PH17

Romance Series 11014

-Pengorbanan Hati 17-

Ulang alik Qadri ke sana ke mari, mencari celana dan kemeja untuk dipakai malam ini. Dia mahu buat satu kejutan yang terbaik untuk isterinya sebelum pulang dari Bandung.

Sudah itu, dia berhenti di sebuah kedai potong rambut. Sajalah mahu memperkemaskan rambutnya yang sudah agak panjang.

Bunga pula mengekori saja lelaki itu di belakang. Diam saja dia perhatikan usaha - usaha Qadri itu semata - mata mahu membahagiakan Arissa. Tak pernah pula dia lihat Qadri beria - ria sebegini sebelumnya.

" Wahh... abang ini model ya? Ganteng bangat sih." Puji si tukang rambut.

" Hahaha, model? Ishh... taklah. Nak jadi model apa, kaki saya sebelah ni bukannya ada. Awal - awal dia orang dah tak mau saya." Beritahu Qadri bersahaja. Bukan sekali dua dia ditegur sebegitu.

" Ohhh.. hahaha maaf ya bang. Saya ngak tau..." Kata si pemotong rambut tidak sedar Qadri kurang upaya.

" Takde hal la. Dah terbiasa..."

" Ohhh, sekali lagi maaf ya bang? Oh ya, tadi bilang orang Malaysia ya?"

Qadri mengangguk senang.

" Terus lagi apa di sini, bang? Liburan?" Tanya dia mesra.

" Iya, liburan sama isteri."

Si tukang gunting mulai ketawa lalu dia tunding ke arah Bunga yang duduk tidak jauh dari situ.

" Cantik ya isteri abang..."

" Eh, bukan. Itu adik saya."

Bunga tersentap. Bunyi hati yang pecah berderai dibiarkan bisu.

" A—adik?"

•••

Wajah kacak Qadri setelah dipotong dan didandan rambut ditatap penuh minat. Bertambah - tambah sungguh keelokkan wajah Qadri semenjak dia kebelakangan ini.

Kalau dahulu, di sekolah Qadri yang digelar paling comot. Baju dan seluar sekolahnya yang paling lusuh. Tak ramai juga mahu bersahabat dengan dia kerana kemiskinan ibu bapanya tapi dek kerana dia punya personaliti yang baik dan akal yang pintar, Bunga tertarik sungguh - sungguh dengan lelaki itu.

" Abang... kenapa abang nampak terlebih - lebih sangat dengan Kak Arissa?" Soal Bunga setelah mereka duduk untuk merehatkan diri di bangku tidak jauh dari hotel mereka tinggal.

Qadri terdiam sejeda, " Terlebih - lebih? Maksud Bunga?"

" Kak Arissa tu mulut banyak, suka cakap benda - benda yang tak berfaedah. Banyak ketawa. Kata - kata dia pun pedas dan tak berlapik. Kadang - kadang, Bunga tengok ikut sedap rasa dia je nak bercakap. Tak jaga hati orang lain langsung. Pakaian Kak Risa pun bukan macam yang abang suka."

Dek ketidakpuashatian yang membuak, Bunga mengiringkan tubuhnya dan membawa dua bola mata serta kerut di dahinya merentangi Qadri.

" Kenapa tiba- tiba abang berubah? Sebelum ni abang pernah cakap dengan Bunga yang abang tak suka perempuan macam Arissa, kan? Abang kata, abang paling benci perempuan macam Kak Arissa. Kepoh, mengada..."

Qadri melengkungkan senyuman herot sebelum dia menggumam memikirkan Arissa di benaknya. Tak susah pun bagi dia mahu mengingati isterinya itu. Sekejap saja sudah terbayang - bayang wajah manis Arissa.

" Sebab— dialah orang pertama yang betul - betul buat abang rasa diri abang sempurna. Kalau orang lain, selalu double standard-kan abang. Tapi Arissa tak pernah buat macam tu kat abang."

Qadri pegang sebelah pehanya, " — Kak Risa pun bagi abang ni..."

Bunga menilik kaki prostetik Qadri.

" Kalau tak kerana Kak Risa, sampai tua pun abang jalan bertongkat."

Qadri menambah lagi, " Kak Arissa tu mungkin nampak macam burung Murai. Tak habis - habis dia berceloteh, kadang tak ingat masa tapi Bunga silap..."

Bunga berkerut dahi. Dah kenapa dia but aku macam tersalah cakap pula ni?

" Kak Arissa tak pernah cakap merepek pun sebenarnya. Dia banyak bercerita fasal kebaikan orang, menyampaikan berita - berita baik and of course, puji - pujian juga. Susah abang nak tengok dia bergosip macam perempuan lain."

" Habis apa yang dia selalu cakap dekat abang tu? Penumbuk kot abang! Perempuan mana je yang nak tumbuk suami?" Bunga mencebik bila cubaan untuk mengucarkacirkan hubungan Qadri dan Arissa tidak menjadi.

Qadri ketawa, " dah tu abang selalu usik dia, nak buat macam mana? Marahlah dia... Sepatutnya Bunga yang marah abang, bukan Kak Risa..."

" Abang sayangkan Kak Arissa?"

Qadri mengangguk yakin, " sepenuh hati abang."

Tanpa sedar, Bunga sudah mengalirkan air mata. Tubuhnya tersentap bangun dari kerusi tiba - tiba. Tanpa memadangi wajah Qadri, dia berpesan pada lelaki itu, " jangan ikut Bunga. Bungan nak an alone time." 

" Okay..." balas Qadri tidak lagi seperti dahulu bila dia sering memujuk Bunga bila dia mengucapkan kata - kata begitu.

Bunga menoleh sejeda lalu melihatkan Qadri yang menunduk memerhatikan layar telefon dan tidak mempedulikan dia, hatinya terasa bagaikan tersiat - siat.

Fine... but, I am not going to give up yet...

•••

Sayang... dah ke? Abang rindu sangat - sangat dah ni... — Qadri

Tengah berendam ni, probably another 30 minutes — Arissa

Berendam?! Wow! Umm... nak tengok — Qadri

" Omoooo! Ahh, hahaha booya?! Pervert! Pfftt... ah! Dah la dengan emoji nak kena tampar macam tu? Cheeezz..."

Pernah makan penumbuk tak? — Arissa

Qadri ketap bibirnya tak mahu senyum. Nanti kalau orang tengok, malu dia nanti.

Asyik dapat penumbuk je... kasi la pula... — Qadri

Arissa yang membacanya jadi merah muka. Malunya dia...

Aippp!! Dah, tunggu diam - diam, nanti aku keluarlah. — Arissa

Baiklah sayangku. Tunggu sampai seribu tahun pun abang sanggup. Sampai abang terbongkok, tak ada gigi pun abang sanggup sayang... — Qadri

" Awwww... sweetnya husband aku— blub! Blub! Blub!"

Arissa yang sedang berendam di dalam tub tersengih hingga tak sedar tubuhnya mula tergelincir. Apa lagi habis, tergelongsor tubuhnya terendam di dalam tub. Telefon yang ikut terendam, dipancing laju.

" Warghhh!!!"

Fuhhh... mujurlah telefonnya kalis air. Menghela nafas lega, dia buka kembali aplikasi Whatsapp mahu membalas mesej Qadri tadi.

Qadri punya pasal... sampai terlemas aku. Hahahaha.

Sedang dia menilik sesuatu, matanya tertala pada tanda hantar pada mesej yang dihantar untuk Qaish menjadi biru, hatinya dihurung rasa debar yang cukup dasyat. Jemarinya mulai bergerunyut gila.

" T— Tak mungkin..."

Tubuh langsingnya diangkat keluar dari tub lalu cepat dia menarik tuala. Matanya membulat besar melihat tanda biru yang ada pada semua mesej - mesej bisu yang dihantarkannya hampir setiap hari.

" A— Abang? Abang masih hidup ke? T— tak mungkin..."

" Eh, mbak! Udah keluar?"

Arissa membawa tampang mukanya ke arah si penjaga Spa yang baharu saja menyapa dia. Bibirnya bergetar, tiada kata yang mampu dia lontarkan untuk wanita itu.

" Mbak! Kenapa sih? Kok nangis? Mbak?" Risau wanita tersebut setelah melihat wajah kliennya yang berserembah serembih dengan air mata.

" P— p— pakaian saya?"

***

Arissa meluru keluar dari Spa tersebut, lalu kepalanya terkalih - kalih kiri kanan mencari si batang tubuh yang sudah lama dia cari itu. Sayangnya, tak nampak di mana - mana.

Aku ni berhalusinasi ke? Betul ke ni? Betul ke?

Tak tunggu lama, dia kemudiannya membawa kakinya bergerak laju ke arah kaunter pertanyaan di lobi hotel. Sampai saja di situ menggeletar tangannya bertanya pada penjaga kaunter dengan menunjukkan gambar Qaish.

" Ada na— nampak lelaki ni tak?"

Sayangnya dua tiga orang yang bertugas di situ hanya menggeleng tidak kenal. Hati Arissa dipalung resah yang cukup hebat.

" Habis dia kat mana?!" Terhambur habis air matanya memikirkan lelaki yang hilang tanpa berita itu. Orang ramai yang melihat dia jadi panik.

" Mbak!"

" Abang jangan buat Arissa macam ni... abang!"

" Mbak? Kok kenapa ni sih?"

Tak mempedulikan orang ramai yang sudah mengerumuni dia, jemarinya yang kalut memegang telefon, tertekan pada bahagian story whatsapp. Matanya membuntang lalu dia tekan pada salah satunya.

•••

Bagai orang gila Arissa berlari ke sana ke mari, mencari figura yang segak memakai baju hitam dengan kolar leher penyu, yang rambutnya kemas dicalik minyak rambut.

Terkejut dia melihat susuk tubuh itu sedang berjalan di sekitar kawasan muda mudi ini sambil membawa sejambak bunga dengan kapsyen; looking for her.

Permainan apa ni, abang? Betul ke tu abang? Janganlah main - main dengan Arissa...

Fikirnya mungkin mudah mencari figura itu kerana kekacakannya tidak tertolak banding. Serupa model pentas peragaan. Tambah lagi dengan ketinggiannya.

Tapi sayangnya, bila dia sampai ke Braga Street, semuanya jadi kacau bilau. Masing - masing bergaya dalam gaya yang tersendiri. Seakan pentas peragaan! Habislah dia.

Setelah, hampir setengah jam dia berkeliaran tanpa tujuan di situ, Arissa melepaskan lelah. Bunyi panggilan di telefon diangkat, " yeah, Di? Kenapa?"

Tercunggap - cunggap nafasnya.

" Sayang dekat mana? Abang tunggu Risa depan pintu Spa ni..." ceria saja suara Qadri di sebelah sana.

Arissa nampak gayanya tidak fokus kemudian dia menyoal Qadri kembali, " Sorry? Kat mana?"

Qadri diam sejeda. Ada rasa tidak senang datang singgah ke hatinya. Air liur ditelan perit seraya dia menghambat rasa yang berkelungan di jiwa. Apalah... tak ada apa - apalah.

" Umm... abang dekat depan Spa."

" Risa... Jom kita keluar... kita pergi tempat yang Risa nak pergi. Mana? Nak pergi kafe hipster? Okay, kita pergi semua kedai sampai Risa puas. L— lepas tu, kita pergi tengok persembahan angklung, macam yang Risa nak.— hah, tak pun kita pergi lawat taman - taman, nak? Risa... Risa cakap je. Abang bawa. Ya sayang? Ya?" Qadri menekan sedikit suaranya dek rasa takut tadi menguasai diri. Kenapa ni? Apa yang aku takut sangat ni?

Arissa mendencit tawa, " haha. Sempat ke Di? Masa kita kat Bandung ni dah kurang—," ayatnya mati dipertengahan.

Sepi.

Qadri jadi gundah gulana bila Arissa diam tidak menyambung ayatnya. Jantungnya berdegup kencang hingga bisa kedengaran di telinga.

Bunyi pecalan hon dan deruman kenderaan dari talian Arissa membuatkan hatinya jadi kerisauan teruk. Risa bukan dekat Spa?

***

Bagai terpasak di bumi, Arissa kejung berdiri di situ; Di sebelah lampu isyarat. Tak percaya. Tak mungkin... mungkin matanya rosak agaknya.

Tapi di seberang sana, seorang lelaki kacak yang memegang sejambak bunga ros merah sedang merenungi dirinya. Bibirnya mengukirkan senyum manis. 

Dari pemerhatian, wajahnya saling tak tumpah dengan lelaki yang dicari.

Mahu menggelengkan kepala pun tak boleh. Mahu mengejipkan mata pun terasa terlalu berat. Sampailah figura itu berdiri di hadapan dan memayungi dia.

Air mata yang menitik di pipi Arissa, diseka sepasang jari gagah.

" Risa... abang cari Risa." Suara Qadri kedengaran mendap, "—please... Risa kat mana?"

Bola mata Arissa bercelangak celinguk memerhatikan lekuk - lekuk wajah tersenyum di hadapannya. Dia masih tak percaya. Sungguh...

" Risa...?"

“ Found you!”

Suara Qadri dan Qaish beralun serentak. Arissa jadi kebuntuan.

e... eh how come normal people always soo happy and sooo carefree? Gahh!! You guys creep the shit out

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience