BAB 18

Romance Completed 35369

Tengku Harith tersenyum sendirian melihat isterinya yang tertidur di atas sofa di ruang tamu rumah ayahnya. Dia menjerling ke arah jam yang tergantung di dinding sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Mungkin isterinya itu terlalu penat melayan tetanu barangkali sehingga terjendera di atas sofa. Tengku Harith segera menghampiri isterinya dan tangannya terus menggoncang bahu isterinya lembut.

"Aifa.. Ooo Aifa.. Bangun naik tidur dalam bilik." Kejutnya dengan nada suara yang lembut dengan tangan yang masih lagi menggoncang bahu isterinya lagi.

Aifa Batrisya menggerak tubuhnya dengan mata yang masih lagi tertutup rapat. Dia berasa malas sekali hendak bangun kerana matanya itu sudah terlalu berat untuk dibuka. Seharian hari ini dia sibuk dengan majlis sehinggakan hendak bercakap dengan suaminya pun dia rasa malas.

"Aifa.. Bangun naik tidur dalam bilik." Kejut Tengku Harith lagi kali ini suaranya dikuat sedikit dan mulutnya dirapatkan ke telinga Aifa Batrisya.

"Hurm... Abang naiklah dulu nanti Aifa naiklah. Aifa mengatuk ni." Jawabnya dengan nada yang berbaur marah apabila suaminya itu telah menggangu tidurnya.

"Kalau abang naik dulu nanti Aifa dah tak akan bangun dah. Nanti siapa nak kejutkan Aifa lagi sekali? Ke nak tidur dekat bawah ni dengan hantu?" Tengku Harith cuba menakut nakutkan isterinya itu dan berharap agar isterinya itu bangun daripada tidurnya.

"Tak apa lah.. Lagipun, sekarang zaman moden mana ada hantu lagi dah." Katanya dengan mata yang tertutup rapat. Tidak dibuka matanya walaupun sesaat.

Kedengaran bunyi suara Doktor Azman berdehem sambil menuruni anak tangga. Kemudiannya, lelaki itu mendapati menantunya itu masih lagi berada di ruang tamu dan belum masuk ke bilik untuk tidur.

"Ha.. Harith belum tidur lagi?" Soalnya dengan berdiri tegak di tangga sambil melepaskan batuk dua tiga kali. Tengku Harith terus memandang ke arah bapa mertuanya itu setelah mendengar suaranya.

"Oh, ayah.. Belum lagi ni nak kejutkan tuan puteri untuk naik ke atas. Penat sangat sampai tertidur dekat sofa." Kata Tengku Harith sambil menggoncangkan tubuh isterinya itu. Hish, buat perangai betul nampaknya Aifa Batrisya ini. Orang kejut dua tiga kali tak nak jugak bangun bangun.

Doktor Azman ketawa mendengar kata kata menantunya itu. Dia tahu benar perangai anak perempuannya itu kalau dia keletihan. Orang kejut bagaimana pun dia takkan mendengar sehinggakan dipasang bunyi kuat dan diletakkan di telinga juga dia tidak akan sedar. Lelaki tua itu terus meninggalkan anak menantunya itu di ruang tamu dan dia terus menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air bagi menghilangkan rasa sakit tekaknya.

"Aifa.. Bangunlah ayah pun dah gelak dekat kita tu." Makin kuat goncangan Tengku Harith yang dilakukannya namun Aifa Batrisya hanya membuat seperti lembu kenyang sahaja.

"Baiklah.. Kau ni memang saja je kan nak kenakan aku." Tanpa berlengah lagi Tengku Harith terus mendukung Aifa Batrisya untuk dibawa naik ke bilik tidur mereka.

Seketika kemudian Doktor Azman tiba semula di ruang tamu dengan segelas air suam di tangannya namun dia mendapati anak serta menantunya telah pun tiada. Mungkin mereka sudah naik ke bilik barangkali. Getusnya dalam hati. Tengku Harith terus meletakkan Aifa Batrisya di atas katil dan menyelimutkannya sekali. Dia merenung ke arah wajah isterinya itu lama sambil berfikir sejenak. Dia kembali mengingati sewaktu hati pertama Aifa Batrisya melapor diri sebagai PAnya.

Pelbagai kekecohan yang berlaku. Tapi, akhirnya gadis itu kini miliknya dan bakal menjadi miliknya selamanya. Leka asyik merenung wajah isterinya tiba tiba kedengaran telefon bimbitnya berdering. Dia terus mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja itu dan segera menekan butang hijau.

"Assalamualaikum, Harith. Tengah buat tu? Maaflah papa kacau tapi papa ada something nak cakap ni." Kedengaran suara Tengku Hasbullah di dalam talian.

"Waalaikumusalam, papa. Eh, mana ada kacau tak kacau pun lagipun Harith baru nak tidur je ni. Papa nak cakap apa? Cakaplah." Kata Tengku Harith dan segera melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Actually, esok wasiat Arwah nenek akan dibacakan di rumah pak uda. Papa harap kamu dan juga Aifa dapat hadirkan diri ye. Walaupun kita tak dapat pun at least kita pergilah supaya tak nampak sangat kebiadapannya."

"Insyaallah, papa. Nanti esok Harith dengan Aifa akan pergi kalau tak ada apa apa halangan. Pukul berapa kita kena pergi rukah pak uda tu papa?" Soal Tengku Harith nampaknya niatnya hendak membawa isterinya ke tempat suprise yang telah dirancangnya perlu dibatalkan.

"Pagi.. Dalam pukul 10 macam tu." Beritahu Tengku Hasbullah lagi kepada anak lelakinya itu berkenaan informasi yang diketahuinya.

"Hurm, okeylah papa.. Harith nak tidur dulu kalau tak ada apa apa nak dicakapkan lagi."

"Ya.. Jangan lupa esok." Sempat dia berpesan kepada anaknya itu sekali lagi sebelum talian diputuskan.

"Okey papa. Good night." Tengku Harith terus menekan butang end call dan menyimpan telefon bimbitnya ke atas meja semula dan saat dia hendak baring di atas katil kedengaran bunyi seperti orang jatuh dan apabila dipandang ke tepi dia melihat isterinya sudah tiada di sebelahnya.

"Aduh, sakitnya..." Kedengaran suara Aifa Batrisya mengerang kesakitan. Tanpa membuang masa Tengku Harith terus menuju ke arah isterinya yang berada di atas lantai itu.

"Ya Allah, kenapa ni Aifa? Tidur sampai boleh jatuh macam ni?" Soal Tengku Harith dan terus memeriksa isterinya takut takut tercedera pulak nanti.

"Abang lah.. Besar sangat sampai tak muat katil tu Aifa nak tidur. Aifa nak abang tidur atas tilam bawah ni." Katanya dan terus bangun naik atas ke atas katil semula. Nasib baik tiada yang cedera.

"Aikk, abang pulak yang salah padahal dia tu yang gemuk macam gorilla. Tuh, tengok double chin tu dah berlapis dah macan kek lapis sarawak." Tengku Harith terus memegang dagu Aifa Batrisya membuatkan dia menjadi seakan tidak puas hati dan diraba raba bahagian dagunya belum cukup dengan itu dia bangun dan ingin berlari ke tandas namun Tengku Harith segera menghalangnya dengan memegang tangan isterinya itu.

"Hish, abang ni janganlah kacau. Aifa nak pergi tengok dagu Aifa ni." Katanya tidak puas hati dan cuba melepaskan tangannya daripada dipegang oleh suaminya itu.

"Dah.. Abang bergurau je mana ada pun tengok muka sayang dah cantik dah macam berlian yang ada dekat tangan kita ni. Kalau tak mana adanya abang nak dekat sayang." Kata lelaki itu membuatkan Aifa Batrisya menjadi pelik.

Sayang?? Nampaknya suaminya itu benar benar telah berubah beratus ratus percent. Tiada lagi dah panggilan kau dan aku yang sering digunakannya selepas mereka bertunang tapi dia menggunakan abang dan juga awak tapi selepas berkahwin telah bertukar kepada sayang pula. Benar benar cair Aifa Batrisya dibuatnya.

"Eleh.. Cakap je lah yang abang nak tidur atas katilkan sebab tu lah abang cakap lemah lembut je nak bersayang sayang bagai." Aifa Batrisya mengecilkan matanya dengan memandang telat ke arah suaminya itu.

"No.. Kalau setakat katil ni abang dah belikan yang lebih besar lagi untuk rumah baru kita tu. Lebih besar daripada yang ini kalau sayang nak berguling sampai letih pun boleh."

Wajah Aifa Batrisya terus berubah apabila suaminya memberitahu tentang rumah mereka. Tapi, tidak hairanlah kalau suaminya berkata begitu kerana Tengku Harith itu memang seorang yang kaya raya jadi wajarlah kalau dia telah membeli rumah untuk mereka diami.

"Abang ada beli rumah baru ke? Kenapa susah susah keluarkan duit kan kita boleh je duduk dekat rumah ayah ni." Aifa Batrisya seakan tidak mahu berpindah dari segi kata katanya.

"Mana ada susah pun cuma belikan rumah supaya kita ada tempat nak tinggal. Ni, rumah ayah bukannya rumah sayang mana boleh kita duduk sini. Lagipun, nanti apa kata orang kalau kita tinggal sini."

Aifa Batrisya memuncungkan mulutnya. Dia tidak tahu hendak rasa apa ketika ini sama ada hendak gembira ataupun sedih apabila suaminya memberitahunya yang mereka sudah pun mempunyai rumah. Dari dia kecil sehingga kini umurnya 24 tahun dia tidak pernah berpisah dengan emak dan ayahnya. Kalau setakat pergi ke sekolah mahupun kerja itu adalah mereka berpisah seketika.

"Hish.. Abang ni. Biarlah apa yang orang nak cakap sekalipun. Bukan masalah kita pun lagipun mulut orang tu kita tak boleh tutup." Aifa Batrisya tetap mahu memenangkannya. Rasa mengantuk yang membuak buak tadi kini mula hilang.

"Dah.. Abang tak nak dengar apa apa lagi dari mulut sayang. Esok bangun pagi pagi packing barang kita gerak rumah pak uda dulu lepastu baru pergi rumah baru kita." Tengku Harith sudah mengambil tempat tidurnya dengan menarik selimut sehingga ke dada dan kepalanya diletakkan ke atas bantal.

"Rumah pak uda? Buat apa?" Soal Aifa Batrisya tidak tahu.

"Ada pembacaan wasiat Arwah nenek." Jawab Tengku Harith ringkas.

"Abang.. Boleh tak kalau abang pergi sorang je Aifa tak payah pergi." Aifa Batrisya cuba membuat muka comel dan dipandang ke arah suaminya dengan tepat.

Tengku Harith tidak jadi tidur dan dia memusingkan kepalanya ke arah isterinya yang berada di sebelah. Aifa Batrisya masih lagi dengan muka yang dibuat comel itu. Dia tergelak melihat kerenah isterinya itu nasib baik comel mukanya kalau tidak tak ada masa hendak dilayannya.

"No.. Sayang pun kena pergi jugak. Faham!!"

"Alah, tapi kan...." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Tengku Harith terus memotong percakapannya.

"No tapi tapi. Now sleep." Arahnya dan terus menarik selimut untuk dibuai mimpi setelah seharian sibuk dengan majlis. Dia tidak sedikit pun mendengar rayuan isterinya itu malah ditutup telinganya dengan bantal.

BMW 5 series milik Tengku Harith memasuki perkarangan banglo Tengku Azmir. Kelihatan di dalam rumah bapa saudaranya itu agak ramai dengan saudaranya. Enjin kereta dimatikan dan dia terus keluar daripada kereta dengan diikuti Aifa Batrisya daripada belakang. Mereka berdua berjalan menuju ke arah pintu utama dan terus melaungkan salam kerana pintu telah pun terbuka jadi tiada gunanya hendak menekan loceng lagi. Mereka berdua masuk ke dalam selepas dijemput oleh Tengku Azmir dan selepas bersalaman mereka berdua duduk di sebuah sofa kosong berdekatan dengan semua.

Jelas terpancar di wajah Tengku Azmir, Tengku Ellina, Tengku Amzar dan juga Shuhada cahaya yang penuh dengan mengharap. Mengharap agar mereka mendapat wasiat Arwah Tengku Rahmah dengan kuantiti yang paling banyak kerana telah menjaganya semasa hidup. Apabila melihat semua saudara mara sudah berkumpul Tuan Zamri terus mengeluarkan sebuah buku yang sebesar ijazah itu dan terus membukanya untuk dibaca.

"Baiklah, di sini sudah tertera nama dan juga hak yang telah Arwah Tengku Rahmah bahagikan hartanya kepada anak serta cucunya. Sebelum itu ingin saya nyatakan bahawa apa yang saya bacakan adalah benar dan tiada perubahan sama sekali. Selain itu, kepada pemegang wasiat yang telah ditetapkan anda tidak boleh memberikan sesuka hati hak anda itu kepada orang lain tanpa kebenaran saya. Semua faham." Tuan Zamri meneliti wajah setiap orang satu persatu.

"Faham!!" Jawab semua serentak.

"Baiklah, kalau begitu saya akan membacakan semua wasiat wasiat yang diserahkan oleh Arwah Tengku Rahmah kepada anak cucunya. Yang pertama rumah banglo ini yang duduk oleh Tengku Azmir ini dia telah menyerahkan 50% hak kepada Tengku Hazlina  dan juga 50% lagi kepada Tengku Hasbullah. Faham!!"

Kelihatan wajah Tengku Azmir dan juga Tengku Ellina tidak puas hati dengan wasiat pertama yang dibacakan oleh Tuan Zamri itu. Nampaknya mereka suami isteri tidak mempunyai hak ke atas rumah banglo itu. Padahal, sudah bertahun tahun mereka tinggal di situ sebelum Tengku Rahmah sakit lagi seingatnya. Begitu juga dengan Tengku Amzar dan juga Shuhada yang seakan tidak puas hati apabila ayah dan ibunya tidak hak ke atas rumah itu.

"Tunggu.. Kenapa pulak rumah ni dapat dekat along bukan dekat uda? Sepatutnya udalah yang dapat rumah ni sebab uda duduk rumah ni daripada dulu lagi." Kedengaran suara Tengku Azmir seakan tidak berpuas hati dengan wasiat yang dibacakan oleh Tuan Zamri itu.

"Uda.. Boleh diam sekejap tak? Kita dengarlah dulu Tuan Zamri ni habis bacakan wasiat baru boleh kita persoalkan itu ini." Marah Tengku Hanafi yang cuba menenangkan adik bongsunya itu. Sesungguhnya dia juga rasa marah pada abang sulung mereka itu kerana kejadian tempoh hari. Ya! Kejadian itu masih segar di fikiran dia.

"Okey.. Kalau tiada tentangan saya akan teruskan. Yang kedua syarikat Tengku Rahmah yang kini diuruskan oleh Tengku Amzar telah diberikan kepada Tengku Harith sebanyak 60% kepada cucu menantunya Aifa Batrisya sebanyak 39% serta kepada Tengku Amzar sebanyak 1%."

"Apa?" Kedengaran suara Tengku Amzar keras sekali dengan wasiat yang kali ini. Nampaknya syarikat yang dia uruskan selama ini yang dia jaga selama ini yang disangka bakal menjadi miliknya telah musnah apabila semua diberikan kepada cucunya sang seorang itu. Tengku Amzar terus bangun dengan menepuk meja di hadapannya dengan begitu kuat sekali.

"Aku tak terima wasiat bodoh yang kau baca ni. Aku tahu mesti kau ubahkan. Takkanlah syarikat yang aku urus selama bertahun tahun dapat dekat malaun dua ekor ini." Jeritnya dengan begitu kuat sekali. Segala rasa malu telah ditepisnya. Ahh!! Lantaklah bukannya dia peduli pun tentang malu.

"Eh.. Kau boleh tak duduk dulu dengar dulu apa yang belum Tuan Zamri habis cakap jangan nak tunjuk baran kau tu je. Tak tahu malu." Tengku Harith mula meninggikan suaranya dengan tingkah laku sepupunya itu. Dia memang daripada dulu lagi tidak berapa menyukai perangai lelaki itu yang berlagak bagus itu.

"Eleh, kau tak apa lah laki bini mak bapak semua dah dapat wasiat nenek. Bolehlah cakap banyak sabarlah apa lah macam sampah aku dengar." Tengku Amzar yang masih tidak berpuas hati dengan Tengku Harith itu merenungnya dengan tajam sekali.

"Apa? Kau tak puas hati dengan aku? Okey, jom kita fight.." Tengku Harith sudah mula bangun daripada kerusi tapi dihalang oleh isterinya dan dia diminta untuk duduk.

"Sudah.. Sudah.. Boleh tak diam jangan bertengkar dekat sini. Kita bagi laluan untuk Tuan Zamri habiskan bacakan wasiat ni dulu." Suara Tengku Hasbullah cuba mententeramkan keadaan yang tegang itu. Kelihatan semua sudah kembali tenang walaupun dalam hati semua macam neraka rasanya terbahang.

"Baiklah, masih ada dua lagi wasiat iatu Tengku Hanafi mendapat setengah ekar tanah kosong di kaki bukit di damansara sana dan setengah lagi perlu dikongsikan dengan Tengku Azmir. Manakala yang ketiga Shuhada mendapat satu utas loket emas yang bernilai RM 1,000 yang disimpan di dalam almari di bilik Arwah kerana telah menjaganya sewaktu sakit dahulu. Baik.. Itu sahaja wasiatnya saya akhiri dengan terima kasih." Tangan Tuan Zamri segera menutup kembali buku yang dipegangnya itu. Semua wajah tidak berpuas hati ketika ini lebih lebih lagi Shuhada.

"Tak guna punya orang tua aku ni punyalah letih macam ibu anjing jaga dia masa sakit dulu tapi dia cuma bagi aku seutas loket emas je tu pun bernilai RM 1,00." Marahnya dengan mengetap giginya kuat kuat.

"Kalau tiada apa apa lagi saya minta diri dulu, ye." Tuan Zamri terus beredar dari banglo itu sebaik sahaja selesai segala tugasannya. Tidak sanggup dia mendengar perbalahan antara mereka saudara mara kerana harta emak dan nenek. Padahal, mereka bukannya cacat anggota pun tidak boleh mencari harta sendiri.

"Apa yang bangang sangat mak ni? Along dapat rumah dengan isteri dia. Then, anak dengan menantu dia dapat syarikat. Aku ni cuma dapat setengah ekar tanah je bini aku tak dapat apa apa langsung. Anak dengan menantu aku dapat wasiat tak padan dengan penat letih menjaga dia. Dasar tak kenang budi." Marah Tengku Azmir kerana impiannya dan juga isterinya telah musnah dalam sekelip mata.

"Huh, penat letih jaga Arwah nenek? Setahu saya kalau penat letih jaga nenek takkanlah masa nenek sendiri meninggal you all boleh bersuka ria makan malam dekat bawah. And, bila saya masuk dalam bilik nenek bau hancing sangat tilan dia macam dah beberapa minggu tak tukar." Sindir Aifa Batrisya tentang perangai mereka yang tamak itu.

"Wei, perempuan kau tu tak tahu apa apa baik diam sebelum aku pergi lempang muka kau dekat situ jugak." Jerit Shuhada dengan lantamg sekali. Sakit hatinya bila Aifa Batrisya dapat lebih wasiat nenek daripadanya.

"Kalau berani silakan." Kata Aifa Batrisya dengan begitu berani sekali. Malah, siap dihalakan lagi pipinya ke arah Shuhada itu. Apa lagi makin terbakarlah dia dibuatnya.

"Huh, kalau aku tahu macam ni lah wasiat yang orang tua nak bagi. Baik aku cekik dia biar mati masa hidup dulu dah lah tahu memyusahkan aku je." Shuhada terus bangun dari tempat duduknya dan berlari naik ke tingkat atas dengan hati ysng teramat sakit waktu ini.

"Woi, Harith kau boleh tak ajar kau punya bini ni beradab dengan orang sikit?" Kedengaran suara Tengku Amzar kasar dengan merenung ke arah suami isteri itu. Tengku Harith hanya membuat muka bodoh sahaja malas dia hendak melayan keluarga pak ciknya yang gila itu.

"Before that.. Kau yang perlu ajar bini kau tu untuk hormat orang sebelum suruh aku ajar bini aku ni. Dia tu kalau nenek tak beri wasiat pun tak apa sebab dia bukannya cucu kandung nenek tapi cuma cucu menantu dia je." Bidas Tengku Harith sebiji ke muka Tengku Amzar. Apa lagi makin terbakar sama macam isteri dialah dan dia juga terus mengatur langkah menuju ke bilik.

"Harith.. You jangan nak berlagak sangat mentang mentang you suami isteri dah bolot semua syarikat Bumi Holding tu. Sekarang aku nak kau orang berempat berambus daripada sini sekarang jugak." Jerit Tengku Ellina geram dengan menahan marah. Tengku Harith dan juga Aifa Batrisya sudah pun berdiri untuk pergi tetapi dihalang oleh mamanya.

"Minta maaf, kalau you dah lupa Ellina apa wasiat yang Tuan Zamri bacakan tadi tentang banglo ini I boleh je nak call dia balik. You suami isteri tu tak ada hak atas rumah ni sebab 50% I punya and 50% lagi Along korang yang punya. Jadi, kalau rasa nak tinggal lama dekat sini silakan jaga perangai tu jangan jadi parasit." Marah Tengku Hazlina kepada birasnya yang parasit itu.

"Eh, setakat rumah orang tua ini aku tak heranlah. Aku sebenarnya boleh beli banglo yang lebih besar daripada ni. Kalau kau laki bini nak halau aku daripada sini pun aku tak kisahlah. Halaulah." Jerit Tengku Azmir pulak. Disebabkan harta habis adik beradik bertengkar sesama sendiri.

"Kalau macam aku Along nak korang anak beranak kemaskan semua barang barang sekarang jugak dan angkat kaki daripada sini. Sebenarnya, kalau ikutkan hati Along ni tak nak halau kamu semua tapi kalau dah perangai angku tu membuak buak sangat Along tak segan silu nak halau korang keluar daripada sini." Jerit Tengku Hasbullah pula. Tergamam Aifa Batrisya dibuatnya.

"Baik.. Kalau macam tu aku dengan anak dengan bini aku keluar daripada rumah ni. Tapi, ingat satu perkara yang Along sekarang dah tak macam dulu lagi. Along yang sekarang ni annoying cepat sangat hukum adik adik dia. Kalau Along nak buat Adik macam ni tak apa tapi jangan buang Angah dari adik beradik kita."

Pandangan Tengku Hasbullah dipandang ke arah Tengku Hanafi yang daripada datang tadi hanya mendiamkan diri sahaja tidak bercakap walau sepatah pun dan bersalam dengan abang longnya juga tidak. Tengku Hanafi hanya membuat muka selamba sahaja apabila dipandang begitu oleh Alongnya.

"Datang kau, ye. Aku ingatkan tak datang sebab ada hal. Masa emak meninggal pun kau ada hal kan sampai tak boleh datang." Sindirnya tepat terkena ke batang hidung Tengku Hanafi. Lelaki itu tetap mempamerkan muka bodoh tanpa seberang reaksi dan juga suara yang keluar daripada mulutnya.

Di dalam bilik Shuhada tidak habis habis membebel dan habis segala bantal bantal dan juga selimut yang berada di atas katil dia baling ke bawah. Tengku Amzar segera menghampiri isterinya itu dengan cuba menenangkannya.

"Shuhada.. Cuba awak bersabar jangan buat perangai macam ni." Nasihat Tengku Amzar kepada isterinya itu. Kelihatan Shuhada seakan terkawal sedikit daripada sebelum tadi.

"Abang, macam mana abang boleh bersabar kalau semua harta nenek dia berikan dekat anak dengan cucu kesayangan dia tu je. Ada ni yang jaga dia macam orang gila lansung dia tak hargai. Setakat bagi loket emas yang berharga seribu tu aku boleh ludah je lah. Ni, rantai yang abang bagi dengan Ada ni lagi mahal dari loket wasiat dia tu. Dasar orang tua bodoh."

Tengku Amzar mengusap bahu isterinya lembut.

"Tak apa.. Kita akan ajar si Harith dengan isteri dia tu." Kata Tengku Amzar dengan mengukir senyuman jahat. Shuhada hanya memandang ke arah suaminya itu tanpa banyak bicara. Baginya dia sanggup lakukan apa sahaja demi harta bagipun untuk membunuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience