BAB 5

Romance Completed 35369

Keesokan harinya pagi pagi lagi Aifa Batrisya sudah bersiap untuk ke tempat kerjanya. Semalam pelbagai soalan yang ayah dan emaknya soal apabila dia pulang ke rumah ini semua bahana kereta buruknya dan juga Tengku kejam itu yang membawanya ke restoran mahal lah apalah. Setelah siap berdandan dia terus turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Hari ini dia cuma memakai blouse berwarna biru tua serta jeans berwarna hitam sahaja. Simple.

"Selamat pagi.. Emak." Sapanya dan terus mengambil tempat di bahagian yang kosong dan tangannya laju mengambil cawan kosong dan menuangkan kopi O ke dalamnya lalu dihirup.

"Selamat pagi untuk anak mak yang cantik jelita ini." Kata Puan Mariam yang sedang mengunyah roti yang disapu mentega kacang itu.

"Ayah mana mak?" Soalnya apabila melihat kelibat ayahnya tiada di meja makan selalunya kalau waktu begini tentu ayahnya akan ada bersarapan bersama satu keluarga.

"Dia keluar awal harini. Pagi pagi lagi selepas subuh sebab ada orang nak bersalin yang dia kena uruskan." Beritahu Puan Mariam kepada anak gadisnya itu.

Memang begitulah kerja ayahnya sebagai seorang doktor. Kadang kadang balik lewat ke rumah sampaikan tidak sempat dinner bersama. Kadang kadang keluar awal sampaikan mereka tidak sempat bersarapan bersama. Kalau dahulu sewaktu Aifa Batrisya belum bekerja dialah yang selalu menemani emaknya cuma time makan sahaja kalau tak dalam biliklah dia melayan drama sinetron lakonan Irwansyah lelaki yang digilainya itu.

Ketinggalan zaman, itulah kata kata yang sesuai untuknya kalau orang gadis zaman sekarang semuanya meminati K-pop seperti Lee ming hoo, Gong yoo dan banyak lagilah yang orang perempuan duduk gila gila pada waktu ini. Sampaikan tertukar rumah orang melayu ke rumah orang korea asyik 24 jam menayangkan drama korea sahaja di kaca TV.

"Habistu.. Kamu nak pergi kerja naik apa ni?" Soal Puan Mariam terhadap Aifa Batrisya yang sedang menikmati bihun goreng singapore itu dengan penuh berselera.

"Uber.." Jawabnya ringkas dan kembali menyambung kerjanya melantak bihun goreng buatan emaknya itu.

"Apa? No, emak tak bagi kamu tahukan sekarang ni uber tu bahaya. Apa orang cakap orang merompaklah, samunlah apalah. Emak tak izinkan."

Aifa Batrisya berhenti mengunyah bihun goreng di dalam mulutnya dan memuncungkan mulutnya tiga depa ke depan. Puan Mariam tetap menggelengkan kepalanya dengana amran tidak membenarkan anak gadisnya menaiki Uber ke tempat kerjanya.

"Habistu, emak nak Aifa pergi kerja jalan kaki? Emak tempat kerja orang dengan rumah ni jauh berbatu batu tahu tak bukannya dekat. Lainlah kalau pejabat orang kerja tu depan rumah bolehlah jalan kaki."

"Hish, kamu ni kan bukannya emak suruh pergi kerja jalan kaki tapi tumpang si Zharfie tu. Dia kan kerja dekat Wisma Pointed sehaluan dengan office kamu tu." Arah Puan Mariam kepada Aifa Batrisya.

'Apa? Aku kena tumpang Zharfie? Eee... Tak nak aku.. Kan tak pasal pasal tunang dia datang serang aku macam mana?' Gomelnya di dalam hati.

"Emak, Zharfie tu dah bertunang. Kan nanti tunang dia datang serang Aifa kan baru tahu." Kata Aifa Batrisya supaya emaknya itu membatalkan sahaja niatnya untuk menumpang Zharfie itu.

"Haah, emak lupa dia dah bertunang. Tapi, kalau dia dah bertunang pun apa masalahnya sebab dia cuma tumpangkan kamu ke tempat kerja je bukannya akad nikah dengan kamu." Ada sahaja alasan wanita itu ingin berikan kepada anaknya.

"Emak ni tak payahlah risau Aifa nak uber. Aifa yakin uber yang Aifa naik tu orangnya baik baik dan emak pun berdoalah sekali supaya orang bawa uber tu orang yang baik baik."

"Hah, ye lah.." Jawab Puan Mariam ringkas.

Aifa Batrisya terus masuk ke dapur dan kemudiannya dia mengeluarkan sebuah bekas plastik dan dia mengisi bihun goreng yang dibuat oleh emaknya itu. Puan Mariam hanya memerhati sahaja gelagat anak gadisnya itu.

"Kenapa kamu tapau bihun tu? Kamu bawa bekal ke?" Soalnya kerana setahumya Aifa Batrisya anak gadisnya itu tidak suka membawa bekal dan dia lebih suka makan di kedai dan itu hanyalah pengetahuannya aje.

"Alah, emak Aifa ni kan PA. Jadi, setiap pagi Aifa kena siapkan sarapan untuk boss Aifa tu tapi harini dah ada bihun goreng yang lebih ni Aifa tapau je lah" katanya kepada emaknya itu.

"Oh, nampaknya kerja kamu ni macam apa kerja sebagai isteri kedua dia. Kena siapkan sarapan bagailah."

"Haah, tapi anak buat macam mana gaji lumayan mam. RM 10 K siapa nak bagi syarikat tu je." Kata Aifa Batrisya dan terus bersalam dengan emaknya sebelum berangkat pergi.

Setelah memakan masa selama 20 minit akhirnya dia tiba di destinasi. Selepas membayar tambang uber Aifa Batrisya terus berjalan masuk ke dalam office tempatnya bekerja dan selepas meletakkan beg sandang ke dalam bilik dia terus menuju ke pantri khas untuk Tengku Harith sahaja.

Dia mengambil cawan dan membancuh kopi O yang pekat dan likat untuk bossnya itu serta menuangkan bihun goreng yang dibawanya dari rumah ke dalam pinggan. Setelah memastikan semuanya prefect dia meninggalkannya sebentar sementara menanti kehadiran bossnya itu dan masuk ke dalam ruangan biliknya untuk menyemak jadual Tengku Harith untuk hari ini.

Setelah 10 minit menanti akhirnya kelibat Tengku Harith telah dilihatnya. Jadi, kerjanya bermain candy crush di dalam PC itu dihentikan seketika dan menuju ke bilik Tengku Harith. Dengan muka yang manis dan bibir yang sentiasa senyum dia masuk ke dalam padahal dendam semalam masih berbaki lagi.

"Good morning, Tengku Harith." Sapanya ramah dengan memegang buku nota kecil di tangannya.

"Erm.. Good morning.." Jawabnya biasa biasa tidak seperti sapaan Aifa kepadanya. Dasar sombong biar muka tu terus masam je sampai ke tua. Getusnya di dalam hati.

"Jadual Tengku untuk harini saya bacakannya. Pukul 10 Tengku ada meeting dengan Tengku Hasbullah bersama seorang client daripada yang ternama tapi ada tapi ye Tengku..."

"Eh, kau ni boleh tolong baca terus tak tak payah nak iklan iklan. Serabut betul lah." Marah Tengku Harith membuatkan Aifa Batrisya yang ceria menjadi suram.

"Tapi Tengku Hasbullah cancel jadi Tengku Harith kena pergi sorang soranglah. Then, pukul 2.00 Tengku ada lunch dengan pengarah syarikat daripada Wisma Pointed untuk bincangkan hal hal berkaitan produk yang nak digabungkan. Itu sahaja terima kasih." Aifa Batrisya segera meminta diri untuk ke pantri bagi mengambil sarapan dan kemudian diberikan kepada Bossnya itu untuk dimakan.

1 JAM KEMUDIAN...

"Aifa.. Datang bilik aku sekarang.." Jerit Tengku Harith membuatkan gadis itu mula menggelebah macam cacing kepanasan.

Setelah pintu bilik majikannya itu ditolak kelihatan habis merah kemerahan badan bossnya itu. Kulitnya yang putih melepak habis menjadi merah kemerahan seperti sirap limau tua.

"Ya Allah, Tengku kenapa ni?" Soalnya cemas..

"Aku tak tahu kau pergilah call papa aku dan suruh di datang sini." Arah lelaki itu dan Aifa Batrisya dengan gelabahnya terus mencari telefon dan segera menghubungi Tengku Hasbullah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience