Bab 4: Godaan

Romance Series 47385

Anisa mengeluh memikirkan sikap dingin Naufal sejak akhir-akhir ini. Di mana silap aku? Sampai dia berubah macam tu sekali? Sebab aku jarang layan dia? Tapi, bukan aku taknak...dia sendiri tahu pasal masalah kandungan ni. Setiap kali bersama, pasti berlaku pendarahan. Semakin hari, Anisa merasakan hubungannya dengan Naufal semakin jauh.

Aku taknak jadi apa-apa pada baby ni nanti. Gumamnya seorang sendiri. Pandangan masih terhala pada suasana di luar beranda, namun fikirannya sudah lama berlayar jauh meninggalkan jasad. Jiwanya kacau memikirkan masalah yang sedang dihadapi. Kemelut ini bagaikan tiada penawar.

Raihana yang baru sahaja bangun tidur, langsung menapak ke arah Anisa yang sedang termenung di luar beranda.

Terkedek-kedek dia melangkah menghampiri tubuh kakaknya yang sedang menghalakan pandangan ke dada langit sehingga tidak perasan tentang kehadirannya di situ. Dia mencebik meluat. Entah apa yang menarik sangat di langit tu, duk tercegat dekat situ lama-lama. Mentang-mentang dapat laki kaya. Setiap tindak tanduk Anisa menjengkelkan sekeping hatinya. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan Raihana.

"Akak, Hana laparlah. Akak masak apa?" Rengeknya dengan manja. Yang dia tahu, makan dan tidur sahaja di rumah ini. Dah serupa tuan puteri. Makan minumnya, diuruskan sepenuhnya oleh Anisa.

"Akak tak masak hari ni Hana. Akak tak sedap badan. Kejap lagi kita order ya..." Langsung berubah air muka Raihana. Eii, tahulah kau tu bini orang kaya, tak masak pun takpe! Tapi aku ni tengah lapar! Ish...

"Hrmm, yelah. Mana abang Naufal, tak balik lagi?" Meliar matanya mencari kelibat Naufal di dalam rumah. Hampa, sepertinya lelaki itu tiada di rumah lagi. Dia ni pun satu, selalu tak melekat dekat rumah...buang masa je aku tukar baju tadi! Sengaja dia merias dirinya sebelum keluar bilik tadi. Namun, usahanya menjadi sia-sia.

"Kerja...petang nanti baru dia balik. Kenapa?" Soal Anisa dengan hairan. Setiap kali berbual, pasti adiknya akan menyoal tentang keberadaan Naufal.

"Saja tanya. Okaylah, akak orderlah apa-apa untuk Hana. Hana nak pergi sambung tidur. Penat!" Tanpa segan silu, dia berlalu pergi meninggalkan Anisa terpinga-pinga di beranda. Takde hati perut. Langsung tidak terdetik untuk bertanya khabar tentang Anisa yang sedang berbadan dua.

"Hana, maaf akak nak tanya sikit. Hana sembahyang subuh tak pagi tadi?" Langkah kaki terhenti serta merta apabila diajukan soalan yang kedengaran begitu sensitif pada pendengarannya. Malas-malas, Hana berpaling ke belakang.

"Period." Tanpa menunggu lama, dia terus masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan pintu dengan kuat. Berlagak alim. Setakat tak sembahyang, tak jadi apalah. Bukannya aku boleh kaya pun kalau solat hari-hari. Bentaknya sambil menghentakkan kaki pada lantai. Penumbuk dikepal erat. Menahan diri untuk kekal sabar. Ada urusan yang perlu dia selesaikan.

*******

"Eh, tambahlah lagi abang Naufal, sedap ni kak Nisa masak." Tangan sibuk mencedokkan kuah kari ke pinggan Naufal yang sudah tergeleng beberapa kali. Anisa hanya berdiam diri sambil menyaksikan gelagat adik dan suaminya. Sejak pulang tadi, Naufal langsung tidak menegurnya malah terus masuk ke dalam bilik. Satu keluhan berat lolos dari bibir wanita itu.

Makanan di atas pinggan dikuis-kuis kerana seleranya sudah lama mati. Hatinya sakit apabila Naufal melayannya acuh tidak acuh. Ya Allah, berikan aku kesabaran dan kekuatan. Berikanlah sinar dalam rumahtangga kami Ya Allah. Aku risau...Entah mengapa sejak kebelakangan ini, Anisa sering termimpi benda-benda yang aneh. Pernah sekali dia termimpi suaminya sedang terbaring di sebelah seorang wanita di atas katil mereka.

"Takpe, takpe..." Suara gemersik Naufal mengejutkan Anisa dari lamunan. Dia menoleh sekilas ke arah Naufal dengan harapan lelaki itu akan tersenyum ke arahnya. Namun, Naufal malah bangkit dari tempat duduknya lalu menuju ke singki untuk membasuh tangan.

Sementara Raihana pula sudah tersenyum kemenangan dalam hati. Nampaknya Anisa dan Naufal sedang bermasam muka. Ini merupakan peluang keemasan baginya untuk beraksi. Malam tadi, dia mencuri dengar perbualan antara Anisa dan Naufal di bilik mereka.

"Abang...tolonglah faham. Bukan Anisa taknak, tapi..." Kata-katanya segera dipintas Naufal.

"Tapi apa?! Kalau Nisa taknak layan abang, takpe. Biar abang makan luar je..." Ugutnya sambil mencerlung tajam ke arah Anisa.

"Abang, sampai hati abang cakap macam tu." Tangisan Anisa membuatkan Raihana tersenyum sinis. So, rupanya hidup kau ni takdelah bahagia mana pun. Tak pandai layan suami. Takpe, kalau kau tak reti, aku boleh layankan suami kau. Bisiknya sambil meninggalkan muka pintu bilik pasangan itu.

********

Seusai makan malam, Anisa melabuhkan tubuhnya yang terasa lesu di atas katil. Selang beberapa minit, dia terlelap kerana keletihan. Naufal pula sedang menonton televisyen di ruang tamu.

There you are! Makin senanglah aku nak pikat kau Naufal. Raihana berlari masuk ke dalam biliknya. Sehelai lingerie putih dibawa keluar dari bagasi, sebelum dia menyarungkan pakaian yang mendedahkan lurah dan paha putihnya itu ke tubuh.

Sempat dia melihat pantulan diri pada cermin sebelum tersenyum sendiri. Gorgeous! You are sexy Hana. Kau boleh goda siapa je yang kau nak, termasuk abang ipar kau sendiri. Dia segera melangkah ke ruang tamu.

"Eh, abang...tak tidur lagi ke? Akak mana?" Tanpa segan silu dia mengambil tempat di sebelah Naufal, yang sudah kaku melihat penampilan dirinya. Naik turun halkum lelaki itu menahan godaan di depan mata.

Dia memandang tubuh putih Hana atas bawah. Tubuh adik iparnya memang menggiurkan. Tidak seperti isterinya, Anisa. Matanya melekat pada bibir Raihana yang basah dan kemerahan.

"Abang Naufal nak air? Hana boleh buatkan...Meh sini Hana urut abang..." Tanpa menunggu jawapan daripada Naufal, Raihana terus mendekatinya lalu mengurut lengan lelaki itu dalam keadaan menunduk. Sengaja dia berbuat demikian. Supaya Naufal boleh nampak dengan jelas lurah dadanya. Ini salah satu taktik godaannya. Pasti lelaki itu tidak akan melepaskan dirinya malam ini.

Melihat Naufal yang seakan menikmati sentuhannya, Raihana terus bangun lalu melucutkan lingerie yang tersarung pada tubuh. Kini dia berdiri tanpa seurat benang di hadapan Naufal yang sudah menelan air liur. Lantas Raihana menghampiri telinga Naufal sebelum membisikkan sesuatu.

"Hana boleh layan abang. Abang janganlah risau. Hana tak bagitahu akak. Hana janji." Cuping telinga lelaki itu digigit manja sebelum dia menarik lengan Naufal untuk mengikutnya dari belakang. Naufal pula, seperti lembu yang dicucuk hidung, membuntuti langkah Raihana ke bilik tidurnya.

Tidak mahu membuang masa, Hana terus membaringkan tubuhnya di atas katil sambil tersenyum nakal ke arah Naufal. Selang beberapa minit berada di situ, Naufal mula sedar dengan kesilapannya sebelum meluru keluar dari bilik Raihana tanpa mempedulikan panggilan wanita itu.

"Bodoh! Dia permainkan aku...Susah payah aku tunjuk tubuh aku dekat dia! Kau tunggu Naufal, esok atau lusa, you will be mine! You will be!" Tempiknya dengan geram sebelum mencampakkan bantalnya ke atas lantai.

*****
Suasana di meja makan agak tegang dan sunyi tanpa suara. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga di atas pinggan sahaja kedengaran. Anisa menoleh ke arah Naufal dan adiknya yang kelihatan sedikit kekok berbanding biasa.

Tanpa banyak soal, Anisa memasukkan nasi goreng yang baru dimasaknya ke dalam mulut. Atas desakannya, Naufal akhirnya membenarkan dirinya untuk memasak.

"Hana pergi dulu. Bye..." Raihana mengangkat punggung lebih awal dan berlalu pergi meninggalkan kakak dan abang iparnya di ruang makan. Peristiwa pada malam lalu masih segar dalam ingatan sehingga dia menjadi segan untuk bertentang mata dengan Naufal.

Naufal hanya memerhatikan adik iparnya melalui ekor mata. Semalam, dia hampir terpikat dengan godaan Raihana. Dia mengaku bahawa adik iparnya memiliki rupa paras yang jauh lebih cantik berbanding Anisa.

Dia melirik sekilas pada isterinya yang sedang menikmati makanan. Makin lama, hatinya mula beralih arah dan kasih sayang yang terjalin dalam rumahtangganya sebelum ini seakan mulai pudar seiring berlalunya waktu. Naufal melepaskan keluhan. Ternyata dia sudah tersalah pilih pasangan kerana terlalu ikutkan kata hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience