BAB 7

Romance Completed 35369

"Oh, jadi ni lah kerja you Harith sebab tu lah sekarang ni I call you tak jawab and I text you tak replay. Rupa rupanya ada khadam baru." Jerit Tengku Liyana yang seakan orang gila itu dengan masih berdiri tegak di hadapan pintu dengan merenung ke arah Tengku Harith dan juga Aifa Batrisya dengan tajam.

"Yana, you buat apa dekat sini?" Soal Tengku Harith dengan nada yang marah apabila sepupunya itu datang ke hospital dan membuat kecoh. Sakit hatinya dengan perangai Tengku Liyana yang over itu.

"I datang sini sebab nak melawat you. Tapi tak sangka pulak dapat tengok drama free antara seorang Tengku dengan perempuan simpanannya." Sindir Tengku Liyana dengan memandang ke arah Aifa Batrisya yang sedang duduk di birai katil dengan memegang bekas nasi majikannya.

Wajah Aifa Batrisya berubah serta merta apabila perempaun gila itu mengelarkan dirinya sebagai perempuan simpanan Tengku Harith. Sakit betul hatinya dengan kata kata gadis itu.

'Suka suka hati je kau panggil aku perempuan simpanan. So rude... Nasib baiklah kau ni kaum kerabat boss aku kalau tak..' Gerutunya di dalam hati dengan mengetap giginya kuat kuat.

"Yana... Please, jangan buat kecoh dekat sini. I sekarang tengah sakit dan I perlukan banyak berehat. Jadi, kalau you datang sini buat kecoh macam mana I ni nak sembuh." Marah Tengku Harith dengan mempamerkan muka kurang senang dengan kehadiran Tengku Liyana di sini.

"Oh, perlukan banyak rehat ke perlukan banyak masa untuk bercerekarama dengan perempuan simpanan you ni. Nasib baiklah tempat terbuka kalau tempat tertutup I tak tahu dah apa jadi."

Aifa Batrisya yang hanya berdiam diri daripada tadi mula bersuara apabila Tengku Liyana cuba memburuk burukkannya. Panas darahnya menyirat naik sampai ke otak dan habis menggelegak otaknya di dalam kepala itu.

"Cik, jangan cuba nak tuduh saya yang bukan bukan. Cik jangan ingat cik ni cousin Tengku Harith saya tak boleh nak buat apa apa." Aifa Batrisya cuba memberi amaran kepada gadis gila di hadapannya itu. Sudahlah mereka ini berada di hospital kan kalau doktor nampak kan habis kena tahan dekat tanjung rambutan.

Kedengaran suara Tengku Liyana menggilai panjang yang serupa sangat dengan pontianak harum sundal malam itu.

"Kenapa? Kau terasa ke? Kalau kau terasa aku minta maaflah sebab tugas seorang PA tu cuma uruskan hal hal pejabat je bukannya uruskan hal boss dia. Kalau aku tengok dari gaya kau tu memang semua sebab duit. Tuh, kain tudung atas kepala kau tu demi duit kau boleh je buka kan untuk berikan dekat....."

"Yana...." Tengking Tengku Harith dengan begitu kuat sekali sehingga suaranya bergema dalam satu bilik wad yang didudukinya itu. Tersentak Aifa Batrisya dan juga Tengku Liyana dibuatnya.

"You ni mulut tu daripada dulu sampai sekarang memang tak boleh jaga ke? Cubalah belajar jadi matang sikit jangan asyik nak buat perangai yang tak elok je. Kau tu perempuan jaga budi bahasa tu sikit. Sekarang aku nak kau berambus."

Tengku Liyana merenung ke arah sepupunya itu dengan matanya mula berkaca. Hari ini dia ditengking kuat oleh sepupunya itu di hadapan setiausahanya demi membela setiausahanya. Bahasa I and you yang mereka gunakan selama ini juga turut bertukar menjadi kau dan aku.

"Tunggu apa lagi. Berambus lah." Jeritnya kuat dan Tengku Liyana terus mengangkat kaki meninggalkan wad Tengku Harith dengan hati yang sangat pedih dan matanya penuh mengalir air mata.

Lega hati lelaki itu apabila akhirnya Tengku Liyana meninggalkan juga bilik wadnya itu. Kalau tidak dia tidam tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kelihatan Aifa Batrisya kaku seketika dengan kejadian yang baru lepas terjadi sebentar tadi. Dia sendiri tidak percaya apabila niat baiknya disalah erti oleh orang lain.

"Yang kau tu berdiri tegak lagi buat apa? Letakkan bekas nasi tu." Arah Tengku Harith tegas dengan memandang tepat ke arah Aifa Batrisya.

"Tapi.. Macam mana Tengku nak makan?" Soalnya prihatin terhadap majikannya itu.

"Hish, kau ni letak je lah dah aku suruh letak. Ke kau nak kena maki hamun lagi dekat saudara mara aku yang lain? Ke kau suka orang cakap kau tu perempuan simpanan aku?"

'Hish, dia ni bukannya nak sweet sweet sikit ke apa ke. Ni asyik marah marah je. At least cakaplah baik baik pujuk aku ke apa ke lepas kena hina dengan cousin dia tadi.'

"Cepatlah..." Tengkingnya kuat menyebabkan Aifa Batrisya terkejut dan secara spontan Aifa Batrisya melepaskan bekas nasi yang dipegangnya itu ke lantai.

"Haish.. Kau ni kalau tak buat havoc sehari tak boleh ke, hah?" Tengku Harith mengenggam kedua dua belah tangannya itu.

"Sorry.. Tengku tu janganlah asyik sergah saya je." Kata Aifa Batrisya membela dirinya.

"Menjawab.. Menjawab.. Potong gaji bulan ni baru tahu."

"Habistu, sekarang ni Tengku nak makan apa?" Soalnya apabila kesian melihat nasi yang tertumpah jatuh di atas lantai itu.

"Makan hati je lah.. Ada PA sengal."

"Apa kurangnya.. Tengku tu sewel."

Tengku Harith merenung ke arah setiausahanya itu dengan tajam. Aifa Batrisya menekup mulutnya dengan tangan apabila terlepas cakap nasib baik bossnya itu tidak memanjang isu itu kalau tidak matilah dia.

Tengku Liyana memberhentikan kereta Volkswagen miliknya itu di dalam garaj dan kemudiannya bergegas masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam bercuka. Ibunya yang berada di ruang tamu tidak dilayan langsung. Kali ini hatinya benar benar terbakar dengan perbuatan Tengku Harith.

Tengku Roslina yang sedang membaca majalah di sofa itu hairan apabila anak gadisnya pulang ke rumah tidak menegurnya. Kalau selalunya dialah orang pertama yang Tengku Liyana akan tegur tapi hari ini tidak kaki anaknya itu terus dilangkah ke tingkat atas.

"Yana.. Yana.. Kenapa dengan kamu ni? Angin tak ada ribut tak ada mengamuk tak tentu hala." Soal Tengku Roslina yang mengekori anak gadisnya itu masuk ke dalam biliknya.

Tengku Liyana masuk ke dalam biliknya dan membaling beg tangannya yang berjenama Gucci itu ke lantai. Tengku Roslina terkedu dengan tindakan anak gadisnya itu dan dia segera menuju ke arahnya dan mengusap rambutnya lembut.

"Kenapa ni sayang? Ada apa apa masalah ke? Cuba cerita dekat ibu." Tanya Tengku Roslina lembut dan dia cuba mengorek masalah anaknya itu.

Tengku Liyana tidak bersuara sebaliknya habis segala alat mekapnya yamg disusun rapi di meja solek dicampak dan dilempar ke lantai sehingga pecah. Tidak cukup dengan itu habis bantal dan selimutnya dicampak sekali dan pasu bunga kaca pemberian Tengku Harith semasa ulang tahunya dulu turut dipecahkan. Tengku Roslina menekup mulutnya apabila melihat tindakan gila anak gadisnya.

"Sayang.. Kenapa ni cuba ceritakan dekat ibu? Kalau kamu rosakkan semua barang barang kamu tu semua masalah kamu takkan selesai yang ada kamu tu yang rugi."

Tengku Liyana berhenti mengamuk dan duduk di birai katil dengan meraut wajahnya. Air matanya mengalir laju sehingga hingus turut membasahi lubang hidungnya. Tengku Roslina memeluk anak gadisnya itu supaya bertenang.

"Ibu.. Sebenarnya, tadi Yana pergi melawat Harith dekat hospital." Beritahunya sekerat sambil menangis teresak esak di dalam pelukkan ibunya itu.

"Okey, then?"

"Yana tengok Harith dengan PA dia tengah bersuap suap bagai. Then, Yana cubalah pertahankan hak Yana sebagai bakal isteri Harith tapi Harith boleh pulak menangkan PA dia tu dan dia boleh pula tengking Yana dekat situ depan PA dia. Malu tau Yana masa tu. Bukan tu je dia siap cakap kau aku lagi dengan Yana ibu." Bersungguh dia menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya.

Tengku Roslina mendegus marah apabila Tengku Harith berani menyakitinya demi perempuan lain. Padahal, dia dan suaminya serta kedua orang tua Tengku Harith berpakat ingin satukan anak anak mereka.

"Tak apa, sayang.. Ibu tahu apa yang kita boleh buat." Kata Tengku Roslina dengan mengukir senyuman jahat.

"Apa dia ibu?" Soal Tengku Liyana ingin tahu.

"Alah adalah tapi sebelum tu kita kena ajar perempuan yang berani buat Harith marahkan Yana tu." Cadang Tengku Roslina manakala Tengku Liyana hanya mengganguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience