MHSA Bab 34.

Romance Completed 1165588

Seperti yang telah dijanjikan, tepat jam 8 malam hampir semua jemputan telah hadir. Deretan kereta memasuki perkarangan Grand Place Hotel masih tidak berhenti sejak jam 6 petang tadi. Pekerja hotel juga sibuk dengan tugas masing-masing. Setiap kali kereta berhenti di laluan utama, pintu kereta akan dibukakan oleh penyambut tetamu khas untuk acara ini. Majlisnya telah dihadiri tetamu jemputan yang terdiri VIP, anak-anak kenamaan dan berpangkat, rakan kerja M&W Boutique serta tak lupa wartawan dari stesen hiburan dan majalah. Melihat dari tetamu yang hadir pastinya majlis ini telah disusun dengan sebaiknya. 

Tengku Zein Luftman menggayakan tuxedo hitam dan kemeja putih dari jenama Prada. Zein juga memakai mask jenis eye masquerade. Eye masquerade masks terdapat dalam pelbagai jenis. Tapi pilihan yang Zein ambil adalah jenis Columbina. Topeng jenis seperti ini amatlah versatile dan mudah untuk digayakan. Ia akan melekap terus kebahagian kawasan mata tanpa kita perlu risau ia akan terjatuh. Kerana shadenya memang melekap elok di bahagian muka. Si pemakainya pula masih boleh dilihat dari bahagian hidung hingga ke bahagian dagu. Warna pilihan Zein pula adalah silver metallic. 

Manakala Seri pula memakai long sleeve dress two tones colour juga dari jenama yang sama. Mask yang Seri kenakan dari bentuk yang sama dengan Zein, Colombina. Cuma di mask ini ada satin ties yang boleh diikat terus di belakang kepala. Warnanya adalah black and silver glitter trellis dan bercorak swirl patterns. Kasut dan clutch yang Seri kenakan juga adalah dari koleksi Jimmy Choo. Kasut bewarna silver metallic dan clutch jenis compact yang bewarna purple. Juga dihiasi dengan kilauan batu berbentuk diamond. 

Zein turun terlebih diikuti oleh Seri. Saat Zein seiringan dengan Seri, Zein menguak lengannya. Melihat ruang kosong diantara lengan dan tepi rusuk Zein itu, Seri sudah tahu apa yang harus dilakukan. Terus tanggannya masuk menyauk lengan sasa suaminya. Zein memberikan senyuman kepada Seri sebelum mereka beriringan masuk ke ballroom.

Ketika tiba di perkarangan tangga, Seri berhenti dari mengatur langkahnya. Bila Zein rasa Seri kaku di situ, wajah isteri dipandang. Walau hanya dapat melihat bahagian mata dah bahagian bawah hidung saja, namun Zein tahu isterinya pasti gugup. Dan ini juga merupakan kali pertama Seri keacara seperti itu.

"Take a deep breath. Just follow my steps, okay?" Bisik Zein ke telinga Seri. Cuba meredakan gemuruh di hati sang isteri.

Bisikan Zein tadi seolah-olah memberi ketenangan di dada Seri. Nafas ditarik dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Kemudian Seri mengerdipkan kelopak matanya sekali menandakan dia sudah bersedia. 

Saat mereka beriringan menuruni anak tangga, semua lensa kamera tertuju ke arah mereka. Bukan setakat itu sahaja malah screen besar di ballroom itu juga turunya. Tidak dapat dielak, semua mata sudah tertumpu ke layar lebar itu dan ada juga yang melihat terus ke arah pasangan yang menjadi perhatian saat ini. 

"Awak... why we were in everyone's eyes? I'm really nervous right now. Boleh tak kita balik? Saya rasa macam tak boleh nak imbang badan dah ni." Itu cuma alasan Seri saja. Dia tak selesa bila mana semua mata tertumpu ke arah mereka. Melihat screen besar itu Seri bagaikan tak percaya apa yang dilihatnya. Bukan hanya Zein yang mereka fokuskan, malah dia juga sama. 

Dada Seri sudah berombak kencang. Semakin mereka sampai ke anak tangga paling bawah, semakin Seri rasa takut. Clutch digenggam kuat. Tangan yang masih melingkar di lengan Zein diperkemas. Takut berhadapan dengan suasana itu. Kaki sudah bagai berjalan atas angin. Terasa terumbang-ambing. Tapi masih mampu dikawal. Malu la kalau jatuh kat sini. Sudahlah dia jadi tumpuan. Walau mereka tidak kenal siapa aku, namun tak mustahil mereka kenal Tengku Zein Luftman.

"Remember what I'm telling you? Just take a deep breath..." Zein ulang ayat yang sama. Dia lempar senyuman pada tetamu yang masih melihat ke arah mereka. Genggaman tangan Seri di lengannya cuba dilegakan dengan sentuhan dari jari kirinya. Dia tahu Seri tak selesa. Boleh nampak dari raut wajah isterinya itu. Tapi dia mahu Seri terbiasa akan suasana ini. Kerana Seri sudah pun sebahagian dari hidupnya kini.

Aduh Zein! 

Senang kau cakap sedut nafas dalam-dalam. Yang takutnya aku. Yang gugupnya aku. Sekarang ni bukan susah nak sedut nafas je, aku dah rasa nak terkencing ni. Heels pun macam dah senget sebelah. Ada jugalah aku tersungkur kat sini. 

Allah! 

Beginikah kehidupan orang-orang kenamaan? Disajikan dengan kemewahan dan populariti. Memang bukan kehidupan aku langsung. Kenapalah aku tak tolak dari awal untuk ikut Zein ke acara ini. Sekarang nak menyesal pun tak guna. 

Selain menjadi perhatian, mulut-mulut tetamu lain juga sudah mula bergerak-gerak. Entah apa yang mereka katakan. Seri buat-buat tak pandang lautan manusia yang berada di hadapannya. Kerana makin dilihat, makin berpinang biji matanya. Nasiblah sebahagian mukanya diselindungi dengan columbina mask. Dapatlah menyorok sedikit rasa takut di hati. 

Seri ikut sahaja ke mana kaki Zein mengatur langkah. Mata-mata manusia masih tak lepas dari kami. Ada yang tersenyum suka dan ada yang senyum serupa minta penampar. 

Perasaan takut ini harus aku buang jauh. Demi Zein, Seri harus berusaha jadi yang terbaik. Saat kami tiba satu kumpulan lelaki yang rata-rata memakai baju lebih kurang sama dengan Zein, kaki kami berhenti. Bukan kerana aku yang mahu berhenti di situ. Tapi Zein yang mahukannya. 

"Hey bro. What's up?" Tanya salah seorang dari mereka berlima. Ada tiga orang wanita juga di situ. Masing mengenakan topeng yang sama jenis dengan kami. Cuma ada 1 dari 5 lelaki itu memakai topeng jenis full face.

Satu persatu perbualan mereka kemukakan, sehingga salah seorang dari 5 lelaki itu membisikkan sesuatu ke telinga Zein. Kemudian Zein tersenyum. 

"Well, let me introduce you to my beloved wife, Seri Ayuni." Akui lelaki berumur 29 tahun itu. Tangan Seri sudah masuk ke dalam genggamannya. 

"What!!!"

Itulah expresi yang mereka berikan. 

Terkejut. 

Mana tak terkejut tak ada El Nino, tak ada Tri-State Tornado tiba-tiba Zein mengaku dia  sudah mempunyai isteri. Kawan mana nak percaya? 

Bachelor in town is taken!

"Since when, bro? Kau diam-diam berisi kan? Makan nasi minyak tak jemput kita orang." Tanya lelaki berbaju biru gelap itu. 

Zein tertawa mendengar soalan itu. "Baru lagi. About 2 weeks ago. Wedding reception aku buat hujung minggu depan. Nanti aku edar kad. Make sure you guys are coming, kalau tak— Putus kawan!" Jawab Zein. 

Mereka berlima tertawa lepas. 

"Patutlah sorok... isteri cantik rupanya." Tambah salah seorang dari mereka lagi.

"Bukan sorok, cuma belum masa yang sesuai nak announce. Ni pun aku rasa dah tak selamat sebab semua mata terarah pada si dia aje. Macam isteri aku saja perempuan yang ada dalam majlis ni." Sekali lagi kenyataan Zein itu mengundang tawa di bibir rakan-rakannya. 

Zein terus diasak dengan pelbagai soalan oleh kawan-kawannya. Dengan tidak sedar salah seorang temannya itu telah menghunus tajam matanya ke arah Seri. Pemilik mata itu memang sejak tadi lagi memerhatikan wanita di samping Zein malah sejak mereka turun dari tangga lagi. 

Seri memerhatikan setiap wajah yang tersembungi di balik topeng pelbagai corak itu. Senyuman mereka masih dapat Seri lihat. Cuma ada satu lelaki di dalam kumpulan itu yang buat Seri rasa lemas dalam renungannya. Dari tadi juga dia banyak mendiamkan diri. Tak ada satu soalan pun yang keluar dari bibirnya. Full face mask yang dia kenakan ke wajahnya menyukarkan Seri untuk menyelongkar ingatannya. 

Seri jadi tidak selesa bila diperhatikan sebegitu rupa. Kemudian Seri bertindak melepaskan genggaman tangannya dari genggaman tangan Zein.

Zein tersedar atas tindakan Seri, lantas menoleh pada isterinya.

"Why? Need anything?" 

"Hmm... saya pergi sana kejap boleh? Awak pun masih banyak benda lagi nak cakap dengan kawan awak kan?" Seri tunjuk pada tempat yang dipenuhi dengan juadah pemanis mulut. 

"Okey, boleh. Just behave..." Beritahu Zein.

Apa?! 

Ayat apa tu? 

Dia suruh aku behave? Apa selama ni aku menggedik ke? Sekali aku luku kepala hang, baru hang tau!

Seri berlalu begitu saja. Masih tak puas hati dengan kata yang Zein berikan padanya. Sampai di tempat bahagian desert, Seri mengambil beberapa jenis pencuci mulut kemudian berlalu di meja yang masih kosong.

Hatinya masih terbakar dengan kata-kata Zein tadi. Terus diambil mini cheese tart lalu disumbat ke dalam mulutnya. Baru beberapa kunyahan, Seri disapa seseorang dari arah belakang. Langsung dia berpaling ke arah suara itu. Macam mana dia boleh kenal aku? 

It's impossible when we used a mask and someone recognizes it's you. 

Itu persoalan pertama yang hadir difikiran wanita muda itu.

"Do you know me?" Soal Seri tanpa tangguh.

"Aura you yang buat I tahu itu you. Sama macam sekarang. Walau you pakai topeng, I masih boleh kenal itu you." Jawab lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Seri kerut dahi. Mata difokuskan tepat ke mata lelaki itu. Dia juga memakai topeng jenis sama dengan Zein, cuma bewarna hitam penuh. Seri seperti kenal dengan mata itu. Suaranya juga sangat familiar. Is that him?

"Adrian! Is it you?!" Soal Seri sedikit kuat.

Kemudian bibir lelaki itu menyukir senyuman yang tersembunyi di dalam topeng mukanya. 

"That's my girl! Happy to see you here." Jawab Adrian sambil tangan sudah membuka mask yang dipakainya. Tak mahu lagi dia bersembunyi di sebalik topeng itu. Rimas!

"Nin shi he shei yi qilai de?" (Kamu dengan siapa?) Tanya gadis itu bila Adrian Tan sudah mengambil tempat duduk di hadapannya.

"Alone. This party really boring. No fun. Nasib baik you ada sini. Tak adalah I mati kebosanan. Adalah tempat nak mengusik." Adrian sudah tayang killer smile miliknya.

"Hisy! Kau ni... Kau ingat aku ni bahan mainan kau ke? Suka-suka je kan. Aku ni bini orang tau. Tak boleh nak kacau sangat. Kang tak pasal-pasal lebam muka kau nanti. Kau bukan tak tahu suami aku tu macam mana..." Seri beri amaran. Tapi kata-katanya tadi hanya gurauan semata. Cuma tak disangkal, Zein bakal salah tafsir akan kemesraan Adrian dengannya. Sedangkan buku yang Adrian bagi pun habis dicampaknya. Inikan pula tuan yang bagi buku.

"Before you jadi isteri dia, you're my friends. Tak salah kan kalau kawan nak bertanya kabar. Bukan I ajak wife dia masuk bilik." Kasar gurauan yang Adrian berikan pada Seri. Bibir nipisnya tersungging senyum sinis. Namun Adrian tetap berasa hati dengan kata wanita itu. Dia rasa Seri bagai menolaknya dalam diam. Pasti Zein telah menyuruh Seri menjauhi dirinya. 

Zein... Zein... kau masih tak ubah macam dulu. Kalau bab business, kau juaranya. But in love, you're useless. Kau tak yakin dengan cinta kau sendiri. Kesian sungguh I kat you, Seri. 

"Ian... sorry. Aku bukan apa, aku tak nak Zein fikir yang bukan-bukan pasal kita. Aku baru je baik dengan dia. Aku tak nak dengan kehadiran kau buat dia rasa insecure." Seri sedar akan kesilapan dalam pertuturannya. Adrian yang selalu ada dengan dia sewaktu susah dan senang. Takkan semudah itu dia menolak lelaki itu pergi dari hidupnya. 

Tak sedar, Adrian lepas keluhan. Nampak sangat you yang beria-ia nak kan dia, Seri. Apalah yang Zein ada yang tak ada pada aku? 

Obviously, Adrian. Kau tak sekaya dia, tak terkenal seperti dia. Lagi mau tanya ka? 

Tapi Seri bukan wanita seperti itu, yang mahukan harta semata. Dia tak padang semua tu. Namun persoalan itu hanya berani bermain di akal Adrian saja.

"Kalau macam tu tak ada apa yang perlu you risau. Dia pun tengah berseronok kat sana, tak peduli you sorang-sorang kat sini." Adrian bukan saja nak membakar hati Seri. Tapi Adrian dapat lihat, Zein seakan tidak peduli pada Seri. Seri kelihatan tidak selesa dengan suasana di majlis keraian ini. Memang Seri bukan jenis yang sukankan publisiti dan perhatian ramai. 

Seri diam. 

Gelisah bila orang lain lebih tahu gerak tubuhnya berbanding suaminya sendiri. 

Benar apa yang Adrian kata. Dah lah aku baru pertama kali datang ke majlis seperti ini. Dia boleh pula biarkan aku terkontang-kanting sendiri.

Keberadaan Zein dilihat dengan hujung mata kemudian beralih terus pada dessert yang berada di hadapannya. Mini cheese tart yang masih tinggal separuh ditangannya diletakkan kembali ke piring bewarna putih itu. Terus mati seleranya. 

Apa yang Seri lihat, Zein dikerumuni oleh gadis-gadis cantik. Malah bibir suaminya itu tidak pernah lekang dengan senyuman. Ada juga yang memegang lengan Zein dan Zein biarkan saja perbuatan itu. 

Jealous? Ya! Aku jealous. Mesra betul Zein dengan wanita-wanita itu. Lupakah dia pada isterinya ini?

Keluhan demi keluhan dilepaskan oleh Seri. 

"Adrian kau boleh tolong aku keluar dari parti ni? Aku rasa aku tak sesuai ada kat sinilah. Aku nak balik." Pinta Seri pada lelaki itu. 

Adrian bungkam. 

"Hey... Jaganlah macam ni. Apa yang Zein kata kalau you balik? You datang dengan dia, balik mesti dengan dia juga. Lagilah kejap lagi dia akan jadi perhatian media, mesti dia nak you ada sama." Jawab Adrian.

Ye ke dia perlukan aku? Kau tengoklah sekarang pun dia dah lupa aku. Dia lebih sibuk dengan kawan dia.  Katanya dalam hati.

"Well, how was Aunty Julian dan Uncle Yong? Are they fine?" Seri ubah soalan. Tak mahu terus-terusan berfikir mengenai Zein. 

"They're just all right. Ada juga tanya pasal you. Especially Uncle Yong. And the good news is, we all come to your wedding reception." Adrian pamer senyum. Itu yang dia ingin beritahu sejak tadi. 

"Really? Wah bestnya. Boleh la lepas rindu nanti." Wajahnya sudah berubah ceria bila mendengar berita itu.

"Dengan I taknak lepaskan rindu?" Soal Adrian pula. Mahu melihat reaksi Seri.

"Ian... don't start. We friend and that's all." 

Jeda.  

Kemudian Adrian ketawa riang. Kelakar betul Seri buat muka macam tu. Mesti Seri rasa bersalah. "Silly. I'm just fool you la. You ni pun. Serius sangat kenapa? Sejak bila tak boleh bergurau ni?" 

Seri mengangkat clutchnya tinggi. Seolah-olah mahu memukul Adrian. Tapi tidak jadi. Tak guna! Dia kenakan aku.

"Ni kau balik Kuantan malam ni juga ke?" Seri cuma bertenang. Buat tak tahu dengan apa yang Adrian katakan tadi. 

"No. I balik besok. Lepas ni I ada janji dengan orang lain pula." Jawab Adrian pula.

"Seri..." Sampuk satu suara yang datangnya dari arah depan.

Seri terus angkat muka. Dia terkejut dengan kehadiran lelaki itu. 

Tengku Adam Khaair! 

Dia pun ada di sini? Inilah yang Seri nak elak. Tapi itu juga yang terjadi. Terus Adam membuka topeng mukanya lalu disangkut dijari. 

"Tengku ada kat sini juga?" Tanya Seri. Soalan jenis apa tu Seri? Mestilah dia dijemput sama. Mesti dia kenal dengan owner W&M Boutique. Lagipun dia juga salah seorang ahli korporat yang berjaya. Mesti dia dijemput sama.

"Same as Zein. The owner W&M is my friend's too. And who you?" Tengku Adam Khair mulakan sesi siasatannya. Mata dan telunjuknya lurus menunjuk ke arah Adrian. Dia belum pernah melihat lelaki ini. Dia sejak tadi memerhatikan Seri dah lelaki ini. Cumanya Adam tak tahu siapa dia. Nampak Seri dan dia kenal satu sama lain.

"Tengku, kenalkan dia Adrian Tan, Adrian he is Tengku Adam, Zein's cousin." Beritahu Seri. 

Tengku Adam Khair dan Adrian Tan bersalaman buat seketika. Kemudian Adam ambil tempat kosong bersebelah dengan Adrian. Mereka berbual seketika. 

"Kerja gila betul Burn ni buat majlis macam ni. Entah apa lah yang dia fikir." Adam menggelengkan beberapa kali kepalanya. Dari mula dia dapat invitation card dia sudah dapat agak betapa bosannya parti ni nanti. Dan memang jangkaannya tepat. Yelah mana tak boring, nak bertegur siapa pun bukan nampak terus muka. Silap tegur, tak malu?

"Bukan majlis macam ni brings happening?" Adrian menambah soalan. Sejujurnya dia pun rasa benda yang sama. Kenapalah tema seperti ini yang Burn ambil. Sudahlah susah nak cam orang

"Honesty, I tak suka tema majlis ni. Tapi yelah siapa kita kan... Owner nak buat plus his partnership pun nakkan tema yang sama. And this is how they end up..." Jelas Adam dengan nada tak puas hati.

"Maksud Tenku, Zein ikut sama dalam perbincangan tema ni?" Soal Seri tiba-tiba setelah agak lama diam.

"Seri tahu?" Adam hantar mata pada Seri.

Seri hanya membalas jawapan itu dengan anggukkan. Adrian pula yang terpinga-pinga. Apa kaitan Zein dengan tema majlis ni?

"Tasya bagi tahu I. Zein dengan owner W&M collaborate with a new product." 

"Hmm... betullah tu. Abang pun tak sangka Zein minat dengan dunia fesyen ni. Sebelum ni pun minat dia dengan sport cars. Tak tahu pula sudah bertukar cita rasa."

Baru Adrian faham. "Actually, bagus juga ada side business ni. I pun nak juga ada business sendiri. And InsyaAllah, soon." ujur Adrian. Dia memang bercadang mahu membuka business sendiri. Sebab itu juga dia datang ke KL ni. Kawan yang akan menjadi partnernya mengajak dia berjumpa hari ini.

"Ye ke Ian? Bisnes apa?" soal seri teruja.

"Tengok lah nanti." Adrian senyum.

Tiba-tiba terdengar pengumunan dibuat. Semua tetamu yang hadir melarikan arahnya pada suara pengacara majlis. Seri juga melihat ke arah yang sama. Naik seorang lelaki yang cukup tampan yang sudah menanggalkan mask di wajahnya. Seri mencari kelibat Zein, tapi entah ke mana pula suaminya menghilang. 

Mungkin ini Burn yang Adam maksudkan tadi. Not bad. Memang semua kawan-kawan Adam dan Zein ni jenis-jenis badan ada 'bantal' ke? 

Habis ucapan dari pemilik W&M, naik pula seorang yang memang dari tadi Seri cari kelibatnya. 

Sewaktu si dia naik, bunyi suara-suara wanita riuh saling berbual sesama sendiri. Rata-rata mereka cukup kagum dengan Zein. Masih muda tapi sudah menempah nama. Kini melibatkan diri pula pada bidang perfesyenan. Dan yang paling tak sedap di dengar bila ada di antara mereka pasang niat untuk memiliki Zein. 

Woi! Kau tahu tak lelaki itu milik aku. Hisy! Geram lah. 

"Excuse me. Saya keluar ambil angin kejap." Alasan terpaksa Seri berikan. Sudah tak mampu menanggung rasa cemburu di dalam hati. Itu baru dengar bisik-bisik nakal. Kalau tengok dengan perbuatan macam mana?

Tak menunggu jawapan dari Adam dan Adrian, Seri terus angkat punggung. Dan tak semena-mena spotlight tertujah ke arah Seri. 

Seri pegun ditempat.

Apa ni?! Kenapa lampu diarahkan kepada aku? Aku buat apa? 

Soalan berlegar di kepala. Dan kini wajahnya sudah ada di screen besar ballroom itu. Lagi yang buat Seri hairan, bila Zein turun dari stage dan berjalan ala model runway kearahnya. Siap tangan kiri masuk kocek seluar lagi. 

Seri semakin bingung. Peluh hangat sudah terbit di dahi. 

Seri hantar padang pada Adrian dan Tengku Adam yang juga terkejut dengan aksi itu. Seri cuba mencari jawapan, namun melihat riak wajah mereka juga kosong, maka apa yang mampu Seri buat hanyalah berdiri sambil menunggu Zein hampir kepadanya. Mungkin mereka juga tak menyangka Zein akan berbuat begitu. 

Saat lelaki pujaan gadis itu rapat di hadapan Seri, semua mulut sudah bersorak. Sorak jenis yang bagaimana,  Seri tak peduli. Apa yang Seri peduli sekarang adalah apa yang terjadi sebenarnya? Otaknya beku dari berfikir. 

"What this is all about, Zein?" Soal Seri serius. 

"I just do what I have to do from the beginning." Kemudian mata sebelah kanan dikerdipkan. 

Apa? Seri masih bingung. 

"I only want everyone here to know that you belong to me." Kemudian Zein membawa kedua tanggannya kebelakang kepala Seri. Seri kaku terdiam. 

Zein meleraikan ikatan reben di topeng muka yang Seri pakai dan membuka perlahan-lahan topeng itu dan dijauhkan dari wajah isterinya. 

Saat topeng itu terlucut dari tempatnya, pihak media tidak membuang masa. Peluang keemasan yang mereka punya tidak mungkin di biarkan begitu sahaja. Entah berapa puluh gambar yang sudah dirakam oleh lensa kamera setiap wartawan yang hadir.

Seri jadi tak selesa dengan suasana itu. Pasti besok akan ada berita hangat dan tersebar luas. 

Saat Zein merangkul pinggangnya dan membawa rapat kesisi. Sekali lagi pihak media menjalankan tugasnya. Mereka juga tak mahu ketinggalan menyaksikan pasangan romantis itu. 

"Smile sayang," bisik Zein pada telinga isterinya. 

Seri terus ingat pesan Tasya. Sedikit demi sedikit dia lebarkan senyuman. Tak tahulah bagaimana rupanya saat ini. Walaupaun baru pertama kali berdepan dengan suasana ini, Seri harap dia tidak memalukan Zein. Acara yang terlalu mendadak ini, harusnya dia ketahui terlebih dahulu. Jadi tak lah begini jadinya. Culture Shock!

Usai acara mengambil gambar, mereka diajukan dengan pelbagai soalan pula. Yang pasti soalan itu menjurus kearah perkenalan mereka, sejak bila mereka kenal dan seawaktu dengannya. Zein yang paling banyak membuka mulut. Seri hanya jadi 'patung' yang berdiri tegak di sebelah Zein. 

Di suatu tempat lain. Ada hati yang sedang marah terluka atas pengakuan Zein itu. Pastilah itu Tengku Munirah. Dia tak menyangka Zein akan 'menayang' isteri barunya pada semua. Patutlah tadi aku tanya dia pasal Seri dia buat tak tahu saja. Rupanya ini sebabnya. 

Munirah mengambil air dan di minum rakus. Ah! aku tak boleh stay lama dekat sini. Lemas dengan pertunjukkan percuma itu. Asalnya sangat teruja cukup bila dia tahu Zein hadir ke majlis ini. Tapi keterujaannya itu tak lama. Sejak awal lelaki itu turun dari tangga bersama Seri lagi semua wartawan tak putus-putus melihat kearah mereka. Yang paling tidak disangka, screen besar di tengah dewan ini juga turut memaparkan wajah pasangan itu. 

Ah! Semak! Aku benci kau Zein. Kenapa dulu kau tak macam ni dengan aku? Kau tak pernah romantik macam ni dengan aku. Jadi salah ke aku cari orang lain untuk puaskan hati aku? Salah aku ke bila kau sendiri tak penuhi apa yang aku nak? Kenapa lepas kehadiran perempuan tu kau terus berubah macam ni? Aku cemburu dengan kemesraan kau sekarang, Zein. Aku nak kau yang sekarang. Aku tak peduli. Kau milik aku! Ronta hatinya.

Di sudut lain pula, seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka sudah menanam kebencian pada lelaki yang serba sempurna itu. Siapa lagi kalau bukan Badrul Huzaif Dato Harun. Mulanya dia terkejut bila Zein memperkenalkan wanita yang bernama Seri Ayuni itu isterinya. Badrul sangka hanya nama yang sama. Rupanya wajahnya juga sama dengan wanita yang sejak dari awal pertemuan mereka sudah buat dia tak tidur malam. Bila dia tahu siapa 'Seri Ayuni' yang sebenar pada Zein, dia rasa dadanya mahu meletup. Saban hari dia impikan wanita pujaannya itu. Rupanya pemiliknya adalah Zein sendiri. Tak guna kau Zein. Dari dulu kau tak habis-habis jadi batu penghalang untuk aku nakkan sesuatu. Mesti ada kau yang menjadi puncanya. Dalam diam lelaki itu sudah menyimpan dendam. Dendam yang semakin lama semakin tak bisa dipikul lagi. Kali ini aku takkan mengalah Zein. Kalau aku tak dapat dia, aku akan pastikan kau pun sama. Biar kita sama-sama berputih mata. 

"So macam mana seronok being famous?" Terus soalan Zein itu dibalas dengan jelingan dari Seri. 

Seronok jadi terkenal? Kau yang buat aku tetiba jadi famous, sekarang cakap macam aku yang nak sangat jadi famous. Can't believe this.

"Why won't you inform me earlier? At lease I have a chance to prepare myself." Soalan itu Seri keluarkan selepas semua wartawan hilang dari pandangan mereka. 

"Tak suka? I just want everyone to knows who's my lady. Salah ke?" Sebenarnya plan ini luar dari plan asal. Mulanya dia mahu Seri bersama-sama dengannya di atas stage selepas dia melancarkan product barunya bersama Burn. Tapi bila melihat isterinya sudah dikelilingin orang-orang yang tak asing lagi baginya. Hatinya jadi panas. Sampai dah tahap nak terbakar. Jadi beginilah hasilnya. Zein harap Burn paham kenapa aku bertindak sebegini rupa. 

"Salah tu tak, tapi Seri tak selesa. Takkan kau tak nampak?" Adam tiba-tiba masuk dalam perbualan suami isteri itu. Dia tak suka bila Zein tak habis-habis dengan tindakan gilanya. 

"Yes I agreed. Kau patutnya lebih faham isteri kau. Dia tak selesa dari tadi. Tapi kau biarkan je dia sorang. Nasib aku dengan Adrian ada teman dia. You know this is her first time." Celah Adrian pula. menyokong kata-kata Adam tadi. 

Hati Seri sudah meronta mahu menangis bila Adam dan Adrian masuk dalam perbualan mereka. Janganlah terjadi kekecohan lain pula kat sini.

"Well terpaksa buat. Sebab kat sini ramai sangat pengacau rumah tangga orang." Jawab zein bersahaja.

"Seri!" Jerit satu suara. 

Tasya! Seri pamer senyum yang sejak tadi hilang entah ke mana. Hilang gara-gara dua teruna di hadapannya ini. Bila melihat muka mereka, masing-masing tak rasa bersalah. Slumber je.

"Patut la I cari you tak jumpa." Sapa Tasya. Au! Buah hati I pun ada sini. Ni buat lebih excited ni.

"Tasya, I kenalkan you dengan Adrian. My friend." 

Tasya senyum pada lelaki berketurunan cina itu. Adrian mengangguk kecil membalas sapaan Tasya.

"Hey you guys dah makan belum? Kalau belum jom sekali. I pun dah lapar ni." Ajak Tasya.  

"Why not. I pun belum makan." Adrian bersetuju dengan cadangan Tasya.

"Adam you nak apa-apa tak? I boleh ambilkan." Pelawa Tasya pada lelaki berwajah ketat itu. 

"No. I can take it by myself." Jawabnya acuh tak acuh. 

Seri dan Tasya saling berpandangan satu sama lain. Aik bunyi macam merajuk saja. 

Tiba-tiba Adam bangun dari tempat duduknya. "Okay, got to go. See you next, Adrian, Zein and you too Seri." Cuma nama Tasya yang tak disebut. Hanya jelingan yang diberi. Kemudian Adam terus beredar.

Terus Seri tarik tangan Tasya menjauh sedikit. "Awat tu?" Tanya Seri pada Tasya.

"Not sure. Dia tak suka I ada diantara you guys tak?" 

"Atau dia jealous?"

Tasya terdiam. Biar betul? "Tak kan lah? Sejak bila dia pandai macam tum? Dia dengan Zein same je perangai tau. Tak pandai appreciate apa yang ada depan mata." Omel Tasya. "Kadang I nak giveup. Tengok lah tadi tu. Masam macam asam keping." Hamburnya tak buas hati. Sombong betul. 

"I have an idea." Seri sudah dengan rancangannya. 

"Apa?" soal tasya tak sabar. 

"Ehem!" Suara garau yang dibelakang memeranjatkan Tasya dan Seri. 

"Can I have my wife back." Ujur lelaki itu. 

Tasya juih bibir. "Hisy sibuk la you ni. Orang baru pinjam isteri dia kejap dah kecoh." Omel Tasya tak puas hati. 

"I nak ajak wife I balik." Kata Zein. 

Seri padang Zein. Aik tak tunggu habis majlis dulu ke? "Why? Kan majlis tak habis lagi. Makan pun belum." 

"Makan kat mana-mana boleh. Pasal majlis ni, part aku dah settle. Lagipun dah tak ada apa nak buat." Dingin saja suara itu menyapa gegendang telinga Seri. 

Oopss... 

"Kejap eh." Seri tinggalkan Zein dan menuju ke arah Adrian yang masih berada di meja tadi. "Adrian you boleh hantar Tasya balik tak nanti? Dia tak ada transport. Lagipun dah jauh malam ni."

Tasya tercengang. Apa? Kenapa? 

Adrian senyum dan mengangguk. 

Terus Seri tinggalkan dua sahabatnya tiu lalu kembali kepada suaminya yang bersama Tasya. "Ok dah settle. Tasya you balik dengan Adrian okey."

"Tak payah sibuk jadi match maker boleh tak? Biar dia orang settle hal dia orang sendiri." Amaran telah keluar dari mulut singa. Seri dipandang. Kemudian isterinya hanya tayang gigi. Pasti ada sesuatu yang dirancang oleh isterinya itu.

"Kenapa Seri?" Soal Tasya tak mengerti. Dari tadi dia bingung kenapa Seri menyuruhnya pulang bersama Adrian. Sedangkan bukan Adrian yang dia mahukan. Dia mahu Adam.

Kemudian Seri merapatkan wajah dan membisikkan sesuatu ketelinga Tasya. Tasya hanya mengangguk-angguk seperti burung belatuk. Tak semena-mesa senyum luas terpamer.

"Okay thanks babe. Appreciate sangat. Hati-hati ye."

Seri melangkah keluar dengan Zein dari dewan mewah itu. Saat mereka keluar sempat Seri pandang pada arah Tasya. Kelihatan Tasya sudah memulakan operasinya. Bagus. Lepas ni kita tengok, harimau masuk jerat ke tak.

"Jangan ingat sampai rumah nanti kau lepas. Ada benda aku nak kau jelaskan pada aku." 

Dush! Apakah itu? Nak jelaskan apa lagi?

To be continue...

Share this novel

LAVENDER SKY
2021-02-17 12:38:13 

Jemput baca guys Novel saya:YOU ARE MY DESTINY


NovelPlus Premium

The best ads free experience