Bab 5: Gugur

Romance Series 47385

Anisa yang baru sahaja pulang dari pemeriksaan kandungan di hospital, melangkah perlahan memasuki ruang tamu. Usia kandungan yang hampir mencecah 8 bulan itu sedikit sebanyak menyukarkan pergerakannya.

Perut yang kian membesar membuatkan pinggangnya terasa lenguh dan sakit. Tubuh yang kepenatan itu disandarkan di sofa.

Dengan lembut, dia mengusap perutnya yang sudah membukit. Selepas doktor mengumumkan keadaan bayinya yang sihat, Anisa berasa sedikit lega.

Sebelum ini, dia sering merisaukan keadaan anak di dalam kandungannya, terutamanya ketika berlaku pendarahan. Kini, dia tidak perlu risau lagi. Selain itu, doktornya juga ada mengumumkan tarikh kelahiran yang masih berbaki sebulan sahaja lagi.

Dengan hati yang teruja, Anisa bangun semula lalu menapak masuk ke dalam bilik tidurnya untuk menyampaikan perkhabaran yang baik ini kepada Naufal.

"Ya Allah, abang!" Anisa terus rebah di atas lantai. Tubuhnya menggeletar hebat. Ketika itu, dia merasakan ada cairan panas mengalir di celah pahanya. Segera dia mengangkat hujung kain blausnya ke atas sebelum terjerit kecil.

Dia menjadi panik tatkala melihat kain bajunya basah dengan darah. Anisa mula teresak apabila belakang badan serta pinggulnya mula terasa sakit. Dia cuba mengurut lembut bawah perutnya yang sudah mengeras sambil meraung. Anisa merasakan bahawa bayinya tidak lagi menghasilkan sebarang pergerakan seperti biasa.

Naufal lantas menolak jatuh tubuh Raihana ke tepi sebelum buru-buru menyarungkan seluar pada tubuhnya. Dia juga mula panik melihat keadaan Anisa.

Ketika itu, dia tidak lagi mempedulikan tempikan Raihana yang sudah menjerit memanggil namanya berulang kali. Dia lebih mengutamakan Anisa yang sudah menggeletar di atas lantai bilik.

Tubuh isterinya terus dirangkul lalu dicempung sebelum dia mencapai kunci kereta di atas meja solek.

Kesepian di ruang koridor membuatkan Naufal tidak senang duduk. Beberapa orang perawat sudah masuk ke dalam bilik rawatan yang menempatkan Anisa, namun sehingga kini, tiada apa-apa berita yang diterimanya.

Setiap kali dia cuba menyoal tentang keadaan isterinya, rata-rata perawat yang keluar masuk dari bilik rawatan itu tidak memberikan apa-apa jawapan. Sebaliknya, mereka hanya mempamerkan wajah yang tegang sehingga menganggu ketenangan lelaki itu.

Naufal meraup kasar rambutnya. Fikirannya kembali serabut. Kalaulah, dia menolak godaan daripada Raihana tadi, pasti insiden ini tidak akan terjadi.

"Well, look who is here! Naufal Hazid. Long time no see haa..." Senyuman sinis menghiasi bibirnya. Wajah angkuhnya benar-benar mengundang amarah Naufal.

"Kau nak apa?! Get lost from my sight!" Bentaknya tanpa mempedulikan pandangan beberapa orang perawat yang melalui koridor berkenaan. Tajam matanya menikam lelaki itu. Gerangan itu malah mempamerkan reaksi bersahaja. Seolah-olah tidak terkesan dengan tempikan Naufal.

"Don't shout here Naufal. It's not your office. Nanti tak pasal-pasal kena halau. Well, such a coincidence...what are you doing here? Parents kau sakit? Or kau yang tengah sakit? Sakit hati?!" Dia tertawa. Pertama kali dia melihat Naufal sekusut ini.

"Baik kau berambus dari sini, sebelum aku..."

"Sebelum apa? Sebelum kau panggil mama kau? Mama...mama...tengoklah Yazid ni, dia kacau Naufal..." Sekali lagi dia mentertawakan Naufal. Geli hati melihat cemberut lelaki di hadapannya.

"Naufal Hazid? Siapa waris Puan Anisa di sini? Naufal Hazid..." Pantas Naufal menghampiri jururawat itu.

"Saya...saya suami dia! Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Yazid, hanya menjadi pendengar perbualan antara Naufal dan jururawat itu.

"She is fine. But, we are sorry, we can't save your baby." Jururawat itu sempat menepuk lembut bahu Naufal sebelum masuk semula ke dalam bilik rawatan. Naufal mengekori langkah wanita itu dengan berat hati.

Anisa masih belum sedarkan diri. Jasad kecil yang sudah berbungkus itu diserahkan kepada Naufal untuk tatapan kali terakhir. Air matanya bergenang. Bagaimana dia mampu berhadapan dengan Anisa selepas ini?

Dan, apa pula reaksi kedua ibu bapanya setelah menerima berita ini? Pasti orang tuanya akan mengamuk jika tahu perkara sebenar. Jasad kaku yang pucat itu ditatap sekilas lalu dikucup.

******

"Apa?! Gugur?!" Husna terjerit kecil setelah disampaikan dengan berita keguguran Anisa.

"Ya, Anisa keguguran." Naufal mengulang lagi dengan sebak.

"Macam mana boleh gugur ni Fal? Bukannya Fal tak tahu, yang mama nak sangat cucu!" Sembur Husna sambil menarik muka masam. Macam-macam dia rancang untuk cucu sulungnya sebelum ini.

"It's not my fault. Nisa yang cuai. Kalau dia tak jatuh, this thing won't happened." Mencerlung mata Husna melihat pintu bilik rawatan Anisa.

"I already told you many times. Perempuan macam tu, tak layak jadi isteri Fal. You deserves someone better!" Suaminya sudah menggeleng kepala melihat kerenah dua beranak itu. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mencilikan mulut lancang isterinya. Dah tua-tua pun, tidak serik menghina orang.

"Dahlah, mama nak balik! Jom abang. Balik..." Tanpa menunggu jawapan daripada suaminya, Husna terus melangkah meninggalkan tempat itu. Buat apa berlama di situ, sekiranya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan buat dirinya.

"Eh, taknak lawat Nisa dulu ke?!" Soal Amran sedikit kuat.

"Taknak saya! Buang masa je. Yang abang ni, masih tercegat lagi kat situ dah kenapa? Husna nak balik! Cepatlah! Terhegeh-hegeh!" Bentaknya sebelum menjeling tajam pada Amran.

"Fal, papa balik dulu. Mama kamu tu menopause agaknya, itu yang bising-bising. Kamu jaga Anisa elok-elok. Kirimkan salam papa pada dia. Papa minta diri dulu." Terbit keluhan dari mulutnya saat mengenangkan nasib Anisa.

Amran sebenarnya mahu melawat menantunya, namun apabila mengenangkan keceluparan mulut Husna yang biadab, dia bimbang kata-katanya nanti akan mengguris perasaan Anisa yang baharu sahaja kehilangan anak. Dengan berat hati, dia melangkah pergi bersama isterinya.

Fuh...lega. Nasib baik mama dengan papa tak syak apa-apa. Malas-malas dia masuk semula ke dalam bilik Anisa. Ikutkan hati dia mahu pulang dan berehat. Urusan pengebumian anaknya diserahkan sepenuhnya kepada pihak hospital dengan alasan dia tidak mampu melihat wajah anak mereka.

Fikiran Naufal kini, lebih tertumpu pada adegan panas di atas ranjang bersama Raihana. Tidak dinafikan, wanita itu memang pandai melayan kemahuannya.

Setelah Anisa keluar dari rumah awal pagi tadi, adik iparnya, Raihana tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam bilik mereka lalu merangkul erat tubuhnya.

Wanita itu terus melucutkan gaun malamnya lalu mengucup setiap inci wajah Naufal. Semakin lama, Naufal mula hanyut dengan gejolak nafsu sehingga kedua mereka melakukan hubungan terkutuk itu.

Ahh, Hana...Why i just can't get rid of your memory from my mind. Tersenyum nakal sambil mengusap tengkuknya dengan lembut. I miss your touch. Nampaknya, dia tidak jadi menemani Anisa.

Naufal segera mengambil kunci keretanya sebelum meluru keluar dari bilik rawatan. Dia sudah angau dengan adik iparnya sendiri. Nurse kan ada, they can take care of her. Lagipun takde apa lagi yang mengikat hubungan antara aku dan dia...

"Bie...Where have you been? Sampai hati you tinggalkan i sorang-sorang macam tu." Dia menarik tubuh lelaki itu sebelum bergayut pada leher Naufal. Sempat keduanya bercumbuan sebelum Naufal menanggalkan seluarnya.

"Bie...jom. I rindu you sangat-sangat. Make me happy please..." Raihana membelai lembut rambut Naufal. Baju tidurnya segera ditanggalkan sebelum tubuh tanpa seurat benang itu dicempung Naufal lalu dibaringkan di atas sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience