BAB 3

Romance Completed 35369

Kelihatan di sebuah banglo tiga tingkat seorang wanita berusia 60-an sedang terlantar sakit di atas sebuah katil di dalam bilik. Kalau dilihat daripada kesihatannya itu dia sedang menunggu ajal sahaja untuk menghadap ilahi tapi waalupun begitu dia masih lagi mampu bercakap, makan serta minum. Di atas sebuah sofa di dalam bilik itu ada seorang gadis sedang membaca majalah pelam. Sikit pun dia tidak membantu neneknya yang ingin mengambil air dari atas meja yang tidak jauh daripada katilnya itu.

"Shuhada.. Tolong nenek ambilkan air." Kata wanita itu dengan mengagahkan dirinya untuk mengambil air untuk diminum.

Namun gadis itu hanya membuat bodoh sahaja lebih dia tertarik untuk membaca majalah berbanding menolong nenek suaminya yang uzur itu. Dia sudah penat menjadi hamba orang tua itu selama ini. Hari hari kerjanya sama sahaja menjaga orang tua itu. Apabila dia meminta untuk bekerja suaminya menyuruhnya menjaga neneknya untuk apa lagi kalau bukan wasiat.

Ping!! Kedengaran bunyi seakan cawan pecah dan Shuhada segera bangun daripada sofa yang didudukinya itu dan menuju ke arah neneknya itu. Menggelegak hatinya apabila melihat cawan pecah di atas lantai. Mukanya terus menyinga seperti singa lapar.

"Nenek, boleh tak kalau sehari nenek tak menyusahkan saya. Penatlah macam ni nenek saya ni nak jugaklah berehat bukannya nak kena uruskan nenek je." Marah Shuhada sambil mencengkak pinggang yang dengan kedua belah tangannya.

"Nenek cuma nak minum air. Nenek haus." Kata wanita tua itu dengan suara yang sayu dan kurang didengari kerana faktor kesihatannya.

"Air.. Air.. Lepastu kencing atas tilam lepastu aku jugak kena basuh bukannya anak menantu dengan cucu kau pun basuh. Dia orang semua tu tahu apa tahu kerja tahu bergosip bukannya nak jaga mak yang sakit ni nampak sangat anak derhaka." Tangan Shuhada ligat mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai itu dengan marahnya.

"Habistu, kamu tu bukan cucu nenek? Yang kamu sedap duduk kata mak dengan bapak mertua kamu tu tak reti jaga mak." Kedengaran suara Tengku Rahmah cuba membela anak serta menantunya walaupun mereka jarang menjaganya.

 Tidak seperti Tengku Hasbullah dan juga Tengku Hazlina yang beria ria hendak menjaganya tapi tidak dibenarkan oleh Tengku Azmir dan juga Tengku Ellina yang ingin menjaganya sebab harta dan wasiat. Padahal di rumah ini Tengku Rahmah dijadikan mayat hidup sahaja itupun nasib baik ada Shuhada yang menjaganya tapi tidak berapa ikhlas menjaga orang tua itu.

"Oh, sekarang nenek nak mengungkitlah nenek nak cakap yang saya ni tak berapa baik sangat asyik marah marah nenek. Eh, nenek walaupun saya ni asyik marah nenek saya jaga tau nenek daripada anak menantu nenek tu bawa datang sini sebab nak segala wasiat nenek letak atas nama Tengku Azmir. Padahal dekat rumah ni kalau saya tak ada dah lama nenek tu berulat atas katil ni." 

Shuhada terus meletakkan air ke dalam sebuah gelas kosong dan dihulurkan kepada neneknya yang terlantar sakit itu. Wanita tua itu mengambil air daripada cucunya dan minum dengan hati yang sebak apabila memdengar Shuhada berkata begitu kepadanya. Kelihatan pintu bilik dibuka luas dan susuk tubuh Tengku Amzar masuk ke dalam.

"Ada apa ni sayang yang bising bising tadi tu?" Soalnya ingin tahu apabila mendengar seakan gelas pecah di dalam bilik neneknya. Padahal dia bukan prihatin mana pun dia cuma sekadar hendak melihat samada neneknya itu masih hidup ataupun tidak.

"Tak ada apa apa cuma nenek pecahkan gelas je." Kata Shuhada dan berharap apa yang dikatakannya tadi tidak didengari oleh suaminya.

Tengku Amzar terus meninggalkan bilik neneknya tanpa sepatah kata. Shuhada menggelengkan kepalanya bukannya hendak bertanya akan khabar neneknya sihat ke tidak? dah makan ke belum? Okey ke Shuhada jaga nenek harini? Ni tak terus angkat kaki keluar. Kalau bukan suaminya dah lama dia labelkan 'biadap'.

Aifa Batrisya melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Nampaknya dia bolehlah balik ke rumah setelah sehari bekerja sebagai setiausaha Tengku Harith. 'Ahh!! Penatnya..' Katanya di dalam hati sambil mengemaskan mejanya dan terus berjalan keluar daripada bilik kerjanya. Kelihatan orang sudah mula kosong sedikit demi sedikit untuk pulang ke rumah mereka.

Aifa Batrisya menekan butang lif dan sebaik sahaja lif dibuka dia terus melangkah masuk ke dalam lif tersebut dan menekan butang G untuk ke tempat keretanya. Sebaik sahaja pintu lif hendak tertutup kelihatan seorang lelaki menahannya dan masuk ke dalam serta menekan butang yang sama dengannya. 

'Hish, dia ni dekat mana aku ada mesti dia ada..' Marahnya dalam hati dan di luar dia cuba mempamerkan satu senyuman manis kepada majikannya itu.

"Hai, dah nak balik dah Tengku?" Soalnya untuk mengambil hati supaya tidak dilabel pula sombong oleh lelaki itu. 

"Eh, tak lah aku baru nak masuk office." Jawabnya loyar buruk membuatkan Aifa Batrisya seakan hendak melayangkan penampar ke pipinya.

"Oh, kalau macam buat kerja baik baik jangan aniaya PA." Sempat pula Aifa Batrisya membalas loyar buruk kepada bossnya itu. Alamak!! Itu tiket untuk dipecat dia menekup mulutnya rapat rapat.

"Eh, kau tak payah nak berloyar buruk dengan aku eh. Nah, kau ambil balik telefon kau ni." Tengku Harith terus menghulurkan kepada Aifa Batrisya telefon nokia 3660 miliknya itu.

Aifa Batrisya seakan teragak agak samada hendak mengambilnya ataupun tidak. Kalau dia tidak mengambil nanti susah pula dia dibuatnya tapi kalau dia ambil jatuh pula martabatnya sebagai seorang pengguna telefon Nokia. Tengku Harith masih lagi dengan hulurannya dan masih menanti untuk disambut.

"Cepatlah ambil bukannya jatuh pun kau punya murtabak basi tu." Aifa Batrisya  terus mengambilnya dan disimpan ke dalam beg sandangnya.

"Apa Tengku cakap? Murtabak basi? Apa tu?" Soalnya tidak tahu.

"Orang macam kau ada martabat ke? Sebab tu lah aku cakap murtabak basi." Katanya dan terus ketawa panjang membuatkan Aifa Batrisya menjadi panas hati dan diketuk belakang Tengku Harith itu dengan kuat.

"Woi, kenapa dengan kau ni?" Marahnya dengan kuat dan ketika itu juga pintu lif terbuka dan segera Aifa membawa diri dengan perasaan yang begitu malu apabila main memukul sahaja bossnya itu.

'Ya Allah, malunya aku...' Aifa Batrisya terus masuk ke dalam keretanya dan dia terus menghidupkan enjin keretanya tapi beberapa kali mencuba masih tidak boleh juga.

"Alah, kenapa pulak dengan kau ni kereta?" Aifa Batrisya terus keluar daripada keretanya dan membuka but depan dan setelah dibuka asap berkepul kepul keluar. Habis terbatuk batuk dia dibuatnya.

"Kereta tu rosak tak boleh hidup. Meh, aku hantarkan balik." Tiba tiba sahaja Tengku Harith datang dari arah belakang membuatkan Aifa Batrisya mengurut dada panjang.

"Eh, tak apalah Tengku saya tunggu..." Tanpa sempat dia habis bercakap Tengku Harith mencelah percakapannya.

"Ikut je lah aku hantar balik. Ke kau nak tunggu sini sorang sorang? Kau tu baru first day kerja tak tahu apa apa pasal tempat ni." 

"Kenapa dengan tempat ni?"

"Mat rempit banyak kau nak kena ke?"

Aifa Batrisya menelan air liur dan terus mengambil begnya dan berlari mengikuti Tengku Harith daripada belakang menuju ke arah keretanya yang berada tidam jauh daripada keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience