BAB 9

Romance Completed 35369

Keadaan di dalam BMW 5 series yang dinaiki oleh Tengku Harith dan juga Aifa Batrisya itu sunyi sepi tanpa sebarang suara yang kedengaran hanyalah bunyi radio ysng sedang memainkan lagu jampi daripada Hael sahaja ketika ini. Tengku Harith hanya menumpukan pemanduannya sahaja manakala Aifa Batrisya pula hanya memandang ke arah luar jendela daripada tadi.

"Tengku kita nak pergi melaka sebab apa? Kita balik petang ni kan? sebab kalau balik lambat nanti mak dengan ayah saya risau pulak?" Bermacam macam soalan yang disoal oleh Aifa Batrisya kepada Bossnya.

Tengku Harith memandang ke arah setiausahanya itu sekilas dan kemudiannya kembali memandang ke arah pemanduannya kembali.

"Kau kenal ke Zharfie tu?" Soal lelaki itu ringkas tanpa memandang ke arah Aifa Batrisya langsung.

Gadis itu hairan bagaimana bossnya itu boleh tahu yang dia kenal akan Zharfie. 'Pelik!! macam mana dia tahu aku ni kenal Zharfie? Dia mengintip aku ke ataupun...'

"Tengku.. macam mana Tengku boleh tahu saya kenal Zharfie? Tengku ada pasang spy ke?"

"Kau ni boleh tak jangan banyak tanya? Apa yang aku cakap kau jawab bukannya tanya aku balik. Aku tanya kau kenal tak Zharfie?" Kedengaran suara Tengku Harith seakan menyinga.

"Eleh, dia tak jawab apa aku tanya tu tak apa pulak." Bebel Aifa Batrisya perlahan dan hanya didengari samar samar sahaja oleh Tengku Harith.

"Apa kau cakap?" Jerit lelaki itu kuat menyebabkan Aifa Batrisya tersentak.

"Tak ada apa apa."

"Habistu, jawablah apa yang aku tanya ni."

"Tanya apa?" Soal Aifa Batrisya yang seakan bela itu.

"Pasal kau kena ke dengan Zharfie tu."

"Mana tak kenal ye dia tu jiran sebelah rumah saya. 3 tahun lepas kami ni kawan sekolah sama sama lepastu dia pergi ke UK sambung belajar. Then, tadilah baru saya jumpa dia balik selepas sekian lama." Beritahu Aifa Batrisys kepada bossnya itu supaya puas hatinya. kalau tidak terjerit jerit bagai orang gila.

"Oh, tapi kau tak ada perasaan ke dekat dia?" Soal Tengku Harith membuatkan Aifa Batrisya menjadi hairan.

"Macam mana Tengku boleh tahu yang saya ni kenal dengan Zharfie? Tengku Intai saya ke tadi?"

"Hish, kau tu boleh tak tolong jangan perasan. Setakat perempuan macam kau ni aku tak hairanlah."

"Sudahlah, Daripada tadi lagi saya tanya Tengku apa sebab kita ke melaka tapi Tengku tak jawab pun?"

"Boleh tak kau jangan bising? kau duduk diam diam nanti bila sampai aku suruh kau turun."

Aifa Batrisya akur dengan arahan bossnya itu. Sepanjang tiga hari beekrja dengan lelaki itu pelbagai halangan dan rintangan yang dia telah lalui. Nasib baik baru tiga hari kalau 3 tahun silap silap sudah innalilah dan dia.

"Sakit ke Tengku makan penampar wanita tadi tu?" Soal Aifa Batrisya membuka cerita apabila melihat pipi lelaki itu masih terkesan dengan warna merah.

"Kalau aku ni sakit tak adalah Harith nama aku. Tak ada apa apalah cuma kau tu lain kali kalau dia ataupun gadis semalam tu datang terus inform dekat aku kau tak payah layan."

"Baik, Tengku."

10 minit kemudian BMW milik Tengku Harith berhenti di hadapan sebuah butik pengantin yang sebesar dewan. Aifa Batrisya seakan tidak memgerti atas sebab apa mereka jauh jauh ke melaka semata mata hanya untuk ke butik kahwin ni.

"Tengku, sebab apa kita datang sini? Untuk pilih baju kahwin Tengku dengan Yana ke?"

"Kepala angguk kau. Kita datang sini untuk pilih baju kahwin kita lah." Kata Tengku Harith dan terus melangkah keluar daripada kereta meninggalkan Aifa Batrisya sendirian di dalam kereta.

"Tengku.. Tengku.. Baju kahwin kita? Saya tak nak kahwin dengan Tengku?" Aifa Batrisya terus menghalang Tengku Harith daripada masuk ke dalam butik tersebut.

"But why?" Soal Tengku Harith dengan membuka kaca mata hitamnya dan mengangkat keningnya sebelah.

"Sebab saya tak sesuai untuk Tengku dan Tadi baru tengku cakap yang saya ni bukan taste Tengkulah Tengku tak hairanlah."

"Please! Aifa kau boleh diam tak? Dan kau cuma ikut aku masuk ke dalam." Arah Tengku Harith dan dia terus menarik tangan Aifa Batrisya untuk masuk ke dalam tapi gadis itu mengeraskan dirinya di tangga.

"Tengku.. Apa sebab saya kena terjebak benda bodoh ni" Soal Aifa Batrisya dengan suara yang sayu dan menunggu masa sahaja untuk menangis.

"Kau kena kahwin dengan aku faham. Sebab kau je yang boleh tolong aku supaya tak kena kahwin dengan Yana gila tu."

"Saya minta maaf Tengku kali ni saya tak boleh ikut cakap Tengku." Aifa Batrisya terus berlari meninggalkan kawasan butik perkahwinan itu dan Tengku Harith terus mengejarnya.

"Aifa.. Aku bagi kau pilihan sama ada kau nak kahwin dengan aku ke ataupun kau nak aku buat cara lain? Sampai kau mengandung dulu baru kau nak terima aku?" Tengku Harith mengangkat keningnya tinggi tinggi dengan memandang ke arah Aifa Batrisya tepat.

"Tapi Tengku."

"Tak ada tapi tapi.. Kau ingat syarat aku yang mula mula tu kalau kau tak nak kahwin dengan aku." Ugut Tengku Harith membuatkan Aifa Batrisya menjadi takut.

Aifa Batrisya cuba memikirkan syarat syarat yang dinyatakan oleh Tengku Harith itu baik baik. Lebih baik dia terima daripada lelaki itu buat perkara tak senonoh dekatnya tapi dalam masa yang sama dia tidak mencintai Tengkunya itu.

"Baiklah, kalau betul Tengku nak dekat saya suruh ibu bapa Tengku masuk meminang saya. Kita buat adat cara macam orang melayu."

"Baik, esok..... Kau tunggu esok.Aku suruh mak bapak aku masuk meminang kau." Kata Tengku Harith dan kembali masuk ke dalam BMWnya.

Aifa Batrisya tidak habis fikir sebab apa lelaki itu mahu dia mengahwininya. padahal, mereka baru sahaja berjumpa bukannya sudah lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience