BAB 8

Romance Completed 35369

Ahh!! Hari ini hari ketiga aku bekerja di Telcom Holding sebagai PA kepada Tengku Harith seorang yang sinis, ego dan bongkak. Kalau dalam dunia semua orang perangai sepertinya sudah tentu masyarakat tidak akan pernah aman. Kereta Myvinya yang berwarna hijau cair itu diparking ke dalam petak kuning. Nasib baiklah Tengku Hasbullah telah menyuruh pomen membaikinya semalam dapat jugalah kurangkan kerisauan emak dan ayahnya untuk di ke tempat kerja menaiki Uber.

Aifa Batrisya berjalan masuk ke dalam office tempatnya bekerja dengan kadar yang biasa biasa sahaja kerana hari pun masih awal bossnya yang singa itu tentu belum masuk. Sewaktu ingin menaiki tangga untuk masuk ke dalam lif bahu Aifa Batrisya terlanggar dengan seseorang.

"Eh, Aifa awak buat apa dekat sini?" Soal Zharfie yang segak dengan memakai kemeja merah jambu berserta kot berwarna hitam yang berdiri di sisinya sementara menunggu pintu lif dibuka.

"Oh, Zharfie.. Saya ingatkan siapalah tadi rupanya awak. Hensem awak sekarang.." Puji Aifa Batrisya membuatkan muka Zharfie menjadi merah.

"Thanks.." Jawabnya ringkas sambil membetulkan tali lehernya. Padahal, apabila dipuji hensem mulalah buat buat macam membetulkan sesuatu.

"Sebenarnya, saya kerja dekat sini jadi PA Tengku Harith." Beritahu Aifa Batrisya kepada kawannya itu.

"Oh, Tengku Harith pengarah syarikat dekat sini tu? Saya sebenarnya datang sini nak jumpa dialah sebab semalam sepatutnya kami ada meeting bersama tapi ye lah dengar khabar katanya dia kena alahan."

Aifa Batrisya baru teringat yang di dalam jadual kelmarin bossnya itu perlu bertemu dengan lengarah syarikat daripada Wisma Pointed dan setahunya Zharfie juga bekerja di situ tapi dia tidak tahu pula yang lelaki itu ialah pengarah syarikat.

"Zharfie.. Awak ke pengarah syarikat dekat Wisma Pointed?" Soal Aifa Batrisya ingin tahu dengan kening yang diangkat sebelah.

"Ya.. Saya pengarah syarikat dekat situ. Kenapa awak tanya?"

'OMG!! Pengarah syarikat dia rupanya aku ingatkan kuli biasa je. Tapi kenapa emak cakap dekat aku dia cuba pegang jawatan biasa biasa je?' Soalnya di dalam hati dengan penuh tanda tanya.

"So.. Awak dengan Iqwan macam mana?" Soal Zharfie membuka cerita. Aifa Batrisya menjadi terus marah apabila Zharfie membuka cerita tentang lelaki tak guna yang telah meninggalkannya sewaktu majlis akad nikah 2 tahun lepas.

Kalau tidak sekarang tentu dia sudah mempunyai anak barangkali kalau lelaki bodoh itu tidak meninggalkannya.

"Nothing.. 2 tahun lepas masa awak pergi ke UK saya sepatutnya kahwin kan tapi dia tinggalkan saya. Dia cakap perempuan latah macam saya ni tak layak untuk keluarga dia." Beritahu Aifa Batrisya cerita yang sebenar kepada Zharfie itu.

"Oh, ye ke.. Sorrylah saya tak tahu."

"Macam mana awak nak tahu kalau awak dah ke UK." Kata Aifa Batrisya dan sebaik sahaja pintu lif terbuka dia terus melangkah keluar daripada perut lif tersebut dan ingin menuju ke biliknya tapi tiba tiba sahaja kakinya tersandung kaki membuatkan dia hampir tersembam ke lantai.

Pada masa yang sama Zharfie sempat menyambutnya daripada terjatuh dengan memeluk pinggang Aifa Batrisya. Tengku Harith yang kebetulan tiba awal di office terlihat adegan itu dan memyebabkan dia berasa agak cemburu. Terus dilangkah kakinya meninggalkan tempat itu.

"Terima kasih tau Zharfie sebab tolong saya. Kalau tak mesti dah terjatuh dah saya tadi." Kata Aifa Batrisya kepada Zharfie yang seakan suka dapat memeluknya itu.

"Oh, welcome... Lain kali jatuhlah lagi depan saya." Kata Zharfie membuatkan Aifa Batrisya hampir tergelak dan dia terus berjalan meninggalkan Zharfie bersendirian untuk ke biliknya.

Selepas meletakkan begnya ke dalam bilik Aifa Batrisya terus membawa buku nota kecilnya dan menuju ke bilik bossnya apabila melihat bossnya sudah tiba terlebih darinya.

"Assalamualaikum.." Ucap Aifa Batrisya dan terus berdiri tegak di hadapan majikannya itu.

"Urm.. Waalaikumusalam." Jawab Tengku Harith tanpa mengangakat mukanya memandang ke arah Aifa sebaliknya dipandang ke arah kerjanya di atas meja.

"Jadual Tengku untuk harini...." Belum sempat dia menghabiskan kata katanya Tengku Harith terus memintas terlebih dahulu.

"Kau cancelkan semua meeting meeting aku harini sebab kita kena pergi melaka." Arah lelaki itu dengan memandang ke arah setiausahanya itu tepat.

"Apa? Kita? Untuk apa?" Soalnya pelik dengan perangai bossnya itu. Mungkin lepas kena alahan otak dia jadi biol.

"Kau ni ikut je lah.. Banyak pulak bunyi.." Jerit Tengku Harith dan terus mengarahkan Aifa Batrisya untuk pergi daripada biliknya.

Aifa Batrisya terus menuju ke guesst room untuk bertemu dengan Zharfie bagi mengabarkan berita yang disampaikan oleh bossnya tadi. Kelihatan Zharfie sedang leka menyiapkan segala dokumennya dan hanya menunggu untuk bertemu dengan Tengku Harith sahaja.

"Zharfie.. Maaflah harini Tengku cakap dia nak semua meeting meeting dia dibatalkan sebab dia kena ke melaka."

"Oh, tak apalah kalau macam tu saya buat appoinment lain kali je lah." Kata Zharfie dengan muka yang agak hampa dan terus berkemas untuk meninggalkan office ini.

Setelah selesai memberitahu Zharfie tentang pembatalan meeting. Aifa Batrisya terus ke biliknya untuk mengemas bagi mengikuti bossnya itu ke melaka. Entah apa yang hendak mereka lakukan sana dia sendiri tidak pasti. Kelihatan seorang wanita yang tidak dikenalinya sedang menuju ke bilik Tengku Harith dengan laju sekali. Aifa Batrisya terus menuju ke arah wanita itu untuk menyuruhnya supaya membuat appoinment dahulu.

"Puan.. Tunggu dulu.. Puan nak pergi mana?"

"Sibuklah kau. Aku nak jumpa dengan anak saudara aku ni." Beritahu Tengku Roslina kasar dengan jelingan tajam turut diberikan sekali kepadanya.

"Tapi.. Puan belum buat appointment lagi kan?"

"Kau ni siapa yang duk sibuk pasal aku ni?" Soal Tengku Roslina ingin tahu.

"Saya Aifa Batrisya. PA Tengku Harith."

PA!!! Tengku Roslina cuba memgingati bahawa anaknya memberitahu yang PA Tengku Harithlah yang telah membuat lelaki itu memarahinya. Rasa marahnya kini membuak buak apabila melihat wajah Aifa Batrisya.

"Perempuan murah.. Kau kan yang telah menyebabkan anak aku kena halau dengan Harith dekat hospital semalam." Marah Tengku Roslina.

Aifa Batrisya baru teringat akan kejadian semalam di mana ada seorang gadis yang datang memghemburkan kata kata makian terhadapnya semalam. Oh!! Jadi ni mesti mak dia. Dia suruh mak dia datang sini serang aku. Getus Aifa Batrisya di dalam hati kecilnya.

"Sebelum tu saya nak cakap dengan puan sikit supaya ajar anak puan tu budi bahasa baru boleh nak sesuka hati cakap saya ni perempuan murah ke perempuan apa ke."

"Oh, jadi betul lah kau. Eh, perempuan kau dengar sini baik baik, eh. Harith dengan anak aku tu bakal berkahwin jadi kau jangan nak jadi penghalang antara dia orang pulak. Dasar perempuan tak tahu malu aku tahu kau bekerja dekat sini sebab kau nak menggatal je kan bukannya sebab kerja."

"Baguslah kalau Tengku Harith dengan anak puan tu nak kahwin sebab saya tak nak je anak puan tu yang bertepuk sebelah tangan sebab dari cara Tengku Harith menghalau anak perempuan dari hospital semalam sebiji macam dia tu tak inginkan anak puan langsung." Bidas Aifa Batrisya sebiji ke muka Tengku Roslina.

"Biadap kau ni kan." Tengku Roslina terus mengangkat tangannya tinggi tinggi untuk melayangkan penampar ke pipi Aifa Batrisya supaya dia sedar dengan siapa dia bercakap. Namun kelihatan Tengku Harith telah siap memegang kuat tangan emak saudaranya itu.

"Mak ngah jangan nak buat kecoh dekat office saya ni boleh tak? Jangan nak ikut perangai Yana." Marah Tengku harith dan melepaskan tangan Tengku Roslina.

Tengku Roslina tersenyum sinis. "Wow, hero datang menyelamatkan cinderellanya. Eh, Harith kau jangan nak buat perangai tau sebab mak ngah dah aturkan majlis pertunangan antara kamu dengan Yana."

"Pergi mampus dengan majlis pertunangan tu. Untuk pengetahuan mak ngah saya ni tak pernah cintakan Liyana tu. Pakai baju pun tak siap jahit dekat bawah tu nampak kaki."

"Kurang ajar.." Tengku Roslina terus menampar pipi Tengku Harith dengan begitu kuat sekali sehingga terpusing kepala lelaki itu.

"Mak ngah tamparlah.. Tampar saya banyak banyak tapi mak ngah jangan kacau dia sebab dia tak bersalah langsung dalam hal ni."

Tanpa berkata apa Tengku Roslina terus meninggalkan pejabat anak saudaranya itu dengan hati yang teramat marah. Aifa Batrisya memandang ke arah Tengku Harith dengan hati ysng lega.

"Terima kasih sebab bantu saya tadi Tengku."

"Kau jangan ingat aku nak sangat tolong kau. Aku buat semua ni sebab aku tak nak ada kekecohan berlaku dekat sini."

"Dah, pergi ambil beg kau kita gerak sekarang ke melaka." Tengku Harith terus meninggalkan Aifa Batrisya bersendirian di hadapan pintu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience