Bab 7: Harapan

Romance Series 47385

Berbekalkan kudrat yang masih tersisa, Anisa melangkah menyelusuri jalan yang dia sendiri tidak tahu ke mana arah tujunya. Hari yang beransur gelap ditambah pula dengan cuaca mendung, membuatkan Anisa semakin risau mengenangkan nasib dirinya sebentar lagi.

Di mana dia mahu berteduh pada malam ini dan hari-hari berikutnya? Peluh dingin yang merintik ke dahi diseka dengan hujung lengan baju kurungnya.

Setelah beberapa jam berjalan tanpa henti, perut Anisa yang masih belum diisi sejak tengah hari mula berkeroncong. Dia memandang sayu beg kertas yang diberikan oleh jururawat di hospital petang tadi. Namun, seleranya mati kerana terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikirannya ketika itu.

Dengan perlahan, Anisa mengambil tempat di atas sebuah bangku berhampiran jalan raya . Apalah nasib, sepatutnya orang dalam pantang sepertinya tidak boleh merayau sesuka hati, lagi-lagi pada waktu malam.

Terkilan seketika tatkala memikirkan nasib dirinya pada saat itu. Suami yang mengadakan hubungan sulit dengan adik sendiri, keguguran cahaya mata yang ditunggu-tunggunya selama ini, dan diceraikan oleh lelaki yang pernah berjanji akan kekal bersamanya dalam apa jua keadaan.

Dalam masa beberapa jam sahaja, Anisa diuji dengan tiga kejadian yang berbeza oleh orang yang sama. Tersenyum hambar dia di situ. Satu pengajaran yang paling bermakna dalam hidupnya kerana terlalu mempercayai kata-kata seorang manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa, bergantung pada keadaan dan situasi.

Meliar bola mata Anisa mencari keberadaan tandas awam. Seharian dia tidak menukar pad yang sudah penuh dengan tumpahan darah nifas. Badan yang sudah melekit-lekit membuatkan Anisa berasa tidak selesa.

Hampir sahaja dia menumpahkan air mata kerana hidupnya seakan hilang arah. Dengan berbekalkan nafkah yang diberikan oleh Naufal selama dia bergelar isterinya, Anisa hanya mampu bertahan buat beberapa bulan sahaja di kota ini. Ditatap pilu tapak kaki yang terasa kebas kerana seharian berjalan tanpa henti.

Sedang dia asyik mengurut tapak kakinya yang mulai membengkak, tiba-tiba sebuah kereta mewah berhenti di hadapan Anisa lalu membunyikan hon. Anisa yang tersentak dengan bunyian nyaring itu terjerit kecil sebelum menatap tajam kenderaan tersebut dengan geram.

Langsung tangannya naik mengurut dada yang hampir sesak akibat kejutan yang tidak diduga itu. Anisa memicingkan anak mata ke arah kereta tersebut dengan pandangan pelik. Siapa pulak tu? Biasan cahaya daripada lampu kenderaan itu menyukarkan dia untuk melihat gerangan manusia di dalamnya.

Dengan perlahan, dia menurunkan tingkap di bahagian penumpang lalu memandang ke arah wanita yang juga sedang melihat ke arahnya. Kelihatan di sisi wanita itu terdapat sebuah bagasi. Terbit satu senyuman sinis pada wajah tampan Tengku Yazid. Naufal...Naufal, habis madu, sepah dibuang.

Aik, siapa pulak mamat ni? Duk tersengih-sengih pulak. Entah-entah psiko. Ya Allah, macam mana ni?! Debaran bertalu-talu berdendang dari dalam. Dengan pantas, Anisa mengangkat semula bagasi dan beg tangannya sebelum mengambil langkah besar menjauhi kereta berkenaan.

Namun, apa yang paling menyeramkan, kereta itu malah mengekorinya dari belakang. Anisa sehabis daya cuba mempercepatkan langkah namun dia tidak mampu kerana luka jahitan pada perutnya mula terasa pedih dan sakit.

Janganlah sampai jahitannya terbuka! Dia menguatkan semangat lalu meneruskan perjalanan. Dia mula dilanda kegusaran saat menyedari keadaan jalan di hadapannya, yang tidak lain, tidak bukan jalan mati. Anisa menggigit bibir bawahnya saat terdengar hamburan ketawa dari belakang. Pasti mamat tu ketawakan aku...

"Nur Anisa binti Zamri, bekas isteri Naufal Hazid Dato' Amran Khairudin. Buat apa sorang-sorang dekat sini?" Suara garau itu kedengaran cukup menakutkan pada pendengaran Anisa. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Dia berpusing ke belakang, menghadap lelaki yang tinggi lampai itu. Wuishh, tinggi mat! Kalah si Naufal. Sekali dengan pakej badan tegap berotot, dan...kacak!

"Masuk! I bawak you balik." Seusai memberikan arahan, lelaki itu langsung melangkah ke arah keretanya.

"Taknak! Encik ni siapa? Kenapa saya kena ikut Encik? Dan, macam mana Encik boleh tahu pasal saya?!" Soalnya dengan tegas. Tajam matanya menentang pandangan bengis Yazid.

"If you tak nak ikut, its okay. I boleh guna cara lain. Cara yang sedikit kasar but still hot and romantic." Senyuman nakal yang terbit pada bibir lelaki itu menimbulkan rasa tidak sedap hati dalam diri Anisa.

"Masuk, or i angkat you?!" Anisa masih kaku berdiri di tempat yang sama. Tidak berkelip memandang Yazid yang semakin menghampirinya. Lantas, pergelangan tangannya ditarik lalu tubuhnya ditolak masuk ke dalam kereta. Bagasinya pula dicampakkan ke tempat duduk belakang.

Sepanjang perjalanan Anisa tidak bersuara sedikitpun. Bimbang tersalah cakap, nanti berat pulak hukumannya!

Tadi, sewaktu Yazid memaksanya untuk memakai tali pinggang keledar, dia menolak sekerasnya malah cuba melawan dengan menggigit lengan lelaki itu.

Dan, kerana terlalu geram dengan kedegilan Anisa, Yazid terpaksa mengugut akan menjualnya pada bapa ayam jika dia berterusan berperangai seperti cicak kehilangan ekor.

Oleh itu, Anisa memilih untuk terus mengunci mulut. Sesekali dia melirik ke arah Yazid yang kelihatan dingin, sombong dan angkuh. Dia ni siapa? Ke mana dia nak bawa aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience