BAB 6

Romance Completed 35369

"Tengku.. Maafkan saya.. Saya tak tahu pun pasal Tengku alah dengan udang. Kalau saya tahu saya takkan bagi pun bihun goreng tu tadi." Kata Aifa Batrisya memohon ampun daripada bossnya itu. Selepas menghubungi Tengku Hasbullah tadi Tengku Harith telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Nasib baik aje tiada apa apa yang buruk terjadi kepadanya.

"Oh, baru sekarang kau nak minta maaf.. Bila badan aku dah melecur ni merah menyala baru kau nak minta maaf. Eh, kau tak baca ke buku arahan dan peraturan yang aku bagi tu?" Soal Tengku Harith dengan menjeling tajam ke arah Aifa Batrisya yang duduk di sisi katilnya.

Alamak!! Habislah aku kali ni kantoi dengan dia yang aku tak baca langsung pun buku arahan dan peraturan yang dia bagi tu. Harapkan nak baca buku pun dah hilang entah ke mana cuma harapkan yang ada dalam e-mail tu je. Aifa Batriya menyengih sahaja dengan memandang bossnya itu.

"Sorry lah boss.. Sebenarnya, saya bukannya tak nak baca cuma..."

"Cuma apa? Huh, cuma kau nak cakap yang kau bosan? Meluat baca arahan tentang aku tu?" Soalnya mengangkat kening.

'Alhamdulillah, akhirnya.. Kau sedar pun yang aku ni meluat dengan arahan dan syarat syarat kau tu. Padan dengan muka kau tu lah siapa suruh malukan aku semalam kan dah kena dengan aku.' Gomel Aifa Batrisya di dalam hati sambil tersenyum.

"Woi, kau berangan ke aku panggil daripada tadi tak dengar??" Jerit lelaki itu dengan kuat membuatkan Aifa Batrisya tersentak daripada berangannya dan membuatnya menjadi gelabah.

"Apa? Apa Tengku cakap tadi?" Soalnya tidak tahu.

Tengku Harith menggelengkan kepalanya dengan kerenah Aifa Batrisya itu. Walaupun begitu dia rasa suka melayan keranah setiausahanya itu yang kelakar, cepat gelabah dan pelatah itu.

"Aku cakap ke kau tak baca buku arahan yang aku bagi ataupun kau saja nak balas dendam dekat aku pasal semalam?" Soalnya mengangkat kening membuatkan Aifa Batrisya menjadi gelabah. Padahal, kedua duanya sama sahaja jawapannya yang diberikan oleh Tengku Harith.

"Eem..sebenarnya, saya tak baca pun buku arahan yang Tengku bagi tu dan buku tu pun dah hilang entah ke mana pun saya tak tahulah." Jujurnya dan berharap Tengkunya itu berhenti menyoalnya lagi.

"So.. Betul ke kau tak ada niat balas dendam? Sebab setahu akulah orang macam kau ni kalau aku tengok dari muka tu macam pendendam?"

"Ya Allah, Tengku sesungguhnya dendam itu lebih tajam daripada membunuh."

"Hah.. Apa yang kau merepek ni? Aku ni tak pernah dengar pun perkataan tu apa Dendam itu lebih tajam daripada membunuh. Orang fitnah itu lebih kejam daripada membunuh." Tengku Harith hampir tergelak dengan statement yang diberikan oleh PA nya sebentar tadi.

"Haah, tu lah yang saya nak cakap tadi sebenarnya." Kata Aifa Batrisya menahan malu apabila tersilap sebut. Dia menyangka bossnya itu jahil orangnya rupa rupanya ilmu penuh di dada.

Kelihatan pintu bilik wad Tengku Harith dibuka luas dan nurse yang ditugaskan untuk menghantar makanan masuk ke dalam bersama sebuah troli roda dan meletakkan sepinggan nasi putih bersama kari ayam ke atas meja di hujung katil Tengku Harith dan kemudiannya segera keluar daripada bilik tersebut.

"Tak apa lah.. Tengku makanlah dulu saya pergi duduk luar." Kata Aifa Batrisya meminta diri untuk pergi ke luar sebentar setelah berjam lamanya menghadap muka lelaki itu.

"Tunggu.. Aku nak suap aku sebagai denda sebab kau buat aku masuk hospital sampaikan semua meeting meeting aku harini kena cancel." Kata kata Tengku Harith itu ibarat *Poison* bagi Aifa Batrisya.

'Apa? Suapkan dia makan? Amboi.. Dia ingat aku ni apa bini dia nak kena suap bagai.'

"Tapi Tengku.."

"Tak ada tapi tapi... Ini ialah arahan"

Aifa Batrisya akur dengan arahan bossnya itu dan dia terus duduk di sisi bossnya untuk menyuap lelaki itu. Nasib baik hanya tolong suapkan nasi sahaja kalau benda lain takkan mungkin dia hendak buat begitu. Sedang leka mereka berdua sedang menikmati *Makan lunch* tiba tiba Tengku Liyana datang secara mengejutkan membuatkan Tengku Harith seakan tahu yang akan ada bala yang bakal terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience