BAB 12

Romance Completed 35369

Malam itu orang ramai memenuhi kediaman Tengku Hasbullah untuk melihat ataupun untuk memberi penghormatan terakhir kepada Tengku Rahmah yang telah pun dijemput ilahi itu. Setelah mengetahui emaknya telah meninggal Tengku Hasbullah terus menyuruh orang orangnya membawa jenazah ke rumahnya untuk memberikan penghormatan terakhir. Sudahlah semasa orang tua itu hidup dia tidak diberikan peluang untuk menjaga emaknya kerana adiknya yang gilakan harta itu.

Kelihatan jenazah telah pun selesai dimandi serta dikafankan cuma menunggu Tengku Hanafi dan juga Tengku Roslina yang masih lagi belum tiba. Semua yang berada di dalam banglo tersebut sabar menanti kehadiran mereka cuma tidak berapa elok untuk jenazah sahaja kerana perlu menunggu lama.

Di rumahnya Tengku Hanfi sedang menunggu isteri serta anaknya bersiap di dalam bilik mereka masing masing. Dia menunggu di ruang tamu dengan penuh sabar walaupun 10 minit telah berlalu. Tiba tiba, lampu terpadam dengan sendirinya sehingga habis gelap gelita seluruh rumah. Tengku Hanafi yang leka di atas sofa itu terkejut dengan apa yang terjadi waktu ini.

"Abang..." Kedengaran suara Tengku Roslina menjerit memanggil suaminya. Dia yang berada di tingkat atas itu membuatkan Tengku Hanafi susah mencarinya dan susah untuk menaiki tangga ke tingkat atas.

"Lina.. Awak ke mana?" Panggilnya dengan nada cemas dan tangannya bergerak meraba sekeliling untuk mencari jalan untuk ke tempat isterinya.

"Saya dekat bilik Yana." Jeritnya kuat supaya suaminya mendengar suaranya. Tanpa berlengah Tengku Hanafi segera menuju ke bilik anak gadisnya. Nasib baiklah dia sudah berada di tingkat dua jadi mudahlah dia hendak ke bilik Yana.

Akhirnya, Tengku Hanafi tiba di bilik anak perempuannya dan dia terus melangkah masuk ke dalam untuk mencari di mana beradanya isteri serta anaknya.

"Lina.. Awak dekat mana?" Soalnya yang cuba mencari di mana beradanya mereka itu.

"Saya dekat tandas." Jerit Tengku Roslina lagi.

Sewaktu Tengku Hanafi ingin berganjak kelihatan dua orang lelaki bertopeng datang ke arahnya dan memegang tangannya kuat dan ketika itu juga lampu dinyalakan. Terkejut beruk Tengku Hanafi dibuatnya saat ini. Ada lima orang lelaki bertopeng di dalam rumahnya.

"Siapa korang, hah? Jeritnya kuat apabila tangannya kedua dua belah dipegang oleh si penyamun itu. Dan, kelihatan dua lagi lelaki bertopeng keluar daripada bilik air dengan membawa Tengku Roslina bersama mereka.

"Abang.. Tolong.." Rayu Tengku Roslina yang ketakutan itu. Tangannya juga dipegang kuat oleh lelaki bertopeng.

"Siapa korang lepaskan anak dengan bini aku." Rayu Tengku Hanafi dengan bersungguh hatinya apabila melihat isterinya seakan ketakutan.

"Yana.. Abang.. Yana." Jerit Tengku Roslina sambil menangis teresak esak.

"Kenapa dengan Yana? Wei, aku nak korang jangan apa apakan anak dengan bini aku." Rayu Tengku Hanafi lagi.

Kedengaran suara ketua lelaki bertopeng itu ketawa terbahak bahak. Puas hatinya apabila melihat keluarga Tengku Hanafi diseksa begini. Puas hatinya bila melihat orang tua itu merayu dan puas hatinya bila dapat gagalkan mereka untuk ke majlis pengembumian emaknya.

"Hanafi.. Hanafi.. Aku dah suruh kau berapa kali dah kahwinkan anak perempuan kau dengan aku tapi kau degil. Jadi, aku terpaksalah buat rancangan sendiri. Comok!" Panggilnya dan kelihatan seorang lelaki daei dalam bilik baju Tengku Liyana keluar bersama sama Tengku Liyana yang mukanya dipenuhi dengan lebam dan dia yang pengsan lemah di dalam dukungan Comok.

"Biadap.. Aku tahu kau Iqwan kan." Jerit Tengku Hanafi geram apabila mendapat tahu siapa ketua lelaki bertopeng itu. Lelaki itu ketawa panjang sambil tangannya membuka topeng mukanya yang bergambat badut itu.

"Haah, aku Iqwan orang yang mencintai anak perempuan kau dengan sepenuh hati aku dan akulah lelaki yang sanggup tinggalkan majlis perkahwinan aku 2 tahun lepas sebab anak kau tapi aku senang senang je tipu aku. Kau jebakkan aku dengan dadah sampaikan aku dipenjarakan. Tapi, sekarang aku bebas dan aku akan pastikan anak kau dalam tawanan aku."

"Tak.. Kau takkan boleh buat. Aku akan report dekat polis atas apa yang kau dah buat malam ni. Kau takkan terlepas. Kau takkan terlepas." Jerit Tengku Hanafi dan Iqwan segera menumbuk pipinya dengan kuat.

"Polis takkan dengar cerita kau sebab aku ada dua video pasal kau yang akan buat kau dihumban dalam penjara sama macam aku." Ugut Iqwan dengan menunjukkan kepada lelaki tu itu sekeping sampul surat bersaiz A4 dan juga sebuah telefon.

"Apa? Video apa?" Soalnya tidak tahu.

Lelaki itu menunjukkan kepadanya lima keping gambar yang dia memberikan rasuah kepada seorang polis sewaktu dia disaman tempoh hari dan juga video yang dia telah melanggar lari seorang warga asing sewaktu dia pulang lewat malam tempoh hari.

"Nikahkan aku dengan Yana ataupun kau masuk penjara." Ugutan demi ugutan diberikan kepada Tengku Hanafi membuatkan dia dalam dilema dan berasa menyesal kerana telah memperalatkan Iqwan sebelum ini. Dia tidak tahu bahawa itu semua memakan dirinya ketika ini.

Akhirnya, jenazah Tengku Rahmah telah selesai disolatkan dan Tengku Hasbullah mengambil keputusan untuk terus mengembumikan jenazah emaknya itu kerana jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam dan Tengku Hanafi sekeluarga masih belum juga tiba. Dengan hatinya sedih Tengku hasbullah, Tengku Azmir, Tengku Harith dan juga Tengku Amzar bersama sama orang ramai mula berangkat ke tanah perkuburan.

Kaum perempuan yang tidak ikut serta ke sesi pengembumian sibuk mengemaskan rumah serta melayan tetamu jauh yang datang ke rumah untuk melawat. Aifa Batrisya turut membantu apa yang patut seperti mengeluarkan pinggan mangkuk dan juga cawa cawan daripada almari untuk kenduri tahlil esok.

Kelihatan Shuhada yang tiada kerja itu menghampiri Aifa Batrisya yang sedang leka membuat kerja bersama bibik bibik di ruang bakal mertuanya itu. Kalau dilihat mukanya itu sebiji macam orang minta penyepak. Sudahlah tidak reti menghormati orang lepastu tidak membuat kerja pulak itu.

"Woi, kau kenal dengan Harith tu bila? Tak ada angin tak ada ribut terus jadi tunang dia?" Soalnya menyibuk.

Aifa Batrisya berhenti mengelap pinggan yang tersusun di hadapannya. Mukanya dipandang ke arah Shuhada dengan mukanya yang tersenyum manis. Selain Yana dia dapat merasakan yang Shuhada ni juga  bala dan biadap. Dia berharap agar dijauhkan daripada menjadi begitu selepas menikah dengan Tengku Harith nanti.

"Dah lama dah cuma kami baru nak ikat tali pertunangan. Kenapa puan tanya?"

"Shuhada.. Kau panggil je aku shuhada."

"Kenapa, Shuhada tanya?" Soal Aifa Batrisya dengan muka yang manis. Kalau diikutkan hatinya hendak sahaja dia memyumbat kain buruk ini dalam mulutnya menyibuk.

"Nothing.. Aku cuma nak kau ajar bakal suami tu supaya beradab sikit jangan berani nak naik tangan dekat laki aku." Pesannya dengan jelingan tajam turut diberikan kepada Aifa Batrisya.

"Tengoklah, sebab tadi saya tengok suami Shuhada yang biadap bukannya Harith." Kata Aifa Batrisya dan terus meninggalkan Shuhada bersendirian di dapur itu. Malas hendak melayan perempuan sewel itu makin dilayan makin menjadi jadi pulak nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience