BAB 22

Romance Completed 35369

Tengku Harith membuka matanya perlahan lahan. Rasa sakit masih dirasanya di bahagian pipinya akibat tumbukan dua orang lelaki bertopeng tadi. Perutnya terasa sakit teramat dan dia cuba sedaya upaya melihat di manakah di berada kerana seingatnya tadi sewaktu dia cuba melawan perompak perompak yang menceroboh rumahnya tadi dia mengalami pukulan yang begitu kuat sekali di atas kepalanya. Tengku Harith melihat ke arah sekeliling tempat itu sangat asing baginya. Yup!! Amat asing sekali kerana dia tidak peenah lagi berpijak di stor yamg kotor dan gelap ini. Kelihatan dua belah tangannya semua diikat di rantai besi membuatkan dia sukar untuk melepaskan diri.

TUPP!!!!

Kedengaran pintu bilik stor di mana tempat Tengku Harith dikurung dibuka oleh seseorang dari arah luar. Tengku Harith kembali menutupkan matanya dan cuba berpura pura tidur supaya penculik itu tidak mengesyaki yang dia telah pun sedar. Perlahan lahan kaki lelaki bertopeng itu berjalan ke arah Tengku Harith yang diikat di penjuru sana. Lalu, kakinya diangkat sedikit dan disepak perut Tengku Harith itu dengan kuat. Hampir tersembur darah keluar daripada perut lelaki itu dan dengan sedaya upaya matanya dibuka dan dia cuba untuk bersuara.

"Siapa kau ni, hah?" Jerkah Tengku Harith dengan begitu kuat sekali sambil kakinya yang tidak diikat itu menendang tubuh lelaki bertopeng itu ke belakang.

Lelaki bertopeng itu cuba bangun berdiri semula sambil mengilai panjang. Puas hatinya dapat melihat lelaki itu sengsara. Rasanya itu amat puas sekali sehingga tergolek di ketawa di atas lantai.

"Masuk, Jonet." Arahnya dan menepuk tangannya berulang kali dan kelihatan dua orang lelaki bertubuh sasa dengan memakai topeng di mukanya masuk ke dalam stor itu dengan mengheret tubuh Aifa Batrisya yang dipakai dengan baju koyak koyak dan rambut yang panjang mengurai tanpa tudung yang menutup kepalanya.

"Sayang..." Jerit Tengku Harith dengan kuat dan cuba untuk mendekatkan dirinya dengan isterinya itu namun oleh kerana tangannya diikat di rantai besi dia jadi tidak dapat ke mana mana.

"Abang.. Tolong Aifa abang..." Katanya sambil menangis teresak esak. Dalam sekelip mata dunianya telah hancur kerana tiga ekor penjenayah itu. Rambut Aifa Batrisya terus dicekar kuat oleh ketua lelaki bertopeng itu dan dibawa ke arah Tengku Harith yang kelihatan seakan tidak berpuas hati itu.

"Kau jangan apa apa kan dia. Kalau kau ada dendam dengan aku ke ada masalah dengan aku ke kau buat aku tapi kau jangan sentuh isteri aku." Tengku Harith mengetap gigi dengan kuat sekali sambil menahan marah.

Lelaki bertopeng itu mengilai lama. "Dendam? Memang aku dendam dengan kau dan bini kau ni." Katanya dan mencengkam dengan lebih kuat lagi rambut Aifa Batrisya itu. Sakitnya tidak terkata saat itu.

"Sebab apa? Cuba kau cakap sebab apa?" Suara Tengku Harith terus meninggi.

"Sebab harta nenek." Jerit lelaki bertopeng itu dan tangannya terus mencabut topeng yang dipakainya itu. Alangkah terkejunya apabil melihat wajah lelaki yang telah membuka topeng itu. Tengku Amzar adalah orang tersebut.

"Well... Ini adalah rancangan kami untuk hapuskan orang orang yang sombong macam kau dua ekor ni." Kedengaran suara Shuhada menyampuk dari arah pintu.

"Lepaskan akulah sial...." Jerit Tengku Harith dengan mengagahkan dirinya untuk melepaskan diri daripada diikat oleh Tengku Amzar itu.

"Sorry... Tapi aku hajat nak bunuh kau dengan bini kau ni. Sebab aku dah lama sakit hati dengan kau dua ekor ni. Mak bapak kau sanggup halau ayah dengan ibu aku dari banglo arwah nenek tu." Sepucuk pistol dikeluarkan daripada poket baju. Terkejut bukan kepalang Tengku Harith dan juga Aifa Batrisya time itu.

"Abang..." Aifa Batrisya yang sudah tersembam di lantai hanya mampu menitiskan air mata sahaja. Masa depannya telah musnah dalam sekelip mata. Impiannya hendak memikat Tengku Harith telah musnah pun...

"Say goodbye to your husband...." Pistol ditekan dengan perlahan lahan dan semua yang berada di situ hanya menutup mata serta telinga sahaja.

BUMP!!!!!

"Abang......" Shuhada terus menjerit apabila melihat pistol yang dipegang suaminya memakan tuan. Semasa lelaki itu hendak menembak Tengku Harith. Lelaki itu terlebih dahulu menyepak kaki Tengku Amzar membuatkan dia tumbang dan Aifa Batrisya mengambil kesempatan untuk menembak lelaki setan itu.

BUMP!!!!

Turut dia menembak kedua dua orang kuncu Tengku Amzar itu untuk melepaskan segala kemarahan. Sakit hatinya ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu apabila kesuciannya telah diragut oleh dua orang lelaki itu. Dia menjadi malu dengan suaminya saat ini.... Dia menjadi jijik dengan dirinya sendiri.....

8 BULAN KEMUDIAN

"Sayang... Tengah buat apa tu? Jauh termenung nampak?" Soal Tengku Harith yang membawa dulang berisi bubur tepung dan juga segelas air suam itu. Aifa Batrisya yang sedang sarat mengandung itu terus berpaling ke arah suaminya. Terukir bibirnya senyuman manis.

"Eh.. Abang... Kenapa bawa makanan tu ke atas. Kan, Aifa boleh turun lagi."

Tangan Tengku Harith terus mengusap lembut perut isterinya yang sedang sarat mengandung itu. Hari ini sudah masuk 7 bulan kandungan Aifa Batrisya itu.

"Sayang kan dah tengah sarat tu. Takkan abang nak biarkan sayang turun naik tangga kot. Ni, dengan hasil air tangan abang jadilah bubur gandum buatan mr. Husband."

"Alah... Macamlah sedap sangat entah entah indah khabar dari rupa." Sindiran diberikan oleh sang isteri.

"Eh.. Sayang ingat lagi tak yang abang masak dulu?"

Aifa Batrisya laju mengganguk.....

"Sedap kan...."

"Okeylah bukannya sedap... Lupa ke kata kata Aifa masa tu?"

"But still sedapkan..."

"Boleh tahanlah..."

TING TONG!!! TING TONG!!!

"Abang siapa yang datang tu?"

"Entah... Biar abang check." Kaki Tengku Harith terus melangkah daripada katil namun Aifa Batrisya segera menghalang suaminya.

"No... Aifa tak nak kejadian tempoh hari berlaku kembali..."

"Sayang... Itu past tense... 8 bulan lepas..." Tanpa pedulikan kerisaua isterinya kakinya terus melangkah turun daripada tangga untuk menuju ke pintu utama.

"Abang... Aifa nak ikut."

Tiba di hadapan pintu tombol dipulas dan kelihatan Tengku Liyana serta suaminya sedang berdiri tegak di hadapan pintu. Ah!!! Lega hati apabila bukan lelaki bertopeng.

"Hai.. Aifa, Harith." Iqwan memulakan bicara dengan mengukir senyuman di bibirnya.

"Eh.. Iqwan, Yana.. Silalah masuk." Pelawa Tengku Harith.

"Kami datang nak tengok orang yang tengah sarat ni. Manalah tahu kot kot dah bersalin ke?" Tengku Liyana cuba bermanis mulut dengan sepupunya itu. Kini, dia redha dengan tentuan ilahi yang Tengku Harith bukan jodohnya tapi Iqwan jodohnya.

"Hish... Mana ada baru 7 bulan kandungan aku ni takkan kau nak baby aku ni pramatang kot." Kata Aifa Batrisya diikuti gelak tawa daripada mereka bertiga.

"Tak juga cuma si Yana ni yang sibuk sangat nak datang sini. Nak tengok ibu mengandung katanya." Tambah Iqwan pula dan cubitan diterima olehnya kerana berkata begitu kepada isterinya.

"Sudahlah.. Nak bergaduh tunggu balik rumah sekarang ni jom masuk dalam dulu." Pelawa Tengku Harith untuk kali kedua dan mereka mula melangkah masuk ke dalam.

*****

"Alhamdulilah!!! Akhirnya.. Perjalanan aku sebagai seorang PA kepada Tengku Harith yang ego, sombong, sinis, dan pemarah itu telah membawa kepada isteri. Aku tidak sangka yang aku bakal menjadi suri hatinya dan kini kami sedang menanti kelahiran si cilik kami.. Mengikut scan katanya gegirl tapi tak tahulah apa yang keluar. Walau apa pun jantina anak kami aku redha dan bersyukur. Iqwan dan Yana kini sedang membina rumah tangga mereka supaya kekal hingga ke jannah. Emak dan ayah pula kini mereka yang over hendak menimang cucu padahal daddy dan mommy mereka pun tak adalah seover itu. Tengku Hasbullah dan juga Tengku Hazlina kini telah menetap di arab sambil membuka bisnes perniagaan barang barang import katanya. Tengku Azmir dan juga Tengku Ellina kini sedang meratapi nasib apabila anak lelaki mereka telah cacat seumur hidup selepas ditembak oleh aku tempoh hari dan Shuhada seperti biasalah mulutnya tah berhenti henti membebel apabila terpaksa menjaga suaminya yang cacat itu. Dan, Tengku Azmir pula terpaksa menjadi cleaner di Bumi Holding apabila syarikatnya muflis. Itulah padah... Tengku Hanafi dan Tengku Roslina sedang menguruskan syarikat yang dihadiahkan oleh Papa kepada mereka dan hubungan mereka kembali bersatu semula setelah Iqwan menjelaskan segalanya kepada Tengku Hasbullah tentang ketidakhadirannya ke majlis pengembumian Tengku Rahmah. Nada pulak... Dia sekarang sedang dilanda cinta oleh seorang hero yang didamba olehnya kerana insiden ragut tempoh hari. Perempuan propa tu tunang dia bukan calang calang orang anak Tan Sri you oulls... Itulah cerita mahupun hikayat aku. Kini, aku perlu bersiap sedia untuk melakukan misi... MISI MEMIKAT TENGKU HARITH... Selepas sahaja lahirkan si bambam dalam perut ini." Aifa Batrisya terus menutup diarinya dan dia menatap wajahnya yang sedang nyenyak diulit mimpi di atas katil itu dengan lama sekali. Thank you abang sebab sudi jadikan Aifa sebagai suri hati abang.... Muahhhh!!!!

@Thank you kepada semua yang sudi membaca karya saya dan saya harap korang aku menunggu novel kedua saya... #Membacajambatanilmu..... #THAB......


~ TAMAT ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience