Bab 3: Kurang Kasih Sayang

Romance Series 47385

Terlopong mulut Anisa ketika menyaksikan sendiri ketinggian bangunan-bangunan yang hampir mencakar langit di hadapannya. Selama ini dia hanya berkesempatan melihat semua ini di kaca televisyen sahaja.

Peluang yang ada ini digunakan sehabis baik untuk mencuci mata dengan melihat keindahan di bandar Kuala Lumpur yang terbentang luas. Hampir tidak berkelip kelopak matanya.

Terpegun dan terkelu lidah untuk mengeluarkan sebarang kata. Naufal yang sedang memandu di sebelah mengerling sekilas ke arah isterinya yang senyap sejak tadi. Aik, takkan dah tidur?

"Sayang, jangan tengok macam tu...lenguh leher tu nanti." Pesan Naufal kepada isterinya yang sudah melekat pandangan ke luar tingkap kereta. Naufal tersenyum geli hati melihat reaksi polos Anisa. Comel...

"Abang, besar dan tinggi-tinggi ya bangunan di sini?" Ujar Anisa yang masih menatap bangunan di sisinya melalui tingkap kereta.

"Ya, ni baru sikit. Ada banyak lagi tempat yang Nisa tak tengok lagi. Mesti terpegun Nisa nanti." Jelas Naufal sambil menumpukan perhatian pada pemanduan. Keadaan jalan yang mulai sesak membuatkan dia terpaksa fokus pada pemanduan buat seketika.

"Sesaknya abang. Jadi macam nilah kehidupan orang Kuala Lumpur ya..." Gumam Anisa namun masih mampu didengari oleh Naufal.

"Ya, sayang. Macam nilah. Kadang-kadang penat sangat tau. Tapi takpe, sekarangkan abang ada Nisa, boleh Nisa urutkan abang, jaga abang. Kan?" Tersenyum manis memikirkan kehidupan baru yang bakal dilalui bersama Anisa di rumah mereka nanti. Jika dahulu dia perlu menguruskan segala keperluannya seorang diri, kini dia tidak perlu risau lagi, dengan adanya Anisa di sisi.

"Mestilah. Kesian abang..." Anisa melentokkan kepala pada bahu Naufal namun sempat mengangkatnya kembali ketika lampu isyarat bertukar hijau.

"Abang, ini rumah kita ke?!" Hampir tidak percaya. Tingginya bangunan itu. Macam mana aku nak bersihkan nanti? Takkanlah suami aku tinggal sorang-sorang di bangunan yang besar dan tinggi macam ni? Perlahan dia mengira bilangan tingkat di bangunan itu menggunakan jari telunjuknya.

"Ya, tapi bukan satu bangunan ni milik abang. Ini namanya apartmen. Nisa nampak tak, bangunan ni kan bertingkat-tingkat, so one of them is mine and will be yours too. Suka?" Terang Naufal yang perasan perubahan pada riak wajah Anisa sebentar tadi. Cuak habis.

"Ooo...macam tu. Tadi Nisa ingat satu building ni abang yang punya." Tersengih sambil mengaru kepala. Nisa, Nisa...aku nak buat apa beli satu bangunan ni?

"Dah, jom kita masuk." Mereka berdua berjalan beriringan dari kawasan parkir, menuju ke arah lif. Butang angka 20 ditekan. Sedikit bergetar tubuh Anisa kerana ini merupakan kali pertama dia menaiki lif dan rasanya sedikit menakutkan akibat gegaran kecil yang dirasai pada bahagian bawah badan. Cepat-cepat dia berpaut pada lengan Naufal yang sudah tergelak dengan gelagatnya. Macam-macam hal...

"Jom, sayang..." Pinggang ramping isterinya dirangkul erat dan akhirnya mereka sampai di apartmen yang dimiliki oleh Naufal.

"Besarnya abang!" Hampir terjatuh rahang Anisa dengan keadaan rumah yang besar dan tampak mewah dengan susunan perabut yang mempunyai kelas tersendiri. Warna putih dan kelabu menjadi penghias pada dinding serta rata-rata barangan di situ disusun dengan kemas dan teratur mengikut kategorinya.

Naufal yang minimalis, tidak gemar ruangnya sesak dengan pelbagai jenis barangan mahupun perabut yang dirasakannya tidak perlu. Dia hanya menyimpan apa yang penting sahaja. Takdelah nampak padat dan sempit sangat ruang itu nanti.

"Sayang suka?" Soal Naufal sambil mengukir senyuman manis. Anisa mengangguk perlahan. Mestilah suka...rumah ni nampak bersih dan kemas. Tak perlulah dia bertungkus lumus lap atau mop tak tentu arah nanti...

"Suka, suka sangat..." Dia memeluk Naufal dengan rasa terharu. Kepala dilekapkan pada dada bidang suaminya. Haruman daripada tubuh lelaki itu menenangkan jiwa Anisa yang sedang galau memikirkan keadaan Yati di kampung setelah ketiadaannya.

"Dah call mak?" Naufal bersuara tiba-tiba.

"Nak call dah ni...Nisa call mak dulu ya. Bagitau kita dah selamat sampai." Telefon Nokianya terus dibawa keluar sebelum nombor telefon Yati didail. Sedetik, dua detik, panggilan bersambung.

"Assalammualaikum mak...Nisa ni. Nisa dengan abang Naufal dah selamat sampai. Sekarang Nisa ada dekat rumah abang. Mak macam mana? Mak dah makan?" Ceria wajahnya ketika mendengar suara si ibu. Baru sehari berpisah, dah rindu.

"Waalaikummusalam. Alhamdulillah, Nisa okay dekat sana? Mak baik-baik je kat sini. Kejap lagi baru makan..." Naufal menapak masuk ke dalam biliknya untuk berehat. Dia mahu memberikan ruang kepada Anisa dan ibunya berbual. Tubuh yang lenguh dihenyakkan di atas katil yang empuk. Ahh, selesa! Alat kawalan jauh dicapai lalu penghawa dingin dihidupkan. Sejuk, segar dan nyaman rasanya.

"Abang?" Kelihatan Anisa sedang berdiri di muka pintu sambil memerhati ke arahnya.

"Masuklah sayang. Ini bilik kita." Ajak Naufal sambil menepuk bantal di sebelah. Anisa terus mengambil tempat di atas katil yang empuk itu.

"Lembutlah abang...tak macam tilam Anisa di kampung tu...Keras, dah nipis." Ujarnya dengan sayu. Pasti suaminya sakit badan kerana terpaksa tidur di atas tilamnya tempoh hari.

"Lepas ni, katil ni akan jadi milik Nisa jugak. Sini, baring sebelah abang." Perlahan Anisa membaringkan tubuh di sebelah Naufal. Kini, mereka terbaring dalam posisi bertentangan dengan kedudukan yang begitu hampir. Masing-masing mula merapatkan jarak dan Anisa selamat berada di dalam dakapan hangat suaminya sehingga dapat merasai degupan jantung Naufal. Rasanya begitu tenang dan selamat.

"Abang sayang Nisa, abang janji akan jaga Nisa baik-baik." Ucapnya sambil mengelus lembut pipi Anisa yang sudah kemerahan.

"Nisa pun sayangkan abang. Janji ya, abang takkan tinggalkan Nisa sampai bila-bila?"

"Janji."

*******

"Jemputlah makan Naufal. Pisang ni dari kebun pakcik Dani kamu." Tersenyum Yati melihat Anisa yang sedang tersipu malu sambil memandang ke arah Naufal. Usia kandungan yang sudah mencecah 3 bulan itu semakin mengeratkan hubungan antara mereka berdua. Nak potong bawang pun tak bagi...Risau sangat!

Berita yang menggembirakan ini juga telah dikongsikan kepada kedua ibu dan bapa Naufal. Bersinar wajah Husna tatkala deria pendengarannya diusulkan dengan berita kehadiran cucu buat pertama kali dalam hidup. Namun, hatinya sedikit kecewa kerana bakal cucunya dilahirkan oleh seorang perempuan yang miskin dan tidak sama taraf dengan keluarga mereka.

Kerana hal ini juga, dia tidak mahu menghadiri majlis pernikahan Naufal dan Anisa 5 bulan yang lepas. Tetapi, kerana bayi yang dikandung itu merupakan waris anaknya, Husna terima dengan hati yang terbuka. Siapa tak gembira kalau nak dapat cucu...

"Terima kasihlah mak. Sanggup gorengkan untuk Nisa ni. Tekak dia nak pisang yang digoreng oleh mak je, yang orang lain punya dia taknak.. Tak sedap katanya" Naufal menggigit seketul pisang goreng yang masih panas. Air teh di dalam cawan habis diteguk. Cuaca yang agak panas membuatkan tekaknya dahaga.

"Nisa macam mana? Dah jadi orang Kuala Lumpur sekarang ni..." Soal Yati sambil tersenyum ke arah anak sulungnya. Pada pandangan Yati, tiada apa yang berubah pada diri Anisa. Gadis itu masih berpakaian ringkas dan sederhana. Hal itu membuatkan Yati bersyukur kerana Anisa tidak lupa diri dan sanggup menelefonnya setiap hari untuk bertanya khabar.

Jauh sekali dengan si bongsu yang menghilangkan diri sejak berpindah ke Kuala Lumpur pada 6 bulan yang lalu. Tidak pernah menelefon apatah lagi pulang melawat dirinya di sini. Terkilan dan sedih rasanya hati kerana Raihana seakan sudah melupakan dirinya.

Minggu lalu, Hashim ada beritahu bahawa dia ternampak Raihana jalan berpelukan bersama seorang lelaki tua di hadapan pusat membeli belah. Berita itu membuatkan Yati berasa tidak senang hati dan risau memikirkan keadaan Raihana.

"Nisa macam biasa je mak. Takde apa yang berubah sangat pun. Cuma yang lainnya, keadaan Nisa sekarang. Nisa tak kerja dah. Duduk rumah jaga abang Naufal. Uruskan makan, minum, pakai dia." Jelas Anisa lalu memasukkan pisang goreng ke dalam mulutnya. Termakbul juga keinginan untuk merasa air tangan ibu.

"Naufal pun takde masa sangat mak. Banyak sangat kerja yang nak kena diselesaikan dekat office tu...Hari ni, Naufal mintak cuti. Bawak Nisa balik kampung." Jelas Naufal sambil menuangkan teh ke dalam cawannya.

"Takpelah Naufal, mak faham. Kamu kerja pun, untuk keluarga kamu. Tak lama lagi kamu nak ada anak. Banyak belanja tu." Dia melirik air muka Anisa yang tampak ceria. Itu sudah cukup menyakinkan Yati bahawa anaknya bahagia bersama Naufal.

*********

-Selepas 7 bulan-

"Abang...sakit...Sakit abang." Rengekan itu membuatkan Naufal terpaksa berhenti buat seketika. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengikat kedua belah tangan Anisa supaya tidak melawan.

"Nisa, janganlah buat abang macam ni...Orang lain pun mengandung jugak, tapi takdelah sampai tak jaga kebajikan suami. Dah tiga bulan macam ni tau...Abang bukannya buat kuat-kuat pun!" Marahnya dengan geram. Rambut yang basah itu diraup kasar dengan sebal.

Setiap kali bersetubuh, pasti ayat yang sama terpacul dari bibir isterinya. Dia juga manusia biasa. Punya keinginan. Sejak disahkan hamil, Anisa seakan tidak gemar untuk melakukan persetubuhan.

"Abang...bukan Nisa taknak. Tapi, bawah perut Nisa rasa sakit. Rasa ngilu." Jelasnya sambil teresak. Setiap kali mereka melakukannya, pasti pada keesokan hari, Anisa akan mengalami pendarahan. Hal itu membimbangkannya tentang kandungan.

"Apa yang sakitnya Nisa?! Nisa cakap Nisa rasa pedih, abang dah letak pelincir kat bawah. Nisa cakap Nisa sakit pinggang, abang dah tarok bantal bawah badan Nisa. Apa lagi yang tak kena?!" Tempiknya tiba-tiba. Tanpa mempedulikan tangisan isterinya, Naufal meneruskan tujahan sambil mengetap giginya dengan kuat.

******

"Kau apasal bro? Sejak dua menjak ni, moody semacam je aku tengok." Terkekeh Alan melihat wajah muram teman baik, merangkap rakan perniagaannya itu.

"Aku, entahlah Lan...Aku macam kurang perhatian dah sekarang ni. Sejak bini aku mengandung, dia tak layan aku langsung. Come onlah, aku pun lelaki biasa. Ada keinginan jugak. Aku kerja sampai stres, balik rumah nak chill-chill dengan bini, dia pulak taknak layan aku..." Walaupun dia sedar, hal rumahtangga tidak boleh dikongsi dengan mana-mana orang, tetapi kerana terlampau tertekan, Naufal memilih untuk menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Alan. Lagipun bukan sehari dua dia kenal lelaki itu, usia persahabatan mereka sudah lebih dari 10 tahun. Jadi, rasanya, perkara ini akan kekal sebagai rahsia antara dia dan juga Alan.

"Hahahaha...ooo...So thats the case hurm. Apa susah, kau makan luar lah. Kau lelaki, boleh tambah kuota lagi 3 kalau kau nak. And kau mampu bro. Duit berkepuk." Sindir Alan.

"Ish...taknak aku. Aku...aku tak boleh khianat cinta isteri aku Lan." Berdekah Alan di situ. Bila masa kawan aku berubah ni? Sejak kahwin, bukan main lagi jadi good boy. Dulu, sering berkunjung ke kelab malam malah pernah mendapatkan khidmat seks daripada beberapa orang pelayan. Lebih daripada itu juga pernah dia lakukan.

"Then, its up to you. Aku nak tolong kau je." Kata Alan sambil menjongketkan kedua belah bahunya.

*******

"Masuklah Hana, meh sini beg tu, akak bawakan." Beg pakaian Raihana bertukar tangan. Terpamer kecemburuan pada wajah Raihana tatkala melihat rumah yang didiami oleh Anisa. Bukan main lagi ya, duduk rumah besar macam ni...Untunglah...

"Thankslah akak. Sebab sudi tumpangkan Hana di rumah ni buat sementara waktu. Hana, dah tak tahu nak pergi mana dah. Tiba-tiba je tuan rumah tu naikkan sewa bilik. Mana Hana mampu. Gaji pun berapa je..." Berpura-pura sedih di hadapan Anisa demi meraih simpati murahan.

"Alah, takpe. Akak faham. Hana tinggal je dekat sini sampai Hana jumpa bilik yang sesuai." Anisa menggenggam tangan Raihana. Lega, adiknya tidak apa-apa. Risau juga ketika Raihana menelefonnya malam tadi sambil menangis.

"Thanks akak...Sayang akak." Tubuh Anisa dipeluk erat. Namun, raut tidak puas hati yang terpamer pada wajahnya di belakang Anisa. I just can't believe this. Sepatutnya aku yang hidup bahagia macam ni...bukan kau! Selang beberapa minit, Raihana melepaskan pelukan.

"Abang Naufal mana? Tak nampak pun..." Bola mata meliar memerhatikan setiap sudut. Sebelum datang ke sini, dia sudah melakukan pencarian mengenai Naufal di Internet. Naufal Hazid? CEO NH Groups? Waris tunggal syarikat pembinaan Dato' Amran Khairudin?! Terbeliak matanya, sehingga hampir tidak percaya. Akak aku kahwin dengan anak dato?! Orang kaya?!

"Oh, abang Naufal ada meeting di luar. Kejap lagi dia balik." Jelas Anisa sambil tersenyum.

"Ooo, okay. Mana satu bilik Hana, Hana nak mandi dululah. Berpeluh ni..." Malas mahu berlama-lama di situ. Dia tidak suka melihat kegembiraan pada wajah Anisa. Rasa bencinya pada Anisa semakin bertambah.

"Oh, bilik Hana kat sana, jom akak tunjuk." Perlahan mereka menapak ke arah bilik yang bakal didiami buat sementara oleh Raihana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience