Epilog

Romance Series 47385

Anisa mengalihkan tangan yang merangkul erat pinggangnya ke tepi. Lantas dia bangun untuk membersihkan diri. Bibirnya mengukir senyuman saat melihat bekas-bekas merah yang menodai bahagian dada dan lehernya pada pantulan cermin.

Tuala dicapai lalu dililitkan pada tubuh sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Bunyi pancuran air mengejutkan Yazid dari lenanya.

Penat melayan bahtera perkahwinan bersama isteri tercinta pada malam semalam. Sambil menyungging senyuman nakal, dia bangun dari katil lalu bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh.

"Ish, abang!" Anisa yang baru keluar dari bilik air terpana melihat Yazid yang sedang berdiri di hadapannya tanpa seurat benang. Segera dia menutup matanya dengan tuala kecil di tangan.

Yazid terkekek melihat gelagat isteri yang masih malu-malu. Malam semalam bukan main lagi, ganas dan seksi. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh Anisa sebelum mencempung wanita itu, menuju ke arah katil.

"Abang, orang dah ambil air sembahyanglah." Rungutnya sambil menolak lembut bahu Yazid. Tuala yang menutupi separuh badannya ditarik kasar lalu dicampakkan ke atas lantai.

"Ada masa lagi. Awal lagi ni. Baru pukul 5." Bibir basah isterinya dipagut rakus tanpa memberikan ruang kepada Anisa untuk melarikan diri. Kedua tangan Anisa dikunci rapat agar wanita itu tidak melawan.

"Hana okay?" Mata terarah pada seorang wanita yang sedang duduk membelakangi kereta mereka di sebuah taman. Taman rekreasi itu kelihatan sunyi tanpa pengunjung. Mungkin kerana bukan hari minggu, jadi tidak ramai yang bersiar di situ.

"Okay. Hana okay. Hana tak nak benda ni berlarutan sampai bila-bila." Anggukan daripada Raihana menyakinkan Naufal untuk membenarkan wanita itu bertemu dengan Anisa.

Perlahan Raihana melepaskan tali pinggang keledar sebelum melangkah keluar dari kereta Naufal. Satu persatu langkah diambil, mendekati Anisa yang masih belum menyedari kehadirannya.

"Assalammualaikum." Pantas kepala Anisa berpaling ke belakang sebelum terkedu dengan kehadiran seseorang yang tidak dia jangka.

Langsung keruh air mukanya. Pagi tadi, Naufal menghubungi Yazid untuk berjumpa Anisa di taman ini. Katanya untuk memohon maaf mengenai kejadian tempoh hari.

Yang hairannya, Yazid malah membenarkan Anisa bertemu seterunya tanpa berfikir panjang. Dan sekarang, tahulah dia mengapa Naufal mengajaknya berjumpa dan Encik Suami memberikan 'green light' dengan mudah.

Gugup Anisa membalas salam itu. Dalam hati sedikit terpegun melihat perubahan Raihana. Bertudung litup serta mengenakan sehelai jubah labuh yang menutupi setiap inci tubuhnya dengan sempurna.

"Waalaikummusalam." Anisa berasa kekok untuk bertentang mata dengan Raihana. Entah mengapa, jiwanya meronta untuk segera beredar dari situ.

Meliar bola matanya mencari keberadaan Yazid, namun lelaki itu tidak kelihatan di mana-mana. Anisa mengeluh dalam hampa. Nampaknya, kedua lelaki itu sudah lama merancang pertemuan ini tanpa pengetahuannya.

"Maaf, kalau Hana ganggu kakak." Ujar Raihana dengan lembut.

"Aah...takde apa. Duduklah." Melihat Raihana yang masih lagi berdiri membuatkan hati kecilnya jatuh kasihan, lagi-lagi dalam keadaannya yang sedang berbadan dua.

"Terima kasih." Raihana mengambil tempat di sebelah Anisa dengan tenang. Nafas ditarik dalam sebelum dihela perlahan. Masih mencari kekuatan untuk menjelaskan semuanya kepada Anisa. Semakin berdebar rasanya saat Anisa memakukan pandangan tepat ke wajahnya.

"Akak apa khabar?" Walaupun masih dibelenggu ketakutan, Raihana memaksa diri untuk membalas tatapan Anisa.

"Baik. Alhamdulillah. Hana?" Sekadar berbasa-basi. Mahu berdiam diri, tidak sampai hati.

"Baik jugak. Alhamdulillah. Happy Hana tengok akak macam ni. Hana dengar akak dah kahwin. Selamat pengantin baru." Ucapnya sambil tersenyum. Namun, senyumannya terus mati kerana kebisuan Anisa secara tiba-tiba itu.

"Err...sebenarnya, Hana yang ajak akak jumpa dekat sini." Tidak mahu Anisa terus berburuk sangka terhadap Yazid mahupun Naufal. Raihana menyambung kembali.

"Akak, Hana nak mintak maaf dengan akak atas segala dosa yang Hana dah buat dulu. Hana tahu, Hana sedar, bukan mudah nak lupakan semua kesakitan yang pernah akak lalui disebabkan perbuatan Hana. Lagi-lagi, sebabkan Hana, akak hilang cinta abang Naufal, dengan bayi dalam kandungan akak. Hana...Hana berdosa dengan mak, dengan akak, dengan abang Naufal. Hana perempuan jahat." Esakannya meleburkan sedikit kekerasan hati Anisa.

Semarah mana pun dia terhadap Raihana, dia masih menyayangi adiknya. Walaupun terasa sukar untuk melupakan segala pengkhianatan yang pernah Raihana lakukan sebelum ini, namun Anisa cuba untuk memaafkan, supaya hatinya lebih tenang.

Dia percaya, jika bukan sekarang, suatu masa nanti, dia akan mampu menerima Raihana dengan hati yang terbuka. Ditarik tubuh adiknya itu ke dalam dakapan.

"Shu...tak baik cakap macam tu. Anak Hana tengah dengar. Jaga kandungan Hana elok-elok, bertaubatlah atas segala salah silap kamu pada Dia. Hanya Dia yang tahu, apa yang terkandung dalam hati setiap hamba-Nya. Jangan sesekali kecewakan mak lepas ni. Jadi isteri yang baik untuk suami kamu." Tanpa sedar, air matanya juga turut menitis ke pipi.

Dari jauh, Naufal dan Yazid menjadi pemerhati setia. Masing-masing berbalas pandangan sebelum tersenyum.

"Papa macam mana?" Pemandangan tasik yang menenangkan menjadi tatapan mereka berdua. Sementara menunggu isteri-isteri mereka berbual, mereka memutuskan untuk berehat di sini dahulu.

"He is fine. Selalu tanya pasal kau...dan Kamil." Jawab Naufal lalu menoleh sekilas ke arah Yazid.

"Kamil, aku dah serahkan jawatan selayaknya untuk dia di syarikat aku. He deserves it." Ujar Yazid sebelum melepaskan keluhan.

"Kau masih marahkan papa dengan mama?" Pertanyaan itu terlalu sukar untuk Yazid jawab. Bimbang akan ada hati yang terluka dengan butir katanya. Sejahat-jahat Husna, wanita itu masih menjalankan tugasnya sebagai seorang ibu tiri dengan baik. Segala keperluannya diuruskan dengan sempurna sehingga ke hari ini.

"Entah. Susah aku nak lupakan kisah lama tu..." Lolos satu keluhan berat daripada mulut Yazid saat mengenangkan insiden yang telah mengubah hampir keseluruhan jalan hidupnya.

Kerana insiden itu jugalah, dia tidak mahu berhadapan dengan Dato' Amran. Pengkhianatan yang pernah lelaki itu lakukan pada ibunya, menjadikan Yazid benci untuk mengelar Amran, sebagai ayah.

"Saya ceraikan awak talak tiga! Awak boleh keluar dari rumah ni. Saya taknak isteri saya tertekan lagi." Aini terdiam. Dia sudah menjangka perkara ini akan berlaku sejurus selepas isteri mudanya melahirkan. Dia akur jika ini ketentuan yang tertulis buat dirinya. Dengan lemah, dia menghampiri Amran.

"Aini akan pergi dari hidup abang, tapi macam mana dengan Yazid? Yazid tak salah bang. Dia perlukan abang, kalau dia ikut Aini, hidup dia akan musnah." Hidupnya sendiri tidak terurus, anak yatim piatu, tiada pekerjaan malah tiada tempat untuk dituju, ditambah pula dengan penyakit yang mungkin boleh meragut nyawanya pada bila-bila masa, bagaimana dia mahu menjaga anaknya itu.

"Yazid akan tinggal bersama abang di sini. Saya taknak awak datang tengok Yazid lagi." Dingin dan tegas. Aini mencapai beg pakaiannya lalu menghampiri Yazid yang baru berusia 5 tahun pada ketika itu. Anak kecil itu terkial-kial melihat wajah ibu dan bapanya silih ganti. Fahamlah dia bahawa bapanya sudah menghalau ibunya keluar.

"Yazid anak mak, sini. Jaga diri kamu, jangan tinggal solat...jadi anak yang baik untuk papa ya..." Pipi Yazid dielus lembut. Air mata jatuh menangisi nasib diri. Mungkin ini kali terakhir aku mampu menatap wajahmu, nak. Maafkan ibu. Tinggallah bersama ayahmu, dan jadilah anak yang baik.

"Kau tak perlu nak racun anak aku Aini. Kau sedia tahu apa tujuan aku nak kahwin dengan kau dulu. Untuk zuriat. Sekarang Husna dah lahirkan anak untuk aku. Kau dah tak diperlukan di sini. Pergilah cari kebahagiaan kau." Halau Amran. Pintu masuk sudah dibuka luas.

"Jangan ulang kesilapan yang sama bang. Jangan sesekali ulang kesilapan yang sama dan sakiti hati mana-mana perempuan!"

"Keluar!" Malam itu, dengan membawa hati yang pilu, Aini keluar dari rumah yang pernah didiaminya selama 6 tahun. Dengan langkah berat, dia membawa dirinya jauh dari hidup Yazid. Anak kecil itu hanya mampu melihat pemergian ibunya tanpa mampu berbuat apa-apa. Itulah, kali terakhir dia melihat wajah ibunya, sebelum ibunya disahkan......

"Ish, kau memang dasar betina tak guna kan?! Aku upah kau untuk jaga anak-anak aku, tapi kau pergi gatal sangat tidur dengan Amran tu dah kenapa! Siap mengandung lagi!" Tempik Husna. Rambut pembantu rumahnya itu ditarik kuat sehingga tubuhnya ikut terseret ke belakang.

"Ma...maaf datin. Mila tak salah. Mila kena paksa. Mila..." Sambil menahan kesakitan, mulut wanita itu tidak henti dari memohon maaf daripada Husna.

Pang!

Amila menekup pipinya yang perit. Menyesal sekali rasanya kerana bekerja di rumah manusia-manusia berhati batu seperti mereka. Dari jauh, Yazid memerhati kejadian itu sambil mengepal penumbuknya dengan geram.

"Kau jangan ingat aku tak tahu. Perempuan miskin macam kau, memang tak boleh tengok lelaki kaya sikit, dah jual maruah!"

"Tak datin, sumpah saya tak buat semua tu..." Hanya mampu meraih simpati daripada wanita angkuh dan bongkak itu. Amran pula menghilang dari tadi. Takut menerima nasib yang sama seperti Amila.

"Keluar! Keluar aku cakap."

"Maafkan saya Mila, saya salah dengan awak. Saya mabuk masa tu sampai tak sedar apa-apa. Saya minta maaf. Saya akan bertanggungjawab ke atas anak ni." Rayu Amran.

"Saya tak perlukan ehsan sesiapa untuk besarkan anak saya. Saya tahu macam mana nak jaga dia. Tolong balik sekarang! Saya taknak Datin datang ganggu hidup kami lagi. Kamil bukan anak Dato, tapi anak saya." Tubuh lelaki itu ditolak kuat supaya segera beredar dari rumahnya. Hendak melihat mukanya pun tidak sanggup. Kau rosakkan hidup aku, dan sekarang melafazkan janji-janji yang kau sendiri tidak tahu sama ada boleh tunaikan ataupun tidak.

"Sayang okay ke?" Jemari mereka bertaut erat. Membalas tatapan sambil menyungging senyuman manis.

"Okay. Nisa okay. Lega hati ni. Rasa tenang je." Wajah suaminya dielus lembut sebelum satu kucupan hangat hinggap pada bibir Yazid. Terpana seketika lelaki itu. Semakin berani isteri aku ni...

"Sayang bahagia dengan abang?" Leher jinjang Anisa menjadi mangsa sandaran.

"Bahagia. Terlalu bahagia." Dibawa tangan Yazid ke bibir, lalu dilabuhkan pula satu ciuman halus di situ.

"Jadi ke balik kampung esok?" Belakang Anisa diusap lembut. Perut yang semakin membesar itu semakin jelas kelihatan.

"Jadi. Rindu mak. Dah lama tak jenguk dia." Jeda.

"Abang, apa yang buat abang sanggup tunggu Nisa sampai sekarang?" Ditenung dalam anak mata Yazid. Lama, cukup lama sehingga air matanya mula bertakung. Terharu kerana lelaki itu sanggup menunggu dirinya selama ini.

"Kerana sayang. Kerana sayang abang terhadap Nisa tiada sempadannya." Ayat yang meniti dari bibir lelaki itu, benar-benar menyentuh perasaan Anisa. Semua penderitaan yang pernah dilaluinya selama ini, rupanya mempunyai hikmah. Hikmah bertemu dengan seorang lelaki sebaik Tengku Yazid.

TAMAT

tamat sudahhh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience