sebelah. Matanya tak lepas merakam senyuman isterinya.

" Risa..."

" Mhm?" Arissa menoleh mencari wajah Qadri.

" Risa memang selalu ke luar negara eh?" Tanya Qadri.

" Tengoklah. Atas kerja juga. Kalau ada duit lebih... aku berjalanlah juga."

" Ke mana je? Yang paling best?"

Arissa menggumam seketika, " Indonesia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, London, Jerman, Itali— Hmm, oh! Hawaii, Florida. Alah... itu pun sebab bawa pelancong. Kalau Risa tak kerja dengan travel agency, tak adanya Risa boleh melancong."

" Tapi dalam banyak - banyak tempat, yang paling best... Kuala Selangor, dapat tengok kunang - kunang." Arissa masih ingat waktu dia dan Qadri berbual dengan cukup lama di situ. Teringatkan peristiwa tersebut, dia tersimpul malu.

Qadri nampak seperti berfikir sebelum dia melepaskan tawa kecil, " abang... suka berbual dengan Risa."

Arissa tersimpul malu, " kenapa? Sebab Risa best, kan? Haaa, Risa ni bukan kaleng - kaleng tau!"

" Tak pernah ada orang yang sanggup dengar cerita abang selain Risa."

Arissa ketawa, " Eee, nak menipu pun beragaklah Di. Tak menjadi pun taktik kau tu... wekk!"

Qadri menggeleng senyum, " Tak... betul sayang."

Arissa diam lalu dia bawa perhatiannya seratus peratus pada suaminya.

" Keluarga abang antara keluarga paling susah dekat kampung. Mak ayah abang pun kerja pun menoreh aje. Kalau ada rezeki, makan paling mewah pun ikan goreng. Itu pun, abang happy sangat."

Arissa mulai terasa sayu.

Arissa angguk, " kau dengan aku tak ada beza pun. Kalau tak kerana atuk, aku takkan rasa kemewahan pun."

" Risa tahu kan, rumah yang kita duduk sekarang ni, rumah pusaka arwah atuk. Mak ayah abang tak ada harta."

Arissa tepuk bahu suaminya sambil mendencit, " apa pula tak ada harta. Dia orang ada Qadri Dizyaz. Lagi, dia orang beruntung sangat sebab harta yang mereka ada ni sangat bernilai."

Qadri berhenti dipertengahan. Dada sebelah kirinya tiba - tiba sakit.

Arissa berkerut lalu dia menoleh, " Qadri?"

Melihat kening Qadri yang hampir bercantum, Arissa berlari mendapatkan suaminya semula.

" Qadri? Kenapa ni?"

" Risa... jom duduk sekejap."

Angguk, Arissa memapah suaminya duduk di sebuah tangga melengkung yang dipenuhi pengunjung.

" Kenapa Di? Kau okay tak ni? Kenapa bibir kau nampak pucat ni Di?" Bertubi - tubi pertanyaan Arissa tapi dijawab Qadri dengan senyuman dan satu gelengan.

" Tak ada apa, abang letih berjalan kot. Kita... rehat sini kejap ya, Risa? Dia orang pun baru nak start perform tu..."

Sebelah tangan Qadri tunjuk ke arah kumpulan buskers yang sedang bersedia untuk mempersembahkan nyanyian mereka.

Arissa yang risau, hanya mengangguk setuju. Bunyi merdu petikan gitar dan suara lelaki yang mendendangkan lagu Ungu, Tercipta Untukku membawa senyun di bibir Qadri.

" Abang suka lagu ni. Kita dengar eh, Risa..."

" Suka hati kau... aku okay je."

Arissa mulai rasa lega melihatkan tampang muka Qadri yang semakin senang. Pun begitu, dia sangsi dengan tangan kanan Qadri yang kemas menekan dada kiri.

" Di... kau tak sembunyikan apa - apa dekat aku, kan?" Tanya Arissa setelah tangan kanan Qadri sepertinya tidak lepas dari dada kiri.

" Sembunyikan apa?"

Arissa menelan air liurnya, cuba berfikir ayat yang sesuai, "
Di... aku tak terlalu bodoh tau Di? Kau sakit ke Di?"

Arissa pegang peha Qadri, cuba memujuk lelaki itu, " Di, kau tahu kan— yang kau boleh ceritakan semuanya dengan aku? Tak kisahlah apa pun, aku dengar Di..."

Tersedar, Qadri melepaskan tangannya dari dada kiri lalu dia tertawa sambil dia mengambil jemari Arissa, " Oh! Tak adalah! Abang sakit sebab..."

Arissa bersiap sedia mahu mendengar apa yang bakal diperkatakan Qadri, " apa—? Kau sakit ke Di? Sakit apa?"

" Sakit sebab— Risa buat jantung abang berdegup laju. Macam..." Qadri menunggu sebelum masuknya bahagian korus, " banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu..." Melenggok merdu suara Qadri mengikuti si penyanyi.

" Di!"

Merah menyala wajah Arissa bila nyata suara Qadri kedengaran kuat dan membawa mata - mata lain memerhatikan mereka.

" Woooowww!! Ganteng suaranya! Itu— abang yang di sana. Mau bareng dengan saya ngak?" Si penyanyi terkejut mendengar suara merdu Qadri yang berjaya mencuri perhatian banyak orang.

Arissa terkebil - kebil bila ada yang membawa mikrofon pada Qadri. Qadri sudah tergelak - gelak.

" Tak pe, tak apa. Terlepas tadi..."

" Sepertinya dari Malaysia nih. Betul ngak?"

Qadri mengangguk - angguk.

" Wahhh, orang Malaysia datang ke Bandung. Buat apa ni bang? Jalan - jalan?" Soal si penyanyi yang terlebih ramah itu.

" Honeymoon sama isteri yang tercinta... haha." Ujar Qadri sambil mengangkat pimpinan tangannya pada semua orang. Arissa jadi malu. Tertunduk - tunduk dia dibuatnya.

" Ahhh, pengantin baru! Tepukann! Hahaha." Habis semua pengunjung bersorak sorai dengan gembiranya.

" Yuklah bang, menyanyi sama saya. Hadiah untuk kakak yang cantik ni..."

Usai dipujuk, Qadri angguk setuju dan bergerak duduk di atas pentas kecil.

" Sambung korusnya ya bang?" Saat petikan gitar berlagu, Arissa jadi terbuai. Akhirnya dia menongkat dagu memerhatikan lelaki yang dia mulai cintai itu dengan sesungguhnya.

" Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku "

Arissa terpaku. Allah... kejutan apa ini? Sejak bila Qadri pandai menyanyi?

" Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku "

Pandangan Qadri terbuai memerhatikannya. Tidak pernah lepas ke mana - mana. Hanya terpaku padanya. Senyuman yang bermain di bibir Qadri tatkala menyanyikan lagu ini, membuatkan jiwa Arissa rasa kehangatan.

Bahagiannya dia rasa.

" Qadri, I love you..." Nipis saja bibir Arissa bergerak tanpa kata.

Qadri yang masih menutur lagu di bibir, menongkat kening. Arissa menggeleng lalu dia ketawa. Lucunya dia rasa bila dia masih takut mahu memberitahu Qadri tentang perasaannya yang sebenar.

P/S : VOTEEEEEE!!! Please... pleaseeeeeeeee!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience