BAB 13

Romance Completed 35369

Tengku Hanafi memberhentikan keretanya di dalam kawasan rumah Tengku Hasbullah. Semalam semasa ditawan oleh Iqwan dia tidak diberikan kebebasan langsung sebaliknya mereka semua terpaksa ke luar negeri bagi menguruskan sesi akad nikahnya bersama Yana. Dalam keadaan pengsan begitu Yana kini telah sah bergelar isteri kepada Iqwan. Sedih hatinya apabila tidak dapat berbuat apa apa untuk membantu anak perempuannya itu.

Kelihatan rumah tersebut sunyi tanpa sebarang suara tapi Tengku Hanafi yakin yang abangnya berada di dalam kerana selalunya hari hari minggu begini dia tidak akan ke mana mana kecuali bermain golf bersama kawan kawannya. Loceng ditekan berulang kali dan kelihatan seorang bibik daripada indonesia membukakan pintu untuknya.

"Tengku Hasbullah ada?" Soalnya kepada bibik ratih yang tercegat di hadapan pintu masuk itu.

"Ada... Ngapain? Mahu ketemu?" Soalnya yang berbahasa indonesia pekat likat itu. Hampir pening Tengku Hanafi mendengarnya bibik ratih itu ngomong.

"Iye.. Boleh saya masuk?" Tengku Hanafi meminta izin daripada bibik ratih untuk masuk ke dalam. Bibik itu mengganguk laju tanda bisa untuk lelaki itu masuk ke dalam rumah majikannya.

"Jangan benarkan dia jejakkan kaki dalam rumah saya ni ratih." Kedengaran suara Tengku Hasbullah kasar melarang adiknya itu untuk masuk ke dalam rumahnya. Hatinya masih sakit oleh keranahal semalam puas ditunggu tapi adiknya itu tidak tidak juga muncul sehinggalah dia terpaksa mengembumikan sahaja jenazah emak mereka itu tanpa adiknya yang seorang ini.

"Along.. Maafkan aku. Aku bukannya tak nak datang semalam cuma..." Dia membiarkan ayatnya tergantung di situ. Buat masa kini masalahnya itu dia tidak boleh dedahkan kepada sesiapa lagi kerana itu sangat berbahaya. Buktinya bersalah terlalu banyak bersama Iqwan dan juga nyawa anak serta isterinya perlu dijaga. Mereka bertiga kini dalam kawalan Iqwan yang zalim itu.

Tengku Hasbullah segera menampar pipi kiri adiknya itu dengan begitu kuat sehingga kepalanya terpusing ke belakang. Kalau diikutkan hatinya hendak sahaja dia menumbuk adiknya itu bertubi tubi tapi difikirkan yang mereka sudah besar sudah tua dan cukup matang untuk berfikir serta menyelesaikan masalah dan bukan begitu caranya. Baginya memukul adalah tempat melepaskan kemarahan bukannya perkara yang boleh menyelesaikan masalah.

Tengku Hanafi terkedu dengan tindakan abangnya itu. Sampai begitu sekali abangnya memarahi dirinya kerana tidak menghadirkan diri sewaktu sesi pengembumian emak mereka. Ye, dia memang patut ditampar kerana dia ialah anak tak guna dan anak derhaka sewaktu emaknya hidup dia tidak pernah menjenguk orang tua itu sampailah dia meninggal dia sekeluarga tidak datang melawat. Tapi, itu semua bersebab dan sebabnya dia sendiri perlu menanggung atas perbuatannya yang dahulu.

Oleh kerana perbuatannya yang dahulu dia perlu menanggung hari ini. Kerana sikap tamak dan sikap dengki hari kebahagiaan Iqwan telah dirampasnya dan demi duit dia sanggup mempergunakan lelaki itu sehinggalah dia ditangkap polis selama dua tahun. Kini, dia menyesal dia menyesal sepenuhnya atas segala perbuatanya cuma masa yang tidak boleh diundur kembali.

"Cuma apa? Hah, cuma apa? Sekalipun kau tu tak hingin nak melawat mak masa dia hidup duku tapi sekurang kurangnya semalam kau datanglah. Kami ni tunggu kau sampai berjam jam tapi kau tak jugak muncul dan akhirnya mak masuk kubur tanpa tengok wajah anak dia yang seorang yang paling dia sayang masa kecik kecik dulu untuk kucup muka dia. Anak jenis apa kau ni? Anak derhaka." Marah Tengku Hasbullah dengan muka yang menahan sabar kalau diikutkan hatinya sampai ke padang pasir adiknya itu diteranjang olehnya.

Sudahlah, Tengku Hanafi itu ialah anak kesayangan Tengku Rahmah sewaktu kecil kecil dahulu. Antara mereka bertiga yang paling dimanjakan dan paling disayangi ialah Tengku Hanafi. Tengku Azmir adik yang paling bongsu pun dia tidak begitu manjakan. Dia masih ingat lagi ketika waktu sekolah menengah Tengku Hanafi ditangkap menghisap rokok dengan kawan kawannya Tengku Rahmah tidak memarahi sebaliknya dia kata yang itu cumalah satu salah faham.

Tapi, bila adiknya Tengku Azmir telah digantung sekolah kerana bergaduh Tengku Rahmah memarahinya dan juga memukulnya dengan penyakut baju. Pilih kasih itu ialah kata kata yang diberikan kepada emaknya. Tengku Hanafi menitiskan air matanya apabila mengenangkan kembali arwah emaknya itu. Rasa menyesal kini membuak buak.

"Along.. Aku sekali lagi nak minta maaf berbanyak banyak dengan kau." Rayu Tengku Hanafi kepada abangnya itu dengan melutut di kakinya. Namun Tengku Harith melarikan kakinya ke tempat lain. Dia tidak suka orang terlalu melebih sehingga melutut terhadapnya.

"Sekarang aku nak kau pergi daripada sini." Tengku Hasbullah segera menutup pintu rumahnya dan meninggalkan Tengku Hanafi bersendirian di luar rumahnya. Perlahan lahan lelaki itu bangun dan menuju ke arah keretanya untuk pulang ke rumah dengan hatinya hampa apabila abangnya seakan membuangnya daripada keluarga.

Tengku Liyana meraung sekuat hatinya di dalam biliknya. Dia tidak percaya dengan perkara yang baru sahaja terjadi ketika ini. Dia tidak percaya bahawa dia sah bergelar isteri kepada Iqwan lelaki yang telah dia tipu 2 tahun lepas untuk menjadikan bahan jenaka kawan kawannya. Kini, dia terpaksa menerima kenyataan yang dendam sudah menghantui dirinya. Dia terus ke dalam bilik untuk menilik mukanya di dalam cermin.

Kelihatan mukanya dipenuhi dengan lebam. Ya, dia masih ingat lagi kelmarin saat rumahnya diceroboh oleh geng geng Iqwan. Dia cuba melarikan diri dengan mengigit tangan Comok tapi dia ditumbuk sehingga pengsan oleh lelaki itu dalam bilik bajunya. Sakitnya tidak terkira dan pedihnya tidak ternilai. Tengku Liyana rebah di dalam bilik airnya dengan menangis teresak esak..

Kini, dia harus menerima kenyataan yang dia telah dikahwinkan dengan Iqwan semalam sewaktu dia tidak sedarkan diri. Marah, sakit hati, benci, dendam semuanya ada dalam hatinya ketika ini kerana ayah dan ibunya tidak menolongnya. Dia tidak mencintai Iqwan sebaliknya Tengku Harith. Dia mencintai lelaki itu bukannya suaminya ketika ini.

"Apasal dengan kau ni? Menangis je daripada tadi? Boleh tak kau berhenti sekarang aku rimaslah? Aku nak tidur." Jerit Iqwan kuat di telinga Tengku Liyana sehingga pekak sebelah telinga gadis itu dibuatnya.

Pangg!!! Ditampar pipi Iqwan sekuat hatinya untuk melepaskan segala kemarahan yang dialaminya ketika ini. Sakit hatinya masih belum pulih kini harus dia terima kenyataan yang dia perlu dijadikan mainan makian dan pukulan Iqwan setiap hari.

"Biadap punya perempuan." Iqwan terus menumbuk muka Tengku Liyana dengan sepenuh tenaganya. Gadis itu cuba melawan namun kudratnya masih belum kuat untuk melawan lelaki. Hanya tangisan yang mampu dilakukannya ketika ini dan berharap agar mimpi buruk ini berakhir dengan segera.

"Kau jangan berani nak sentuh muka aku lagi, eh. Kalau kau berani buat lagi aku akan pastikan kau merana seumur hidup kau. Faham!!" Jerit lelaki itu dan terus meninggalkan Tengku Liyana yang kaku rebah dilantai dengan muka yang lebam lebam serta bibir yang pecah. Rasa sakitnya ketika ini hanya dia mampu menanggung sendirian. Tiada siapa boleh mengubatinya.

Sewaktu keluar daripada tandas Iqwan terserempak dengan Tengku Roslina yang terus berlari ke arah bilik anaknya selepas mendengar bunyi bising tadi. Iqwan merenungnya tajam seolah ada amaran yang diberinya membuatkan bulu roma Tengku Roslina meremang saat ini. Dia berdoa semoga makhluk itu segera beredar dari hidup mereka anak beranak. Apabila dijenguk ke dalam bilik air kelihatan Tengku Liyana menangis teresak esak dengan muka yang lebam lebam dan dia terus memeluk anaknya erat erat.

"Ibu, kenapa semua ni mesti berlaku? Kenapa?" Soal Tengku Liyana geram dengan apa lepas terjadi kepadanya hari ini dan semalam.

"Ibu tak tahu sayang sebab ayah pun sekarang tersempit tak boleh nak buat apa apa. Dia banyak bukti tentang ayah nanti kalau ayah buat report polis dia akan buat kita merana." Kata Tengku Roslina dengan menangis melihat nasib yang terjadi pada aank perempuan tunggalnya itu.

"Tapi, Yana dah tak tahan dah dengan semua ni." Keluh Tengku Liyana lagi.

"Sabar je lah sayang. Nanti kita pasang plan baik baik kita tumpaskan lelaki tak guna tu. Kita pasang plan sampai dia tersungkur melutut depan kita." Cadang Tengku Roslina untuk menyedapkan hati anaknya itu.

Tengku Liyana diam tanpa apa apa kata. Ya, mungkin apa yang diperkatakan oleh ibunya itu mungkin terjadi tapi dia cuma perlu menunggu waktu sahaja dan bertahan untuk beberapa waktu ini.

Aifa Batrisya meneliti satu per satu baju yang diletakkan ke atas katilnya. Dia buntu untuk membuat pilihan pada waktu ini antara keempat empat baju itu yang mana satu yang dia rasa cantik dan sesuai untuknya pakai. Ada empat pasang blouse yang berlainan colour. Satu kuning dua biru tua tiga rose gold dan empat merah hati. Aifa Batrisya sukar membuat pilihan dan ketika ini dia sedang memikirkan warna kegemaran bossnya itu.

"Apa lah agaknya warna kegemaran dia? Biru ke?Merah ke?Kuning ke? Rose gold... Aku rasa dia tak minat takkanlah mamat tegas macam dia tu minat pink kot." Aifa Batrisya terus mencampakkan ke tepi bajunya yang berwarna rose gold itu. Baginya dia rasa tentu tunangnya akan marah jika dia memakai warna pink sebab itu ialah warna perempuan.

"Adui.. Yang mana satu ni?" Kepala yang tidak gatal itu digaru olehnya. Kepalanya semakin serabut apabila memikirkan baju mana yang hendak dipakai olehnya. Kalau selalunya dia tidak pula terlalu memikirkan mana satu baju hendak dipakai untuk bertemu Tengku Harith tapi hari ini mereka hendak ke butik perkahwinan bagi memilih baju perkahwinan.

"Aifa.. Cepatlah sikit. Kamu dah siap ke belum? Kedengaran suara Puan Mariam melaung memanggil anaknya daripada tingkat bawah.

Aifa Batrisya mula menggelabah apabila mendengar suara emaknya. Itulah pagi tadi bukannya hendak memilih baju awal awal tapi sibuk duduk melayan drama My Heart lakonan Irwansyah itu. Entah apa yang ada pada lelaki itu pun tidak tahu bukannya hensem sangat pun berbanding tunangnya.

"Ah.. Pakai je lah warna rose gold ni kalau  dia tak minat aku tak kisah pun sebab bukan dia yang pakai tapi." Tanpa membuang masa dia terus bersiap siap dengan cantik sekali serta minyak wamgi choconol disembur satu bahagian badan supaya berbau harum semerbak.

Setelah memastikan dia sudah cantik Aifa Batrisya terus melangkah keluar daripada biliknya dan turun ke tingkat bawah dengan tergesa gesa. Kelihatan Puan Mariam sudah pun cantik berpakaian sopan untuk mengikutinya ke butik perkahwinan. Kata Tengku Harith tema mereka ialah ibu ibu maknanya emak Aifa perlu memilih baju akad nikah manakala Tengku Hazlina perlu memilih baju bersanding.

Pada mulanya kedua dua wanita itu enggan kerana baginya itu ialah majlis perkahwinan anak mereka jadi biarlah mereka yang pilih tapi setelah didesak berkali kali mereka turuti juga. Lagipun, kematian Tengku Rahmah sudah genap 8 hari sebab itulah mereka mengambil keputusan untuk terus memilih baju kahwin kerana tarikh perkahwinan mereka juga telah dekat takut nanti tidak sempat membuat persiapan pula.

"Ha, cepatlah. Nantikan lama pulak tunang kamu tu dengan emak dia tunggu." Kata Puan Mariam dan terus berjalan keluar meninggalkan rumahnya dan diikuti Aifa Batrisya daripada belakang.

Enjin kereta dihidupkan dan dia sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke butik perkahwinan. Ah!! Tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan Tengku Harith. Setelah menjadi tunang kalau sehari tidak bertemu dia akan rasa rindu pula berbanding sewaktu menjadi PA dulu kalau bertemu hati tu sakit sekali. Dua minit perjalanan daripada rumah akhirnya perodua Myvi berwarna hijau cair milik Aifa Batrisya berhenti di hadapan sebuah butik kahwin bernama NJA. Dia dan emaknya segera turun daripada kereta setelah enjin dimatikan.

Kelihatan Tengku Harith dan juga Tengku Hazlina sudah berada di dalam menunggu mereka di sebuah tempat duduk khas untuk pelanggan. Aifa Batrisya dan juga Puan Mariam mempercepatkan langkah mereka kerana tidak mahu mereka yang di dalam itu tertunggu lama. Pintu ditolak dan Puan Mariam serta anak perempuanya terus masuk ke dalam.

"Maaflah, buat kamu berdua tunggu lama pulak sebab tadi tunggu si Aifa ni lah lambat macam siput bawa kereta dah lah masa dekat rumah tu dia bersiap punyalah lama." Kata Puan Mariam dan terus menghulurkan tangannya  bersalam dengan Tengku Hazlina.

Kelihatan Aifa Batrisya terkejar kejar masuk ke dalam sehingga melanggar sebuah patung model yang dipakaikan baju itu.

"Ya Allah, kenapa dengan kamu ni Aifa? Macam orang nampak hantu?" Soal Puan Mariam yang sudah masak dengan perangai anaknya yang cepat gelabah itu.

Aifa Batrisya tersengih dan dia cuba mengangkat kembali patung tersebut namun tidak berhasil kerana patung itu terlalu berat dan tidak sesuai dengan tenaganya. Tengku Harith yang daripada tadi asyik bermain telefon segera menyimpan telefonnya ke dalam poket dan membantu tunangnya itu mengangkat patung model tersebut.

"Lain kali kalau tahu diri tu lembik jangan pandai pandai langgar. Siku dekat atas kepala tu kan." Kata lelaki itu dengan berbisik ke arah telinga Aifa Batrisya perlahan.

"Aaa... Saya ni bukannya sengaja langgar cuma tak sengaja." Jawab Aifa Batrisya melawan kata kata lelaki itu. Mulutnya dimuncungkan ke depan tanda marah.

"Menjawab.. Menjawab.. Kau kalau aku suruh pakai baju kurung kau yang murah tu masa wedding sia sia hidup." Tengku Harith masih belum berhentikan pergaduhan kecil antara mereka itu.

Arghhh!!! Tercabar sungguh rasa Aifa Batrisya apabila dikutuk begitu oleh lelaki yang sedang berdiri tegak di hadapannya itu. Sakit rasanya hati bila bertemu dengannya ada sahaja perkara yang hendak dia bawa gaduh.

"Alah, biarlah janji saya pakai baju tak kisahlah baju kurung ke baju kahwin ke. Daripada saya tak datang masa hari menikah nanti tak pun saya terjun ikut tingkap awak nak?" Ugutnya dengan biji mata yang dibeliakkan ke atas. Kini, dia sahaja yang boleh mengugut lelaki itu kerana pernikahan mereka itu juga ialah paksaan daripadanya.

"Hish, kau ni nasib baik dekat tempat awam kalau tak..." Tengku Harith mengenggam kedua dua belah tangannya dengan kuat menahan sabar dengan Aifa Batrisya itu.

"Kalau tak apa? Cakaplah jangan diam je." Aifa Batrisya sengaja hendak menambahkan lagi sakit hati lelaki itu dengan bertanya begitu dan satu jeliran lidah turut diberikan.

"Kau siap kau nanti." Kata Tengku Harith yang masih menyimpan dendam terhadap gadis itu. Tanpa berlengah kaki Aifa Batrisys terus berlari menuju ke arah emaknya di tempat duduk tadi itu yang sedang rancak berborak bersama Tengku Hazlina. Entah apa yang mereka bualkan pun Aifa Batrisya tidak tahu dia malas hendak mengambil tahu.

Tengku Harith tersenyum sendirian melihat ke arah Aifa Batrisya. Entah kenapa bila dia bergaduh dengan gadis itu tentu dia akan berasa seronok dan kalau diperhatikan baju yang dipakainya dan juga baju yang dipakai oleh Aifa Batrisya sama colour iatu rose gold. Siapa kata lelaki macho tak sukakan pink? Sebenarnya, pink tu lah yang membuatkan kita nampak bertambah macho.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience