BAB 20

Romance Completed 35369

Sebuah Honda City berwarna merah berhenti tepat di hadapan pintu masuk utama Pavillion. Aifa Batrisya segera turun daripada kereta tersebut dan berjalan masuk ke dalam untuk mencari restoran seperti yang dijanjikan oleh orang misteri yang memintanya untuk bertemu tadi. Selepas habis sesi bersuai kenal dengan pekerja pekerja di Bumi Holding Tengku Harith terus meminta diri untuk ke pejabatnya dan ketika itulah Aifa Batrisya mengambil peluang untuk ke sini dengan meminta bantuan Nabeel untuk menghantarnya.

Dia tiba di hadapan restoran hailam kopitiam yang kelihatan tidak ramai mana pelanggan di situ. Mungkin kerana hari bekerja itu yang menyebabkan orang tidak terlalu ramai. Aifa Batrisya mengatur langkah masuk ke dalam restoran itu dan melilau kepalanya mencari siapakah orang misteri yang menghantar pesanan kepadanya itu. Walaupun tidak ramai tapi adalah juga dalam 15 meja yang diduduki oleh orang yang datang ke situ.

"Miss Aifa Batrisya. I'm here." Panggilnya yang duduk di bahagian paling hujung sekali yang terselindung dengan ramai ramai dengan melambaikan tangannya ke arah Aifa Batrisya.

Aifa Batrisya melihat ke arah pemilik suara itu. Seperti dia mengenali gadis yang memanggilnya itu. Ya!! Itu ialah Tengku Liyana sepupu suaminya yang datang menyerangnya di hospital tempoh hari. Tapi, dia tidak tahu tujuan gadis itu mahu menemuinya. Langkahnya diatur ke arah meja Tengku Liyana dengan muka yang manis.

"Silakan duduk." Pelawa Tengku Liyana dengan muka yang penuh dengan senyuman. Entah apa mimpinya hendak bertemu dengan Aifa Batrisya padahal sebelum ini dialah yang paling nombor satu sekali orang yang membenci gadis itu.

Aifa Batrisya menarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya. "Ada apa kau nak jumpa aku?" Soalnya meminta kepastian dengan pandangan yang dihala ke arah gadis itu dengan pandangan yang lain macam.

"Actually.. Aku nak beritahu kau yang aku sayang sangat dekat Abang Harith tu. Kau boleh tak bagi dia dekat aku?" Katanya dengan wajah yang penuh dengan rayuan dan harapan. Aifa Batrisya semakin tidak faham akan agenda gadis itu.

"Apa yang kau mengarut ni Yana? Kalau kau tak ada benda penting nak beritahu baik tak payah kacau aku dengan hantar pesanan macam tu. Menggangu... Aku ni banyak kerja." Suara Aifa Batrisya menjadi marah dia terus mengambil beg tangannya dan bingkas bangun daripada kerusi namun Tengku Liyana menghalangnya dengan memegang tangan gadis itu erat.

Aifa Batrisya tidak jadi pergi sebaliknya dia mengambil tempat duduknya kembali. Dia malas hendak bertengkar nantikan apa pula orang lain cakap. "Kau nak apa lagi, hah?" Kali ini suaranya ditinggikan sedikit.

"Iqwan... Aku tahu pasal Iqwan. Dua tahun lepas kau hampir hampir nak kahwin dengan dia kan? But, he run. Sebenarnya, akulah penyebab dia lari tu. Aku yang pergunakan gunakan dia untuk mendapatkan apa yang aku ingini. And, aku tak tahu pulak yang bakal isteri dia tu kau. But, now aku dah kahwin dengan dia tapi sebab paksaan and sebab tu lah aku nak kau kembali kepada Iqwan supaya aku dapat Abang Harith aku balik." Kata Tengku Liyana dengan menunjukkan sebentuk cincin emas di jari manisnya.

Aifa Batrisya menarik muka ketat. Pada waktu ini dia tidak pasti sama ada kenyataan Tengku Liyana itu benar mahupun palsu. Tapi, takkan mungkin palsu kerana Aifa Batrisya faham benar yang gadis itu sanggup membuat apa sahaja demi Tengku Harith. Aifa Batrisya terus bangun berdiri dengan menepuk meja di hadapannya itu dengan kuat sekali.

"Kau ni memang jahatkan Yana. Kau ni memang perempuan perampas kebahagiaan orang lain. Kalau tak kerana kau aku nyaris nyaris dah kahwin dengan Iqwan tahu tak. Mesti sekarang ni kami dah bahagia. Tapi, disebabkan dia tinggalkan aku." Jerit Aifa Batrisya dengan kuat. Dia tidak mempedulikan tentang orang sekeliling ketika ini. Apa yang penting tentang perasaannya yang teramat marah.

"Please calm down. Aifa.. Sekarang masalah kita akan selesai kalau you berikan Harith dekat aku dan aku berikan Iqwan dekat kau." Cadangnya dengan bibir yang tersenyum jahat itu. Nampaknya rancangan dia itu bakal berhasil dengan mempergunakan Iqwan.

"No.. Aku takkan serahkan Harith dekat perempuan macam kau ni. Kau tu actually tak layak langsung untuk Harith and kau tu cuma layak jadi perempuan simpanan lelaki lelaki miang dekat luar sana tu sebab tu baru sesuai dengan perangai yang gatal tu." Jerit Aifa Batrisya dengan lebih kuat lagi sehingga seluruh kedai makan itu mendengarnya.

Habis merah pedam muka Tengku Liyana dibuatnya. Dia terus bangun berdiri bertentang mata dengan Aifa Batrisya lalu dia menampar pipi kanannya dengan kuat. "How dare you." Marahnya.

Aifa Batrisya tanpa membuang masa terus menampar kembali pipi Tengku Liyana itu dengan kuat. Jus mangga yang terletak di hadapan gadis itu diambilnya dan dicurahkan ke muka Tengku Liyana. Puas hatinya dapat memperlakukan dia begitu. Sakit hatinya masih berbahang lagi.

"Much.. Kau ni memang biadap." Tengku Liyana terus menolak meja itu sehingga terbalik ke tepi dan memukul mukul Aifa Batrisya sekuat hatinya. Namun gadis itu tidak duduk berdiam diri dan ditarik rambut Tengku Liyana yang panjang mengurai itu dengan kuat.

"Stop.. Yana. You tak malu ke orang ramai tengah tengok ni?" Kedengaran suara Iqwan cuba meleraikan pergaduhan antara dua puak itu.

Mereka akhirnya berhenti berperang selepas mendengar suara Iqwan dan juga pekerja di kedai makan itu yang agak marah dengan kelakuan mereka berdua itu.

"Malu? Eh.. Iqwan kalau you nak tahu bakal isteri tak jadi you ni yang mulakan dulu tau." Tengku Liyana sengaja hendak melagakan lagakan mereka berdua itu. Kelihatan Iqwan seakan lain daeipada lain apabila dapat bertemu dengan Aifa Batrisya semula. Saat dia ingin mengatakan sesuatu Aifa Batrisya terlebih dahulu memotong.

"Saya dah kahwin." Cincin berlian yang tersarung di jari manisnya ditunjuk kepada Iqwan dan dia terus berlari meninggalkan restoran itu dengan air mata yang mengalir laju di pipinya. Saat dia telah melupakan lelaki itu daripada hidupnya tiba tiba dia muncul kembali.

"Yana.. You ni memang dah melampau tau. Sini balik." Tegas Iqwan dan terus menarik menarik tangan Tengku Liyana keluar daripada restoran itu. Perasaannya ketika ini lain setelah melihat wajah orang yang telah dia tinggalkan dua tahun lalu di majlis akad nikah hanya kerana Tengku Liyana gadis yang digilainya itu.

Sepanjang perjalanan pulang ke office Aifa Batrisya yang duduk di bahagian belakang hanya menangis sambil memandang ke arah luar jendela sahaja. Dia menangis memikirkan nasibnya sangat sangat naif itu. Kalau dulu dia ditinggalkan oleh Iqwan di majlis pernikahan hanya kerana Tengku Liyana tapi kini dia diburu oleh gadis itu hanya kerana Tengku Harith. Nabeel yang perasan akan perubahan majikannya itu hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak mahu masuk campur takut nanti dikatakan busy body pula walaupun niatnya hanya prihatin.

Tiba di pejabat Aifa Batrisya terus mengelap air matanya itu dengan sehelai sapu tangan kecil yang diletakkan di dalam beg tangannya. Dia tidak mahu sahaja orang orang di situ melihat akan tangisannya. Aifa Batrisya menyuruh Nabeel naik terlebih dahulu kerana dia perlu mengambil nafas yang segar dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam. Dan, setelah menghirup udara yang tidak berapa segar di luar itu dia terus melangkah kakinya masuk ke dalam office. Kelihatan di dalam bilik CEO Tengku Amzar sedang duduk di atas kerusi sambil memusing musingkannya ke kiri dan ke kanan.

Tanpa pedulikannya Aifa Batrisya terus masuk ke dalam dengan muka yang ketat. "Amzar.. Kau buat apa dekat sini? Get out from here now." Jerit Aifa Batrisya dengan membeliakkan matanya luas luas. Jari telunjuknya dihalakan ke arah pintu.

Tengku Amzar bingkas bangun daripada kerusi yang diduduk olehnya itu dan menghampiri Aifa Batrisya dengan suara yang ketawa panjang. "Kau tak ada hak nak halau aku sebab aku pun ada bahagian dalam syarikat ni." Katanya dengan nada marah.

"Just 1%. Itu tak cukup kuat untuk kau duduk dalam bilik CEO ni. Dalam syarikat ni yang paling banyak hak adalah suami aku and second aku memandangkan Tengku Harith tak ada dekat sini jadi aku arahkan kau untuk keluar daripada bilik CEO ni sebab kau bukan lagi pengurus syarikat or CEO dekat sini. So, get out from here."

Tengku Amzar ketawa panjang seraya menepuk tangannya itu berulang kali. Dia berpusing mengelilingi Aifa Batrisya yang kelihatan muka menahan marah itu. "Aku hairanlah kenapa nenek bagi semua syarikat dia dekat anak serta cucu kesayangan dia je. Aku serta family aku punyalah bersusah payah jaga dia masa dia hidup macam bangkai dulu dia tak pulak reti nak hargai."

Jelingan maut yang begitu tajam diberikan kepada Tengku Amzar. "Jaga ke keluarga kau simpan je Arwah nenek tu dekat dalam bilik je. Sebab aku tengok masa dia meninggal tu bilik panas langsung kau tak buka kipas ke air-cond ke and then tilam hancing. Itu yang kau banggakan sangat yang kau dengan family kau jaga Arwah Nenek. Kalau aku bukan setakat malu tapi aku rasa yang teramat malu dengan kebanggaan yang tak seberapa."

Tengku Amzar berhenti daripada mengelilingi gadis itu. Pandangannya dihalakan tepat ke arah Aifa Batrisya dengan perasaan yang dia rasa seperti hendak mencekik sahaja gadis itu. "Kau tak payah nak cakap banyaklah. Setakat kahwin dengan Tengku Harith semuanya sebab kedua dua nak jadikan pasangan mereka tu kambing hitam mereka masing masing kan."

"Apa maksud kau? Terus terang je lah tak payah nak berdolak dalih macam tu?"

"Hurm.. Maksud aku kau kahwin dengan Harith sebab kau nak bolot semua harta Tengku Hasbullah dengan harta suami kau kan dan suami kau pulak kahwin dengan kau sebab dia nak larikan diri daripada Yana je bukannya sebab dia cintakan kau. Kalau aku jadi mak bapak kau aku akan pastikan siapa bakal suami anak dia orang tu dulu." Bidas Tengku Amzar.

Aifa Batrisya merenung ke arah lelaki lama sebelum melayangkan penampar ke mukanya. "Kalau kau nak hina aku tak apa aku tak kisah tapi kalau kau hina mak bapak aku tu memang dah lebih Amzar." Tengking Aifa Batrisya dengan kuat sekali ke arah sepupu suaminya itu.

Tengku Amzar memegang pipinya yang ditampar oleh Aifa Batrisya itu. Kelihatan terlekat warna merah di pipinya itu. Baru dia rasa itulah main sedap mulut aje menghina orang. Tengku Amzar mengempal penumbuk.

"Woi, perempuan belum ada perempuan lagi yang pernah sentuh aku tau. Kau ni memang nak kena ajar." Tangan Tengku Amzar terus mengempal penumbuk dan mengangkat tangannya tinggi tinggi untuk menumbuk Aifa Batrisya. Namun kelihatan Tengku Harith sudah memegang tangan sepupunya itu kuat kuat.

"Lain kali, kalau nak layangkan penumbuk tu bukan dekat isteri aku tapi dekat aku baru nampak stabil. Kalau tumbuk perempuan nampak macam pengecut." Dia terus menumbuk pipi Tengku Amzar dengan begitu kuat sekali sehingga jatuh terduduk di atas lantai.

Tengku Amzar mengelap bibirnya yang berdarah itu sebelum bangun berdiri semula dan menepuk tangannya berkali kali. Tengku Harith merenung ke arah lelaki itu dengan penuh tajam.

"Kau tak payah nak tunjuk herolah dekat sini Harith. Kau tu kahwin dengan dia sebab kau jadi pak sanggup je kan bukan kau nak sangat pun dekat dia tu." Kata Tengku Amzar dengan menepuk bahu lelaki itu lembut.

"Get out from here now before I punch you again."  Arahnya dengan muka yang ketat. Tengku Amzar hanya ketawa panjan dan menghampiri Tengku Harith lalu mendekatkan mulutnya ke telinga sepupunya itu.

"Kau jangan lupa aku pun ada hak atas syarikat ni juga walaupun cuma 1% je. Tapi, aku akan tetap datan ke sini untuk mendapatkan hak serta kerja aku." Kedengaran suara Tengku Amzar keras sekali.

"Hurm, boleh disebabkan aku yang paling banyak hak ke atas syarikat ni aku arahkan kau untuk jadi cleaner dekat toilet semua tingkat yang ada dan kalau kau tak aku ada satu lagi jawatan iatu penghantar surat ke tempat seperti yang diarahkan."

"No.. Aku takkan ambil jawatan yang hina macam tu. Kau tak boleh sesuka hati nak arahkan aku buat kerja macam tu. Aku akan jumpa Tuan Zamri bagi mendapatkan hak aku dalam syarikat ni. " Marahnya dan terus meninggalkan bilik CEO dengan hati yang terbakar. Sakit hatinya waktu itu hanya dia sahaja yang dapat memedamkannya.

Tengku Harith terus menghampiri isterinya yang sedang duduk di sofa itu. Kelihatan wajah Aifa Batrisya kusut sekali ketika ini seperti ada bermacam macam hal yang difikirkannya. Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya itu sambil mengusap bahunya lembut.

"Kenapa ni sayang? Abang tengok muka sayang kusut je macam tak sihat je ni." Tanya Tengku Harith yang ingin mendapatkan kepastian daripada isterinya itu.

"Nothing.. Cuma Aifa rasa tertekan sikit je sekarang ni dengan apa yang dah berlaku." Beritahunya dengan nada yang agak lemah. Entah mengapa dia menjadi tiada mood pada waktu ini.

"Stress.. But why? Sebab Amzar tadi ke? Sayang tak payah fikirlah kan abang ada tadi untuk selamatkan sayang daripada kena tumbuk dengan dia."

Aifa Batrisya mengeluh lemah dan pandangannya dipandang ke arah suaminya yang berada di sebelah itu. "Bukan.. Bukan sebab tu." Katanya yang tidak mahu berkongsi masalahnya itu dengan suaminya. Dia tidak mahu lelaki itu tersilap sangka dan terjadi perbalahan yang amat besar.

"Sayang... Bukan ke abang dah cakap kalau ada masalah share bukannya pendam seorang diri macam ni. Abang tak nak sayang stress sebab terlalu menyimpan sangat masalah tu." Dia cuba memujuk agar isterinya itu berkongsi masalah dengannya.

Namun hati Aifa Batrisya tidak membenarkan dia untuk memberitahu kepada suaminya tentang masalahnya itu. Apabila mengenangkan kejadian di restoran tadi dia menjadi sakit hati. Sakit hati dengan perbuatan Tengku Liyana dan juga Iqwan kepadanya.

"No... Kalau betul Aifa rasa Aifa kena share masalah Aifa ni dekat abang nanti baru Aifa share. Buat masa ni no."

"Really.. Okey, kalau macam tu abang harap sayang tak lah terlalu memikirkan sangat tentang semua itu. Abang harap sayang boleh kawal emosi sayang tu." Pesan Tengku Harith kepada isterinya.

"Baik..." Jawab Aifa Batrisya ringkas.

"And abang ada satu lagi good news."

"What? Soal Aifa Batrisya ingin tahu.

"Papa akan handle syarikat Telcom Holding tu dan abang akan handle Bumi Holding ni." Berita baik itu dikongsikan kepada isterinya itu. Aifa Batrisya mengukir senyuman manis nampaknya dia tidaklah perlu belajar banyak untuk handle company ini.

"Yeah... Nampaknya Aifa akan terus jadi PA abang." Katanya dengan melompat kegembiraan.

"No..." Jerit Tengku Harith kuat menyebabkan Aifa Batrisya melatah dengan kuat. Nasib tiada siapa yang mendengar kalau tidak malu besar dia dibuatnya.

"Hish, abang ni janganlah buat macam tu. Aifa tak sukalah." Dia mencebik bibirnya ke depan.

"Okey.. Sorry, abang betul betul tak sengaja. Sayang takkan jadi PA abang lagi sebab abang nak sayang jadi isteri sepenuh masa abang dengan duduk dekat rumah ."

"Alah.. Bosanlah asyik duduk rumah je biarlah Aifa kerja jadi PA abang. Please!!!" Rayu Aifa Batrisya dengan membuat muka yang amat comel sekali.

"Mana ada bosannya sebab abang ada special gift untuk sayang." Beritahu Tengku Harith membuatkan Aifa Batrisya menjadi teruja sekali apabila mendengar perkataan 'gift'. Walaupun dia tidak berapa mahir english tapi ayat ayat sample itu dia tahulah.

"Apa gift tu abang?" Soal Aifa Batrisya ingin tahu dan dia terus menghampiri suaminya yang sedang duduk di meja kerja itu. Terus hilang semua masalah yang difikirkannya tadi. Nampaknya berhasil juga rancangan Tengku Harith itu.

"Nantilah.. Waktu lunch nanti sayang akan tahu jugak." Tengku Harith tidak mempedulikan isterinya lagi dan dia terus melihat fail fail yang tersusun di atas meja itu.

Tengku Amzar masuk ke dalam banglo tempat tinggalnya bersama ayah, ibu serta isterinya setelah dihalau keluar dari banglo Arwah neneknya oleh Tengku Hasbullah dan Tengku Hazlina tempoh hari. Pintu juga turut menjadi mangsanya dihempas pintu itu sekuat hatinya. Nasib baik tidak tercabut sahaja kalau tidak jenuh ayahnya hendak menukar baru. Dia melangkah ke arah ruang tamu dan membaling segela perhiasan yang terdapat di atasnya. Tengku Ellina dan juga Shuhada segera menghampirinya apabila melihat keadaannya sudah tidak terkawal lagi.

"Kenapa dengan abang ni? Balik balik terus nak marah marah ni? Cuba cerita dekat Ada." Shuhada segera menarik tubuh suaminya dan mereka duduk di atas sebuah sofa kulit itu secara bersebelahan.

"Haah, kalau kamu ada masalah beritahulah dekat ibu ke dekat isteri kamu ni bukannya lepas sorang sorang." Suara Tengku Ellina pula didengari.

Tengku Amzar menyepak meja di hadapannya itu sekali sebelum bersuara. Wajahnya kelihatan bengis sekali ketika ini sudsh tidak dapat melihat wajahnya yang sebenar kerana mukanya itu teramat merah sekali.

"Si Harith dengan bini dia tu lah biadap. Ibu tengok ni." Tengku Amzar terus menunjukkan kepada ibu serta isterinya bahagian pipinya yang lebam ditumbuk oleh Tengku Harith serta dilempang oleh Aifa Batrisya.

"Kenapa boleh jadi macam tu abang?" Soal Shuhada ingin tahu dan dia terus menuju ke daur untuk mengambil sehelai kain tuala dan juga ais untuk dituam di lebam suaminya itu.

"Kamu bergaduh dengan kawan kamu? Ke..." Belum sempat Tengku Ellina menghabiskan ayatnya Tengku Amzar terus memotongnya.

"Ini Harith celaka tu yang tumbuk dan juga bini dia yang setan tu yang lempang. Biadap!!" Tengku Amzar menumbuk sofa yang didudukinya itu untuk melepaskan kemarahan. Shuhada yang terdengar nama sepupu mereka itu disebut terus berapi jadinya. Langkahnya dilajukan ke tempat suaminya.

"Why? Kenapa dia orang pukul abang? Cakap dekat Ada sekarang." Shuhada telah pun menyingsingkan lengan bajunya itu menahan geram. Begitu juga dengan Tengku Ellina yang sudah tidak sedap duduk itu.

"Sebab abang ni buat sesuka hati abang dalam Bumi Holding tu. Aban bukan buat apa pun cuma abang duduk dalam bilik CEO je tiba tiba bini dia tu angin nak mengamuk lepastu suami dia yang bodoh tu apa lagi." Terangnya bersungguh.

"Bukan ke abang ada 1% hak ke atas syarikat tu juga?" Soal Shuhada ingin memastikan yang dia tidak silap dengar semasa pembacaan wasiat tempoh hari.

"Haah, habistu kenapa dia pukul kamu?" Tengku Ellina juga inginkan kepastian. Selagi tidak hatinya tidak masih belum berpuas lagi.

"Sebab apa tu Amzar tak tahu yang penting sekarang ni si Harith bodoh tu suruh Amzar jadi cleaner dekat company tu."

"Biadap.. Biar Ada jumpa dia orang sekarang jugak. Aku dah tak tahan nak bagi pengajaran dekat dia dua orang tua." Sewaktu Shuhada ingin mengatur langkah suaminya memegang erat tangannya.

"Wait Ada... Abang ada rancangan yang lebih mantop untuk ajar dia orang berdua tu." Tengku Amar mengukir senyuman jahat dan bekas yang berisi ais itu dibalingnya sambil ketawa panjang. Meremang bulu roma Shuhada dan juga Tengku Ellina mendengarnya.

"Kau ni memang tak ada kerja lain ke, hah? Tahu nak merosakkan rumah tangga orang je." Marah Iqwan dengan menolak Tengku Liyana ke atas sofa di ruang tamu dengan kuat sekali sehingga terhantuk kepalanya sekali.

"Well, Iqwan kau tak payah berpura puralah aku tahu yang kau pun masih ada perasaan dekat dia. Kau memang sayangkan dia lagi kan?" Tengku Liyana cuba mengukir senyuman jahat di bibirnya. Sakit hatinya ketika ini apabila rancangannya tidak berhasil.

"No... She is married and aku sekarang dah jadi laki kau takkan aku nak kacau rumah tangga dia pulak bodoh. Kau tu sebenarnya layak digelar sebagai pengikut setan iblis sebab kau tu suka meruntuhkan setiap masjid yang akan dibina." Jerit Iqwan kali ini dengan nada suara yang ditinggikan.

Tengku Roslina yang terdengar bunyi bising terus menuju ke ruang tamu untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi. "Apa bising bising ni? Tak malu ke nanti orang dengar?" Soalnya ingin tahu.

Iqwan menjerling tajam ke arah Tengku Roslina seakan memberi isyarat. "Kau diam jangan masuk campur. Ni urusan aku dengan isteri aku yang tak guna ni." Iqwan membaling sebuah pasu bunga kecil yang terletak di atas meja itu ke lantai sehingga pecah.

"Kau tu bukannya baik sangat pun Iqwan. Kau tu sebenarnya lelaki pengecut sebab berani tinggalkan dia masa majlis perkahwinan. Dan, kau tu lelaki pemalas sebab tahu ugut ayah aku dan duduk bersenang lenang macam raja dekat dalam rumah ni."

"Arghh!! Biadap kau." Terus penampar diberikan kepada Tengku Liyana dan dicekik leher gadis itu dengan kuatnya. Tercungap cungap menahan nafas gadis itu dibuatnya. Dalam masa yang sama dia cuba meminta pertolongan.

Tengku Roslina yang berdiri tercegat di tengah tengah ruang tamu itu buntu. Dia tidak hendak membuat apa tapi dalam masa yang sama nyawa anak perempuannya dalam bahaya. Dia terus mengambil sebuah pasu bunga besar di tepi akuarium itu dan memukul kepala Iqwan dengan kuat sehingga lelaki itu rebah ke lantai.

"Hah.. Hah.. Hah..." Tercungap cungap Tengku Liyana cuba mengambil nafas kembali. Tengku Roslina segera memeluk anak perempuannya itu.

"Yana okey?" Soalnya cemas. Tengku Liyana hanya mengganguk laju tanpa seberang kata.

"Ibu.. Dia dah mati ke?"

"Entahlah.. Ibu rasa dia dah mati kot."

"Baik, sekarang kita hapuskan dia." Cadang Tengku Liyana kepada ibunya itu. Tengku Roslina tercengang seketika.

"Hah, what you say? Yana dah gila ke takkan kita nak hapuskan dia pulak?" Keras suara Tengku Roslina membangkang keputusan anak perempuannya itu.

"Ya.. Ibu dia ni cuma boleh rosakkan plan Yana untuk dapatkan Harith sebab tu lah Yana nak kita hapuskan dia. Kita kena tanam dia supaya tiada orang dapat cari dekat mana mayat dia berada."

"Kenapa mesti kita? Ibu tak nak. Ibu tak nak kena masuk penjara sebab benda bodoh ni. Kalau Yana nak buat you just buat sorang sorang."

Tengku Liyana menghentakkan kakinya ke lantai. Dia geram apabila ibunya tidak mahu sepakat dengannya. Nampaknya segala rancangannya rosak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience