BAB 11

Romance Completed 35369

"Wow.. Cantiknya.. Untunglah kau baru tiga hari kerja Tengku dah masuk meminang. Aku ni lima tahun kerja tak ada apa apa." Kedengaran suara Nada memuji cincin berlian yang tersarung di jari manis Aifa Batrisya itu dengan memegangnya berulang kali.

Aifa Batrisya hanya tersenyum mendengar kata kata Nada itu. Sebenarnya, peetunangannya ini hanyalah satu kebetulan sahaja bukannya disengajakan pun. Kalau diikutkan dia dan juga Tengku Harith itu sedikit pun tidak layak bersama. Mereka itu ibarat langit dengan bumi kalau diperhatikan.

"Memanglah, kau tu PA Tengku Hasbullah dia tu kan dah kahwin dah ada isteri ada anak takkan nak pinang kau lagi kot. Silap silap kalau dia pinang kau kena kejar dengan Tengku Hazlina keliling rumah dia." Kata Aifa Batrisya dan disambut oleh gelak tawa Nada daripada belakang.

"Haah, betul jugak kan apa yang kau cakap tu. Aku tak nak kena simbah asid dengan Tengku Hazlina sebab caras laki dia." Balas Nada dengan kata kata bercanda.

"Tapi, aku tak rasa Tengku Hazlina tu perangai macam tu sebab aku tengok dia tu baik je muka pun manis bila senyum jelita je tengok tak nampak macam orang umur 40 macam tu. Nampak macam anak muda."

"Hai.. Aifa.. Aifa.. Kau ni jangan nilai orang daripada rupa tau sebab manusia ni kita tak boleh hidu apa ni budi pekerti dia. Orang yang nampak baik tu lah sebenarnya jahat dan yang jahat tu lah sebenarnya baik."

"Oh, jadi kalau macam tu kau ni jahatlah sebab aku tengok kau baik je dengan aku." Aifa Batrisya terus ketawa terbahak bahak apabila berjaya mengenakan kawannya itu. Kelihatan wajah Nada berubah tidak puas hati dengan kata kata Aifa Batrisya.

"Hish, kau ni aku serius kau main main pulak." Kata Nada tidak puas hati dan dia terus mencubit cubit bahu Aifa Batrisya berkali kali.

Zharfie yang baru keluar daripada rumahnya hendak menuju ke arah keretanya terlihat Aifa Batrisya bersama Nada di buaian di kawasan rumahnya. Tergerak hatinya untuk menegur dua sekawan itu dan kakinya laju berjalan menuju ke arah rumah Aifa Batrisya. Pintu pagar yang terbuka luas dimasuknya dan terus menuju ke arah mereka.

"Assalamualaikum, tengah buat apa tu? Mesra nampak?" Soalnya membuatkan Aifa Batrisya dan juga Nada berhenti bergurau dan memandang tepat ke arah susuk tubuh lelaki itu.

"Waalaikumusalam, eh.. Zharfie awak buat apa dekat rumah saya ni? Nak jumpa ayah ke mak?" Soal Aifa Batrisya bermacam macam sehinggakan lelaki itu belum menjawab lagi satu daripada soalannya.

"Eh.. Saya bukannya nak jumpa ayah atau mak awak. Sebenarnya, saya ni nak keluar tapi nampak awak duk bergurau sakan dengan kawan awak ni tu yang saya datang nak tengok apa yang gembira sangat." Beritahu lelaki itu hajatnya ke mari.

"Oh......." Jawab Aifa Batrisya panjang dengan membulatkan mulutnya. Nada hanya mengikuti sahaja apa yang dilakukan oleh sahabatnya itu.

"Macam ni sebenarnya kawan saya ni baru bertunang sebab tu lah dia gembira sangat." Beritahu Nada kepada Zharfie yang kelihatan seakan menunggu sahaja jawapan daripada Aifa tadi.

"Ni, cincin tunang dia kasi." Nada terus mengangkat tangan Aifa Batrisya tinggi tinggi dan menunjukkan kepada Zharfie cincin berlian yang tersarung di jari manis Aifa Batrisya itu.

"Tahniah lah.. Awak bertunang dengan siapa?" Soal Zharfie ingin tahu.

Kelihatan wajah Aifa Batrisya seakan bengang dengan perangai nada yang lepas laku macam beruk menang loteri itu. Sibuk je memberitahu hal orang daripada dia tu tak laku laku tak ada orang nak pinang.

"Oh, sebenarnya dia bertunang dengan...." Belum sempat Nada menghabiskan ayatnya kedengaran bunyi hon kereta daripada BMW milik Tengku Harith tanda menyuruh Aifa Batrisya datang ke arahnya.

"Aifa.." Panggilnya dengan melambai lambaikan tangannya ke arah Aifa Batrisya yang berdiri tegak di sebelah Nada itu.

"Maaflah, aku nak pergi dekat sana kejap." Kata Aifa Batrisya meminta diri dan terus berlari menuju ke arah kereta Tengku Harith.

Zharfie memandang tajam ke arah mereka dengan hati yang terbakar. Impiannya pulang ke malaysia dengan hatinya berbunga bunga untuk memperisterikan Aifa Batrisya setelah mendaapt tahu daripada emaknya yang gadis itu telah pun ditinggalkan oleh Iqwan sewaktu hari perkahwinan  2 tahun yang lalu. Tapi, kini sekali lagi Aifa dirampas oleh orang lain.

"Hah, itulah tunang Aifa." Kata Nada dengan menunjukkan kepada Zharfie ke arah kereta Tengku Harith itu. Tanpa bercakap apa apa lelaki itu terus meninggalkan kawasan rumah Aifa Batrisya dengan hati yang agak kecewa.

Aifa Batrisya membuka pintu kereta BMW itu dan memasukinya di tempat duduk sebelah pemandu. Pintu segera ditutup selepas masuk ke dalam dan dipandang ke arah Tengku Harith yang memakai kaca mata hitam itu dengan tepat.

"Kau tu sekarang tunang aku. Jadi, ingat ingat sikit jangan nak gatal sangat." Kata lelaki itu tegas tanpa ada angin tanpa ada ribut. Gila!!!!

"Alah, saya cakap dengan Zharfie je pun bukannya dengan sesiapa pun. Tu pun nak cemburu buta." Balas Aifa Batrisya sambil membetulkan kain tudungnya.

"Ha, menjawab.. Menjawab.. Aku pangg kan." Kata Tengku Harith dengan mengangkat tangan seperti hendak menampar pipi Aifa Batrisya.

Aifa Batrisya hanya mempamerkan muka selamba sahaja. Dia sudah masak benar dengan perangai lelaki itu dari hari pertama kerja sebagai setiausahanya sehingga kini bergelar tunangannya.

"Sorry.." Jawabnya ringkas.

"Sorry naik lorilah. Sekarang aku nak kau pergi tukar baju lepastu ikut aku." Arah Tengku Harith dengan menundingkan jari telunjuknya ke arah rumah tunangannya itu.

"Kita nak pergi mana?" Soal gadis itu hairan apabila tiba tiba sahaja lelaki itu muncul dan menyuruhnya dia mengikutinya.

"Ikut je lah.. Boleh tak jangan banyak soal." Marahnya tegas.

"Tapi awak kena turun dulu minta kebenaran daripada orang tua saya."

"Aku dah dapat lesen nak bawa kau keluarlah. Tadi aku jumpa dengan ayah kau dekat hospital." Beritahu Tengku Harith lagi.

"Dan?" Soal Aifa Batrisya mengangkat kening.

"WOI, KAU BOLEH CEPAT TAK." Jerkah Tengku Harith dengan kuat sehingga terlatah latah Aifa Batrisya berlari keluar daripada kereta lelaki itu berlari masuk ke dalam kawasan rumahnya.

Tergelak Tengku Harith dibuatnya dengan perangai Aifa Batrisya itu. Kalau hari hari bersama gadis itu boleh hilang semua tekanannya. Nada segera menghampiri Aifa Batrisya yang terlompat berlari masuk ke dalam biliknya itu.

"Beb, kau nak pergi mana, weyh?" Soal Nada apabila melihat Aifa Batrisya tergesa gesa menyalin pakaiannya.

"Aku nak ikut tunang aku keluar." Jawabnya yang sedang memakai tudung di hadapan meja soleknya itu. Bajunya itu nasib baik sudah bergosok kalau tidak tentu kelam kabut dibuatnya.

"Ye lah, nak pergi mana?" Soal Nada menyibuk seperti papparazi itu.

"Aku tak tahu." Aifa Batrisya segera mengambil beg tangannya dan menuju turun ke tingkat bawah dan diikuti oleh Nada daripada belakang.

"Mak.. Orang keluar jap tau. Tunang orang datang jemput tu." Kata Aifa Batrisya dan segera menyalam tangan emaknya yang sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur.

"Ha, baik baik tau nanti kalau ada apa apa habaq dekat ayah hang ataupun mak tau." Sempat dia melaung memesan kepada anak gadisnya yang sudah berada di depan pintu itu.

"Bye, aku gerak dulu." Kata Aifa Batrisya dan terus berjalan meninggalkan Nada yang berada di buaian berseorangan itu untuk masuk ke dalam kereta tunang dan juga bossnya itu.

'Aku datang sini nak jenguk dia. Dia boleh pulak tergedik gedik tinggalkan aku.' Kata Nada bersendirian dan terus masuk ke dalam rumah menuju ke arah Puan Mariam di dapur untuk menolong apa yang patut.

Aifa Batrisya dengan nafas yang tercungap cungap masuk ke dalam BMW 5 series milik tunangnya itu. Tengku Harith segera memandu keretanya meninggalkan kawasan rumah Aifa Batrisya untuk menuju ke destinasi yang ingin mereka tuju. Aifa Batrisya seakan mahu bertanya ke mana mereka mahu pergi tapi dibiarkan sahaja supaya dia tidak ditengking oleh mamat poyo itu. Suasana di dalam kereta itu sepi sahaja tanpa sebarang suara yang kedengaran hanyalah bunyi radio sahaja.

Tiga puluh minit kemudian mereka tiba di perkarangan sebuah banglo tiga tingkat. Tengku Harith segera mematikan enjin keretanya dan membuka tali pinggang kelender. Aifa Batrisya seakan teruja melihat banglo yang besar dan cantik itu. Seumur hidupnya dia jarang sekali menjejakkan kakinya ke rumah sebesar ini.

"Tunggu apa lagi. Jom lah turun ke kau nak duduk dalam kereta ni sampai malam?" Kata lelaki itu tegas dan terus melangkah keluar daripada keretanya.

Aifa Batrisya yang masih berada di dalam kereta itu memuncungkan mulutnya. Daripada PA sehingga menjadi tunang bahasa dia asyik garang je bukannya kata bila dah jadi tunang ni nak berubah jadi lembut ke apa ke ni tak asyik nak menengking je bila bercakap. Segera kakinya diatur turun daripada dan mengekori Tengku Harith daripada belakang.

"Assalamualaikum," Ucap Tengku Harith sebaik sahaja berdiri tegak di hadapan pintu rumah banglo tiga tingkat itu. Aifa Batrisya terus mengambil tempat di belakang tunangnya itu.

"Waalaikumusalam," Kelihatan kelibat Shuhada berdiri tegak di hadapan mereka sambil membukakan pintu. Pandangannya dipandang tepat ke arah pasangan berikut.

"Pak uda dengan mak uda mana?" Soal Tengku Harith kepada perempuan yang sedang berdiri tegak di hadapannya itu dengan rasa nak tak nak sahaja. Kemarahannya terhadap Tengku Amzar masih belum reda sebab itulah apabila melihat Shuhada dia cuba mengawal perasaannya.

"Ada dekat dalam. Dia orang baru nak dinner. Yang kamu datang malam malam macam ni buat apa?" Soalnya dengan nada menyindir.

"Hai, nak datang rumah bapa saudara sendiri pun kena ada sebab ke?" Soal Tengku Harith keras.

"Ye lah, ini rumah bapa saudara kau je bukannya rumah your parent." Shuhada menaikkan biji mata hitamnya ke atas dan segera meninggalkan Tengku Harith dan juga Aifa Batrisya di luar berduaan. Pandai pandailah mereka masuk sendiri bukannya pintu berkunci.

"Dah, jom lah masuk." Arah Tengku Harith dan terus melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah namun Aifa Batrisya cepat cepat menarik tangannya.

"Awak... Saya takutlah." Kata Aifa Batrisya yang masih belum melepaskan tangan Tengku Harith.

"Hish, kau ni apa yang nak ditakutkan aku kan ada." Tengku Harith terus menarik tangan Aifa Batrisya untuk masuk ke dalam dan mereka segera menuju ke ruang makan untuk bertemu mata dengan bapa dan juga emak saudaranya.

Kelihatan Tengku Azmir, Tengku Ellina, Tengku Amzar serta Shuhada sedang duduk memenuhi meja makan bagi menikmati makan malam. Segera Tengku Harith memperlajukan langkahnya ke arah mereka.

"Assalamualaikum, uncle.. Aunty." Ucap Tengku Harith dan segera menyalam tangan bapa serta emak saudaranya. Diikuti oleh Aifa Batrisya daripada belakang.

"Waalaikumusalam," Jawab mereka serentak.

"Hurm, Harith dah lama kamu tak ke mari. Apa khabar sihat?" Soal Tengku Azmir kepada anak saudara lelakinya itu ramah.

"Alhamdulilah, Harith sihat je Pak uda macam ni lah selalu." Katanya sopan tidak seperti bercakap dengan Aifa Batrisya tegas je selalu.

"Ni, siapa yang kamu bawa ni? Girlfriend ke?" Soal Tengku Ellina dengan memperli Tengku Harith kerana selalunya dia jarang hendak berkepit dengan perempuan lain selain Yana. Itu pun dengan Yana dia hanya bertahan selama setengah jam sahaja lepastu mulalah dia mencari alasan untuk meninggalkan gadis itu.

"Tunang.." Jawab Tengku Harith ringkas membuatkan Tengku Azmir dan juga Tengku Ellina tersenyum lebar.

"Bertunang jugak ingatkan masih duduk bawah ketiak Yana lagi." Sindir Tengku Amzar yang berada di bahagian hujung itu membuatkan Tengku Harith mengetap bibir.

"Apa masalah kau Amzar? Aku nak bertunang ke nak duduk bawah ketiak Yana ke bukan masalah kau. Tapi, masalah kau dia tu." Tengku Harith menundingkan jari telunjuknya ke arah Shuhada yang sedang menikmati nasi putih bersama sup ayam itu.

"Kau ajar dia cara hormat orang lain. Jangan bercakap tu asyik nak menyindir je macam suami dia." Bidas Tengku Harith yang masih lagi berdiri di sebelah Tengku Azmir itu.

"Kau datang rumah aku jangan nak kurang ajar." Kelihatan Tengku Amzar bangun lantas tangannya menepuk meja makan dengan begitu kuat. Terkejut Aifa Batrisya dibuatnya nasib baiklah dia mengawal sedikit latahnya itu.

"Amzar.. Jaga kelakuan kamu tu. Don't be rude here." Tegur Tengku Azmir akan kelakuan anak lelakinya itu. Tengku Amzar yang masih belum puas hati dengan sepupunya itu kembali duduk di atas kerusi.

"Rumah aku? Aku rasa kau tu menumpang dekat rumah bapa kau. Ye lah, nenek pun kau beria ria sangat nak jaga sebab kau nak tunggu mati je kan sebab nak kan watiat dia." Sindir Tengku Harith lagi dan terus menarik tangan Aifa Batrisya naik ke tingkat atas untuk menjenguk Nenek Rahmah.

Kelihatan pintu bilik warga emas itu tertutup rapat dan segera Tengku Harith membukanya. Kelihatan di dalam bilik itu gelap gelita seperti dalam lubang bawah tanah dan panas tanpa kipas siling dan air-cond yang dibuka. Tengku Harith menggelengkan kepalanya melihat cara penjagaan mereka terhadap neneknya itu. Aifa Batrisya ada terhidu bau busuk seperti bau hancing begitu di atas katil orang tua itu.

"Ya Allah, awak. Macam manalah cara dia jaga nenek ni? Dengan bilik gelap bau hancing macam lama dia tak tukar cadar?" Luah Aifa Batrisya tentang apa yang diperhatikan olehnya ketika ini.

"Orang kalau jaga nenek sebab harta macam ni lah." Tengku Harith segera menuju ke katil bersaiz King yang di atasnya terbaring seorang warga emas yang tidak berdaya lagi. Disentuh bahu wanita itu lembut niatnya untuk mengejutkan wanita itu.

"Nenek.. Nenek.. Harith datang ni nak jenguk nenek. Harith ada bawa tunang Harith sekali." Kata lelaki itu dengan mengoncang lembut bahu orang tua itu namun tiada tindak balas daripada orang tua itu.

"Nenek.." Kejut Tengku Harith lagi dan dia mula berasa tidak sedap hati. Segera dia menyentuh nadi wanita itu di tangannya namun dia sudah terlambat wanita tua itu telah pun tiada dia pun sudah dijemput oleh Allah.

"Kenapa Tengku?" Soal Aifa Batrisya ingin tahu.

"Nenek dah tak ada." Jawabnya dengan air mata yang jatuh mencurah di pipinya dengan begitu laju sekali. Oleh kerana terlalu sibuk dia tiada peluang untuk menjenguk neneknya itu sehinggakan wanita itu meninggal sewaktu dia datang.

"Innalilah.." Ucap Aifa Batrisya dengan menekup mulutnya dengan telapak tangan. Dia tidak sangka orang tu itu boleh meninggal dunia dalam keadaan anak serta cucunya boleh bersenang lenang makan malam di bawah. Baginya keluarga pak cik Tengku Harith sangat kejam.

Tengku Harith telah mengiamkan jenazah neneknya itu dan menutup wajahnya dengan kain selimut. Rasa marah kian membuak dan dia segera mengatur langkah turun ke bawah. Kelihatan keluarga pak ciknya itu belum sudah menikmati makan malam.

"Pak uda..." Jeritnya kuat dengan meluru ke arah mereka. Air matanya bercucuran keluar di pipi dengan mukanya merah menahan marah. Aifa Batrisya hanya mengekori lelaki itu daripada belakang dia tidak mahuasuk campur dalam hal keluarga orang. Baginya Tengku Harith masih orang luar baginya kerana mereka belum berkahwin.

"Ada apa ni Harith?" Soal Tengku Azmir pelik apabila melihat keadaan anak saudaranya itu begitu. Tengku Ellina juga memerhati sahaja gelagat anak buahnya itu.

"Nenek dah meninggal dekat atas tapi korang boleh senang senang makan malam dekat bawah. Manusia jenis apa korang ni?" Marahnya dengan suara yang terkawal kerana masih menghormati bapa saudaranya.

"Ya Allah, mak dah tak ada.. Biar betul." Tengku Ellina seakan terkejut apabila Tengku Harith memberitahu yang emak mertuanya telah pun dijemput Allah. Rasanya terkejut kerana apa yang dihajati selama 1 tahun telah pun makbul.

"Memanglah kita orang kena makan. Kita semua ni bukannya robot tak payah makan tak payah minum." Sampuk Shuhada membuatkan otak Tengku Harith terbakar.

"KAU DIAM!!!!" Jerkah Tengku Harith kuat sehingga suaranya bergema seluruh rumah. Tersentak Tengku Ellina, Tengku Azmir dan juga Shuhada. Nampaknya lelaki itu marah benar dengan pemergian arwah neneknya itu. Tapi tidak bagi Tengku Azmir apabila isterinya ditengking di hadapan mertuanya. Dia bingkas bangun daripada kerusi dan terus mencengkam kolar baju Tengku Harith.

"Kau ingat kau sapa nak tengking tengking bini aku macam dia tak ada maruah." Katanya dengan memegang kolar baju sepupunya itu lagi.

Tengku Harith tanpa bercakap banyak terus menumbuk pipi Tengku Amzar dengan kuat sehingga dia rebah ke lantai. Dia paling pantang apabila ada yang berani membuat begitu terhadap dirinya. Biadap namanya. Tengku Amzar mengelap bibirnya yang berdarah itu dan bangun untuk menumbuk Tengku Harith kembali tetapi dihalang oleh ayahnya.

"Stopped.. Amzar you jangan nak tunjuk perangai bodoh dekat sini. Nenek meninggal dekat atas tu kita kena uruskan jenazah dia dulu." Nasihat Tengku Amzar terhadap anak lelakinya itu.

"Kau tunggu.. Lepas ni aku ajar kau cukup cukup." Sempat Tengku Amzar menjeling tajam ke arah sepupunya itu dengan melanggar bahunya. Kakinya dilangkah masuk ke dalam biliknya dengan pipinya yang lebam sebelah itu.

Shuhada dengan muka yang menahan marah berlari naik ke atas mengekori suaminya. Tengku Ellina seakan tidak berpuas hati dengan apa yang baru terjadi saat ini. Baginya itu menunjukkan yang suaminya tidak memenangkan anaknya sebaliknya lebih berpihak kepada anak buahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience