Bab 12: Diganggu

Romance Series 47385

Sedari dari tengah pagi lagi, Naufal sudah menunggu di hadapan gerai Anisa. Plan A tak jadi, kini dia beralih pula ke Plan B. Dia akan cuba macam-macam cara untuk melembutkan hati bekas isterinya. Usaha tidak mengkhianati hasil!

Alang-alang membantu, dia boleh memikat hati jandanya semula. Hanya itu sahaja cara yang ada supaya Anisa kembali semula kepadanya.

Yazid tersenyum sinis. Ringkas kata, meluat melihat senyuman yang menghiasi bibir Naufal. Yazid sedang memerhatikan setiap gerak geri lelaki itu dari sebalik teropongnya. Dia sudah berada di situ sejak tengah pagi, kerana dia tahu, Naufal pasti tidak akan berdiam diri.

Seingatnya tadi, Naufal akan muncul sedikit lewat berbanding mereka. Rupanya tidak. Lelaki itu tiba lebih awal dan mengambil tempat betul-betul di hadapan gerai Anisa. Entah kenapa, Yazid mula dihurung rasa cemburu.

Dia berpusing ke kanan, melihat Kamil yang sudah terlelap di kerusi pemandu. Ikutkan hati, mahu saja dia mengetuk kepala jejaka itu dengan teropongnya. Namun, apa boleh buat. Semuanya sudah terlambat. Salah dia juga. Sepatutnya dia memberikan arahan secara lebih terperinci. Kini, dia hanya mampu mengeluh dalam hati.

Yazid membetulkan duduk sebelum menarik Hoodie yang tersarung pada tubuhnya ke bawah. Setiap kali dia meluruskan belakang badan, Hoodie itu pasti akan ikut terangkat sehingga mendedahkan kawasan pinggangnya.

Semua ini terjadi gara-gara Kamil! Sekali lagi mulutnya melepaskan keluhan berat. Hoodie itu bukan setakat pendek, namun ketat sehingga dia sukar menarik nafas.

Malam tadi, Yazid membuang tenaga dengan menggeledah almari-almari bajunya demi mencari kemeja lama yang pernah diguna sewaktu dia masih di alam remaja.

Dia akui, kini gayanya lebih formal kerana faktor usia dan pengaruhnya di dunia luar. Namun, dia menemui jalan buntu kerana kesemua baju yang masih tersisa, sudah terlalu kecil jika dibandingkan dengan saiz badannya sekarang.

Dulu, dia hanyalah seorang remaja biasa yang tidak gemar bersenam. Kini, dia merupakan salah seorang kaki gim. Mustahil untuk dia memakai semula baju-baju lamanya, kerana otot-otot pejal yang tertimbul itu.

Waktu-waktu begini, pasti pusat beli-belah sudah ditutup. Jadi, apa sahaja jalan yang ada selain meminjam daripada seseorang. Tapi, di rumah itu, cuma ada Zida. Dan, mustahil Zida mempunyai baju-baju t-shirt lelaki.

Fikir punya fikir, akhirnya Yazid memutuskan untuk meminta bantuan daripada Kamil. Pasti jejaka itu memiliki baju yang dikehendakinya. Pinjam sehari, tiada apa kut. Esok lusa, akan dibelanja Si Kamil itu makan Marrybrown. Settle!

Dan, tengah malam itu, dia menghubungi Kamil untuk meminjam baju. "Hello, Mil..." Senyap. Tiada balasan dari sebelah sana. Yazid melihat semula skrin perantinya dengan hairan. Dia tidak salah nombor.

"Mil?! Are you there?" Dia menguatkan nada suaranya.

"Ah? Err...err ya...Ya Tuan? Kenapa call saya malam-malam ni?" Lah...tidur rupanya.

"Macam ni, pagi esok, bawa apa-apa baju yang sempoi. Senang sikit saya nak duduk dalam kereta. Boleh?" Sedetik, dua detik dan keadaan kembali senyap. Ini kalau budak Kamil ada di depan mata Yazid, pasti sudah lama dibaling dengan selipar. Boleh pula dia tidur waktu-waktu orang tengah bercakap!

"Kamil!" Sergah Yazid.

"Ah...ya, ya Tuan. Saya bawa esok." Yazid terus menamatkan talian sebelum mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil. Harap pagi esok, Kamil tidak lupa tentang hal ini. Dan, pagi itu pun tiba. Punyalah bersemangat Yazid mengeluarkan isi di dalam beg kertas pemberian Kamil, last-last, dia hanya mampu memejamkan mata, menenangkan diri yang hampir meletus dengan api kemarahan.

"Hoodie, kau bagi aku Mil?!" Pagi-pagi sudah buat moodnya terjunam ke dasar lautan pasifik. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga pakai baju itu kerana mereka akan terlambat ke gerai Anisa.

"Wow, sempat buka gallery. Mengimbau kenangan lama?" Sindir Yazid sambil memerhatikan Naufal melalui teropongnya. Hujung bibirnya terangkat.

Sementara itu, Naufal yang leka dengan telefon bimbitnya tidak menyedari bahawa ada mata-mata yang sedang memerhatikannya dari jauh.

"Harap Anisa bagi peluang dekat abang lagi sekali. Kali ni, abang janji, abang takkan hampakan Nisa macam dulu." Dia mengusap lembut skrin peranti yang sedang memaparkan gambar Anisa. Itu sahaja gambar yang ada di dalam galerinya kerana dia telah memadamkan kesemua kenangan mereka selepas penceraian.

Ketika dia semakin hanyut dalam perasaan, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lantas, Naufal berdecit kecewa saat melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin. Malas-malas dia menarik butang 'Terima' sebelum melekapkan peranti itu ke telinga.

"Nak apa?! Pagi-pagi dah kacau hidup aku!" Semburnya dengan berang.

"Saja. So, what are you up to? Pagi-pagi dah terpacak depan gerai. Nak buka kedai nasi lemak ke?" Perli Yazid sebelum terkekek geli hati. Dia dapat lihat perubahan pada wajah Naufal melalui teropong.

Naufal mula diserang rasa tidak sedap hati. Bola matanya meliar memerhatikan sekeliling. Mana dia tahu aku ada di depan gerai Anisa? Dia berpusing-pusing di situ, mencari keberadaan Yazid. Di mana dia bersembunyi?

"Kau intip aku?!" Nadanya berubah. Naufal semakin hilang sabar dengan Yazid.

"Well, not exactly. Saja, nak tengok tahap angau kau sampai mana." Hanya bunyi dengusan Naufal yang kedengaran. Yazid tersenyum nipis.

"Do you know, haram bagi seorang lelaki, menyimpan apatah lagi melihat gambar seorang wanita yang bukan mahramnya?" Naufal terkedu. Mana dia tahu semua ni? Dia mendongak ke atas, memandang atap gerai yang kosong. Tiada apa di situ.

"Tak perlu cari aku. Kau takkan jumpa." Ujarnya sebelum memutuskan panggilan.

"Bapa borek, anak rintik." Yazid berpaling ke arah Kamil yang sedang berdengkur. If only he knows the truth. Bisiknya sebelum tersenyum kelat.

"Bangsat!" Maki Naufal sebelum masuk ke dalam keretanya. Dia terus menghidupkan enjin sebelum memecut meninggalkan tapak perniagaan dengan sebal. Stereng kereta dihentak kuat, melepaskan rasa tidak puas hati terhadap Yazid. Kenapa kau sering menganggu aku?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience