BAB 17

Romance Completed 35369

Hari itu rumah Doktor Azman dipenuhi oleh orang ramai dan juga sanak saudara yang datang menghadiri ke majlis perkahwinan anak perempuannya itu. Kelihatan hantaran sudah disusun rapi di dua bahagian yang berbeza supaya dapat membezakan mana hantaran pihak lelaki dan mana yang pihak perempuan. Aifa Batrisya sudah berada di atas pelapik sementara menanti pengantin lelaki ysng nervous itu menarik nafas dua tiga kali untuk memulakan sesi akad nikah.

"Boleh kita mulakan sekarang?" Soal Doktor Azman kepada bakal menantunya itu kerana dia merasakan yang mereka sudah lewat daripada waktu yang telah ditetapkan.

"Boleh..." Katanya dengan tenang padahal dalam hati itu berdegup kencang sekali bercampur dengan nervous sekali. Dengan tangan yang terketar ketar dia menghulurkan ke arah bapa mertuanya itu.

"Tengku Harith Bin Tengku Hasbullah."

"Ya.. Saya."

"Aku nikah akan dikau dengan anak perempuan aku yang bernama Aifa Batrisya Binti Azman dengan mas kahwinnya RM 1,000 tunai." 

"Aku terima nikahnya Aifa...." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya kedengaran ada seseorang menggangu majlis mereka.

"Tunggu..." Jerit seorang perempuan yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu masuk. Semua mata kini tertumpu kepadanya tiada lagi yang mahu melihat sesi akad nikah tapi kini melihat seorang gadis yang telah menggangu majlis perkahwinan ini.

"Harith, berani you kahwin dengan perempuan ni. Mana perginya kasih sayang you dekat I selama ni. You tu dah berubah hundrend percent." Marahnya dengan melangkah ke arah Tengku Harith dengan muka yang merah menyala menahan marah.

"Apa yang you merepek ni Yana? I daripada dulu lagi memang tak pernah cintakan you lah. I kalau mati hidup balik pun belum tentu I akan lamar you untuk jadi isteri I. Perempuan tak tahu malu. You ni tak reti jaga maruah keluarga ke, hah. Datang sini terjerit jerit depan orang ramai. This is my wedding. I want you get out from here." Tengking Tengku Harith kuat tanpa mempedulikan sesiapa yang ada di situ. Yang penting alang alang dia dimalukan biarlah dia membuat begitu.

"Enough, Harith apa yang ada dekat perempuan tu tapi tak ada dekat  I? Cakap sekarang." Jeritnya lagi seakan orang gila.

"A lot... You tu tak ada apa yang dia ada sangat sangatlah banyak sehinggakan tak terkira." Kata Tengku Harith lagi.

Tengku Liyana mengalihkan pandangannya ke arah Aifa Batrisya yang berada di bahagian belakang itu. Tajam pandangannya sehingga menusuk ke anak mata membuatkan bulu roma Aifa Batrisya meremang.

"Ni semua sebab kau perempuan. Kalau kau tu tak ada atas muka bumi ni confirm Harith akan nikah dengan aku. Kau faham tak. Kau ni memang dasar perempuan tak sial tahu tak." Dia segera meluru ke arah Aifa Batrisya dan meneranjangnya serta memukul gadis itu berulang kali. Aifa Batrisya menjerit sekuat hati meminta pertolongan kerana habis mukanya telah dicakar oleh Tengku Liyana.

"Arghh!!!! Tolong!!!" Jerit Aifa Batrisya dan dia terus bangkit daripada mimpi buruk itu. Ahh!! Lega rupanya itu hanyalah sekadar mimpi sahaja dan bukannya realiti. Aifa Batrisya memandang ke arah gaun pengantin yang akan dipakai olehnya sewaktu sesi akad nikah besok yang digantungnya di belakang pintu. Dia berdoa di dalam hati agar tiada perkara buruk yang berlaku kepadanya nanti.

Keesokkan harinya hari yang telah ditunggu tunggu kini tiba. Hari ini Tengku Harith dan juga Aifa Batrisya bakal diijab kabulkan sebagai suami isteri. Aifa Batrisya seakan takut untuk menempuhi hari ini dan mimpi semalam itu ibarat satu racun untuknya. Dia yang sudah siap berpakaian pengantin itu duduk di birai katil sambil termenung jauh. Kelihatan pintu biliknya ditolak dan Nada masuk ke dalam sambil tersenyum riang.

"Rombongan pengantin lelaki dah sampai. Kau macam mana dah ready?" Soalnya sambil membetulkan selendang Aifa Batrisya itu.

"Nada.. Aku takutlah." Kata Aifa Batrisya dengan membuat muka risau. Dipegang tangan kawannya itu erat erat seperti tidak mahu melepaskannya.

"Kau ni takut apa? Bukannya kau yang kena akad nikah depan tok kadi. Tuh, si Tengku kau tu yang kena. Kau tu patut rilek je tarik nafas turun lepastu naik turun balik." Dia cuba menenangkan sahabat baiknya itu. Aifa Batrisya cuba menarik nafasnya dalam dalam seperti apa yang diperkatakan oleh Nada tadi.

"No.. Aku still takut sebab semalamkan aku ada bermimpi tentang Yana." Katanya lagi tapi kali ini Nada seakan tertarik untuk mendengar cerita Aifa Batrisya itu. Dia terus duduk di sisi kawannya itu.

"Yana? Sapa tu? Sepupu kau? Ke kawan kau?" Soal Nada tidak tahu. Aifa Batrisya mencubit lengan si Nada itu berkali kali.

"Hish, kau ni. Yana tu sepupu Harith dan dia tu ada menyimpan perasaan dekat sepupu dia tu tapi Harith tu tak nak pun dekat dia. Kononnya, dia tu overlah apa orang cakap syok sendiri." Beritahu Aifa Batrisya kepada Nada.

Nada menggosok bahunya yang dicubit oleh Aifa Batrisya tadi. Sakit!!!! Nasib baiklah dia itu sudah besar kalau tidak sudah dia meraung satu bilik itu supaya semua tahu yang Aifa itu pembuli besar.

"Ohhh... Manalah aku ni kenal. Alah, mimpi tu bukannya boleh percaya sangat pun. Orang cakap mimpi itu hanyalah mainan tidur. Alah, kau anggap je lah yang mimpi kau semalam tu hanyalah mainan perasaan." Nasihat Nada kepada Aifa Batrisya itu.

"Tapi, aku ni tak boleh nak sedapkan hati aku ni. Kau sendiri tahukan yang aku ni baru lepas kena culik sebab tu lah wedding aku ni diawalkan dan manalah tahu kalau perempuan tu datang sini nak serang aku pulak."

"Hish, kau ni paranoid lah lepastu overacting pulak tu. Okey, kalau dia datang serang kau sekarang ni hari ni biar aku jaga kau. Nanti kalau dia serang kau aku teranjang dia cukup cukup lepastu aku sumbat kepala dia tu dalam ketuhar aku bakar dia dalam 180°c." Kata Nada supaya menyedapkan hati Aifa Batrisya itu.

"Kau tu propa je lebih."

Kelihatan tombol pintu bilik Aifa Batrisya dipulas dan Puan Mariam masuk ke dalam dengan wajah yang berseri seri. Ajfa Batrisya faham tentu emaknya itu mahu menyuruhnya keluar bagi sesi akad nikah. Tanpa berlengah dia dan juga Nada beriringan keluar dari bilik menuju ke ruang tamu dan kelihatan orang ramai sudah memenuhi rumahnya untuk melihat sesi penikahan dilangsungkan. Hantaran disusun mengikut pihak di mana pihak perempuan di sebelah kiri dan lelaki di sebelah kanan.

"Tengku Harith Bin Tengku Hasbullah." Kedengaran suara Doktor Azman bersuara memenuhi ruang tamu ini.

"Ya, saya.." Jawab Tengku Harith ringkas.

"Aku nikah akan dikau dengan anak perempuan aku yang bernama Aifa Batrisya Binti Azman dengan mas kahwinnya RM 1,000 tunai."

Jantung Aifa Batrisya berdegup laju. Seingatnya mimpinya semalam ketika Tengku Harith mahu melafaz akad ketika itulah Tengku Liyana datang membuat onar di rumahnya. Nada yang berada di sebelah sahabatnya itu cuba menenangkannya.

"Aku terima nikahnya Aifa Batrisya Binti Azman dengan mas kahwinnya RM 1,000 tunai." Lafaznya sekali dan Doktor Azman terus bertanya kepada saksi yang berada berdekatannya. Apabila semua berkata sah maka mereka semua menadah tangan untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

Aifa Batrisya berasa lega kerana mimpinya semalam tidak menjadi kenyataan dan kini dia sah bergelar isteri kepada Tengku Harith. Nampaknya tiada apa yang harus dia khuatir sekarang kerana semuanya telah selesai. Tengku Harith terus bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke arah isterinya yang duduk di bahagian belakang untuk sesi pembatalan air sembahyang dengan menyarungkan cincin. Nada memegang sebekas dulang yang di dalamnya berisi dua kotak cincin berlian yang hampir sama dengan yang hari itu tapi yang ini nampaknya agak mahal lagi berbanding yang itu.

Tengku Harith mengambil cincin yang pertama dan dia terus menyarungkan ke jari manis Aifa Batrisya. Selepas itu gadis itu segera mencium tangan suaminya sebelum dia pula yang menyarungkan cincin ke jari manis Tengku Harith. Selesai segalanya mereka semua mengendalikan majlis seperti biasa sahaja tanpa sebarang gangguan dan juga kacauan daripada sesiapa.

"Yana.. Kamu tahu tak ada berita panas." Beritahu Tengku Roslina dengan berlari laju ke arah anak perempuannya yang sedang duduk membaca majalah di ruang rehat itu. Tengku Liyana yang leka dengan majalah hiburannya itu tersentak dengan kehadiran ibunya itu yang bagaikan wartawan murahan.

"Berita apa ibu? Yana tak tahu." Katanya mengangkat bahu dan gelas yang berisi jus oren di depannya itu diangkat dan diminumnya sedikit demi sedikit.

"Harith dah menikah dengan perempuan tu." Bersungguh Tengku Roslina memberitahu anak gadisnya itu.

Tengku Liyana menyembur air oren yang diminumnya itu dengan laju. Dia tidak boleh mendengar apa ysng diperkatakan oleh ibunya itu. Tidak sama sekali. Harith itu hak dia dan dia perlu mendapatkan lelaki itu dengan apa jua cara sekalipun.

"Mana ibu tahu ni?" Soal Tengku Liyana tidak puas hati dengan kenyataan ibunya tadi.

"Ayah.. Dia tahu tu pun daripada pak uda sebab pak long kamu tu dah buang ayah kamu tu dari jadi adik dia sebabnya masa pengembumian nenek tu kita tak hadir."

"What the hell. Ibu.. Kita tak hadir masa pengembumian nenek tu bersebab bukannya semata semata tak nak datang. Pak long tak boleh buat dekat ayah macam tu. Tak boleh sama sekali. Yana akan balas dendam." Kata Tengku Liyana menggengam kedua dua belah tangan dengan begitu kuat sekali.

"Kamu nak buat apa? Nak pergi serang wedding si Harith tu?" Soak Tengku Roslina ingin tahu kerana dia tahu yang anaknya itu jenis yang bagaimana.

"No.. Sebab Yana akan beri dia orang tu kebahagian dulu hari ni tapi Yana akan aturkan plan lain untuk rentakkan rumah tangga dia orang tu sebab Iqwan berguna kepada kita." Tengku Liyana mengangkat keningnya.

"What do you mean?" Soal Tengku Roslina yang masih belum menghadam lagi apa yang diperkatakan oleh anak perempuannya itu. Tengku Liyana memandang ke arah ibunya dengan tersenyum jahat.

"Sebenarnya.. Dua tahun lepas Iqwan tu nyaris nyaris nak kahwin dengan perempuan tak guna tu. Then, dia tinggalkan perempuan tu masa hari perkahwinan dia sebab nak datang dekat Yana. Padahal, kita ni nak pergunakan dia je bukannya apa."

"So..... Wow, amazing." Tengku Roslina menepuk tangannya. Nampaknya Iqwan itu amat berguna kepada mereka selagi dia berada di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience