Sudah hampir setengah jam, Anisa terpacak umpama patung cendana di hadapan Yazid. Lelaki itu kelihatan begitu serius mencari keberadaan kain pelikat yang pernah digunakannya beberapa tahun yang lalu.
Ketika dalam perjalanan, Yazid menyedari pergerakan Anisa yang sepertinya tidak senang duduk. Apabila disoal, wanita itu malah berdiam diri. Selang beberapa minit, baru dia berani bersuara.
"Encik, boleh tak turunkan saya dekat mana-mana tempat yang ada tandas? Saya...saya nak tukar baju." Redup matanya memandang wajah dingin lelaki itu.
Berharap agar Yazid berlembut hati untuk menurunkannya di mata-mata tandas awam. Namun, Yazid tidak memberikan apa-apa reaksi mahupun jawapan.
"Tukar baju?" Akhirnya, Yazid mengeluarkan suara. Dia perhatikan Anisa atas bawah dengan kerutan di dahi. Elok aje aku tengok pakaian dia ni. Apasal sampai nak kena tukar pulak? Fikirnya.
Namun, melihat mata Anisa yang sedang berkaca-kaca, Yazid tidak jadi bertanya lanjut.
Aduh, macam mana aku nak jelaskan pada dia tentang masalah aku? Dia boleh faham ke?
"Encik, kain...kain saya dah basah." Katanya dengan teragak-agak.
"Takpe, tahan kejap. Lagi 2 minit sampai. Perempuan dalam pantang, mana boleh merayau sesuka hati malam-malam macam ni. Nanti kat rumah aku, kau boleh bersihkan diri." Jawab Yazid sebelum dia memecutkan keretanya ke rumah.
Jadi, Yazid juga memiliki sebuah apartmen, sama seperti bekas suaminya. Ketika itu, dia mula diserang satu rasa yang tidak enak.
"Encik, nak bawak saya ke rumah Encik ke?" Yazid mengangguk, mengiyakan pertanyaannya.
"Tapi..." Dia tidak mampu meneruskan kata-katanya apabila Yazid memberhentikan keretanya di kotak parkir.
Ini kalau sesiapa ternampak, pasti heboh satu negara. Anisa yakin bahawa Yazid bukan calang-calang orang. Pasti seseorang yang bekerjaya profesional atau mungkin juga seorang yang berpengaruh dan disegani orang ramai.
"Aku ni, takdelah jahil sangat, sampai tak tahu hukum agama, dosa pahala tu semua. Dekat rumah tu, ada pembantu rumah sekali. Perempuan tua. Jadi, tak perlu risau. Aku nak rogol kau ni pun, bukannya boleh. Kau dalam pantang." Anisa tercengang mendengarnya.
"Jadi maksud Encik, Encik akan rogol saya lepas saya habis pantang?!" Laju ayat itu terpacul keluar daripada mulut Anisa. Pandangan redup dilemparkan ke arah Yazid. Ini dah macam kes keluar mulut singa, masuk mulut buaya.
"Kau ni, kalau aku hempuk dengan luggage dekat belakang tu, tak pasal-pasal pengsan on the spot. Aku ni bukan spesies macam ex husband kau. Aku cuma nak tolong kau je. Tadi aku on the way balik rumah, and saw you at the road side. Sementara kau terkapai-kapai tanpa arah tuju ni, stay dulu di rumah aku. Free of charge!" Lantas, dia memusingkan tubuhnya, menghadap Anisa yang masih kelihatan gementar.
"Tapi, kenapa? Kenapa Encik kena tolong saya? Apa yang Encik dapat?" Siapa je sanggup menolong orang seperti dirinya tanpa mengharap apa-apa balasan pada zaman ini? Dari luaran, Yazid kelihatan seperti seorang ketua mafia yang kacak dengan raut wajahnya yang angkuh dan sombong.
Jangan-jangan bapa ayam? Jaga aku sampai habis pantang, lepas tu jual aku dekat mana-mana. Kecut perutnya tika memikirkan kemungkinan itu.
Sementara, Yazid tidak menjawab soalan Anisa. Sebaliknya, dia keluar dari kereta sebelum membawa keluar bagasi Anisa dari tempat duduk belakang.
Tingkap bahagian penumpang diketuk dari luar. Anisa melemparkan pandangan kosong pada Yazid. Patutkah dia ikut lelaki itu? Nama, asal usul, semua tentangnya, Anisa tidak tahu.
Yazid mengetuk semula permukaan tingkap keretanya, sedikit kuat berbanding tadi. Anisa akhirnya mengalah. Dengan lemah, dia memasang langkah mengekori lelaki itu dari belakang. Dalam hati, dia hanya mampu berdoa agar tuhan melindunginya.
Sepanjang berada di dalam perut lif, masing-masing terdiam melayan perasaan sendiri. Anisa, sedikit sebanyak mengingatkan Yazid terhadap ibunya. Nasib yang menimpa ibunya juga hampir sama dengan Anisa. Dibuang oleh suami sendiri kerana perempuan lain.
"Nah, buat sementara waktu, pakai dulu kain pelikat ni. Esok aku tanya pada Makcik Fida, kalau-kalau dia ada kain batik extra yang dia tak guna." Beberapa helaian kain pelikat dihulurkan pada Anisa yang sedang terpinga-pinga.
"Tunggu apa lagi, cepatlah pergi tukar! Nak tunggu sampai banjir satu bilik ni ke?" Sindir Yazid sebelum mencerlung tajam ke arah Anisa. Wanita itu tidak berganjak walau seinci pun dari kedudukannya sejak tadi.
"Saya...saya nak mintak maaf." Dengan gugup, Anisa bersuara.
"For?" Yazid menjongketkan keningnya, menunggu jawapan daripada Anisa. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba minta maaf ni kenapa?
"Saya rasa, tempat duduk saya dalam kereta Encik tadi, dah kotor dengan...."
"Takpe. Benda boleh cuci. Aku keluar dulu..." Yazid mencelah. Dia segera keluar dari bilik itu, memberi ruang kepada Anisa untuk berehat. Dia juga membawa sekali beg kertas Anisa bersamanya.
"Eh, Encik nak bawak pergi mana beg kertas tu?" Dia bercadang mahu mengisi perutnya dengan donut itu selepas membersihkan diri. Seharian suntuk tidak menjamah apa-apa, termasuk setitik air, membuatkan badannya terasa lemah dan mual-mual.
"Buang."
"Nak buang? Tapi, saya nak makan donut dalam tu kejap lagi. Saya...saya lapar." Jelas Anisa.
"Donut ni dah rosak. Entah-entah dah basi. Kau tu tengah dalam pantang, kena makan makanan yang sihat, yang ada nutrisi. Bukan main telan je." Sembur Yazid.
"Tapi..."
"Nanti aku hantarkan makanan. Kau pergi bersihkan diri dulu." Yazid terus memasukkan beg kertas berisi ketulan donut itu ke dalam bakul sampah. Dia mengeluh dengan kecewa.
"Dia tak makan lagi donut ni? Haihlah perempuan, aku bagi petang tadi, dengan harapan kau jamah dulu, ini tak...kau bawak donut-donut yang tak berdosa ni, kehulu- kehilir dengan kau."
*******
"Ni makanan untuk kau. Ada ayam goreng, nasi putih dengan sup sayur. Ikutkan, kau tak boleh makan ayam ni, tapi sebab takde lauk lain dalam rumah aku, kau adjust dulu. Ni stokin, pakai sebelum tidur. Apa-apa boleh jerit panggil aku." Pesan Yazid sebelum berlalu keluar.
Anisa mengangguk. Dia terliur melihat aneka makanan di atas dulang. Sebaik sahaja Yazid keluar, dia terus bersila di atas katil lalu menjamah makanan itu dengan penuh berselera.
sebab author dah terlaluuuu lama peram story ni, author cuba update bnyk2...
Share this novel