BAB 16

Romance Completed 35369

"Yana.. Aku nak kau pergi masak sekarang. Aku lapar." Arah Iqwan yang sedang bermain games di dalam telefonnya di atas katil kepada Tengku Liyana yang sedang mengurut kakinya itu seperti seorang majikan kepada hambanya.

"Hah, masak? Kenapa tak suruh bibik I je yang masak?" Soal Tengku Liyana apabila suami yang dia tidak rela bersama itu menyuruhnya memasak. Eeeee... Tak standart langsung dengan gayanya itu.

Lelaki itu berhenti bermain games seketika dengan menekan butang pause dan mukanya dipusing untuk memandang ke arah Tengku Liyana yang berada di kakinya itu. Tengku Liyana berbuat seperti tidak nampak dan dia terus memici micit kaki lelaki itu dengan penuh rasa benci dan geram.

"Kenapa pulak kau suruh bibik bibik kau yang masak? Kau tu lelaki ke tak boleh nak masak? Eh, tapi kan sekarang ni lelaki pun dah pandai masak lebih daripada perempuan tau." Sindir Iqwan dengan merenung tajam ke arah isterinya itu. Tengku Liyana hanya mempamerkan muka bodoh sahaja.

"Oh, kalau macam tu kenapa kau tak pergi masak je sendiri? Kenapa nak suruh aku?" Tengku Liyana melawan kata kata lelaki itu. Semenjak dua menjak ini rasa takutnya terhadap lelaki itu mula hilang selepas dia video yang lelaki itu kena tarik telinga dengan ibunya. Hai.. Ingatkan bruntal sangat. Eleh.. Kau pun sama jugak Liyana...

"Kau cabar aku. Kau ingat aku tak pandai masak? Huh..." Lelaki itu membeliakkan matanya ke arah Tengku Liyana. Gadis itu mencebik bibirnya.

"Sekarang kau pergi dapur tengok siapa yang buat kerja rumah." Arah Iqwan dengan menundingkan jari telunjuknya ke arah dapur yang berada di tingkat bawah. Gadis itu berhenti memicit kaki suaminya itu dan segera berlari turun ke tingkat bawah.

Dan.. Kelihatan Tengku Roslina sudah menjadi orang gaji dengan membuat segala kerja rumah di rumahnya itu. Tengku Liyana mengenggam kedua dua belah tangannya tanda geram apabila lelaki tak guna itu telah mempergunakan ibunya.

"Ibu, kenapa ibu buat semua kerja ni?" Soalnya dengan segera menghalang ibunya daripada membasuh pinggan mangkuk yang berselerak di dalam sinki.

Tengku Roslina memuncungkan bibirnya. Dipeluk tubuh anak perempuannya itu dengan kuat. Akhirnya, dia dapat melihat juga anak perempuannya itu. Iqwan segera menuju ke dapur untuk memerhati mereka dua beranak itu.

"Suami kamu tu lah yang suruh ibu buat semua ni. Tengok habis melecek tangan ibu ni kena sabun." Mengadu wanita itu dengan berpura pura menangis. Tengku Liyana menghentakkan kakinya ke lantai tanda geram dengan si Iqwan itu.

Iqwan yang berada di pintu itu hanya tergelak sahaja melihat aksi dua beranak itu. Padan muka! Itulah dulu dia yang mempergunakan dirinya untuk sikap tamak masing masing tapi sekarang ni dia pula yang hidup bersenang lenang menghabiskan harta Tengku Hanafi.

"Habistu.. Mana semua bibik bibik kita tu ibu?" Soal Tengku Liyana lagi dengan memerhati ke arah sekeliling untuk mencari kelibat mereka.

Tanpa sempat Tengku Roslina menjawab Iqwan terlebih dulu lagi memintas percakapan emak mertuanya itu.

"Aku dah buang dia orang semua dengan bayaran 4 bulan gaji sebelum dia orang cari kerja baru." Katanya membuatkan Tengku Liyana terlompong mendengarnya. Jangan nanti dia ysng disuruh melakukan kerja rumah sudahlah dia tidak sudi. Oh!!! Langsung tidak sudi.

"Kau bayar guna duit sapa?" Soal Tengku Liyana lagi.

"Aku suruh bapak kau yang bayar." Kata Iqwan dan terus angkat kaki beredar dari situ meninggalkan dua beranak itu berdua duaan di dapur.

"Eee.... Geramnya aku dengan dia tu. Ibu rasa macam nak sembelih je dia tu tau." Luah Tengku Roslina dengan mengetap giginya kuat kuat.

"Tu lah.. Sama jugak dengan Yana rasa macam nak teranjang je dia tu sampai ke china tahu tak." Luah Tengku Liyana juga dengan muka yang tidak berpuas hati.

"Alah, tak apa kita bersabar dulu sampai kita dapat plan yang betul betul gempak." Kata Tengku Roslina lagi.

"Apa dia plan ibu yang gempak sangat tu?" Soal Tengku Liyana ingin tahu.

"Alah, nanti adalah yang penting dia dah tak pukul kamu sekarang ni pun dah cukup bagus."

"Berani dia nak pukul Yana lagi lepas Yana dah tengok video yang dia kena pulas telinga dengan ibu dia. Nampak sangat yang dia tu bukannya mafia." Kata Tengku Liyana dengan nada suara yang dikawal rendah dan sambil ketawa terbahak bahak.

"Bukan mafia tapi popia." Sambung Tengku Roslina dan mereka dua beranak itu ketawa terbahak bahak puas dapat mengutuk Iqwan di belakangnya.

Tengku harith, Tengku Hazlina, Tengku Hasbullah dan juga Puan Mariam segera menuju ke Pantai Hospital setelah dikhabarkan oleh Doktor Azman yang Aifa Batrisya dirawat di situ. Mereka berempat segera menuju ke bilik 404 selepas mendapat maklumat daripada kaunter. Tiba di hadapan bilik tersebut Puan Mariam segera menolak pintu biliknya itu dan masuk ke dalam. Kelihatan Aifa Batrisya sudah pun sedar daripada pengsan dengan kepala yang berbalut.

"Aifa.. Kamu ke okey ke sayang? Tak ada apa apa?" Soal Puan Mariam dan terus memeluk anak perempuannya itu dengan penuh erat sekali. Setelah itu dia mencium tangan Tengku Hazlina

"Aifa tak apa apa lah emak cuma kepala ni je berbalut sikit. Alah, mak tak payah risaulah." Kata Aifa Batrisya yang cuba menenangkan hati emaknya itu supaya tidak terlalu cemas.

"Mana tak risaunya Aifa oi... Kamu tu satu satunya anak emak dengan ayah kalau apa apa jadi dah tak ada anak dah kami ni nanti." Kata Doktor Azman pula yang tegak berdiri di sisi Tengku Hasbullah.

"Haah.. Kalau Aifa nak tahu masa Aifa hilang tu yang paling tak senang duduk sekali ni." Tengku Hazlina menundingkan jari telunjuknya ke arah Tengku Harith yang berada di sebelahnya itu. Habis merah pedam mukanya menahan malu.

"Hish, mama ni mana ada. Buat buat cerita pulak." Kata Tengku Harith yang cuba menafikan ayat mamanya itu tapi dia tetap tidak bisa menipu dirinya sendiri.

"Tapi kan.. Siapa yang culik kamu tu Aifa? Bagi tahu papa biar papa ajar dia tu." Sambung Tengku Hasbullah pula ingin tahu.

"Dah.. Kena tangkap dah semalam. Papa tak payahlah nak ajar dia sangat sebab dah tak ada muka dah bukan setakat muka tapi kepala sekali sebab kena asid." Beritahu Tengku Harith kepada semua yang ada.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam tu? Teruknya.." Tengku Hasbullah menggelengkan kepalanya seakan tidak percaya dengan apa yang baru terjadi.

"Haah.. Pelik jugak sampai macam tu sekali." Tengku Hazlina juga seakan minat mendengar cerita yang diceritakan oleh anak lelakinya itu.

"Sebenarnya.. Yang culik Aifa tu Zharfie. Kawan lama Aifa masa zaman sekolah." Beritahunya membuatkan Puan Mariam dan juga semua yang ada terkejut walaupun ada yang tidak mengenalinya.

"Zharfie?? Emak tak boleh nak percaya?" Puan Mariamlah yang paling terkejut dengan kata kata Aifa Batrisya tadi. Sukar dipercayai yang menculiknya itu ialah Zharfie teman sepermainan anaknya di zaman sekolah menegah dahulu kerana dia pernah menganggapnya sebagai anak sendiri.

"Sebenarnya.. Dia culik Aifa sebab dia cintakan Aifa dan dia tak nak Aifa kahwin dengan Harith. Tengok ni." Aifa Batrisya menunjukkan ke arah semua jari manisnya yang kosong tanpa cincin berlian pertunangannya itu.

"Mana cincin berlian yang Harith berikan tu?" Soal Tengku Habsullah apabila melihat jari manis Aifa Batrisya kosong tanpa cincin pemberian anak lelakinya tempoh hari.

"Dia dah ambil cincin tu dan tuangkan asid dekat atas cincin tu sampai ia bertukar menjadi abu. Lepastu, dia nak tuangkan asid tu dekat muka Aifa pulak tapi Aifa sempat mengelak dengan menyepak kaki dia and asid tu makan tuan dengan tumpah dekat atas kepala dia." Terang Aifa Batrisya dengan cerita yang sebenar kepada semua.

Tengku Harith menyepak meja yang ada dengan kakinya untuk melepaskan geram. Cincin yang dibelinya lebih dari harga setenagh ribu dia senang senang rosakkan memang bahlol punya jantan.

"Kalau macam tu kita kena nikah kan Aifa dengan Harith ni cepat cepat takut nanti benda benda lain pulak yang jadi. Tak gitu Tengku." Cadang Doktor Azman kepada bakal besannya itu.

"Haah, saya pun rasa kita kena kahwinkan mereka dengan segera. Saya tak nak benda lain pulak yang jadi. Ini melibatkan nyawa kita semua bukannya boleh dibuat main main. Lagipun, baju kahwin yang dia orang tempah itu pun dah siap." Sambung Tengku Hazlina.

"Alah.. Kita buat majlis akad nikah je dulu untuk yang penting penting. Pasal bersanding tu bila masalah dah settle kita buatlah." Kedengaran suara Tengku Hasbullah pula memberi cadangan.

"Kalau macam tu bila mereka boleh dinikahkan?" Tanya Puan Mariam dengan mengangkat keningnya.

"Sekarang ni kita kena tanya doktor dulu. Bila Aifa boleh dikeluarkan dari hospital?" Tengku Hasbullah mengangkat kening dengan memandang tepat ke arah Doktor Azman.

"Aifa ni dah tak ada apa apa dah. Hari ni dia dah boleh discharge." Kata Doktor Azman kepada semua dengan begitu jelas sekali.

"Apa kita biar mereka menikah esok je?" Cadang Tengku Hazlina dengan memandang tepat ke arah semua yang berada di dalam wad Aifa Batrisya itu.

"Apa kata kita tanya pengantin je." Tengku Hasbullah seakan memberi isyarat supaya Tengku Harith dan juga Aifa Batrisya yang senyap sahaja daripada tadi itu bersuara membuka mulut. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain seakan hanya mengikuti sahaja rancangan orang tua mereka.

"Kami ikut je. Tapi, lebih baik Harith rasa esok je. Lagi cepat lagi baguskan takut nanti Harith pula yang kena culik." Kata Tengku Harith separuh membuat lawak. Semua yang ada di situ ketawa mendengar jenaka Tengku Harith itu.

'Apa? Esok? Kalau aku tak apa lah cuma duduk je kau tu yang kena bercakap depan tok kadi.' Getus Aifa Batrisya di dalam hati dengan mendengarnya sahaja mereka itu bergelak ketawa.

"Hah, Aifa pulak macam mana? Setuju ke tak dengan cadangan Harith tu?" Soal Puan Mariam terhadap anak perempuannya itu.

"Setu...ju.. Setuju. Dah, kita tetapkan tarikh memang esok, eh. Jangan nak tukar tukar lagi." Kata Aifa Batrisya memberi amaran kepada semua.

"Kalau macam tu saya nak baliklah dulu nak buat persiapan apa yang patut dekat rumah tu." Kata Puan Mariam kepada semua.

"Amboi, tak sabar nak terima menantu nampak. Kalau macam saya pun nak balik jugalah nak pergi ambil baju kahwin dia orang dekat butik haritu lagi." Tengku Hazlina juga sudah mula berjalan keluar daripada bilik wad Aifa Batrisya itu bersama sama Puan Marian dan diikuti Doktor Azman dan juga Tengku Hasbullah daripada belakang.

Tengku Harith segera mendekati Aifa Batrisya yang baru sahaja selesai menyalin pakaian itu. Lama dia merenung wajah tunangnya itu dengan tidak berkelip kelip. Aifa Batrisya mencebik bukannya sweet mana pun pertolongannya itu semalam.

"Nasib baik tak jadi apa apa. Tu lah, lain kali tunggu je dekat dalam rumah tu sampai saya sampai bukannya duduk layan mamat tiga suku tu." Katanya dengan duduk di birai katil. Aifa Batrisya memeluk tubuhnya. Nampaknya ayatnya sudah lain sedikit. Aku yang selalu digunakannya itu ditukar kepada saya.

"Wow.. Nampaknya Tengku Harith dah berubah dah tak macam Tengku Harith yang singa dulu yang selalu marah marah lepastu cakap kau aku. I like you change." Kata Aifa Batrisya dengan tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya di pipi itu.

"Kenapa nak abang jadi macam dulu ke? Kasar suka marah marah.. Serius memanjang. Nak?" Soalnya mengangkat kening. Aifa Batrisya menggeleng laju.

"Buat apa jadi macam tu. Kan, lebih baik jadi macam ni baik.. Peramah.. Penyayang.. Panggilan abang tu cukup sesuai untuk Aifa."

Tengku Harith tersenyum lebar apabila masih diberi peluang untuk bertemu dengan tunangnya itu. Semalam ketika gadis itu hilang dia terlalu cemas dan khuatir kerana telah membiarkannya berseorangan menunggunya. Aifa Batrisya segera mengambil beg tangannya dan berjalan keluar daripada bilik wad yang didudukinya itu. Walaupun sudah sembuh sepenuhnya tapi kepalanya yang dipukul dengan batu oleh Zharfie semalam masih lagi berbalut macam ketupat palas.

Dalam perjalanan pulang ke rumah masing masing hanya mendiamkan diri tanpa sebarang suara yang keluar daripada mulut mereka. Tengku Harith hanya fokus terhadap pemanduannya manakala Aifa Batrisya memandang ke luar jendela dengan memikirkan apa yang telah terjadi kepadanya semalam. Sungguh dia tidak menyangka yang Zharfie sanggup membuat terhadap dirinya begitu. Ditampar, dimarah, diculik dan dicekik semua itu semua dibuatnya.

"Cuba awak buka beg tangan awak tu dan tengok apa yang ada dekat dalam tu." Arah Tengku Harith apabila tengok wajah tunangnya itu masam semacam. Pandangannya dipandang sekilas ke arah Aifa Batrisya sebelum kembali memandang ke hadapan.

Tanpa membuang masa Aifa Batrisya terus membuka zip beg tangannya dan memeriksa apa yang ada di dalamnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada sebuah telefon bimbit Iphone 8 di dalam begnya. Dia menekup mulutnya dengan tapak tangannya. Tengku Harith hanya mengukir senyuman manis apabila melihat wajah Aifa Batrisya tersenyum.

"Awak.. Kenapa susah susah belikan saya handphone baru ni? Buat susah susah je lagipun kan saya dah ada...." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Tengku Harith terus memotong percakapannya.

"Nokia 360 tu. Hish.. Zaman sekarang ni mana ada dah orang pakai handphone macam tu. Sekarang ni zaman moden orang pakai phone macam tu. Aifa jangan risau abang dah masukkan dah semua sim kad dengan memori dekat dalam tu." Kata Tengku Harith.

"Saya ni bukannya nak ikut trend mana pun cuma asal ada phone je yang boleh buat mesej buat telefon. Ini handphone mahal mahal ni buat apa bukannya ada apa apa kelebihan pun. Buat membazir duit adalah." Katanya lagi sambil menilik nilik telefon yang diberikan oleh tunangnya itu.

"Alah.. Aifa tu bakal isteri orang kaya bukannya bakal isteri pengemis. Apa yang abang bagi tu ambil je lah. Kalau dulu cakap abang ni tegas lah kasar lah.. Ni, bila orang buat baik macam macam bunyi pulak."

Aifa Batrisya akur dan dia tidak membalas apa apa lagi selain memeriksa telefon barunya itu. Nampaknya bakal suaminya itu telah pun berubah 360° bukannya yang dulu lagi di mana Tengku Harith yang ego, sinis dan berlagak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience