BAB 21

Romance Completed 35369

Aifa Batrisya terus membuka pintu rumahnya dan masuk ke dalam dengan menghentakkan kedua dua belah kakinya ke lantai. Dia sangat bengang ketika ini dengan suaminya itu. Tadi semasa di Bumi Holding dia memberitahu bahawa dia ada satu gift yang istimewa untuknya tapi tiba tiba dia membatalkannya kerana terpaksa menghadiri sebuah meeting bersama papanya di krabi. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang berada di ruang tamu dan tangannya terus mengoyakkan tiket kapal terbang yang akan menerbang ke bali itu.

Musnah impiannya untuk bali bagi honeymoon bersama suaminya itu. Tengku Harith hanya memerhati sahaja kerenah isterinya itu dan dia perlahan lahan menuju ke arah gadis itu dan duduk di sebelahnya. Aifa Batrisya memeluk tubuhnya dan mempamerkan muka yang masam seperti cuka itu. Tiba tiba, dia merasakan ada sebuah tangan yang memegang tangannya. Tentu suaminya itu hendak memujuk. Huh!!! Hari ini Aifa Batrisya akan tunjukkan egonya kepada suaminya itu.

"Sayang... Janganlah macam ni. Abang pergi krabi tu bukannya lama pun cuma 2 hari je itu pun sebab urusan kerja bukannya abang pergi nak suka suka." Tengku Harith cuba memandang ke arah muka isterinya itu namun Aifa Batrisya terus melarikan wajahnya ke tempat lain. Tangannya masih lagi dalam gengamam suaminya itu.

"Maaf ditolak... Sila cuba lain kali. Bye!!" Tangannya dileraikan dari dipegang oleh suaminya dan terus dia mengambil beg tangan yang berada di atas meja untuk bangun daripada sofa yang didudukinya itu namun Tengku Harith cepat cepat menarik tangannya sehingga tubuhnya terjatuh ke atas suaminya.

"Abang... Gatal betullah abang ni. Hish!!!" Dengan buat buat marah Aifa Batrisya terus membetulkan posisi kembali. Padahal, dalam hatinya berbunga bunga suka apabila terhempas di atas suaminya itu. Sweet sangat!!!!

"Alah.. Buat buat marah konon padahal...."

"Shhhh...." Jari telunjuknya Aifa Batrisya terus singgah di bibir suaminya itu dengan tepat sekali. Terpaku Tengku Harith dibuatnya dengan tindakan isterinya itu. Aifa Batrisya mengeluh perlahan sebelum bersuara.

"Abang.. Aifa sebenarnya tak adalah marah pun abang nak pergi krabi tu cuma Aifa rasa tak sedap hati. Aifa dapat rasakan yang..."

"Sayang... Fikir yang baik baik. Nanti bila abang dah balik dari krabi abang bawalah sayang pergi honeymoon. Kita luangkan masa bersama. Cipta memori bersama." Pujuknya lagi. Dia tidak akan berhenti selagi isterinya itu tidak berlembut hati lagi.

TING TONG!! TING TONG!!

Loceng banglo mereka ditekan dari arah luar. Mereka suami isteri saling berpandangan antara satu sama lain. Siapa pulak yang datang pada waktu waktu senja begini. "Siapa yang datang tu abang?" Soal Aifa Batrisya ingin tahu.

"Entah.. Nanti abang check." Tanpa berlengah Tengku Harith terus bangun daripada sofa yang didudukinya itu dan terus menuju ke pintu untuk melihat siapakah yang datang di luar itu. Aifa Batrisya mencebik time dia hendak membina fenomena sweet bersama suaminya adalah yang menggangu.

Setelah pintu dibuka kelihatan ada dua orang lelaki bertopeng berdiri di luar dan terus masuk ke dalam dengan menumbuk kedua dua belah pipi Tengku Harith. Aifa Batrisya yang berada di sofa terus terkesima dan segera mendapatkan suaminya.

"Siapa korang, hah? Kau nak apa datang rumah aku ni?" Jerit Tengku Harith dengan kuat sambil menahan sakit kerana ditumbuk oleh lelaki bertopeng tadi. Namun dia terus disepak di bahagian perut serta kaki oleh kedua dua orang lelaki tadi tanpa belas kasihan.

Aifa Batrisya yang melihat suaminya dipukul dengan teruk itu terus mendapatkan telefon bimbit untuk menelefon kepada ayah dan emaknya bagi meminta pertolongan. Namun sewaktu tangannya tergesa gesa menaip nombor telefon orang tuannya ada sebuah tangan yang memeluk pinggangnya daripada belakang dan cuba untuk menciumnya. Telefon bimbit di tangan dilepaskan dan tubuhnya ditolak ke atas sofa dengan kasar. Tengku Harith kelihatan sudah lembik dikerjakan oleh dua orang lelaki itu dan kini dia pula yang dilingkungi oleh tiga orang lelaki bertopeng.

Seorang memegang tangannya manakala seorang lagi memegang kakinya. Aifa Batrisya hanya mampu menangis sahaja ketika ini kerana dia merasakan tiada sesiapa yang dapat membantunya. Tudung di kepalanya ditarik dengan begitu kasar sekali oleh pemuda bertopeng yang seorang lagi dan selepas itu bajunya pula ditarik sehingga terkoyak sebelum sebuah penumbuk singgah di pipinya dan.

Satu

Dua

Tiga

Empat

Lima

Dunianya menjadi gelap gelita dan dia tidak tahu apa yang terjadi kepadanya selepas itu. Sehinggalah telingannya mendengar bunyi samar samar seperti orang sedang bertumbuk dan matanya hanya dapat membuka sedikit sahaja dia melihat suaminya sedang sedaya upaya melawan tiga ekor penjenayah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience