BAB 4

Romance Completed 35369

Tengku Harith memberhentikan BMW 5 series miliknya di hadapan sebuah restoran mewah dan dia terus mematikan enjin keretanya menyebabkan Aifa Batrisya menjadi penuh dengan tanda tanya. Niatnya menumpang kereta majikannya itu hanyalah untuk pulang ke rumah sahaja bukannya hendak melancong ke mana mana. Dikerling jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 8.00 malam ini kalau lambat balik tentu ayahnya akan menyoal banyak dan dia perlu mengerah otak mencari alasan.

"Cepatlah, tak nak turun ke?" Marahnya dan terus melangkah keluar daripada keretanya untuk menuju masuk ke dalam sebuah kedai makan yang kelihatan agak mahal itu.

Aifa Batrisya seakan teragak agak sama ada hendak turun ataupun tidak. Ahh!! Turun je lah bukannya dia nak buat benda tak elok dekat aku pun cuma nak belanja makan je lainlah kalau dia bawa aku ke hotel ke ke clubbing ke itu adalah juga rasa takut. Ini setakat kedai makan. Aifa Batrisya terus keluar daripada keretanya dan menahan Tengku Harith daripada pergi. Terkedu lelaki itu seketika.

"Kejap.. Tengku nak bawa saya ke sini untuk apa? Bukan ke saya cakap hantar saya balik ke rumah ke?" Soalnya dengan menghalang bossnya daripada masuk ke dalam restoran itu.

Apabila melihat Aifa Batrisya seakan takut takut timbul nkat jahatnya untuk memgusik gadis itu. Aifa Batrisya masih lagi menanti jawapan daripada majikannya itu.

"Enjoy.. Sebab dekat dalam kedai makan ni sebenarnya club dan ada bilik bilik yang boleh disewa. Jom!!" Tengku Harith terus memegang lengan setiausahanya itu dan menariknya masuk ke dalam.

Aifa Batrisya cuba menahan kakinya daripada ditarik oleh bossnya itu. Degup jantungnya berdegup laju apabila dikatakan restoran ini adalah clubb. Seumur hidupnya dia diajar oleh ayahnya tentang agama takkan dia perlu mengikuti lelaki yang baru dikenalinya itu masuk ke kelab hanya kerana kerja.

"Sekejap.. Saya tak nak masuk dekat tempat maksiat macam ni Tengku.. Tolonglah, hantar saya pulang." Bersungguh sungguh Aifa Batrisya merayu apabila tangannya masih belum dilepaskan oleh Tengku Harith.

"Hish, kau ni. Kau dah nampak dia tulis dekat papan tu Restoran Big Foot kan yang kau aku lagi tu buat apa. Sengal betul lah minah ni." Tengku Harith terus melepaskan tangannya dan berjalan masuk ke dalam ke dalam restoran itu tanpa memghiraukan Aifa Batrisya yang masih di luar itu.

'Apa minah sengal? Amboi.. Habis kau tu apa mamat sewel.' Degusnya di dalam hati dan terus mengekori Tengku Harith masuk ke dalam.

Kelihatan majikannya itu sudah pun berada di tempat duduk cuma menanti dirinya sahaja. Aifa Batrisya rasakan seakan dia keluar date pula apabila berdua duaan bersama lelaki lain di kedai makan selain sepupu sepupunya. Dia terus mengambil tempat di hadapan Tengku Harith. Kelihatan pelayan sudah pun tiba di meja mereka dan memberikan menu satu setiap seorang.

"Bagi satay perut 20 cucuk dengan teh O ais 1." Pesan Aifa Batrisya kepada pelayan yang mengambil order mereka itu. Sebaik sahaja pelayan itu hendak menulis pada sebuah buku nota apa yang dipesan oleh gadis itu tadi Tengku Harith terus memotong.

"Cancel.. Bagi sparkling peach 2 dengan oglio olio 2." Pesan Tengku Harith kepada pelayan itu membuatkan air muka Aifa Batrisya berubah secara mendadak.

"Wait.. Bagi satay ayam 20 cucuk dengan sirap limau 2." Pesan Aifa Batrisya pula dengan mempamerkan muka selamba sahaja terhadap bossnya itu.

"Cancel yang dia order tapi bagi mocha 2 dengan fish and chip 2." Pesan Tengku Harith membuatkan pelayan itu menjadi pening kepala dengan kerenah mereka berdua itu.

"Cancel.. Saya nak..."

"Kejap.. Kejap.. Saya peninglah sekarang ni mana satu yang perlu saya tulis ni?" 

"Cappucino 2 dengan beef steak 2. That's all you can go." Arah Tengku Harith dengan menolak lembut pelayan itu supaya segera beredar daripada situ.

"Tengku.. Saya tak makan makanan barat. Ni, tokak ni tak boleh nak menelan." Kata Aifa Batrisya dengan memeluk tubuhnya erat erat.

"Kau boss ke aku yang boss? Huh, jadi kau kena ikut cakap aku. Faham!!" Kata Tengku Harith tegas.

Aifa Batrisya akur dengan kata kata majikannya itu dia sedar dia siapa walaupun lada ketika ini waktu bekerja sudah pun tamat tapi dia tetap harus mengingati di mana jawatan mereka berdua. Siapa tinggi dan siapa rendah. Kelihatan makanan sudah pun tiba Aifa Batrisya merenung lama makanan itu kerana baginya dia tidak berselera hendak memakan makan steak steak begitu. Dia punya tekak original malaysia tiada kacupkan.

"Kenapa pandang aje? Makanlah?" Sergah Tengku Harith kuat menyebabkan Aifa Batrisya terkejut dan secara spontan dia menyepak kaki majikannya yang berada di meja itu dengan kakinya.

"Aduh... Sakitnya.. Kaki kau ni kaki besi ke apa, hah?" Soalnya menahan sakit dan dengan memerhati ke sekeliling takut ada yang perasan pula nanti malu dia dibuatnya pula.

"Sorry.. Sorry sangat sangat saya tak sengaja Tengku." Bersungguh sungguh Aifa Batrisya memohon maaf daripada majikannya itu.

"Kau ni nasib baik dekat dalam kedai kalau dekat dalam kereta dah habis aku kerjakan tahu tak." 

Aifa Batrisya tidak mempedulikan kata kata Tengku Harith itu sebaliknya dia cuba memotong steak yang terhidang di depannya itu namun tidak berhasil. Dia tetap mencuba dan terus mencuba. 'Apa ke liat daging ni. Aku tengok dia makan elok je ke aku punya ni cat bakar?' Degusnya dalam hati dan cuba memotong. 

Tiba tiba, Pringgg!!! Daging yang dipotongnya itu terlayang ke atas kepala seorang pelanggan yang berada di belakang mereka. Alamak!!! Apalah kau ni Aifa potong daging pun failed. Dia menepuk dahinya berulang kali.

"Hey, takkan potong daging pun tak pandai? Harapkan muka je lawa.." Marah lelaki yang telah menjadi mangsa Aifa itu. Apabila menyedari ada sesuatu di atas kepalanya dia terus mencari punca dan apabila ketemu dia terus menyerang.

"Maafkan dia encik. Sebenarnya, dia tu baru datang dari kampung perkampungan orang asli encik. Sebab tu lah dia tak pandai makan steak." Kata Tengku Harith yang cuba mengenakan Aifa Batrisya.

'OMG!! Rude.. Berani dia kata aku ni datang dari perkampungan orang asli. Beb! Orang asli sekarang lagi maju daripada ni tau.' 

"Oh, kalau macam tu tak apalah. Saya minta diri dulu tapi awak kena ajar dia cara potong daging jangan ganggu orang lain pulak." Nasihat lelaki itu dan kembali ke tempat duduknya semula manakala Tengku Harith tergelak sakan ketika itu dengan apa yang baru terjadi sebentar tadi.

"Hish, Tengku saya balik dululah dah malam ni nanti ayah dengan mak saya risau pulak. Pasal makan malam ni terima kasih lah bebanyak." Katanya dan terus mengatur langkah meninggalkan kedai makan itu dengan perasaan yang penuh malu.

"Tunggu... Tunggu.. Kau nak balik naik apa?" Soal Tengku Harith menyindir.

"Uber.. Saya ada download apps dia dekat playstore." Kata gadis itu dan berlalu pergi meninggalkan majikannya itu berseorangan di kedai makan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience