Kerana Sayang

Cassandra Dicentra

Romance Series 47385
5
(239 ratings)

Synopsis

Anisa rela mengorbankan masa mudanya demi kesenangan Raihana. Pelajaran ditinggalkan separuh jalan, dia tumpukan sepenuh perhatian dalam mencari nafkah demi menyara keluarga. Cinta? Kahwin? Anak? Dia tiada masa untuk memikirkan semua itu. Fokusnya, adalah kebahagiaan Raihana semata-mata. Namun, sedegil-degil dirinya, Anisa tetap tewas apabila dirinya didekati oleh Naufal. Perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka, mulai goyah dengan kehadiran pihak ketiga, yang tak lain, tak bukan adiknya sendiri, Raihana. Dirampasnya cinta Naufal terhadap Anisa lalu dibuang darah daging sendiri demi kepentingan diri. Kekurangan yang ada pada diri Anisa membuatkan Naufal berasa bosan dan berpaling tadah pada Raihana yang ternyata jauh lebih sempurna berbanding isterinya. Kenapa dia tidak nampak perkara ini awal-awal dulu? Jika diberi pilihan buat kali kedua dan ketiga atau kali keseterusnya, pasti dia akan memilih Raihana sebagai pasangan hidup. "Do you wanna know why? Because she is perfect." Ketika dia mencari jalan untuk meneruskan hidup di bandar yang cukup asing keseorangan, Tengku Yazid memunculkan diri, dengan membawa cinta yang tulus dan menjanjikan kebahagiaan mutlak buat Anisa. Mampukah hatinya yang terluka itu sembuh dengan kehadiran Tengku Yazid? Atau, cinta yang dijanjikan oleh lelaki itu bakal disiakan oleh Anisa, demi ketenangan jiwa, setelah berkali-kali disakiti oleh orang tersayang? Warning: -Mature content(18+) -Nama watak, nama tempat, situasi dan kejadian di dalam karya ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak mahupun individu. -Just a cliche story Gambar latar belakang mungkin 'ter'sama dengan karya penulis lain(jika ada sila bagitau, saya akan ubah kpd background baharu ^^) Gambar background- Free download from Freepik *Hasil karya berasaskan kreativiti penulis sendiri, tiada penggunaan mahupun peniruan dari mana-mana penulisan orang lain. #slowupdate Published date: 16/3/2023 Ended: 31/3/2023


Share this novel

Rate this story


Comments

Cassandra Dicentra
2024-06-11 

Setelah sekian lama, saya upload special chapter utk story ni. Jangan lupa support ye...Chapter istimewa utk story ni, mungkin dlm 4/5 sahaja, tak banyak.

Nurbaya
2024-02-13  1 Replies

Tahniah author. Best best. Zalimnya Arman

sapurah Izan
2024-01-21  1 Replies

tahniah . best ceritanya pengakhiran yg bahagia

Cassandra Dicentra

364 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience