BAB 14

Romance Completed 35369

"Abang..." Kedengaran suara Tengku Ellina memanggil suaminya yang sedang membaca buku mengenai sains fiksyen di atas katilnya. Lelaki itu terus memandang ke arah isterinya sekilas sebelum dipandang ke bukunya semula.

"Ada apa sayang?" Soal Tengku Azmir yang matanya masih melekat pada buku yang dibacanya itu berbanding melekat pada isterinya yang sedang duduk di meja solek bagi memakai serum sebelum tidur agar kulitnya kelihatan licin dan cantik.

"Hish, abang ni boleh pulak tanya saya apa dia. Ni, emak kan dah meninggal 8 hari." Kata Tengku Ellina yang sedang menyisir rambutnya itu dengan memandang tepat ke arah suaminya itu.

"So... Kenapa?" Soal Tengku Azmir mengangkat kening dengan menutup bukunya dan pandangan dihala ke arah isterinya. Topik isterinya kali ini lebih tertarik berbanding buku yang dibacanya itu. Tentang wasiat emaknya yang lama dia dan anak bininya tunggu.

"Alah, bila peguam mak nak datang bacakan wasiat? Sebab masa hari pengembumian tu sayang ada dengar yang Tuan Zamri bercakap dengan Along pasal wasiat." Bersungguh Tengku Ellina memberitahu suaminya mengenai apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri semasa hari pengembumian emak mereka tempoh hari.

"Apa mereka cakap? Sharelah dengan abang sikit?" Soal Tengku Azmir ingin tahu. Dia kalau bab harta emaknya dialah yang paling taksub berbanding dengan dua lagi adik beradiknya. Sebab itulah daripada hidup sampai ke mati Tengku Rahmah disimpan di sini dan bukannya dijaga dengan baik.

Tengku Ellina segera menghampiri suaminya dengan terlompat lompat macam beruk menang judi. Mulutnya dirapatkan ke telinga suaminya itu membuatkan Tengku Azmir jadi membuak buak ingin tahu. Kebetulan Shuhada yang baru sahaja daripada tingkat bawah hendak ke biliknya terlalu di hadapan bilik mertuanya dan terdengar pula perbualan mereka. Segera dia sembunyi di belakang pintu dan memasang telinga.

"Tuan Zamri cakap wasiat akan dibaca pada 6 hari selepas pemergian Tengku Rahmah and today ialah hari kelapan emak meninggal. Ini bermaksud tak lama lagi kita akan jadi orang kaya." Jerit Tengku Ellina kuat sambil melompat lompat kegirangan.

Saling tidak tumpah pada suaminya yang juga mula mengukir senyuman manis dan gembira kerana apa yang ditunggu tunggunya selama ni sudah bakal menjadi kenyataan. Shuhada membeliakkan matanya nampaknya dia ada berita panas untuk dikhabarkan kepada suaminya.

'Tentu abang gembira bila dapat tahu semua ni.' Getusnya di dalam hati dan terus berlari menuju ke biliknya bagi mendapatkan suaminya. Tiba di biliknya Shuhada melihat suaminya sudah nyenyak dibuai mimpi di atas katil tapi dia tidak peduli yang penting berita tadi harus disampaikan.

"Abang.. Abang.. Bangunlah saya ada berita hangat ni." Beritahu Shuhada dengan menggoncangkan badan suaminya yang sedang berselimut likup itu.

"Ada apa awak ni? Kacau je lah saya nak tidur. Esok saya nak kena pergi kerja bukannya macam awak." Kata Tengku Amzar sambil menggosok matanya berulang kali. Kantuk masih terasanya tapi dah isterinya mengejutnya terpaksa dia bangun nantikan merajuk pula.

"Tadi saya lalu depan bilik ayah dengan mak. Then, dia orang cakap pasal wasiat nenek." Jeritnya gembira membuatkan rasa mengantuk Tengku Amzar menjadi hilang secara serta merta. Cerita isterinya itu ibarat perfume yang mengharumkan seluruh bau bau yang ada.

"Apa yang menarik sangat ni? Cerita dekat abang?" Tengku Amzar memandang isterinya tepat sambil tersengih macam kerang busuk itu. Shuhada menarik nafas panjang sebelum memberitahu suaminya tentang apa yang didengarinya tadi.

"Wasiat nenek akan dibaca selepas 6 hari kematian dia itu cakap Tuan Zamri peguam nenek tu tapi kalau difikirkan hari ni hari ke berapa nenek tak ada?"

"8..." Jawab Tengku Amzar dan mereka laki bini mula melonjak kegembiraan seperti orang tidak bertamadun. Ada ke patut malam malam buta begini dilompat dan menjerit di dalam bilik. Bodoh tu simpalah sikit untuk anak cucu nanti.

"Tak apa, awak jangan risau esok biar abang pergi jumpa Tuan Zamri untuk menanyakan hal wasiat tu." Kata Tengku Azmir kepada isterinya itu sambil menarik selimut untuk tidur.

"Betul ni?" Tengku Ellina mengecilkan matanya ke arah suaminya.

"Ya, betul.. Sumpah." Tengku Azmir mengangkat tangannya tinggi tinggi tanda berjanji pada isterinya.

"Ada apa awak call saya malam malam ni? Saya nak tidurlah. Saya mengantuk dah lah esok nak kena kerja lagi kalau datang lambat nanti orang cakap tak ada disiplin pulak." Kata Aifa Batrisya yang sedang duduk meniarap di atas katil sambil melayan drama sinetronnya itu.

Alasan sahaja dia berikan kepada tunangnya itu yang dia sudah mahu tidur. Padahal, mata tu masih lagi segar melayan drama I-pop dia tu. Dia sengaja berkata begitu kerana tidak mahu bercakap lama lama dengan lelaki itu. Dia masih lagi merajuk dengan kejadian siang tadi sewaktu selesai memilih pakaian perkahwinan mereka. Ada ke patut dia disuruh pulang sendirian ke rumah kerana Tengku Harith Dan juga Mamanya membawa emaknya bersiar siar.

Apabila dia hendak mengikut sama lelaki itu memberi alasan dengan tiada siapa akan menjaga keretanya di butik ini takut takut nanti dicuri pula. Dan, apabila dia hendak membawa keretanya bersama dikatakan susah pula dia hendak follow belakang keretanya. Itulah sebab Aifa Batrisya malas hendak melayan tunangnya itu pada malam ini.

"Amboi, habistu sebelum ni macamlah awal sangat kau tu datang kerja. First day lapor diri pun terkejar kejar macam atlet negara." Sindir Tengku Harith yang sengaja hendak memanaskan line perempuan itu. Dia tahu yang tunangnya itu masih marahkannya kerana hal siang tadi. Itu sebab dia telefon untuk memujuk.

Aifa Batrisya membetulkan kedudukkannya dan dia membetulkan telefon Nokia 3660nya itu di telinga. Sudahlah tadi sudah membuatnya marah takkan malam malam macam ni pun nak buat dia terbakar juga.

"Apa masalah awak ni? Telefon saya malam malam lepastu nak kutuk saya macam tu? Kalau awak tak ada benda penting nak cakap saya letak telefon dulu. Okey.. Bye!!" Aifa Batrisya membuat seakan hendak meletakkan telefon supaya Tengku Harith segera menghalangnya. Padahal, dia acah acah je bukannya betul pun.

"Aifa.. Tunggu. Okey, aku minta maaf aku tahu aku dah buat kau marah siang tadi kan." Akhirnya, lelaki itu memohon maaf juga daripada gadis itu. Huh, jatuh juga egonya yang meninggi selama ini.

Aifa Batrisya tersenyum manis mendengar Tengku Harith merayu maaf daripadanya. Bukan selalu dia akan mendengar lelaki itu berkata begitu kalau selalunya bahasa dia marah marah je tahu. Kasar pulak tu cakap dengan perempuan. Telefon yang berada jarak jauh sedikit daripada telinganya didekatkan kembali ke telinganya semula.

"Bukan setakat marah tapi sakit hati sekali. Kenapa awak tak bagi mak saya cakap dekat saya ke mana korang pergi tadi? Kenapa mesti berahsia? Penting sangat ke?" Soal Aifa Batrisya bermacam macam soalan kerana dia masih belum puas hati apabila dia tidak diberitahu oleh emaknya ke mana perginya siang tadi tetapi diberitahu kepada ayahnya pula.

Tengku Harith buntu seketika dia tidak tahu hendak kata apa kerana dia betul betul perlu merahsiakan perkara ini daripada tunangnya itu dulu buat sementara waktu ini. Alasan.. Dicarinya alasan untuk menipu Aifa Batrisya yang banyak tanya itu. Gadis itu masih lagi menanti jawapan daripada tunangnya. Itulah nak sangat berahsiakan padan muka kau.

"Tak.. Sebenarnya, aku bawa emak kau pergi shopping je tadi. Dia dengan mama aku pergi beli baju." Bohong Tengku Harith dan berharap gadis itu akan mempercayainya. Kalau tidak habislah rahsianya yang hendak disimpan bakal musnah dalam sekelip mata.

Aifa Batrisya cuba mengingati kembali dan dia telah ingat. Ya, emaknya ada membawa pulang dua buah beg kertas di tangan selepas dia menuruni kereta BMW Tengku Harith tadi. Tapi, apakah isi di dalamnya tidak pula dia usha tadi sebab asyik sibuk bertanys ke mana perginya emaknya tadi.

"Oh, betul lah sebab masa emak balik tadi saya nampak dia bawa dua buah beg kertas dekat tangan. Maknanya, awak bawa emak saya pergi shopping je? Alah, tu pun nak berahsia rahsia." Kata Aifa Batrisya membuatkan Tengku Harith bersyukur kerana dia telah terselamat daripada disoal oleh tunangnya itu.

Tapi.. Yang menjadi peliknya beg apa yang dibawa oleh Puan Mariam sebab seingatnya mereka tidak keluar shopping pun dan mereka tidak pula membeli apa apa souvenier untuk dibawa pulang. Ahh!! Lantaklah asalkan semua rancangannya berjalan lancar daripada pecah nanti.

"Haah.. Tu je aku bawa mak kau pergi shopping. Puas dah hati sekarang? Sibuk je nak tahu." Seloroh Tengku Harith lagi sambil menongkak dagunya ke atas berandar di luar biliknya sambil melihat bintang bintang di langit.

Aifa Batrisya memuncungkan mulutnya ke depan. "Alah, saya cuma nak tahu je bukannya sibuk." Dia cuba membela dirinya daripada dimarahi lelaki itu. Tengku Harith tersenyum sendirian mendengar kata kata Aifa Batrisya itu.

"Sama je lah tu. Papparazi..." Katanya lagi. Aifa Batrisya membeliakkan matanya luas luas. Ada ke patut dia dipanggil papparazi. Ikut sedap mulut nenek dia je cakap aku papparazi.

"Apa apa je lah. Dah, kalau awak tak ada benda nak cakap lagi saya nak tidur.. Bye.. Bye.." Kata Aifa Batrisya seakan hendak mematikan panggilan.

"Kejap.. Kejap.. Aku ada benda nak cakap sikit dengan kau." Tengku Harith segera menghalang tunangnya itu daripada mematikan panggilan telefonnya. Aifa Batrisya terus menanti apa ingin dikatakan oleh tunangnya itu dengan hati yang terbuka.

"Apa? Cakaplah?" Soal Aifa Batrisya tidak sabar untu tahu apa yang hendak diperkatakan oleh tunangnya itu.

"Esok kau tak payah masuk kerja. Aku jemput kau pagi esok kita keluar."

"Apa?"

"Kau pekak ke?" Soal Tengku Harith berbaur marah kepada orang yang suka bertanya banyak kali itu.

"Hurm.. Okeylah saya faham." Dia terus mematikan panggilan telefonnya dan tersenyum kegirangan. Nampaknya esok dia akan bercuti lagi dan siap akan dibawa keluar pula oleh tunangnya.

"Awak rasa anak kita tu betul ke suka dekat budak Harith tu." Kedengaran suara Doktor Azman yang sedang duduk di cermin sambil memakai tali leher menyoal isterinya yang sedang duduk mengemaskan katil itu.

Puan Mariam mengerutkan dahinya. Entah apalah yang lakinya itu menanya. Padahal, tempoh hari dia sendiri yang bersuka ria main berbalas pantun dengan bakal besannya. Kini, dia pula yang ragu ragu.

"Apa benda yang abang tanya saya ni? Kalau si Harith tu dah hantar orang tua dia masuk meminang Aifa tentulah mereka tu sama suka satu sama lain. Semalam saya dengan Aifa dah pergi tempah baju kahwin dia orang. Abang jangan nak buat perangai pulak." Dia mengecilkan matanya terhadap suaminya yang masih lagi berdiri di hadapan cermin itu.

Doktor Azman tergelak kecil dan dia terus memusingkan kepalanya ke arah isterinya yang masih belum berganjak duduk di birai katil itu. Puan Mariam mengangkat kening. Buang tabiat agaknya laki dia tu pagi pagi harini.

"Saya bukannya nak buat perangai cuma awak fikirlah Aifa tu baru kerja dengan Harith tu tak sampai pun seminggu. Tiba tiba, keluarga dia masuk meminang takkan awak tak rasa pelik. Ke dia orang berdua tu ada komplot?" Doktor Azman membuat muka konfius.

"Haish, abang ni merepek je lah. Aifa ada beritahu saya yang Harith tu kawan lama dia dari zaman kolej. Hurm.. Bila dah tahu yang mereka masing masing single Aifa tu suruhlah Harith tu masuk meminang. Dah lah, abang tak payah nak serabutkan kepala otak tu bukannya mereka kahwin lari ke apa." Puan Mariam segera bangun daripada tempat duduknya itu dan mengatur langkah turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan namun suaminya segera menghalang.

"Kejap.. Awak rasa apa yang Aifa cakap tu betul?" Soalnya mengangkat kening. Puan Mariam menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

"Iye.. Abang ni kenapa? Sebelum ni tak ada pun nak tanya. Kenapa masa Tengku datang masuk meminang haritu awak tak soal macam macam pulak? Ni, saya ni yang tak tahu apa apa awak tanya itu awak tanya ini. Awak ingat saya ni robot ke yang boleh in apa yang ada dalam kepala otak Aifa tu?"

"Awak ni saya tanya sepatah je tapi awak jawab 1866 patah perkataan. Saya ni bukan apa cuma semalam masa dekat hospital saya nampak...." Doktor Azman membiarkan ayatnya tergantung di situ. Apabila mengingatkan kejadian semalam niatnya hendak sahaja memberitahu kepada isterinya tapi dia takut matanya itu yang tersilap tengok.

"Awak nampak apa?" Soal Puan Mariam ingin tahu dan ditepuk lengan suaminya itu lembut.

"Tak.. Tak ada apa apa lah." Doktor Azman segera meninggalkan isterinya yang sedang berdiri di muka pintu itu dengan kembali ke arah cermin untuk membetulkan tali lehernya yang belum sempurna itu. Puan Mariam hanya merenung sahaja ke arah suaminya itu dengan menggelengkan kepalanya dan meneruskan langkahnys untuk turun ke bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience