Bab 9: Curang Dalam Diam

Romance Series 47385

Anisa membuka mata saat terdengar suara tempikan dari luar. Dia memisat-memisat kelopak mata, cuba menghilangkan rasa kantuk yang memanggilnya untuk terlelap kembali.

Perlahan-lahan, dia membangkitkan tubuh lesu dan lenguhnya itu demi meninjau keadaan. Dia menghampiri pintu biliknya sebelum menekupkan telinga pada pintu berkenaan. Sayup-sayup kedengaran suara orang sedang bertengkar di luar. Mungkin di ruang tamu, teka Anisa.

"Dengar dulu cakap..." Kata-katanya segera dipintas oleh Yazid. Kulit sawo matangnya sudah naik merah. Tetamu tidak diundang itu telah menganggu privasinya selain menceroboh masuk ke dalam kediaman Yazid tanpa kebenaran. Geram! Marah! Benci! Semua rasa itu menjadi satu.

"Saya takde masa nak dengar nasihat Dato. Sila keluar dari rumah saya. Sekali lagi, Dato jejak kaki dekat dalam rumah ni tanpa kebenaran saya, saya takkan teragak-agak buat laporan polis! Please get away from my sight!" Bentaknya sambil mencerlung tajam pada susuk di hadapan. Pandangannya dikuasai kebencian.

"Yazid, bagi..." Sekali lagi kata-katanya dicantas kasar oleh Yazid.

"Get out from my house now or..." Ugut lelaki itu sambil menayangkan telefon bimbitnya. Memberikan petunjuk bahawa dia bakal menelefon pihak berkuasa jika gerangan itu masih berdegil enggan beredar dari rumahnya.

"Okay, i will. But at least, let me meet her for the last time. I want to say sorry." Riak simpati yang terpamer pada wajah tua itu, sedikit pun tidak menyentuh hati Yazid. Sebaliknya, rasa meluat dan bencinya semakin bertambah.

"She is taking rest now. So please..." Dengan langkah yang berat, lelaki tua itu keluar dari kediaman Yazid. Pintu yang dihempas kuat dari dalam, membuatkan lelaki berkenaan melepaskan satu keluhan panjang. Nampaknya, dia masih belum memaafkan aku.

Dia marahkan siapa tu? Tapi suara itu, sepertinya pernah didengari sebelum ini? Anisa tersentak apabila pintu biliknya ditolak kasar secara tiba-tiba dari luar. Langsung tubuhnya terundur beberapa langkah ke belakang sebelum jatuh terduduk di atas katil.

Terkebil-kebil Yazid melihat kekalutan pada wajah Anisa. Aik, apasal cuak semacam je perempuan ni? Anisa menggigit bibir bawah, cuba menutup rasa gemuruhnya. Harap-harap lelaki itu tidak tahu yang aku curi-curi dengar perbualan dia dengan orang itu tadi...

"Kau okay tak? Apasal terkial-kial macam tu? Demam?" Soalnya sedikit kasar. Anisa pantas menggelengkan kepala. Menidakkan pertanyaan Yazid.

"Hrmm...ni ada sarapan untuk kau. Tadi Makcik Zida masuk, tapi kau masih tidur. So, dia suruh aku hantarkan makanan ni pada kau. Dia pergi pasar jap. Jangan tak makan..." Katanya sambil meletakkan sebuah dulang yang berisi dengan roti bakar, telur rebus separuh masak dan air teh'o suam di atas meja, bersebelahan katil Anisa. Sejurus itu, dia bergegas keluar dari biliknya.

Haruman daripada roti bakar itu membangkitkan selera Anisa. Perutnya tiba-tiba berbunyi. Sedapnya bau... Selepas Yazid keluar dari biliknya, Anisa terus mencapai sekeping roti bakar dan mula mengunyahnya dengan penuh nikmat.

Uhuk! Uhuk! Uhuk! Hampir hilang nafas angkara kejutan yang tidak diduga itu. Anisa segera menepuk dadanya yang terasa sesak.
Dia tersedak kerana Yazid tiba-tiba muncul di muka pintu. Laju-laju Anisa meneguk air teh'o suam yang sudah sejuk itu bagi menghilangkan debarannya.

"Tulah, gelojoh sangat. Makan tu tertib sikit!" Anisa terdiam. Tapi, dia yang muncul tiba-tiba di depam aku. Kenapa aku jugak yang dipersalahkan? Nasib baik dia terjah masuk waktu aku sedang makan, cuba kalau waktu tu aku sedang menukar pakaian? Pipinya mula merona merah.

"Encik, maaf. Saya nak cakap sikit. Nanti, kalau Encik nak masuk bilik ni lagi, boleh ke Encik ketuk pintu dulu? Saya bukan berniat nak kurang ajar atau apa, dan saya sedar yang saya cuma menumpang di rumah Encik. Cuma, saya risau, waktu Encik masuk tiba-tiba macam tadi, saya sedang tukar pakaian... Nanti, kita berdua akan rasa tidak selesa." Anisa terus tertunduk malu. Bimbang terkasar bahasa dengan Yazid. Lelaki itu sudi membantunya kala dirinya memerlukan perlindungan. Jadi, dia berasa serba salah.

Yazid terdiam seketika. Dia terlupa sebenarnya. Dia sudah terbiasa masuk ke dalam bilik itu sebelum ini. Bilik yang sedang didiami oleh Anisa, dahulunya merupakan bilik persalinan Yazid. Dan, dia terlupa hakikat bahawa bilik itu kini sedang dihuni oleh seorang wanita. Wanita yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengannya.

"Ini, ada kain batik. Mak cik Zida bagi. Nanti pakai. Aku keluar dulu." Anisa mengangguk perlahan. Selera makannya tiba-tiba hilang.

Entah mengapa Yazid mengingatkan dirinya pada Naufal. Anisa akui bahawa dia terlalu merindui bekas suaminya. Tapi, apa hak yang dia ada, untuk merindui lelaki itu? Kini, mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Mahu tidak mahu, Anisa perlu lupakan Naufal dan memulakan hidup baru di bandar ini.

*Selepas 2 bulan*

"Bie, I laparlah." Rengeknya sambil mengoncang bahu Naufal. Naufal yang sedang sibuk menaip laporan pada tabletnya mula panas hati.

Kahwin dah 2 bulan, tapi masih tak pandai masak! Hari-hari order makanan di luar sehingga muak jadinya. Kerja rumah? Dia terpaksa mengupah orang gaji untuk mengemas dan membersihkan seluruh rumahnya setiap minggu.

Bilik tidur mereka juga sudah seakan kandang, tidak terurus dan kotor. Bau, jangan cakaplah! Perangai tidak senonoh Raihana yang gemar makan di dalam bilik dan meninggalkan bekas sisa-sisa makanan, membuatkan udara di dalam bilik Naufal berbau busuk. Sehinggakan, dia terpaksa tidur di ruang tamu sejak sebulan ini. Dengan kasar, Naufal menepis cengkaman Raihana pada bahunya.

"Bie...apa you ni! Sakit tau..." Tempik wanita itu dengan kuat.

"Lapar? Masaklah sendiri! Umur dah masuk 25, masih malas nak masak. Semua I jugak yang kena buat!" Bentaknya dengan geram. Tidak mahu berlama di situ, Naufal segera mencapai tablet dan kunci keretanya sebelum keluar dari rumah.

Sejak berkahwin dengan perempuan itu, hidupnya menjadi tunggang langgang. Sehinggakan, dia disahkan menghidap gastrik pada beberapa minggu yang lalu. Naufal mengetap rahangnya dengan geram. Kenapalah aku boleh tersangkut dengan perempuan macam ni?! Butang lif ditekannya dengan kasar.

"Kurang ajar punya jantan! Hei, kau bertanggungjawab sediakan makanan untuk aku tau...Bukan setakat nafkah batin je. Malam semalam bukan main lagi baik dengan aku, 'belasah' tubuh aku ni sampai tengah pagi. Dasar laki tak guna!" Raihana segera mendail nombor seseorang sebelum panggilannya bersambung. Tidak guna dia membuang masa memujuk lelaki itu, sedangkan ramai lagi yang gilakan sentuhannya. Petik jari, sepuluh sampai!

"Hello sayang. I miss you too! Jom jumpa. Ha'ah right now. I tunggu dekat tempat biasa okay? Muah, love you baby..." Buru-buru dia berlari masuk ke dalam bilik sebelum bersiap ala kadar untuk keluar.

Kalau kau tak boleh nak layan aku, ada orang lain yang boleh layan aku seratus kali lebih baik daripada kaulah Naufal! Raihana tersenyum sinis sambil menilik penampilannya pada pantulan cermin. Perfect, as always!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience