BAB 15

Romance Completed 35369

Aifa Batrisya duduk di hadapan bongkah batu di luar pagar rumahnya sambil menantikan kehadiran Tengku Harith. Kata lelaki itu semalam mereka akan keluar pada waktu pagi dan itulah yang dia sudah terpancak menunggu di luar takut kalau lambat bersiap nanti kena bebel pulak. Tapi, ini dah setengah jam dia menunggu masih juga belum tiba kelibat lelaki itu. Hendak menelefonnya takut dimarahi pula nanti. Hendak masuk ke dalam rumah berkunci kerana emaknya sudah keluar untuk ke rumah saudara mereka yang sakit. Ayahnya seperti biasalah sudah berangkat ke tempat kerja.

"Awak buat apa dekat luar ni sorang sorang? Berjemur ke?" Tiba tiba sahaja kedengaran suara Zharfie menegurnya. Terkejut beruk Aifa Batrisya dibuatnya nasib baik tiada serangan jantung kalau tidak sudah tentu meninggal dia di sini juga.

"Eh, awak buat dekat sini? Tak kerja ke harini?" Soal Aifa Batrisya sambil mengangkat punggungnya bangun daripada bongkah batu yang dibuatnya itu dengan muka manis.

"Saya kan boss. Ikut suka hati sayalah nak masuk kerja bila? Yang awak ni tak kerja ke harini?" Soalnya kembali kepada Aifa Batrisya dengan soalan yang sama. Gadis itu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu kalau dia tahu yang dia bakal bertemu dengan lelaki itu sudah tentu dia takkan keluar rumah lagi.

Aifa Batrisya bukannya apa dia cuba takut Tengku Harith melihat mereka bersama sahaja. Sudahlah tunangnya itu kaki cemburu, pemarah. Silap silap dibelasah pula Zharfie itu hari ini. Aifa Batrisya sebenarnya tidak mahu tunangnya itu silap faham dan terjadi pergaduhan bodoh.

"Tak.. Sebab saya...." Belum sempat gadis itu habis berkata kata Zharfie segera memotong percakapannya dengan pantas.

"Saya nak tanya awak sikit boleh tak?"

"Ya.. Tanyalah apa yang awak nak tanya." Kata Aifa Batrisya yang cuba memberi peluang kepada lelaki itu. Zharfie memandang ke arah gadis itu dengan tepat sekali membuatkan Aifa Batrisya menjadi segan.

"Awak sebenarnya  kahwin dengan Tengku Harith tu sebab paksaan ke? Takkanlah awak tu baru kerja dekat syarikat dia tak sampai seminggu tapi dah boleh jatuh cinta dengan dia pulak?" Soalan Zharfie itu benar benar membuatkan Aifa Batrisya menjadi buntu hendak menjawabnya.

'Aduh!!! Kenapa lah aku ni kena jumpa dia time time macam ni? Apa aku nak cakap dekat dia pulak sekarang ni?' Getusnya di dalam hati dan berharap supaya Tengku Harith datang menjemputnya sekarang.

"Jawablah cepat. Ke apa yang saya cakap tu sebenarnya betul?" Kelihatan Zharfie seakan mendesak Aifa Batrisya untuk menjawab pertanyaanya.

"Eh, mana ada. Saya dengan Tengku Harith tu sebenarnya dah lama kenal tau dari masa awak pergi UK lagi. Cuma saya baru sekarang je apply untuk kerja jadi PA dia. Sebab perkahwinan ni kami rasa yang kami ni ada chemistry. Lagipun, kami sama sama single salah ke kalau kami nak kahwin. Kenapa awak asyik tanya je?"

Kelihatan Zharfie ketawa terbahak bahak mendengar apa yang diperkatakan oleh Aifa Batrisya tadi. Gadis itu mencebik entah apa yang lawak pun dia tidak tahu.

"Awak ingat saya bodoh."

"Tak pulak saya cakap awak tu bodoh tapi kalau rasa diri tu bodoh.. Saya cuma alu alukan je." Kata Aifa Batrisya yang seakan sudah malas hendak melayan lelaki itu lagi dan dia rasa seperti mahu melarikan dirinya sahaja ketika ini.

"Eh, Aifa. Kalau aku tak dapat kau jangan harap ada yang boleh dapat nikah dengan kau." Kedengaran suara Zharfie seakan menyinga membuatkan bula roma gadis itu mula meremang. Biar pun hari sedang siang tapi dia tetap rasa takut ketika ini.

"Apa awak cakap ni Zharfie? Gila dah ke?" Soal Aifa Batrisya berbaur marah. Dengan muka yang ketat di memandang ke arah Zharfie.

"Ya.. Memang aku gila." Zharfie yang telah pun memastikan kawasan rumahnya mereka itu clear terus memegang sebuah batu bata yang bertaburan di atas jalan dan terus memukul kepala kepala Aifa Batrisya dengan kuat. Kelihatan gadis itu rebah pengsan di atas jalan.

Sebaik sahaja memastikan tiada orang yang melihat dia terus mengangkat tubuh gadis itu dan mengikatnya sebelum menyumbat ke dalam but Hiluxnya. Enjin kereta dihidupkan dan dia terus memecut meninggalkan kawasan rumahnya. Puas hatinya ketika ini kerana telah berjaya mendapatkan perempuan itu. Akhirnya, setelah menunggu lama dia dapat juga memiliki gadis itu.

Selepas 5 minit kereta Zharfie meninggalkan rumahnya. BMW milik Tengku Harith barulah muncul di hadapan rumah Aifa Batrisya. Ditekan hon berkali kali tanda menyuruh gadis itu untuk keluar namun setelah 2 minit masih tiada jawapan. Dia mmebuka tali pinggang keledar dan turun daripada keretanya. Kelihatan pagar rumah Aifa Batrisya telah pun berkunci ini bermakna tentu gadis itu sudah keluar dari rumahnya. Apabila dilihat Myvinya itu masih lagi ada di dalam kawasan rumahnya.

Telefon Samsung S8 miliknya dikeluarkan daripada poket dan dia segera mendail nombor perempuan itu untuk menghubunginya. Namun setelah berkali kali mencuba tetap tidak berangkat juga panggilannya itu. Kemudian, Tengku Harith mencuba menghubungi emak Aifa Batrisya. Panggilannya berjawab.

"Hello, mak. Aifa ada dengan mak?" Soalnya berbunyi nada cemas. Dia mula berasa tidak sedap hati ketika ini.

"Eh, tak adalah. Mak ada dekat rumah saudara mak ni tengah melawat dia sakit. Bukan ke Aifa ada dekat depan rumah ke tengah tunggu kamu tadi?" Kata Puan Mariam kepada Tengku Harith.

"Depan rumah? Tak ada pun mak. Lagipun, Harith dah call dia banyak kali tapi dia tak jawab pun panggilan Harith tu. Harith risau sekarang ni mak takut apa apa yang tak elok jadi dekat dia."

"Ya Allah, betul ke apa yang kamu cakap ni Harith? Kalau macam tu mak call ayah Aifa sekarang. Kamu jaga diri baik baik tau." Kata Puan Mariam cemas dan segera menghubungi suaminya.

Aifa Batrisya membuka matanya dengan perlahan lahan. Terasa berat sekali kepalanya seperti di atas kepalanya itu dihempap dua biji batu. Dengan perlahan lahan dia mengangkat kepalanya daripada sebuah sofa berwarna merah hati yang melapisi kepalanya tadi. Dia memerhati ke arah sekeliling dan mendapati tempat yang diduduknya itu amat asing sekali untuknya. Dia berasa tangannya diikat dengan begitu ketat sekali walaupun berkali kali cuba melepaskan diri dia tetap tidak berdaya.

Kelihatan Zharfie sedang duduk di atas sebuah sofa sambil baring dengan menyilangkan kakinya ke depan. Sambil itu mulutnya lincah mengigit buah epal hijau sambil menonton televisyen yang bersaiz 24 inci dan dilihat TV itu kelabu kerana tidak ada piring untuk meneranginya namun Aifa Batrisya lihat lelaki itu leka sahaja menontonnya. Gila!!!

"Woi, lepaskan akulah. Aku nak balik. Aku tak nak duduk dekat tempat kotor ni." Jerit Aifa Batrisya sekuat hatinya menyebabkan Zharfie tersentak dari kelekaannya dan dia terus memandang ke arah tawannya yang berada di belakangnya itu.

"My honey.. Dah bangun dah." Katanya sambil berjalan menghampiri gadis itu. Dan, apabila tiba di hadapan Aifa Batrisya. Tangannya laju mencuit dagu gadis itu.

"Kenapa dengan kau ni, hah? Hantu apa yang dah merasuk kau sampai kau jadi psycho macam ni? Mana Zharfie yang aku kenal dulu?" Jerit Aifa Batrisya lagi dengan cuba melarikan mukanya dari dicuit dagunya oleh si psycho itu.

"Apa yang awak cakap ni? Mana ada saya jadi psycho. Tengok saya okey je macam manusia normal cuma..." Dia berhenti bercakap seketika dan menundukkan mukanya ke bawah.

"Cuma apa? Cakaplah." Jerit Aifa Batrisya ingin tahu.

"Cuma kau.. Kau yang berubah. Kau tu yang tak reti nak hargai aku ni. Dulu masa aku nak lamar kau. Kau cakap yang kau akan berkahwin dengan Iqwan sehinggakan aku ni bawa diri aku ke UK. Aku tipu keluarga aku dengan mengatakan dekat dia orang yang aku dapat tawaran sambung belajar. Padahal, aku ke sana sebab aku bawa diri aku yang luka ni."

"Enough.. Zharfie kau tu patut terima kenyataan yang aku tak cintakan kau. Aku tu tak pernah berikan hati kau tu untuk ada daalm sebahagian hati aku sebab aku cuma anggap kau kawan aku je. Berambuslah kau dengan kasih sayang kau tu. Kau pergi cari perempuan lain bukannya aku seorang je perempuan dalam dunia ni."

"Erghhh!!!!" Lelaki itu terus mencengkam leher Aifa Batrisya dengan kuat. Kelihatan mukanya merah menahan marah dengan matanya yang diluaskan dan juga peluh yang mula membasahi seluruh dahinya. Aifa Batrisya mengerang kesakitan dan cuba melarikan mukanya daripada bertentang mata dengan Zharfie itu.

"Kalau aku tak dapat kau dalam dunia ni. Kau jangan haraplah yang kau akan kahwin dengan sesiapa pun. Faham!!" Jeritnya dan terus melepaskan leher Aifa Batrisya. Habis habis terbatuk batuk gadis itu dibuatnya selepas dilepaskan lehernya oleh Zharfie.

"Tuihhh!!!! Binatang kau ni." Aifa Batrisya terus meludah muka Zharfie dengan sepenuh hatinya untuk melepaskan geram terhadap lelaki. Zharfie mengesatkan mukanya yang terkena air liur Aifa Batrisya tadi. Lalu, dicium tangannya yang digunakan untuk mengesat air liur tadi membuatkan Aifa Batrisya hampir termuntah melihatnya.

Pangg!!! Ditampar pipi gadis itu dengan begitu kuat sekali sehingga terpusing ke belakang kepalanya. Aifa Batrisya hanya menahan sakit dia tidak mampu untuk melawan kerana segala tangannya diikat di belakang. Hanya bersabar sahaja yang boleh dilakukan olehnya ketika ini. Zharfie yang melihat cincin berlian yang tersarung di jari manis Aifa Batrisya terus menariknya dengan kuat sekali.

"Bagi balik cincin aku tu. Kau jangan ambil cincin tu." Jerit Aifa Batrisya sambil menangis teresak esak. Dia tidak tahu sampai bila dia harus menghadapi mimpi buruk ini. Zharfie ketawa terbahak bahak apabila melihat Aifa Batrisya menangis.

"Kenapa kau nangis? Aku bukannya nak apa apa kan kau pun cuma aku nak tempatkan cincin dekat mana tempat yang dia patut berada." Lelaki itu segera melemparkan cincin berlian itu ke kakinya dan dia mengambil sebotol asid yang berada di atas meja. Lalu, dituangkan ke atas cincin itu sehingga menjadi abu perhiasan itu dibuatnya.

"Tak guna, kau ni memang binatang. Dasar mak bapak tak ajar sebab tu lah perangai kau jadi macam binatang macam ni tak ada sikap belas kasihan." Jerit Aifa Batrisya ke arah Zharfie. Lelaki itu terus memandang ke arahnya dengan asid yang masih berbaki di tangannya itu.

"Muka kau yang cantik tu lah yang menyebabkan dua orang lelaki telah musnahkan impian aku untuk menjadi suami kau. Kalau asid ni kena dekat muka kau confirm si Tengku tu jijik nak pandang kau kan. Bukan setakat dia tapi satu dunia jijik nak pandang muka kau." Zharfie segera mengangkat botol asid itu untuk menuang ke muka Aifa Batrisya namun gadis itu segera menyepak kaki lelaki itu dengan kuat sehingga dia terjatuh dan botol asid itu tertumpah ke atas kepalanya.

"Arghh!!! Tolong.. Tolong aku." Jerit Zharfie berulang kali meminta pertolongan daripada Aifa Batrisya namun gadis itu hanya tersenyum puas dengan apa yang terjadi terhadapnya. Tanpa berlengah lagi Aifa Batrisya terus bangun daripada tempat duduknya dan berlari keluar daripada bangunan kosong itu dengan tangan terikat.

"Tolong.. Tolong.." Jerit Aifa Batrisya berulang kali dan beranggap ada yang mendengar jeritannya itu. Dia terus berlari sehingga keluar ke kawasan jalan raya namun sewaktu hendak meminta pertolongan ada sebuah kereta tiba tiba melanggarnya dan dia terus rebah di atas jalan raya.

"Aifa...." Jerit Puan Mariam kuat dan dia bingkas bangun dari tidurnya. Kepalanya diangkat daripada bantal dan dia mengutu dadanya berulang kali sambil berzikir kepada Allah.

Doktor Azman yang mendengar bunyi isterinya mengingau itu terus bangun daripada tidurnya dan membuka lampu. Matanya digosok dengan tangan untuk menghilang rasa berpinar kerana telah bangun secara mendadak.

"Kenapa ni? Awak mengingau ke?" Soal Doktor Azman kepada isterinya yang kelihatan masih lagi terkejut itu. Puan Mariam memandang isterinya dengan mata yang basah mengalir air mata.

"Abang.. Aifa mana? Dia pergi mana? Saya risau pasal dia." Kata Puan Mariam sambil menangis teringatkan anak perempuannya yang hilang itu. Doktor Azman terus memeluk isterinya itu sambil mengusap belakangnya lembut.

"Banyakkan bersabar Yam. Banyakkan istighfar. Insyaallah nanti jumpa lah anak kita tu." Kata Doktor Azman yang cuba memberi semangat kepada isterinya itu.

"Awak cakap senanglah sebab bukan awak yang lahirkan dia tapi saya. Saya ni bila dapat tahu dia hilang saya ni macam ni gila jadinya tau. Awak tak apa lah asyik kerja je pagi petang siang malam je."

Doktor Azman mengeluh perlahan. Dia tahu dalam keadaan begini tiada gunanya dia melawan kata kata isterinya itu balik balik. Hurm! Dia juga yang terkena semula.

"Saya tahu rasa kehilangan tu bukannya awak sorang je yang terasa dengan kehilangan Aifa. Saya ni ayahnya dia saya lebih risau kalau dia tu berada dekat luar rumah tengah tengah malam macam ni tanpa adanya kita orang tua dia."

"Kalau macam tu jom kita keluar cari dia." Ajak Puan Mariam yang sudah melangkahkan kakinya turun daripada katil itu. Doktor Azman buntu ketika ini sama ada hendak mengikut isterinya itu ataupun menunggu sahaja laporan daripada bakal menantunya itu.

Kedengaran telefon bimbit Doktor Azman sedang berdering di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Dilihat ke skrin tertera nama Harith dan dia terus menekan butang hijau lalu segera menjawab panggilan bakal menantunya itu.

"Hello, Ya. Baiklah. Kamu ada dekat sana ke? Okey ayah ke sana sekarang." Doktor Azman segera menutup telefon bimbitnya itu dan bangun untuk menukar pakaiannya.

"Kenapa, bang? Ada apa apa info pasal Aifa ke?" Soal Puan Mariam dengan nada yang berbunyi agak lega sedikit apabila ada khabar mengenai anak perempuannya.

"Haah.. Harith cakap dia dapat kesan telefon Aifa di mana dia berada. Nanti abang akan ke sana dengan dia bersama sama polis sekali biar penculik dia tu kena sumbat dalam penjara terus."

"Yam ikut sekali." Kata Puan Mariam meminta izin daripada suaminya.

"Eh.. Tak payah awak duduk rumah je biar saya seorang je yang pergi nantikan kalau ada apa apa saya terus inform dekat awak." Kata Doktor Azman dan Puan Mariam hanys akur mendengar arahan suaminya itu.

"Okey.. Baiklah. Yang penting abang tu jaga diri baik baik tau." Pesan Puan mariam kepada isterinya itu. Lelaki itu hanya mengganguk dan terus beredar pergi selepas isterinya mencium tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience