BAB 19

Romance Completed 35369

BMW 5 series berwarna putih milik Tengku Harith berhenti di dalam kawasan sebuah banglo tiga tingkat. Setelah mematikan enjin kereta dia segera turun daripada keretanya dan terus membuka but kereta untuk menurunkan barang. Kelihatan but keretanya itu penuh dengan barang Aifa Batrisya. Ada patung bearnya yang sebesar orang, ada sebuah kotak yang penuh berisi novel novelnya dan ada sebuah lagi kotak yang berisi potret dan juga frame isterinya. Tengku Harith terus mengangkat turun tanpa banyak soal.

"Wow....." Jerit Aifa Batrisya setelah turun daripada kereta. Dia tidak akan percaya yang suaminya telah membeli sebuah banglo untuk mereka diami. Laju kakinya mengatur langkah masuk ke dalam untuk melihat keadaan di dalamnya.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan di dalam rumah itu. Semuanya sudah dilengkapi perabot seperti banglo itu sudah didiami oleh seseorang sebelum ini. Tengku Harith terus menapak turun ke tingkat bawah setelah meletakkan beg yang diangkatnya tadi ke dalam bilik dan menghampiri isterinya ysng sedang berdiri tegak di hadapan pintu masuk itu.

"Amacam.. Cantik tak rumah kita sayang? Semua abang dah masukkan perabot dekat dalam ni." Katanya dengan merenung ke arah sekeliling banglonya itu. Nampak cantik seperti sebuah istana.

"Bila abang masukkan semua perabot ni?" Soal Aifa Batrisya ingin tahu. Dipandang ke arah suaminya itu dengan tepat sekali.

"Sayang ingat tak masa abang bawa emak keluar tanpa bawa sayang sekali tu."

Aifa Batrisya mengganguk laju. Dia masih ingat lagi kejadian itu yang dia tidak dibenarkan ikut serta suaminya itu membawa Emaknya keluar selepas memilih baju kahwin.

"Ingat.. Kenapa?" Soalnya mengangkat kening.

"Ha.. Masa tu lah abang beli rumah ni dan masa tu abang bawa emak dengan mama datang rasmikannya. Barang barang ni semua mereka yang pilih kami shopping dekat IKEA." Beritahu Tengku Harith tentang rahsia yang disimpan olehnya tempoh hari. Nasib baik kuat simpanan rahsianya itu walaupun sehari Aifa Batrisya merajuk dengannya.

"Hish, apa lah abang ni. Ada ke patut bawa emak datang sini lepastu nak suruh berahsia rahsia pulak." Dia terus mencubit lengan suaminya itu berkali kali. Tengku Harith mengerang kesakitan dan menggosok bahunya itu setelah isterinya berhenti mencubitnya.

"Auwww... Sakitlah sayang. Of courselah abang suruh emak rahsiakan semua tu. Kalau tak nanti tak supriselah jadinya." Beritahu Tengku Harith lagi.

"Kononnya, abang nak buat supriselah ni. Tapi, tak nampak macam suprise pun." Aifa Batrisya mencebik dan terus berjalan keluar menuju ke arah but kereta. Tengku Harith mengekori dari belakang.

"Oh.. Tak suprise. Eh, kalau ikutkan hati abang ni abang nak beli kondominum je tau tak kuasa abang nak bazirkan duit beli banglo mewah macam ni tapi bila fikirkan pasal PA abang yang sengal seorang ni buat abang berlembut hati nak belikan banglo mewah  macam ni tau."

"Siapa yang suruh cik abang oi... Aifa tak minta pun dan kalau abang nak beli kondo pun Aifa tak kisah sebab Aifa tak pernah duduk kondo tau bukan setaakt duduk malah jejak kaki pun tak pernah tau." Aifa Batrisya terus mengangkat keluar kotak berisi novel novelnya itu namun dihalang oleh suaminya.

"Eh.. Tak payah. Sayang tak payah angkat biar abang sorang je yang angkat semua barang ni. Sayang masuk dalam rumah dan berehat." Arah Tengku Harith namun Aifa Batrisya tidak mempedulikannya sebaliknya dia mengangkat juga kotak yang berisi barangnya itu dan dibawa masuk ke dalam.

"Alah, sayang ni bukannya anak raja pun yang abang nak layan macam tu. Biar Aifa tolong lagipun kala abang nak angkat sorang sorang banyak tu."

"Hai... Bertuah abang dapat isteri macam ni. Dah lah cantik, rajin pulak tu." Puji Tengku Harith dan mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah dan menapak naik ke tingkat atas untuk masuk ke dalam bilik tidur mereka untuk meletakkan barang.

"Kalau dah isteri sendiri sapa tak puji. Cuba kalau Yana jadi bini abang confirn abang cakap dia itulah inilah. Yang buruk siapa Aifa juga." Katanya menyindir suaminya itu. Tengku Harith berhenti seketika dan menghalang isterinya daripada berjalan.

"Oh.. Jadi sayang tak sukalah abang puji sayang tadi. Sayang nak abang cakap kasar kasar macam dulu?" Tengku Harith mengangkat kening. Aifa Batrisya tergelak kecil dan dia menolak tubuh suaminya itu lembut untuk naik ke bilik.

"Tak nak lah cuma nak abang biasa biasa je. Tak nak abang macam Tengku Harith yang biadap tu tahu marah marah jer kerja asyik cari salah orang je." Aifa Batrisya terus meletakkan barang barang yang dibawanya itu ke atas lantai sebaik sahaja sampai ke dalam bilik.

"Wow.. Cantiknya bilik kita abang dah lah besar pulak tu." Dia terus merebahkan badannya ke atas sebuah katil spring bersaiz king itu dengan merasai nikmatnya.

"Kan abang dah cakap katil dekat sini lagi besar dari katil dekat rumah ayah tu." Tengku Harith terus melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya itu. Aifa Batrisya mengangkat kepalanya dan memandang ke arah suaminya itu.

"Haah, memang katil dekat rumah kita ni besar tapi Aifa tak nak abang tidur sini. Aifa nak abang tidur atas sofa sana tu." Aifa Batrisya menundingkan jari telunjuknya ke arah sebuah sofa yang terletak di penjuru biliknya itu.

"Mana boleh macam tu. Katil ni saiz king katil yang paling besar sekali yang boleh menempatkan tiga orang takkan sayang nak suruh abang tidur atas sofa sana tu. No way." Tengku Harith menafikan arahan isterinya itu.

"Okey.. Kalau macam tu biar Aifa yang tidur dekat bilik sebelah." Aifa Batrisya terus bangun daripada katil dan dia mengambil beg rodanya yang terletak di tepi katil itu tetapi Tengku Harith sempat menghalang dengan memegang tangan isterinya itu.

"Sayang.. Kenapa nak kena tidur dekat bilik sebelah? Buat penat je abang beli katil besar macam ni kalau abang kena tidur sorang." Kelihatan Tengku Harith seakan merayu kepada isterinya itu agar tidak ke bilik lain.

Aifa Batrisya memandang ke arah suaminya itu dengan dalam sekali. Kemudian, bibirnya mengutumkan satu senyuman manis diikuti gelak tawa yang panjang.

"Abang ni.. Aifa gurau je lah mana ada Aifa nak pindah bilik. Kita kan suami isteri mestilah kena tidur sekali."

Tengku Harith kembali ceria. Rasa seperti ingin menengking sahaja isterinya itu yang suka bergurau. Ingatkan tadi betul betul isterinya itu mahu berpindah bilik.

"Hish, sayang ni abang ingatkan betul betul lah tadi. Nasib baik sayang tipu je kalau betul betul confirm abang dah meninggal dekat sini tadi."

"Abang ni.. Apa cakap pasal mati mati ini." Aifa Batrisya memuncungkan mulutnya seakan tidak suka apabila suaminya menyebut perkataan 'mati'.

"Okeylah, abang minta maaf. Abang janji takkan cakap macam tu lagi." Tengku Harith mengangkat tangannya tinggi tinggi tanda berjanji pada isterinya.. Aifa Batrisya tidak berkata apa apa sebaliknya dia terus berjalan keluar meninggalkan bilik tidurnya itu untuk turun ke tingkat bawah diikuti oleh suaminya itu daripada belakang.

Malam itu selepas solat maghrib Aifa Batrisya terus turun ke dapur untuk memasak makan malam baginya satu keluarga kecil untuk mengisi perut. Kelihatan di dapur itu sudah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan apabila dibuka peti ais empat pintu itu dapat dilihat semua benda ada di dalamnya. Nampaknya suaminya itu telah menyediakan pelbagai kelengkapan untuk mereka. Aifa Batrisya terus mengeluarkan bekas yang berisi udang dan juga ikan dan dibawa ke sinki.

Dia membasuh lauk lauk mentah itu dan juga beberapa jenis sayur sebelum dipotongnya. Selepas itu dia mengambil beberapa biji lobak merah dan dipotongnya. Tiba tiba, Aifa Batrisya merasakan ada sepasang tangan yang memeluk pinggangnya daripada belakang. Hurm! Dia sudah tahu siapa lagi kalau bukan suaminya itu yang tiada kerja lain selain menganggunya.

"Hish, abang ni janganlah kacau Aifa. Kan, Aifa tengah masak ni nanti kalau tak siap abang juga yang lapar." Kata Aifa Batrisya dan terus meleraikan pelukkan suaminya itu dan dia kembali menyambung membuat kerjanya.

"Alah, kalau sayang tak siap masak pun tak apa sebab abang dah kenyang dapat peluk sayang tadi." Kata lelaki itu sambil tersenyum. Aifa Batrisya menjerling tajam ke arah suaminya itu dengan menghalakan pisau ke arah mukanya.

"Abang jangan nak buat ayat sweet sangatlah. Aifa ni bukannya yang mudah melting sangat pun dengan lelaki." Gadis itu mencebik dalam masa yang sama tangannya ligat memotong lobak merah yang berada di hadapannya itu.

"Oh, tak mudah melting. Jadi, kalau abang cakap ayat ayat yang manis dekat perempuan lain sayang jangan cemburu buta pulak." Usik Tengku Harith dengan memandang ke arah isterinya dengan jelingan nakal.

"What ever.. Bagi Aifa kalau abang nak buat apa buat je lah asalkan tak melebihan syarat."

"What do you mean? Maknanya abang boleh kahwin satu lagi."

Aifa Batrisya memandang ke arah suaminya itu dengan tajam dan satu lagi tangannya mencubit lengan suaminya. Tengku Harith mengerang kesakitan dan diminta isterinya itu melepaskan cubitannya.

"Padan muka.. Tu lah siapa suruh berani cakap macam tu. Lain kalai kalau abang cakap pasal nak kahwin lain Aifa akan siat siat daging abang tu." Amaran pertama diberikan oleh Aifa Batrisya kepada suaminya itu.

"Baik.. Puan Aifa.." Tengku Harith mengangkat tangan tanda berjanji. Aifa Batrisya tersenyum dan kembali membuat kerjanya itu. Tiba tiba, dia terhiris tangannya sendiri.

"Auwww..." Jeritnya dan kelihatan darah di jari isterinya mengalir dengan banyak sekali. Tengku Harith muka cemas apabila melihat isterinya sedang mengerang kesakitan. Segera dia berlari mendapatkan peti keselamatan.

"Basuh tangan sayang tu dulu." Tengku Harith segera mengambil jari isterinya yang terluka itu dan dia meletakkan di bawah air paip yang laju mengalir di sinki itu. Wajah Aifa Batrisya hanya mampu menahan kesakitan.

"Sakitlah abang..."

"Tahan.. Sikit je ni nanti abang sapukan ubat." Tengku Harith terus menyapukan ubat antibiotik ke jari isterinya yang terluka itu lalu membalutnya.

"Thank you...." Kata Aifa Batrisya dan dia kembali memegang pisau dengan tangannya yang sebelah lagi.

"Eh.. Eh.. Tak payah.. Sekarang sayang rest je biar abang yang masak." Kata Tengku Harith dan segera mengambil apron daripada isterinya itu dan dipakainya.

"Kenapa abang pulak yang masak? It's okay Aifa boleh masak. Meh, sini pisau tu." Aifa Batrisya seakan berasa bersalah apabila suaminya terpaksa memasak pula. Dia masih lagi ingat pesanan emak dan ayahnya jangan biar suami membuat tugas kita walau bagaimana sekalipun.

"Sayang.. Awak tu tengah sakit jadi biar abang yang masak. Kenapa sayang tak percaya ke yang abang boleh masak?" Tengku Harith mengangkat keningnya tinggi tinggi.

"Entahlah.. Nak cakap percaya tu tak sangat sebab abang ni kan macam poyo sikit takkan boleh masak kot and kalau tak percaya pun tak sangat. Entah.. Tak tahu."

"Sayang duduk tepi diam diam just wait and see." Kata Tengku Harith dan segera menyiang seekor ikan siakap yang berada di dalam sinki itu serta mencabut kulit udang. Agak seperti orang berkemahiran.

20 MINIT KEMUDIAN....

Kelihatan di meja makan sudah terhidang sepinggan ikan siakap stim, udang masak mentega serta sayur campur. Aifa Batrisya seakan tidak percaya apabila melihat ada beberapa hidangan makan malam yang dimasak oleh suaminya. Dia terus mengambil tempat duduk. Kelihatan Tengku Harith baru keluar daripada dapur dengan sebuah jag air sirap selasih di tangannya.

"Ha, sayang. Duduk.. Tengok pandai tak abang masak?" Katanya dengan menunjukkan ke arah hidangan yang berada di atas meja makan itu.

"Not bad kalau tengok dari segi rupa. Tapi, kalau dari segi rasa Aifa tak tahu lagi lah. Bad or good?" Tangan Aifa Batrisya segera menyedukkan nasi ke dalam pinggannya dan juga pinggan suaminya sekali. Diambil sedikit kesemua lauk dan diletakkan ke dalam pinggannya. Lalu, dirasa.

"Hurm, not bad." Katanya kepada suaminya. Tengku Harith mengukirkan senyuman manis.

"Really.. Alhamdulillah. Nampaknya abang memang pandai masakkan tak seperti yang dijangka."

"Tapi..." Aifa Batrisya mengangkat keningnya sebelah dan dipandang ke arah suaminya itu. Tengku Harith mempamerkan muka yang tidak tahu apa yang isterinya katakan.

"Tapi apa? Cakaplah."

"Tapi, Aifa masak lagi power daripada ni. Abang masak ni biasa biasa je tak power macam masakkan Aifa." Bangganya dengan memuji diri sendiri. Padahal, dia goreng telur pun hangit. Hehehe.

"Eleh.. Sayang ni boleh dikategorikan sebagai duduk masuk dalam bakul lepastu angkat sendiri." Tengku Harith mencuit hidung isterinya itu. Aifa Batrisya mencebik bibirnya mendengar kata kata suaminya itu.

"Sayang, hari ni kita tak pergi office tau. Kita pergi pejabat yang Arwah nenek wasiat dekat kita tu." Kata Tengku Harith yang sedang membetulkan kemejanya di hadapan cermin besar yang tertampal di penjuru di dalam bilik tidurnya itu.

"Kenapa?" Soal Aifa Batrisya yang sedang melilit tudung di dalam tandas itu. Tengku Harith segera mengatur langkah menuju ke arah isterinya dengan sehelai tali leher di tangannya.

"Kita kenalah pergi survey. Biar pekerja pekerja tahu boss mereka yang baru. Kan, kita tak pergi nanti dia orang anggpa tak ada boss pulak dekat syarikat tu." Kata lelaki itu dengan mula membelit tali lehernya itu di sebelah isterinya.

"Cousin abang tu. Apa nama Tengku..." Aifa Batrisya cuba mengingati nama sepupu suaminya yang tamak akan harta Arwah neneknya itu. Hish! Gerun mengingati ketamakkan mereka sekeluarga itu.

"Tengku Amzar." Tengku Harith menolong memberitahu isterinya nama sepupunya itu. Takut nanti serabut pulak kepala otak memikirkannya.

"Ha.. He.. Kenapa bukan dia ada ke dekat syarikat tu sebagai boss?" Aifa Batrisya memandang ke arah suaminya itu dengan tepat.

"Sayang lupa ke wasiat nenek yang Tuan Zamri bacakan tu? Yang paling banyak hak dalam company tu abang and second sayang dengan 39%. Dia tu cuma ada 1% je hak dekat dalam company tu." Beritahu Tengku Harith dengan tangannya ligat membelit tali leher entah kenapa pulak dia rasa susah pula hari ini. Aifa Batrisya yang telah siap melilit tudung itu melihat akan keperitan suaminya membelit tali leher.

"Meh, sayang tolong belitkan. Aifa tengok macam perit je abang nak belit tali leher tu." Dia terus mengambil tali leher berwarna merah hati di tangan suaminya itu dan terus membelit di leher suaminya.

"Thank you.. Baik isteri abang ni." Tengku Harith hanya memandang ke arah isterinya itu yang sedang memakaikan tali leher untuknya. Dengan wajah yang berseri seri membuatkan sejuk hatinya memandang ke arah isterinya itu.

"Of courselah.. Tengok siapa suami dia." Kata Aifa Batrisya dengan meneruskan kerjanya dengan membelit tali leher di leher suaminya itu. Setelah selesai Tengku Harith menilik di cermin tandas itu berukang kali sambil membetulkan sedikit apa yang tidak betul.

"Okey.. Perfect.." Tengku Harith segera keluar daripada bilik air dengan mengambil beg kerjanya yang diletakkan di atas katil. Begitu juga dengan Aifa Batrisya yang baru selesai berhias terus mengambil beg tangannya dan mereka beriringan turun ke tingkat bawah.

"Alamak, Aifa tak siapkan sarapan lagi." Aifa Batrisya menepuk dahinya. Tengku Harith tidak peduli sebaliknya terus menuju ke pintu utama dan segera memakai kasut berjenama Gucci yang terletak di atas rak itu.

"Abang.. Aifa belum siapkan sarapan lagi ni. Yang abang dah pakai kasut tu kenapa?" Wajah Aifa Batrisya seakan tidak puas hati dengan suaminya itu.

"Sayang.. It's okey. Kita can breakfast dekat luar tak payah susah susah nak kotorkan baju sayang yang dah cantik tu. Nanti habis kotor pulak nak pergi syarikat baru kita tu." Tengku Harith yang sudah selesai memakai kasut itu hanya menunggu isterinya sahaja.

Aifa Batrisya mengutumkan senyuman manis dan dia segera keluar daripada rumah dengan memakai kasut yang diletakkan di atas rak dan mengunci pintu. Kemudian, mereka berdua berjalan beriringan menuju ke arah kereta BMW 5 series yang terparking di bawah garaj itu. Enjin kereta dihidupkan dan Tengku Harith memulakan perjalanannya.

Setelah selesai bersarapan di Papa rich. Tengku Harith dan juga Aifa Batrisya terus meneruskan perjalan mereka ke Bumi Holding di mana syarikat yang diwasiatkan oleh Arwah nenek kepada mereka berdua. Bagi Aifa Batrisya dia seakan takut takut dan juga malu malu kerana disertakan juga nama oleh Tengku Rahmah padahal dia tidak pun mengenali wanita itu sebelum ini. Tengku Harith memberhentikan BMWnya di dalam parking yang tertulis reserved for Boss. Dia tahu tentu Tengku Amzar yang telah membuat parking itu tapi akhirnya parking itu menjadi miliknya.

"Sayang, jom turun." Ajak Tengku Harith dan segera melangkah keluar daripada keretanya dengan menyarungkan kot berwarna hitam ke tubuhnya.

Aifa Batrisya merenung syarikat itu jauh sekali setelah keluar daripada perut kereta. Pada hari kedua dia bernikah dengan Tengku Harith dia telah diwasiatkan syarikat ini walaupun cuma 39% sahaja haknya ke atas syarikat.

"Sayang. Come on." Panggil Tengku Harith yang sudah berada di muka pintu masuk utama itu. Aifa Batrisya terkoncoh koncoh mengambil beg sandangnya dan berlari mengekori suaminya daripada belakang.

Mereka berdua berjalan menyusur ke dalam syarikat itu menuju ke arah bilik CEO. Sebelum itu di sebuah bilik kecil kelihatan seorang lelaki sedang duduk membuat kerjanya segera menghampiri pasangan yang sedang berjalan itu.

"Maaf.. Encik dengan puan ni siapa? Ada buat appointment?" Soalnya dengan merenung tepat ke arah pasangan itu dengan silih berganti.

"Saya Tengku Harith dan ini isteri saya Aifa Batrisya. Saya ni Boss baru dekat company ni dan bukan Tengku Amzar lagi. Awak ni siapa?" Tengku Harith memandang ke arah lelaki itu tepat.

"Oh, saya Nabeel PA Tengku Amzar. Pasal Tengku Harith ni saya ada dengar daripada Tuan Zamri yang datang berjumpa saya berkenaan wasiat Tengku Rahmah. Actually, dulu ayah saya juga bekerja dekat sini sebagai PA Tengku Rahmah." Beritahu lelaki bernama Nabeel itu kepada pasangan yang sedang berdiri tegak di hadapannya itu.

"Baik.. Sekarang Nabeel awak akan jadi PA kepada dia Aifa Batrisya dan bukan kepada Tengku Amzar lagi. Faham!!" Kata Tengku Harith tegas seperti dia bercakap dengan Aifa Batrisya sewaktu mereka sebagai boss dan kuli dulu.

"Faham, Tengku." Jawab Nabeel ringkas.

"Baik, sekarang saya nak awak kumpulkan semua pekerja sebab saya nak buat annoucment pasal boss baru you all." Pesan Tengku Harith sebelum dia dan isterinya berlalu meninggalkan lelaki itu.

"Yes, boss." Jawabnya lagi dengan penuh sopan.

Tengku Harith dan Aifa Batrisya terus menuju masuk ke dalam bilik CEO yang terletak di ruang tengah itu. Kelihatan di dalamnya terdapat gambat Tengku Amzar tergantung lebar di dinding. Wah! Hebat betul lelaki tu memang parasit sama macam mak dengan bapak dia. Nenek Rahmah cuma suruh dia jaga tapi digantung gambarnya bagai bilik itu kepunyaan dia. Tanpa menunggu lama Tengku Harith terus mencabut semua gambar gambar sepupunya itu dan dibuang ke dalam tong sampah.

"Abang.. Kenapa abang cakap dekat Nabeel tadi tu yang dia tu sekarang PA saya. Bukannya sepatutnya dia jadi PA abang ke?" Soal Aifa Batrisya yang buntu dengan suaminya itu.

"Sayang.. Yang paling banyak hak dalam syarikat ni abang. Jadi, apa yang abang nak buat dalam syarikat ni abang tak perlukan perbincangan. Abang kan dah ada syarikat Telcom Holding tu buat apa dengan syarikat ni lagi sebab tu lah abang nak serahkan syarikat ni dengan sayang." Beritahu Tengku Harith dengan menghampiri isterinya yang sedang duduk di atas sebuah sofa di penjuru bilik CEO itu.

"But, abang. Aifa tak pandai apa apa. Aifa tak tahu apa apa about kendalikan company. Aifa just layak jadi PA ke pengurus teknik ke. Tak pun jadi kopi lady paling bawah sekali cleaner." Aifa Batrisya merenung suaminya tepat.

"Sayang ni.. Kalau tak tahu belajar bukannya mengundur dari sesuatu apa apa perbuatan. Nanti kalau abang kena uruskan dua dua syarikat susahlah."

"But, Amzar kan ada mesti dia boleh...." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya kelihatan jari telunjuk semuanya sudah terletak di bibirnya. Tanda menyuruh isterinya itu untuk diam.

"Boleh tak jangan sebut nama dia abang menyampah." Kedengaran nada suara suaminya itu seakan marah.  Aifa Batrisya yang suaminya itu memang tidak kamcing dengan sepupunya itu. Entah mengapa dia tidak tahu walaupun ingin tahu dia tetap menyuruh dirinya agar tidak menjadi kepochi.

"Sorry, abang." Ringkas sahaja Aifa Batrisya meminta maaf. Kelihatan pintu bilik mereka diketuk dari arah luar dan pintu kaca itu biasa menampakkan yang Nabeel berada di luar.

"Masuk." Arah Tengku Harith dan Nabeel segera melangkahkan kakinya masuk ke bilik tersebut dengan muka yang tersenyum manis. Dipandang ke arah wajah Tengku Harith itu dengan tepat sebelum berkata.

"Boss.. Mereka semua dah berkumpul dekat meeting room." Beritahu Neebal dengan penuh sopan sekali.

"Why meeting room?" Soal Tengku Harith mengangkat kening.

"Sebab meeting room besar sikit dan boleh menempatkan semua pekerja kita." Katanya lagi. Tengku Harith mengganguk laju dan menyuruh lelaki itu pergi.

"Sayang.. Jom kita pergi." Ajak Tengku Harith yang mendahului pergi ke meeting room itu. Sebaik sahaja kaki Aifa Batrisya hendak melangkah pergi dia terdengar seperti seseorang menghantar SMS kepadanya. Iphone 8 pemberian suaminya itu dibuka dan kelihatan unknown number telah menghantar kepadanya satu pesanan.

#Aku nak jumpa kau? Bila kau free?# - Unknown Number

*Kau siapa? Ada apa kau nak jumpa aku?* - Aifa Batrisya

#Siapa aku kau tak payah tahu yang penting bila kau free?# -

*Not free for you. Thank.* -

#Oh, really. Aku tak kiralah kau free ke tak yang penting aku nak jump kau. Today.# -

*Baik.. Aku akan jumpa kau pukul 11.00 nanti dekat Pavillion. Nanti pandai pandailah kau cari kedai sebab kau yang beria ria nak jumpa aku.* -

#Good girl. I will meet you after that. Muahhh.# -

"Girl? Macam mana dia tahu aku perempuan? Ah lantaklah yang penting nanti bila aku dah jumpa dia nanti aku tahulah siapa dia." Tanpa membuang masa Aifa Batrisya terus menuju ke meeting room kerana dia merasakan yang dia sudah terlewat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience