PH4

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 4-

Beberapa hari sebelum Arissa kembali bekerja, Qadri fikir dia mahu membawa Arissa keluar berjalan - jalan. Kasihan pula bila dia teringat Arissa yang hanya duduk terperuk di rumah.

Akalnya ligat memikirkan ke mana dia harus bawa isterinya itu. Arissa suka jalan - jalan dekat mall ke? Ke dia suka hutan? Tak pun air terjun ke? Hmm...

" Ai, bos... termenung jauh nampak." Mael masuk ke dalam perut lori setelah selesai urusan jual beli.

Hasil jualan diserahkan pada majikannya. Mael memang seorang pekerja yang amanah. Hatta satu sen pun dikiranya.

" Termenung? Hahaha, tak adalah! Aku tengah fikir, nak bawa isteri aku jalan - jalan... tapi aku tak tahu nak bawa dia pergi mana?" Ujar Qadri masih buntu memikirkannya.

Mael mencebir bibir, " apalah bos ni... kacang je. Ajak je pergi makan dekat Kuala Selangor sana... makanan pun sedap - sedap! Tu, kedai mi udang galah tu... syiok oi!"

Qadri terangguk - angguk.

" Lepas dah kenyang, pergi la melawat sawah padi. Tengah hijau sekarang ni. Cantik... ambil - ambil gambar dekat sana. Hari tu kahwin pun bos tak ada gambar kahwin, kan?" Cadang Mael lagi.

" Eh, bagus juga cadangan kau tu. Manalah tahu dia sudi letak gambar aku dalam Instagram dia. Barulah orang tahu, siapa suami dia... haaa... aku tengok ramai sangat yang mengorat dia dalam Instagram tu. Cemburulah aku."

Mael buat muka menyampah, " Ala bos, cemburu dalam perhubungan tu penting. Barulah warna warni. Ada gaduh - gaduh sikit. Tapi bos, saya nak pesanlah... bos... jangan terlebih sayang, boleh sakit nanti. Kerja pun tak jalan. Tak pasal - pasal saya tak boleh gaji nanti..."

Qadri ketawa besar, " Eh, lantaklah... dah jadi bini. Bukan yang haram, yang halalan toiyiban! Lagi satu, aku takkan lupa tanggungjawab aku sebagai bos la.

Mael angguk sambil ketawa, " iya tak ya juga, kan? Tapi, kan bos... isteri bos tu orangnya macam mana? Saya belum sempat kenallah. Hari tu pun, sempat salam - salam macam tu je."

Qadri mendengung sambil matanya terpandang ke arah jalan, " Orang yang macam mana? Bagi akulah... Dia orangnya cantik! Comel! Baik! Lemah lembut! Manja! Ehh, kira sempurnalah sangat."

Mael petik jari, " Haaa, kalau macam tu, hantar dia ke syurga sajalah bos. Tempat paling layak untuk orang baik - baik macam isteri bos."

" Haa, kan? Bijak kau ni..."

" So bos... saya dah kipas - kipas bos ni... saya dapat kerja half-day la hari ni?"

Qadri tak jadi senyum, " oh... kalau cuti, laju je kau, kan?"

" Eh, apa salahnya. Bos sekarang dah maju. Tak macam dulu. Kerja dekat cawangan lain orang lain dah pegang. Saya dengan bos pun kerja dah siap, kan?"

Qadri mendengus lalu dia ketawa, " iyalah kau. Esok kerja!"

" Baik bos!"

***

Arissa berjalan mengambil angin di luar rumah. Pagi - pagi begini tenang juga suasana kampung di tengah - tengah bandar begini.

Bunyi kereta tu iyalah ada tapi tak adalah teruk sangat. Namun melihatkan, tin dan kotak air yang bergelimpangan di halaman rumah, membuatkan Arissa tak senang pandang.

Penyapu diambil lalu dia mulai kerja pembersihan.

Eee, memang tak bertamadunlah si Qadri ni. Pandai betul berlakon. Jadi baiklah, jadi pembersihlah. Wah - wah - wan... tengok! Akhirnya, aku juga yang kemas.

Arissa memang pantang betul dengan rumah yang bersepah. Lama dia berkemas menyapu, tiba - tiba dia terdengar bunyi tin yang dilempar ke jubin.

Dia tersentak. Eh! Bunyi apa tu? Tidak menunggu lama, dia mula bergerak ke sebelah rumah. Terkejut beruk dia bila lihat beberapa anak kecil membaling tin kosong ke arah laman rumah.

" Hoi!! Kau buat apa, hah?!" Tempik Arissa sambil dia berlari mendapatkan lima orang kanak - kanak kecil itu.

***

Arissa jalan ulang alik. Matanya tepat memandangi kelima - lima anak kecil itu. Cerlungannya dasyat betul!

Habis jadi tertunduk semuanya. Takut nak bertentang mata dengan Arissa.

" Sekarang, bagitahu kakak... kenapa kamu semua baling tin - tin kosong ni ke sini?"

Masing mula saling pandang antara satu sama lain. Tak tahu mahu menjawab bagaimana.

" Jawab... kalau tidak, kakak report dekat mak ayah kamu!" Ugut Arissa.

Tiada respons, Arissa menambah, " Tak cukup cikgu, kakak akan report dekat cikgu, dekat kawan - kawan kamu, dekat semua yang kenal dengan kamu. Lepas tu—," jari ditunding tegak, " kakak report polis!"

Wajah masing - masing sudah memucat putih tatkala polis terbabit sama dalam kes ini.

" Akak boleh ke report budak - budak macam kami? Kami kecil lagi tau. Polis mana senang - senang nak tangkap budak kecil..." Soal salah seorang yang nampak lebih 'besar' dari yang lainnya. Tubuh saja kecil tapi berani.

Tiba - tiba yang lainnya buat - buat setuju. Wah, kecil - kecil budak ni dah buat kumpulan gangster ya?

" Eh, akak ni luitenan polis tau! Kalau akak bekerja hari ni, memang akak dah ikat kamu semua pergi balai lepas tu bawa kamu ke sekolah budak nakal! Nak?"

Masing - masing mula saling pandang antara satu sama lain buat sekian kali. Sudah mati akal.

"Sekarang, bagitahu akak, kenapa... kamu suka - suka hati baling tin kosong ni ke laman rumah? Akak bagi sepuluh detik, kalau kamu tak bagi kerjasama, kita cerita ke balai."

" Alaa, akak kasihanlah dekat kami... kami budak je." Rayu salah seorangnya. Tahu pun takut.

" Dah tu bagitahulah kenapa kamu buat macam tu? Apa ingat rumah ni tong sampah ke?"

" Bukan ke abang Qadri sampah ke?" Salah seorangnya garu kepala.

" Haah, mak kita pun cakap macam tu? Kata mak aku orang tak cukup kaki ni sampah. Tak tahulah..."

" Itulah, kita orang buat macam tu sebab satu kampung ni tahu abang Qadri tu sampah."

Arissa terdiam seribu bahasa. Hatinya jadi meremuk - remuk. Jadi, apa yang pernah diberitahu Qadri betullah...

" Kenapa cakap abang Qadri macam tu? Sampah?" Sebak hati Arissa bila dia menyebut perkataan itu.

Tak habis dia menyambung, " awak, betul ke mak awak sendiri yang cakap abang Qadri tu sampah? Mak jenis—," Arissa memutuskan ayatnya. Tak eloklah pula kalau dia meneruskan ayatnya. Boleh menangis budak itu nanti.

" Bukan, sanggup kami cakap abang Qadri sampah? Dia tu manusia juga tau!" Arissa berpeluk tubuh.

" Tapi dia tak ada kaki kak..."

" Sebelah kaki aje!" Cerlung Arissa tak puas hati, " Eh, kamu semua ni tak rasa serba salah ke?"

Masing - masing angkat bahu, " entahlah kak. Saya pun tak tahu kenapa orang benci sangat dengan abang Qadri tu tapi kan ... abang Qadri tak pernah marah kami pun bila kami buang sampah kat sini."

" Itulah, akak je yang lebih - lebih..."

Arissa mula bercekak pinggang. Amboi, budak - budak ni... perangai memang tak semengah betul! Nak kena ni!

Satu jam kemudian...

" Haaa, nak menjawab lagi tak? Kamu ni—," ayat tak jadi dihabiskan bila ada yang menegur di belakang.

" Risa... kenapa ni?" Wajah risau Qadri ditatap Arissa.

" Abang Qad!" Laju saja kelima - limanya memanggil nama Qadri. Wajah mereka nampak serba salah.

" Ah ya... kenapa ni?" Tanya Qadri pada kanak - kanak tersebut. Tubuhnya dibawa dekat dengan mereka berlima.

" Abang... maafkan kami semua sebab selalu sepahkan halaman abang. Kami salah. Kami minta maaf..." Sayu saja bunyi suara salah seorangnya.

Qadri senyum, " Allahurabbi! Beraninya kamu semua ya?"

Wajah mereka bertukar ketakutan. Qadri nak buat sesuatu ke?

" Tak berani pun abang... kami—."

Kata - kata mereka putus tatkala Qadri ketawa.

" Bukan macam tu maksud abang, maksud abang kamu semua ni berani minta maaf dengan abang. Kalau orang lain ni, dah lama cabut lari. Tak mudah nak meminta maaf pada orang yang kita pernah buat salah..."

" Kami pun tak berani, tapi lepas akak luitenan cantik ni bagi ceramah satu jam—," sejeda, Qaish pandang pada Arissa. Luitenan cantik? Haha. Datang mana pula pangkat luitenan ni?

" jadi— kami rasa baiknya kami minta maaf dengan abang. Maafkan kami ya abang. Kami janji, kami takkan buat lagi."

" Ya Allah, abang dah lama maafkan kamu semua. Jangan risaulah. Kamu ni semua dah macam adik - adik abang je. Dah sini, salam dengan abang."

Usai bersalaman, salah seorangnya tiba - tiba saja memeluk tubuh Qadri, " Abang, saya masih ingat lagi abang tolong hantarkan kakak saya ke Sintok. Waktu tu kami tak ada kenderaan tapi abang tawar diri nak hantar kakak belajar. Kalau tak ada abang, saya rasa mesti kakak saya terpaksa naik bas untuk hari pendaftaran," suara kanak - kanak itu juga mulai retak dan akhirnya berlagu sendu, " saya pun nak berterima kasih dekat abang sebab hadiahkan saya basikal. Saya jahat sebab saya tak pernah berterima kasih kat abang."

" Abang tak harapkan apa - apa dari kamu. Cukup belajar pandai - pandai. Tolong mak ayah sudahlah..." Pujuk Qadri.

Hati siapa tak tersentuh? Arissa sendiri pun sudah sedikit - sedikit berasa lembut hati dengan Qadri. Tak sangka masih wujud orang sebaik Qadri ya?

Kenapa?

Kau dah mula sukakan dia ke?

" Heh, gila..." Arisaa mendencit suka.

" Ya? Siapa yang gila? Abang lagi eh?" Tegur Qadri senyum.

Tersedar dia terlepas cakap, Arissa tekup mulutnya lalu laju dia melangkah masuk ke dalam rumah tapi cepat saja dikejar Qadri di belakang.

Sampai di tangga, Arissa menoleh.

" Apa dia? Eh, kau ni jauh sikitlah... busuk tau!"

Qadri cium bau bajunya, lalu dia mengukir senyum, " sorry Risa. Abang baru balik sembelih lembu. Bau sikit. Tapi jangan risau, malam ni... abang pakai handsome - handsome, wangi - wangi untuk Arissa seorang je. Kita keluar makan eh?"

Arissa mencantumkan kedua - dua keningnya, " kau ajak aku date ke?"

Qadri ketawa, " haah—."

" Tak nak!" Tangga segera dipanjat tapi Qadri memanggilnya lagi.

" abang nak bawa makan mi kari udang galah tau. Risa tak nak ke?" Qadri mencuba lagi.

" Udang galah. Heh, tak mainlah udang galah ni... aku makan lobster je. Kau pergilah sendiri,"

" Eh, kejaplah Risa..." dan pergelangan tangan yang dipegang Qadri dicerlungi.

Cepat Qadri lepaskan rangkulannya, " Opss! Apalah Qadri ni. Sedap je... sentuh - sentuh! Ish!" Qadri pukul tangannya sendiri kemudian, dia pandang Arissa senyum.

" Apa dia?! Panas ni tahu tak."

" Kita pergi eh... ini, abang ada belikan baju baharu untuk Risa... pakai cantik - cantik eh?" Qadri hulurkan plastik putih dengan logo butik pada Arissa.

" Baju apa ni?"

" Baju perisai untuk Arissa. Nanti kalau ada panahan cinta dari siapa - siapa, baju ni boleh jadi perisai. Hati Risa untuk abang je kan?" Seloroh Qaish sambil menayang wajah yang manis.

" Ya Allah, perasaannya kau ni. Tak padan dengan cacat." Arissa tertunduk tiba - tiba. Dia menggigit bibir. Hatinya sakit tiba - tiba. Tak patut dia kata begitu. Mulut dia ni...

Qadri yang perasan dengan perubahan air muka Arissa terus saja bersuara riang, " haah, betul! Abang ni siapalah ya? Hahaha. Eh, Risa... pakai cantik - cantik eh? Nanti malam lepas Maghrib kita keluar."

Qadri yang bergerak ke belakang rumah diperhatikan Arissa. Ish, kau ni dah kenapa? Orang tu siap hadiahkan baju lagi... kau masih sakitkan hati dia.

Please vote!
Your little star for this 10 episodes short story is very much appreciated. Help me grow my profile.
Tolong ya!
????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience