Pinangan Yazid terpaksa ditolak oleh Anisa. Walaupun pada awalnya, Yazid seakan berjauh hati dan kecewa dengan keputusan itu, namun dia tetap mahu Anisa tinggal di rumahnya, sementara melangsungkan perkahwinan dengan Naufal.
Perbualannya bersama Naufal beberapa hari yang lepas, menerjah ruang ingatan Yazid.
"Jangan ulang kesilapan yang sama lagi. Don't hurt her. Aku lepaskan Anisa pada kau, sebab itu permintaan dia. But, aku takkan teragak-agak untuk rampas dia semula daripada kau, if I know that you are repeating the same mistakes again!" Ugut Yazid. Sementara Naufal, masih tenang di tempat duduknya.
"Kau tak perlu risau. Aku tahu nak jaga Anisa. The same mistake, won't happen again." Yazid tidak membalas. Sejujurnya, dia masih menaruh harapan pada Anisa namun, dia harus akur dengan takdir. Paksalah macam mana sekalipun, jika ianya bukan untuk kita, ia tidak akan berlaku.
Dan, sekali lagi, dia bakal kehilangan Anisa pada Naufal. Hatinya berteriak kecewa. Kenapa dia bukan dicipta untuk aku? Why?!
Cincin pemberian Yazid diletakkan di atas meja. Anisa tidak berani menentang sepasang mata Yazid yang sedang tertumpu ke arahnya. Dia betul-betul rasa bersalah.
"Maafkan saya Encik Yazid. Saya terpaksa tolak. Bukan kerana Encik Yazid ada kekurangan, tapi diri saya ni yang tak layak untuk berdamping dengan Encik. Saya penat mendengar caci maki orang pada saya. Saya risau, nanti Encik akan kena tempias kerana jadikan perempuan seperti saya ni sebagai isteri. Saya terhutang budi dengan Encik. Saya taknak Encik kena sindir, kena ejek dengan orang. sebabkan saya." Suaranya bergetar saat Yazid mencapai cincin itu. Wajah keruh lelaki itu hampir membuatkan Anisa menangis di situ.
"Seems like jodoh korang berdua terlalu kuat." Naufal mengangkat wajah, memandang Yazid. Dahinya berkerut.
"Maksud kau?" Soal Naufal, tidak faham. Matanya tidak lepas dari menyoroti wajah bersahaja Yazid.
"Yeah, even a year ago, and now. Kalau aku sedikit cepat hari tu, mungkin aku yang jadi suami dia. But it's okay, mungkin dia memang ditakdirkan untuk kau." Ujarnya sambil mengacau air kopi dengan penyedut minuman.
"Kau...kau kenal Nisa sebelum ni?" Soal Naufal tiba-tiba.
"I do. Even a bit earlier than you. Aku ternampak dia waktu balik dari Kedah. Aku singgah dekat warung, nak rehat. And I saw her for the first time, dekat sana. Masa tu, it feels like, she is the one for me." Dia tertawa sinis, mengenangkan kebodohan dirinya pada waktu itu.
"Lepas balik KL, aku cuba fokus pada projek dekat Georgetown, and, tanpa sedar, its been around a month, aku tak balik ke sana semula. Lepas sebulan tu, aku dapat jemputan daripada kau. And...what else I can do?" Ujarnya dengan nada mendatar. Naufal terus terdiam, kerana sejujurnya, dia tiada kata-kata yang tepat untuk disampaikan pada Yazid ketika itu. Matanya tidak lepas dari memandang Yazid. Jadi, Yazid juga menyukai Anisa sebelum ini?
"Anisa?" Suara itu berbisik halus ke telinganya. Lantas, Anisa berpaling ke belakang, mencari gerangan yang tidak henti menyebut namanya.
Dahi mulusnya berkerut melihat pemandangan yang diselubungi dengan kepulan asap putih yang menganggu penglihatannya. Tiba-tiba, asap-asap itu mula menghilang dan suasana bertukar gelap gelita. Anisa mula cemas.
Dia cuba melarikan diri dari ditelan arus hitam yang semakin hampir mengejar dirinya. Namun, dia tidak mampu bergerak sedikitpun. Kedua belah kakinya seakan terlekat pada tanah. Dia meronta meminta tolong. Dadanya sesak, pandangannya berpinar. Anisa terjelepuk ke atas tanah sambil meraung ketakutan.
"Anisa?" Lantas, kepala mendongak ke atas, memandang gerangan yang sedang berdiri tepat di hadapannya. Malangnya, Anisa tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas kerana terselindung di sebalik cahaya yang suram.
"Anisa, mari." Gerangan itu menghulurkan tangannya pada Anisa. Anisa terdiam. Hatinya berbelah bahagi untuk menyambut huluran itu. Dan di saat dia masih teragak-agak, tangan itu lantas menarik lengan Anisa dengan kuat sehingga dia berdiri.
Ketika itu, dia dapat melihat dengan jelas wajah lelaki tersebut. Anisa terkedu. Bibirnya menggigil. Lututnya bergetar lemah. Dia rasa lemas. Tanpa sedar, tubuhnya rebah ke atas tanah sebelum kedua belah matanya ikut terpejam rapat.
"Astaghfirullah..." Mata terbuka luas. Mulut tidak henti beristighfar. Nafas turun naik dengan laju. Dadanya berombak kencang. Jam di atas meja solek dikerling sekilas. Sudah jam 7 pagi! Lantas, Anisa mengangkat tubuhnya sebelum bersandar pada kepala katil. Fikirannya terganggu kerana mimpi itu. Adakah itu salah satu petunjuk?
"Eh, dah bangun pun pengantin baru kita ni. Dah, cepat bangun. Pergi mandi lepas tu sarapan. Kejap lagi mak andam dah nak sampai." Entah bila masa Zida masuk ke dalam bilik, Anisa tidak perasan sama sekali.
"Lah, cepatlah bangun. Nanti terlambat. Nah, tuala. Cepat." Gesanya lagi. Namun, Anisa masih tidak berganjak dari tempat tidurnya. Zida mula berasa tidak sedap hati melihat raut wajah Anisa yang muram.
"Anisa okay?" Soalnya sebelum melabuhkan punggung di sebelah wanita itu.
"Okay...Nisa pergi mandi dulu ya." Dia bingkas bangun sebelum bergegas masuk ke dalam bilik air. Zida hanya memerhati dengan curiga. Apa kena dengan budak ni?
"Kau pasti ke tak salah tengok? Kau pasti?" Bertalu-talu soalan yang sama terpacul keluar dari mulutnya. Naufal terduduk lemah di atas katil sambil memicit kepalanya yang sedang berdenyut itu.
Dia membuka semula ruang galeri sebelum meraup kasar rambut basahnya ke belakang. Kecewa. Dia benar-benar kecewa dengan berita ini. Naufal bingkas berdiri. Sempat dia membuat kiraan tempoh penceraiannya dengan Raihana sebelum menepuk dahinya sendiri.
Dia perlu berjumpa dengan Anisa. Dia melirik sekilas jam tangannya, sebelum melepaskan keluhan berat. Dia perlu berani berdepan dengan masalah ini.Tanpa membuang masa, dia terus meluru keluar dari bilik persalinannya, menuju ke bilik Anisa.
"Anisa buntu. Mimpi tadi, buat Anisa rasa was-was dengan pernikahan ni." Zida mengusap lembut bahu Anisa.
"Cuba jujur dengan diri sendiri. Ikut kata hati kamu." Anisa terdiam.
"Anisa nampak Encik Yazid dalam mimpi tu. Adakah itu petanda? Anisa takutlah mak cik." Dia memeluk erat pinggang Zida. Hatinya mula berbelah bahagi.
"Anisa sayangkan Naufal?" Soal Zida tiba-tiba. Anisa lantas mengangguk.
"Anisa cintakan Naufal?" Tanyanya lagi. Kali ini, Anisa tidak menjawab.
"Anisa cintakan Yazid?" Langsung kepalanya terangkat. Anisa menggeleng tidak tahu.
Tok! Tok! Tok! Serentak Zida dan Anisa berpaling ke arah pintu bilik yang sedang diketuk dari luar. Zida segera bangun dari duduknya sebelum membuka pintu.
"Makcik Zida, pihak pengantin lelaki dan semua tetamu dah sampai. Tok kadi suruh pengantin perempuan turun." Pesan Kamil sambil terjengul-jengul di muka pintu.
Pap!
"Aduh." Kamil mengaduh sakit sambil memegang lengannya yang baru ditampar oleh Zida.
"Kenapa tengok macam tu? Dah cepat turun. Sibuk aje..." Halau Zida sebelum menutup semula daun pintu. Sementara Kamil mencebik luat sebelum beredar dari situ.
Share this novel