MHSA Bab 31.

Romance Completed 1165588

"Wah... lainnya akak tengok Seri hari ni... berseri-seri je. Sesuai dengan nama. Ada apa-apa ke semalam?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Merissa selepas mereka ditinggalkan oleh Zein. Dari tadi sebenarnya dia nak tegur Seri, tapi sebab Zein ada jadi dia lupakan dulu hanjatnya. Macam mana tak lain, Hari ni Seri tak pakai cermin mata dia yang besar dan bulat tu. Kecantikan wanita itu naik bertambah-tambah pula. Merissa perasan juga tadi sebelum Zein berlalu dia sempat jeling Seri. Dah serupa tak nak tinggal bini pun ada.

Mula-mula Seri rasa hairan dengan soalan Merissa. Tapi lepas sedar akan perubahan diri, Seri terus pamir senyum semanis gula.

"Lain sangat ke kak?" Seri tak terus menjawab. Sebaliknya soalan yang kembali ditanyakan.

Merissa angguk mengiakan. "Tengku tak kasi keluar bilik ke semalam?" Kemudian pecah tawanya.

Bulat terus mata Seri dibuatnya. Amboi soalan Kak Merissa tak agak-agak. Kalau ada apa-apa berlaku semalam pun takkan aku nak bagi tahu dia. Itu dah serupa cerita dalam kain sendiri.

"Hish... akak ni. Ada pula ke situ. Tak ada apa-apalah semalam." Selindung Seri. Takkan nak bagi tahu semalam aku hampir serah diri kat Zein. Dah gila nak bagi tahu. Buat malu diri sendiri aje. Dah la tu kena reject dengan Zein pulak. Makin tebal muka aku nanti.

"Tapi hari ni Seri memang lain dari lain. Tadi akak tengok Tengku pun macam susah nak lepas pandang pada Seri. Tu yang akak tanya... Yelah Seri dah bertambah cantik kan... Suami mana nak kasi lepas lama-lama."

Terus satu cubitan halus hinggap di lengan Merissa. Merissa menyeringai kesakitan. Mengaduh sakit. Boleh tahan penyepit dia. Menyengat.

"Kak... stop okay. Don't start. Bukan ini ke yang akak nak? Ini tandanya Seri appreciate apa yang akak buat pada Seri." Beritahu Seri jujur. Sungguh dia rasa berhutang budi dengan Merissa. Sebab Merissa, dia boleh berubah jadi seperti ini. Sebelum ini kalau Mak bising pasal penampilan diri, aku akan buat acuh tak acuh saja. Namun lepas difikirkan, sekarang aku sudah bergelar isteri kepada Tengku Zein luftman, CEO Pasific Vew. Mahu tak mahu aku harus berubah demi menjaga imej Zein. Sekaligus orang tidak akan pandang rendah pada dia sebabkan aku.

"Bukan sebab akak. Tapi sebab Tengku. Tengku yang minta Akak makeover Seri. Seri ingat akak buat semua tu free ke? Tengku bayar tahu. Lumayan pula tu. Tapi syarat dia, kenalah sampai dia sendiri tak kenal Seri yang dulu. Tapi kalau makeover tu tak berjaya akak kena buang kerja. So now, akak dah boleh tarik nafas legalah sebab mission akak tu berjaya. Paid off." jelasnya. Memang itulah perjanjian dia dengan Tengku semalam. Separuh hati kata tidak mahu, tapi selepas diberitahu ganjarannya terus jadi mahu. Siapa nak tolak tuah weh.

Aku pun tak tahulah Tengku tu bodoh ke apa. Seri ni dah memang cantik, so solek macam mana sekalipun pun tetap cantik. Ini kan pula kena makeover. Makin tak hengat la cantik dia macam mana. Teringat kejadian semalam selepas Seri di makeover. Tak fasal-fasal dia juga jadi tumpuan sama.

"Ye ke kak? Sampai macam tu sekali?" Tercengang Seri dibuatnya. Macam tak percaya pun ada. Sampai macam tu sekali arahan Zein pada Merissa. Sampai nak kena buang kerja kalau tak berjaya buat aku jadi seperti apa yang dia mahukan? Gilalah Zein ni. Mr.Perfectionist dia memang tak boleh hilang.

"Ye. Buat apa akak nak bohong. Memang itu yang Tengku suruh. Kalau dengar dari ugutan Tengku tu rasa nak tanam dia 7 kaki dalam tanah tahu. Tapi bila dia sebut pasal ganjaran, terus akak setuju. Tu fasal semalam akak memang bersungguh-sungguh makeover Seri. Dan hasilnya wallah! Brand new, Seri's in the house." Merissa cubit pipi Seri kerana terlalu teruja. Orang memang dah cantik, makeover macam mana pun tetap cantik. Malah bertambah-tambah cantik. Walaupun Seri taklah bersolek seperti semalam. Namun masih boleh menjatuhkan rahang setiap lelaki yang melihatnya. Yang paling penting sekali, say bye bye to that circle glasses.

"Selesa tak bila tak pakai contact lens?" Mata itu lebih cantik tanpa ada gangguan dihadapannya. Kenapalah Seri tak perasan selama ini dia ada mata yang sangat cantik. Dah serupa mata anak patung bila sekali tengok. Dengan bulu mata yang sangat lentik. Jealous pulak aku dibuatnya. Sebab aku tak ada bulu mata macam tu.

Seri hanya mampu tersenyum dengan pujian Merissa. "Mula-mula nak pakai tu adalah kekok sikit. Sampai merah mata sebab tak selesa. Tapi ni dah okay kot. Selesalah sikit dari masa mula-mula pakai. Thanks kak. Seri appreciate sangat dengan bantuan akak tu, walaupun tak berapa ikhlas..." Seri pecah tawa kerana telah menyindir Marissa secara terang-terangan.

Merissa mencebik. Jelingan dihadiahkan. Ewah! lebih dah ni.

"Akak ikhlaslah! Tapi jadi lebih ikhlas lepas dapat ganjaran dari Tengku. Susah tau nak dapat. Seri pun tahu Tengku tu macam mana? Walaupun tanpa ganjaran, akak tetap kena buat."

"Dia bagi ganjaran apa kak?" Soal Seri langsung. Kalau tengok senyum Merissa sekarang ni tak mustahil ganjaran dia pun lumayan.

"Cash! 10k. Banyak kan?" Merissa dengan keningnya diangkat ke atas berkali-kali.

Seri telan air liur. "Banyaknya kak?!" Terus melopong Seri dibuatnya. Memang tak sayang duit betul la Mr.Aisberg ni. Sesenang itu je bagi duit pada orang?

"Kan! Tulah, aka pun tak sangka. Mula-mula akak ingat dia bergurau. Tapi semalam dia suruh akak check account bank. Tengok je dah ada 10k dalam tu. Terus akak rase nak lompat bintang. Dapatlah akak beli handbag baru nanti." Merissa tayang gigi. Dia dahlah tengah ushar satu beg LV ni. Tapi harganya mahal nak jerut leher. Sekali ada rezeki bergolek pulak. Terus rasa nak senyum panjang.

Seri ketawa mengekek melihat Merissa dengan gayanya. Kalau dilihat memang Merissa suka bergaya. Tengoklah sajalah rambutnya. Perang! Tapi hati baik tak apa.

"Oh hampir lupa. Nanti akak minta Hannif teman kita kenalkan Seri dengan staff-staff yang lain okay? Sekarang Seri take note jadual Tengku dulu. Kalau tak silap malam ni dia ada meeting kat luar." jelas Merissa.

"Okay kak." Seri menurut saja.

* * *

Selepas diperkenalkan kepada semua staf di Pasific View, Seri, Merissa dan Haniff kembali ke main office. Disebabkan sudah petang, jadi tak banyak benda yang boleh dibuat. Kata Kak Merissa hari ini mungkin sesi suai kenal saja. Selebihnya minggu depan baru akan ada kerja. Sebab hari ini hari Sabtu jadi ramai yang dah balik. Di Pacific View, hari sabtu pekerja hanya bekerja separuh hari saja.

Seri dibawa kesetiap department untuk mengenali setiap tujuan dan kepentingannya di Pacific View. Ternyata memang banyak yang perlu Seri ketahui. Dari main office hinggalah ke bahagian pengurusan makanan. Seri dibawa melihat sendiri bagaiman Pacific View beroperasi. Selain Merissa, Haniff juga turut sama membantu memberi penjelasan. Seri tidak meragui memang Pacific View sangat mementingkan kesempurnaan. Jadi tidak hairanlah nama hotel ini setanding dengan nama hotel-hotel yang terkemuka dia bandaraya Kuala Lumpur. Apa yang paling Seri bangga, Hotel ini baru saja mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam International Hospitality Award.

"So, anything to ask, Seri?" Soal Haniff sambil kami menuju kembali ke pejabat utama.

"So far everything was perfect for me. Just in case I'm unaware, I'll come back to you for sure."

"Apa pandangan Seri pasal hotel ni?" Soal Merissa pula.

"Jujur Seri tak ada pengalaman pasal pengurusan hotel, malah tak terfikir pun nak bekerja dekat hotel. Jadi Seri tak tahu nak comment apa. Cuma apa yang Seri perhatikan, hotel ni sangat menitik-beratkan perihal pekerjanya, kebersihan dan kesempurnaan."

"Seri jangan lupa hotel ini menghasilkan menu dan service yang terbaik antara hotel-hotel yang lain. Sebab itulah kami mengutamakan pendapat pelanggan. Apa yang pelanggan mahu, kami akan provide sehabis baik. Purata pengunjung ke hotel ini tahun lepas saja mencecah hampir 200 ribu orang. Tu tak termasuk dengan pengunjung yang hadir ke ceremonies atau functions. Oh ya, tak lama lagi hotel ini akan mengadakan convention besar-berasan tau. Penganjurnya dari Hong Kong. Time tu memang seluruh department akan sibuk. Sekarang persiapan pun dah siap hampir 98%." ujur Merissa dengan terperinci.

Haniff mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Merissa. "Kerja you tak susah pun kat sini. Just assist Merissa. Since Merissa is your head, so all your tasks would be given by her." Ujur Haniff.

Seri senyum mesra. "Faham En. Haniff. Saya suka kerja sini. Dan saya harap saya dapat menyumbang sedikit sebanyak bagi menaikkan lagi nama Pasific View." ujur Seri sekadar berhemah.

"Okay, anything yang tak faham atau ragu-ragu you can ask Merissa or me." balas Haniff lagi.

* * *

"Hello there..." sapa satu suara.

Seri pantas menoleh.

Ya Allah!

Dia ni lagi. Lelaki yang sejak awal lagi Merrisa sudah ingatkan agar berjaga-jaga.

Apa yang dia nak?

"Hai En.Badrul." Seri menyapa mesra. Tak mahu pula dikatakan sombong. Maklumlah lelaki ini memang berpengaruh selain pemegang saham Pacific View juga.

Penampilannya Seri lihat sekilas kemudian memandang tempat lain. From top to toe memang perfect. Kemeja purple yang bersarung dengan coat biru gelap dipadankan dengan tali tai biru laut. Badan not bad. Muka pun boleh tahan. Kening lebat dan tebal. Baru perasan anak mata dia kelabu. Macam mata kucing. Hidung mancung. Rambut yang hitam, lebat hanya disikat kebelakang. Sesuai dengan stail dia. Cuma perangai saja tak tahan.

Hantu!

Ni pun tak tahu apa yang dia nak.

"Patut la hari ni saya rasa terlebih excited nak ke sini, rupanya nak jumpa orang istimewa." Ujar Badrul dengan ayat godaannya.

Seri pandang ke sisi dan buat rolling eyes.

Uwek! Nak terkeluar anak tekak. Ni pun dah rasa nak lari dengar ayat dia.

Pesan Merissa masih terngiang-ngiang ditelinganya. Takkan aku nak hantar nyawa pada seekor lagi buaya? Cukup lah Zein sorang je yang buaya. Tak sanggup lagi nak tambah lagi satu koleksi buaya. Buaya yang sorang tu pun tak jinak-jinak lagi. Kemudian Seri toleh semula kehadapan menghadap Badrul.

"Oh ya? Siapa tu En. Badrul. Bertuahlah kan siapa yang dapat pikat hati En.Badrul ni." ujur Seri sekadar berbasa-basi. Kalau ikutkan malas betul mahu melayan gatal Badrul ni. Namun Seri juga tak mahu Zein dapat malu atas tindakannya. Jadi mahu tak mahu terpaksalah layan dulu selagi dia belum terlebih batas.

"Betul tu. Bertuah dapat orang macam I ni. Jawabnya hidup dia akan bermandi duit. Senang lenang. Tak payah fikir apa-apa. Makan pakai semua I provide. Tugas dia hanya layan I aje. Mudahkan? Badrul tayang senyum menggoda. "Dan... wanita yang ada depan mata I nilah yang I maksudkan." Sambungnya kembali.

Mencerlun mata Seri dibuatnya. Nak pura-pura terkejut ke apa? Bukan aku tak paham ayat kau tadi cuma tak sangka begitu cepat kau mengayat aku. Dasar buaya darat bercampur tembaga. Nasib aku dapat warning dari Merissa, kalau tak boleh terjerat juga dengan mulut bergula dia ni.

"Im sorry En. Badrul. I do appreciated apa yang En.Badrul katakan pada saya. But sorry sekali lagi saya betul-betul tak boleh. I'm married. Saya rasa ramai lagi gadis kat luar sana yang sesuai untuk En. Badrul. "

Badrul langsung tak hairan dengan apa yang Seri katakan. Dah kahwin? So what? Aku akan dapatkan apa yang aku nak. Tak dapat cara baik, aku akan dapatkan cara kasar. Selagi kau tak jadi milik aku jangan mimpi kau dapat lepas macam tu aje. Seri, you are mine.

"I just want you. I don't need other women replacing you by my side. Only you. I don't care you've taken or what so ever. I don't really care. At all!"

Memang sah dia ni jenis degil dan tak paham bahasa. Seri mengeluh berat. Kenapalah aku mesti jumpa orang-orang macam ni? Suka mengganggu hak orang lain. Padahal begitu ramai yang single di luar sana, kenapa mesti hak orang juga yang mahu dikejar? Sebelum ini Adam yang tak paham bahasa. Adam senyap, timbul pula Badrul. Same aje perangai dua-dua manusia ni.

"Unfortunately, I already said so. I'm sorry I have to be rude. But, this is what you should know. I'm not gonna betrayed my husband. I love him so much. I don't need another man replacing him too. So will you excuse me? I've work to do." Ujur Seri dan terus berlalu.

Badrul melepaskan berkali-kali tumbukan ke dinding. Dia tak peduli darah yang mengalir ditangannya.

Hatinya sangat sakit. Sakit kerana dirinya ditolak mentah-mentah oleh gadis itu. Malah lebih sakit dari sebelum-sebelumnya.

Inilah pertama kali dia rasakan sakit ditinggalkan seorang perempuan yang betul-betul menarik minatnya. Sebelum ini mana-mana wanita yang dia dingini pasti akan didapatkan, malah ada yang sengaja datang menyerahkan diri sendiri. Tak cukup dengan itu ada yang sanggup jadi perempuan simpanannya semata-mata tak mahu berpisah dengannya.

Jadi bagi Badrul, nilai seorang perempuan itu cukuplah murah. Sebut saja nama RM, GBP, USD, SGD, Euro, atau apa saja mata wang sekalipun pasti akan dapat menarik perempuan untuk mendekatinya. Kalau mahu dibandingkan kekayaan Zein dengan Badrul, tak jauh beza. Boleh kata sama kaya. Tapi bila dia tidak diterima oleh Seri, buat dia rasa tercabar sebagai lelaki.

"One day you would regret all of these." kata itu diungkapkan dalam hati.

* * *

Puas duduk, Seri baring. Puas baring, Seri meniarap. Namun kelibat Zein masih belum kelihatan. Sudah hampir 5 jam dia keluar namun masih belum pulang. Jam di dinding dijeling lagi.

1 pagi!

Kata meeting. Meeting apa sampai pukul 1 pagi? Dari rancangan cartoon sampailah ke rancangan sukan, Seri tonton dikaca TV namun batang hidung suaminya masih tak kunjung tiba.

Bosannya!

Tak tahu nak buat apa. Kemudian Seri angkat kaki ke menuju ke balconi. Tenang sungguh malam ni. Walaupun masih kedenganran hiruk-pikuk di bandaraya Kuala Lumpur, masih boleh buat Seri selesa. Dia ambil tempat duduk di kerusi yang disediakan di situ. Sambil merenung langit yang kelam, Seri menarik nafas sedalam-dalamnya.

Apa pengakhiran cerita aku dan Zein nanti?

Adakah dia akan terima aku ataupun sebaliknya?

Atau hanya aku saja yang akan berusaha untuk perkahwinan aku ini. Kalau tengok pada Zein sekarang, aku belum yakin dia akan terima aku dengan mudah. Keluhan dilepaskan lagi.

Tiba-tiba bunyi lonceng dari luar kedengaran. Seri bergegas pergi membuka pintu.

"Awak... Apa dah jadi ni? Kenapa berdarah sampai macam ni?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir mungil itu.

Namun Zein hanya diam tak mengeluarkan sebarang kata. Mukanya saja yang berkerut. Mungkin sakit itu tak dapat ditahan lagi. Darah masih tak berhenti menitis dari hidungnya.

Alangkah terperanjat bila dilihat hidung dan mulut Zein penuh dengan darah. Bukan setakat di hidung dan mulut saja, kemejanya juga sudah terpalit dengan darah.

Kelihatan Zein begitu lemah. Cemas sungguh bila melihat Zein hampir-hampir rebah di muka pintu namun cepat disambut oleh Seri. Biar pun berat digagahkan juga untuk membawa Zein masuk ke dalam rumah. Tangan Zein dibawa kelehernya dan tangan kananya merangkul pinggang suaminya. Penuh hati-hati tubuh itu dibawa ke sofa dan dibaringkan perlahan-lahan.

"Awak tunggu kejap..."

Kemudian Seri bergegas ke dapur mengambil besen berisi air suam dan kain untuk mengelap darah. Dengan penuh hati-hati Seri mengelap darah yang tak berhenti-henti mengalir dari hidung suaminya. Cemasnya saat ini hanya Allah saja yang tahu. Masakan tidak, tadi sebelum keluar rumah dia elok saja. Balik-balik sudah jadi begini. Badan Zein juga panas. Selepas siap mengelap semua darah dihidung dan dimulut Seri naik ketingkat atas untuk mengambil baju salinan untuk Zein.

"Awak boleh bangun tak? Saya nak salin baju awak dulu." pintanya. Baju Zein yang penuh darah itu harus direndam dulu sebelum dibasuh. Takkan pula dia nak tidur dengan baju yang berdarah begini.

Zein hanya mengerdipkan matanya dan perlahan-lahan bangun dengan bantuan dari Seri. Satu persatu butang kemeja Zein, Seri buka hingga butang yang terakhir. Kemudian baju itu ditanggalkan dari tubuh Zein dan diletak ketepi terlebih dahulu. Sebelum menyarungkan baju t-shirt yang dibawanya, Seri mengelap sedikit lekuk dada Zein yang turut terpalit darah. Setelah pasti tiada lagi darah ditubuh itu, barulah dia menyarungkan t-shirt hitam yang dibawanya bersama. Tubuh Zein yang lemah itu dibaringkan semula.

Sejak tadi Zein hanya memerhatikan perbuatan Seri padanya. Melihat kesungguhan Seri dalam menguruskan dirinya, Zein rasa terharu. Begini baik layanan dia pada aku. Sedangkan aku tak pernah layan dia dengan baik. Malah aku maki dia. Suami jenis apa aku ini?

Kesal bersarang dalam dada. Kerana seorang wanita yang tak layak aku cintai, Seri menerima segala kekejaman yang aku lakukan padanya. Bukan aku tak mahu membuka hati pada dia, tapi aku takut jika dia bakal tinggalkan aku sama seperti yang dilakukan oleh Munirah.

Melihat Zein terkebil-kebil begitu, Seri merapatkan dirinya." Awak nak saya call Uncle Kamarul tak?" Soalnya sambil memandang tepat ke anak mata Zain.

"No need. I'm okay." ringkas saja jawapan yang dikeluarkan oleh Zein.

"Okey... Tapi badan awak panas ni. Awak dah makan?"

"Belum..." Sama seperti tadi. Hanya beberapa patah saja ayat yang terkeluar dari mulut lelaki itu.

"Nak saya buatkan bubur ayam tak? Tak lama pun. Sekejap saya buat kan eh. Lepas tu baru makan ubat." Tak menunggu jawapan dari si suami, Seri terus bangun dari duduk simpulnya. Tapi Seri tak jadi melangkah bila ada tangan yang melingkari pergelangan tangannya. Tangan Zein yang berada disitu. Seri duduk kembali. Berkerut dahinya.

"Kenapa? Awak nak makan yang lain ke? Saya boleh masakkan." Masih soalan yang sama.

"Aku tak nak makan. Aku nak rehat."

"No. You have to eat. You look too pale. Just give me few minutes okay." Lembut Seri memujuk namun cukup tegas. Tangannya naik menyentuh pipi suaminya. Lalu diusap perlahan.

Saat melihat tiada bantahan dari Zein, Seri terus bangun dari duduk sebelum sebuah senyuman diberikan kepada lelaki itu.

Zein menghantar Seri dengan ekor matanya. Tak sampai hati menolak permintaan Seri tadi, walaupun dia betul-betul tak ada selera saat ini. Badannya yang terasa lemah didudukkan. Badan disandarkan pada kepala sofa. Kepala didongakkan ke atas agar darah dari hidungnya tak mengalir keluar. Suhu panas pada badannya sudah dirasa sewaktu di pejabat lagi. Tapi tak dijangka akan jadi begini teruk. Dia jarang terkena sakit, tapi kalau sekali sudah terkena. Sakit itu akan jadi teruk dan makan masa yang agak lama untuk sembuh. Mungkin sebab tekanan kerja yang membuatnya jadi begini. Rambut yang jatuh ke dahi Zein sika kebelakang. Mungkin juga dia terlalu dehydration memandangkan cuaca sekarang juga sangat panas. Belum lagi dia harus keluar masuk pejabat bagi menghadiri meeting di luar.

Zein terjaga dari lenanya bila rongga hidung terhidu bau yang datang dari arah dapur. Bau yang cukup membuat dia terluir. Tak lama kemudian Seri datang mendekatinya dengan membawa dulang ditangan. Di dalam dulang itu ada semangkuk bubur dan air putih.

Melihat dari bubur itu saja sudah buat Zein kecur air liur. Bubur itu sedikit kekuningan sambil diatasnya ada cebisan ayam dan hirisan daun bawang. Langsung mangkuk bubur itu dibawa keribanya. Lupa bubur itu masih lagi panas.

"Awak pa.." tak sempat Seri menghabiskan katanya sudu itu sudah masuk ke dalam mulut Zein. "nass..." sambung Seri kemudiannya.

Apa lagi... berdesir hebat Zein dibuatnya. Sudu juga sudah terlepas dari tangan. Kemudian dari tangan yang sama naik mengipas-ngipas bibir. Sambil mata melihat Seri sedang memandangnya.

Tadi kata tak ada selera ini dah macam orang kebulur. Bubur macam tu punya panas, relex je masuk dalam mulut.

"Awak kenapa tak tiup dulu? Kan panas tu? Tengok ni..." Seri dekatkan jarinya yang dilapisi tisu ke bibir Zein.

Zein mengaduh sakit. Memang sakit sungguh. Hari ini aku sekali lagi memalukan diri sendiri. Tak cukup kes pagi tadi, sekarang malam pun sama.

"Pedih eh?"

Zein mengangguk saja. Sudah malas mahu membuka mulut. Mulut pun tak tahulah dah macam mana bentuknya. Bengkak agaknya.

Bibir Zein yang sedikit merah itu, Seri sentuh dengan hujung jari. Nasib tak apa-apa. "Lain kali rasalah dulu, sebelum masukkan dalam mulut. Nasib bibir ni tak bengkak. Kalau dah bengkak kan susah saya nak cium." Seri menjawab sambil tergelak bila Zein berpaling tak melihatnya. Malu lah tu! Barupun aku ayat sikit.

"Saya suapkan?"

"Taknak lah panas." Zein baring semula. Mata pura-pura dipejamkan.

Hisy! Mengada-ngadanya. Suami siapa lah ni? Tak kan merajuk sebab salah sendiri. Aku pulak rasa nak ketawa terguling-guling kat sini. So inilah salah satu perangai Zein yang mama pernah beritahu dulu.

Zein manja. Inilah salah satu manja dia agaknya. Dah rupa budak-budak tak dapat mainan.

"Ala, janganlah macam tu... kesian saya dah masak untuk awak tau. Sampai terpotong jari sendiri sebab nak cepat. Makanlah sikit. Ke nak saya suapkan?" Dah serupa anak-anak Seri memujuk suaminya.

Dari membatu diri, Zein menoleh pantas bila Seri katakan jarinya luka. Ya, memang ada balutan handyplus dijari telunjuk sebelah kirinya. Zein lihat wajah itu dengan rasa bersalah. Sekali lagi Seri menambat hatinya.

Belum pernah Munirah memperlakukannya begini. Selalu aku yang menagih kasih dia. Nak minta perhatian dia pun susah. Jangankan nak suruh dia sediakan segala keperluan aku. Hidup dengan munirah awal 3 bulan sahaja bahagia, selebihnya aku yang beria-ia berusaha.

Tapi sekarang bila sudah ada yang sudi menjaga aku. Kenapa harus aku tegakkan benteng ego itu untuk terima dia?

Sebab dia perempuan kampung?

Tak layak untuk dapat cinta kau?

Terkadang aku mengaku status tu sangat penting, sebab status itulah yang membezakan kehidupan seseorang. Life orang kampung tak macam life orang bandar. Jauh berbeza. Pemikiran mereka juga sedikit mundur. Tapi bila aku tengok Seri, dia tak macam tu. Ya! Dia memang perempuan kampung, but in certain things, she has a lot more yang aku tak tahu. Dia senang adapt dengan suasana. Itu yang paling penting. Tengoklah sekarang, bersungguh-sunggh dia pujuk aku. Tak salah rasanya kalau aku hargai apa yang dia dah buat. Tangan pun dah terkerat sama.

Zein mengangkat kepala ke atas dan ke bawah sekali.

Seri mengoyak senyum gembira. Gembira tak terkata. Senang apabila Mr. Aisberg menerima pujukan darinya. Adakah dia sudah berlembut dengan aku?

Tanpa berlengah, Seri terus mengambil mangkuk yang masih penuh dengan bubur panas itu. Diceduk sesudu kemudian dibiarkan sejuk seketika sebelum disua ke bibir suaminya. Bagai menyuap anak-anak saja. Sesudu demi sesudu bubur itu masuk kedalam mulut Zein. Begitulah selanjutnya sehingga habis bubur di dalam mangkuk.

"Lepas habis ni awak makan ubat." ujur Seri sambil meletakkan mangkuk kosong kedulang disebelahnya.

"Kenapa kau baik dengan aku?" Soal Zein tiba-tiba.

Seri angkat sebelah kening. Soalan apa tu? "Salah ke saya buat baik dengan suami saya sendiri?"

"Tapi aku tak layan kau dengan baik selama ni. Aku selalu sakitkan hati kau. Tapi kau tak pernah layan aku teruk. Malah kau bersabar dengan aku. Apa yang kau nak sebenarnya? Atau kau ada muslihat lain? Kau nak rumah, kereta atau duit? Just named it. Aku boleh bagi."

Seri tertunduk ke lantai. Jari jemari saling bermain. Kata-kata Zein tadi baru saja menggores hatinya. Sampai begitu sekali dia tafsirkan layanan aku pada dia? Dia ingat aku hadap sangat ke harta duniawi dia tu. Aku cuma nak suami aku aje. Itu pun susah nak faham ke?

"Apa awak anggap saya ni? Pelacur ke? Atau perempuan yang selalu teman malam awak? I'm your wife. Your wife, Zein. Salah ke seorang isteri bagi layanan yang terbaik kepada suaminya? Salah? Sampaikan awak sanggup ukur keikhlasan saya dengan harta benda awak. Awak ingat saya ni kemaruk sangat nakkan harta awak yang tak habis makan tu?" Hambur Seri tanpa tertahan-tahan. Setetes demi setetes air matanya mengalir. Kata-kata Zein itu cukup menggores hatinya. Semakin lama semakin kuat tangisan itu.

Zein terhenyak dengan rasa bersalah. Makin bersalah bila mulut tak habis-habis mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya dia keluarkan. Hati kata lain, akal juga kata lain dan yang paling tak boleh tahan bila mulut berkata lain. Apa yang aku dah buat ni? Zein cengkam kuat rambutnya. Geram dengan tindakan sendiri. Kemudian dia raup wajahnya berkali-kali.

"Aku... aku tak bermaksud macam tu. Aku..."

"Lepas apa yang awak cakap semuanya, itu yang awak kata tak bermaksudkan? Oh! Please. Ada ke macam tu? Awak nak cakap hati, otak dengan mulut berlainan pendapat? Gitu? Hahahaha...." Seri ketawa bersama tangisnya yang masih bersama.

Zein memandang pelik. Tadi menangis ni ketawa pula. Zein apa kau dah buat. Anak orang dah gila sebabkan kau.

"Dahlah malas saya nak layan awak. Buat baik pun salah. I'm tired. Lama-lama saya boleh jadi gila kalau macam ni. Lepas tu awak sukalah kan. Awak boleh lepaskan saya." Sayu hati Seri dibuatnya. Seri bangun tak mahu berada disitu lama.

"Sebelum awak tidur, makan ubat tu dulu. Saya nak naik atas." Pesannya sebelum berlalu pergi. Membawa hati yang kecewa bila keikhlasan mahu ditukar dengan wang ringgit.

Zein terpempan dengan apa yang didengarnya. Kali ini dia benar-benar rasa bersalah. Dia meraup wajahnya.

Kusut betul hidupnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience