BAB 10

Romance Completed 35369

"Yana.. Yana.." Kedengaran suara Tengku Hanafi memanggil anak gadisnya yang berada di dalam bilik itu. Sudah penat mulutnya memanggil dua tiga kali tapi masih belum juga muncul muncul kelibat si anak itu.

"Yana..." Sekali lagi sewaktu dia hendak memanggil barulah dia melihat kelibat anak gadisnya itu berdiri di hadapannya dengan rambut yang kusut masai dan muka yang masam bercuka. Sekali pandang macam orang gila.

"Ya Allah, Yana kenapa dengan kamu ni? Soalnya sambil menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan apabila melihat kelibat anak perempuannya yang tak terurus itu. Hai! sudahlah ada anak seorang lepastu gila pulak.

"Yana takkan berubah pa. Yana akan terus macam ni selagi Harith tak datang pujuk Yana." Kata gadis itu yang mula mengambil tempat di sebelah ibunya yang duduk berhadapan dengan Tengku Hanafi di ruang tamu.

"Kalau kamu tu betul nakkan si Harith tu sepatutnya kamu tu pasang plan untuk pickup dia bukannya duduk macam orang lepas bersalin dengan rambut mengerbang macam ni. Sepatutnya kamu kena selalu ambil perhatian dia goda dia sampai dia angau dengan kamu."

Tengku Roslina yang berada di sebelah anak gadisnya itu mengeluh lemah sebelum bersuara.

"Abang.. Harith tu dah tak nak dekat anak kita ni. Dia tu dah buang si Yana ni dari hati dia jauh jauh. Sampaikan saya ni pun dia dah tak ada rasa hormat tau abang."

Tengku Hanafi meraut mukanya dengan tangannya. Kini, semakin susah rancangannya hendak memperjodohkan anak gadisnya dengan anak abangnya itu. Padahal, daripada anak mereka masih kecil lagi arwah ayahnya inginkan kedua dua orang cucunya itu bersatu dan dia ingin melaksanakan amanat itu.

"Alah, apa kata kita cuba cara lain pulak. Kita guna cara halus." Cadang Tengku Hanafi kepada anak serta isterinya itu agar pandangannya diterima secara bulat bulat.

"Cara apa lagi abang? Tadi saya pergi office si Harith tu PA dia yang dia duduk gila gilakan tu dia menangkan. Lepastu, ada ke patut dia cakap Yana ni pakai baju tak siap nampak kaki. So! rude."

Tengku Liyana melompong mendengar kata kata ibunya itu mengenai apa yang dikatakan oleh Tengku Harith tadi kepadanya. Too much...

"What? Ibu apa yang bodoh sangat si Harith tu cakap dekat Yana macam tu. This is fashion and trend, okay. Daripada PA dia tu pakai baju kurung pakai tudung macam orang padang pasir itu yang dia kata cantik. Blind."

"Wait.. Ibunya, Yana sila bertenang dulu sebab masalah kita sekarang ni Yana seorang je yang sukakan dekat si Harith tu tapi Harith cuma anggap si Yana ni sepupu je sebab tu lah kita punya misi ni payah sedikit. Cuba kalau Yana guna bomoh."

Tengku Roslina dan juga Tengku Liyana mati kata dan mereka berdua saling berpandangam antara satu sama lain. Kelihatan Tengku Hanafi mula mengukir senyuman jahat.

Keesokkan harinya Aifa Batrisya mengambil cuti daripada Tengku Harith kerana tidak mahu bertemu dengannya dan juga mahu melihat cara orang tua Tengku Harith itu datang meminangnya. Nasib baiklah hari ini ayahnya cuti kerana kelmarin sehari suntuk dia di hospital untuk membuat operation seorang pesakit. Kalau tidak susah dia hendak berdolak dalih.

Kata Katanya kelmarin juga difahami oleh kedua dua orang tuanya semasa makan malam dia menjelaskan bahawa esok ada orang yang akan masuk meminangnya. Memanglah emak dan ayahnya tidak risau kerana itulah niat mereka daripada dulu inginkan menantu selepas dia ditinggalkan oleh Iqwan.

Kelihatan sebuah Vellfire berwarna hitam metalik berhenti di hadapan rumahnya. Setelah pintu dibuka kelihatan Tengku Hasbullah lelaki yang ditumbuknya tempoh hari bersama seorang wanita berjubah rose gold dan berputih purple berjalan masuk ke dalam kawasan rumahnya. Aifa Batrisya yang berada di dapur mula gelabah kerana apa yang diperkatakan oleh Tengku Harith semalam benar. Nampaknya lelaki itu benar benar ingin meminangnya.

"Assalamualaikum, apa khabar?" Kelihatan muka Tengku Hasbullah tersenyum ceria sahaja sambil bersalaman dengan bakal besannya yang menyambut kedatangannya di luar rumah.

"Waalaikumusalam, sihat Tengku." Jawab Doktor Azman dengan gelak tawa dengan membawa bakal besannya itu masuk ke dalam rumah.

"Alah, tak payah nak berTengku Tengku sangatlah. Panggil je Hasbullah lagipun kita ni kan bakal berbesan." Kata katanya itu disambut gelak tawa oleh Doktor Azman dan juga isteri isteri mereka.

"Jemputlah duduk Tengku Hasbullah... Tengku Hazlina." Pelawa Puan Mariam kepada dua pasangan itu dan kelihatan mereka berempat duduk secara berpasangan di sofa yang berbeza.

"Kalu tak silap sayalah Aifa beritahu saya yang Tengku ni bapa kepada boss dia." Doktor Azman membuka bicara.

"Haah, memang saya ni dah tengok cara dia bekerja. Bagus macam ni." Tengku Hasbullah mengangkat ibu jarinya tinggi tinggi.

"Sebenarnya, hajat kami ke mari ni pun sebab suruhan anak kami yang suruh sangat kami ni pinangkan Aifa Batrisya tu untuk dia." Sambung Tengku Hazlina pula.

"Hai, setahu saya Aifa tu baru je kerja 3 hari tak silap saya takkanlah anak Tengku dah menyunting bunga dekat kebun kami." Puan Mariam juga tidak melepaskan peluang untuk turut bermanis mulut.

"Hati dah mula terpikat lah tu. Orang lelaki hati dia lembut bila memikat wanita tapi hati perempuan ni memaafkan orang.Bak kata pepatah keras keras kerak nasi akhirnya lembut juga bila dah kena ayaq." Petah Tengku Hasbullah membuat jenaka di hadapan bakal besan besannya.

"Amboi.. Pandailah abang tu. Ni, sekarang hajat kami ni lebih penting lebih besaq dari lawak jenaka Abang Hasbullah ni." Kata Tengku Hazlina dengan mengeluarkan kotak cincin berwarna merah dari beg tangannya yang berjenama Coach.

Doktor Azman dan juga Puan Mariam seakan teruja melihat sebentuk cincin berlian yang dibawa oleh pasangan itu. Kelihatan harganya seakan lebih daripada RM setengah ribu rasanya.

"Bawa cincin bagai. Kalau sayalah rasa baik tak payah je setakat merisik." Kata Puan Mariam merendah diri.

"Alah, biar je lah. Lagipun, ni semua Harith yang belikan dia cuma suruh bawa dan berikan dekat Aifa je." Tengku Hazlina kelihatan seakan teruja untuk menerima menantu.

"kalau macam tu kita mulakan dengan pantunlah boleh mengikut tradisi orang orang zaman dulu. Macam kita mula mula orang hantar rombongan meminang dulu." Cadang Doktor Azman kepada bakal besannya itu.

"Kalau dah Doktor kata macam tu saya apa lagi kalau setakat berpantun ilmu penuh di dada." Kata Tengku Hasbullah melawak dan diikuti gelak tawa daripada isteri serta bakal besannya.

"Akar memanjat pohon ara, Nampaknya cantik berseri laman, besarnya hajat tidak terkira, hendak memetik bunga di taman." Tengku Hasbullah memulakan pantunnya.

Doktor Azman berdehem dua tiga kali sebelum membalas pantun Tengku Hasbullah tadi. Nampaknya dia peelu mengambil energy yang banyak sekali.

"Nampak cantik berseri laman, Tempat bertandang beruk dan kera, Hendak menyunting bunga di taman, Sudahkah cukup syarat dan kira?"

"Amboi, Doktor main kasar nampak. Tak apa saya balas lagi ye. Kalau padi katakan padi, Kalau melintas biar bertiti, Kalau sudi katakan sudi, Tidaklah kami ternanti nanti."

"Last.. Saya jawab. Pohon Cempedak di tepi titi, Pohon nangka buah sebiji, Kalau sudah berkenan di hati, Marilah kita mengikat janji." Akhirnya sesi berbalas pantun antara kedua dua orang lelaki itu berakhir juga dan mereka berempat saling ketawa antara satu saam lain.

"Kalau macam tu cincin ni nak saya sarungkan ke jari manis anak puan ke?" Soal Tengku Hazlina dengan tersenyum manis sambil tangannya memegang kotak cincin yang dibawanya.

"Kalau begitu silakan kita ke biliknya." Arah Puan Mariam dan mereka berdua berjalan naik menuju ke tingkat atas ke bilik di mana Aifa Batrisya berada di dalamnya.

Tiba di hadapan bilik Aifa Batrisya Puan Mariam segera membuka pintu dan kelihatan anak gadisnya itu sedang duduk di birai katil dengan memakai baju kebaya songket berwarna coklat serta bertudung hitam di kepalanya. Puan Marima segera mengajak Tengku Hazlina untuk masuk ke dalam.

"Assalamualaikum, Tengku Hazlina." Ucap Aifa Batrisya dengan mencium tangan wanita itu dengan penuh sopan membuatkan hati wanita itu menjadi sejuk bagaikan ada segunung ais di dalam dadanya.

"Waalaikumusalam," Tengku Hazlina terus melabuhkan punggungnya di sisi Aifa Batrisya dan dia terus menyarungkan cincin berlian yang dibawanya itu ke jari manis Aifa Batrisya.

Hampir pengsan Aifa Batrisya dibuatnya dengan melihat cincin berlian yang dibawa oleh Tengku Hazlina itu dia tidak sangka lelaki yang ego, sinis dan sombong itu boleh melamarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience