Bab 13: Terbongkar

Romance Series 47385

"I miss you so much. And, I would do anything for you, sayang. I nak tengok you sentiasa happy." Wajah suaminya ditatap penuh cinta sebelum bibirnya dipagut lembut. Lama kelamaan ciuman mereka bertukar ghairah.

Tubuh Raihana tanpa seurat benang itu dicempung lalu dibaringkan di atas katil. Naufal terus menindihnya dari atas sebelum mereka berdua hanyut dalam lautan asmara.

Raihana tersenyum lebar. Tidaklah sesukar mana untuk memikat hati suaminya. Cukup dengan memberikan umpan tubuhnya yang seksi dan menggiurkan, pasti Naufal akan jatuh tersungkur ke dalam dakapannya. Dia lantas merangkul erat pinggang suaminya sebelum tangannya ditepis kasar oleh lelaki itu.

Terus mati senyumannya. Kenapa Naufal tiba-tiba berubah dingin sedangkan tadi, lelaki itu melayannya dengan sangat baik. Dahi mulusnya berkerut saat Naufal bingkas bangun dari katil lalu menyarungkan bathrobe ke tubuhnya.

Dia bertambah hairan apabila lelaki itu memandangnya dengan satu tatapan yang kurang menyenangkan. Seperti ada agenda tersendiri. Hujung bibir Naufal terherot tika air muka Raihana berubah pucat. Saat yang dinantikannya selama ini, akhirnya tiba juga.

"You nak mandi ke?" Soal Raihana dengan aneh. Tapi, bukan kebiasaan Naufal mandi seawal ini. Lelaki itu selalunya akan mandi pada keesokan pagi sebelum ke pejabat.

"Auch! Sayang, sakitlah!" Raihana lantas menutup wajahnya saat beberapa kepingan gambar dilempar ke arahnya.

Dia mengutip satu persatu kepingan gambar itu, sebelum menggelengkan kepala. Dia cuba menafikan namun, Naufal pasti tidak akan mempercayainya. Gambar-gambar itu hanya mampu dilihat bersama linangan air mata.

"I... I boleh jelaskan. I can explain." Rayunya sebelum memeluk erat pinggang Naufal. Namun, lelaki itu bertindak menolak tubuhnya dengan kasar sehingga dia terjelepok ke atas lantai. Raihana tertunduk malu. Dia tahu apa yang bakal terjadi selepas ini, dan dia tidak bersedia untuk detik itu.

"Nur Raihana binti Zamri, aku ceraikan kau dengan talak satu. Sila keluar dari rumah ni! Dan jangan pernah muncul depan aku lagi! Aku betul-betul tak sangka sebegini kejinya kau pada kakak sendiri!" Rambutnya diraup kasar ke belakang. Suaranya bergema memenuhi segenap ruang di dalam bilik tidur mereka.

Pasu bunga seramik di atas meja solek ditepis sehingga jatuh berderai di atas lantai. Bahunya terhenjut kerana terkejut dengan amukan Naufal. Sebelum ini, dia tidak pernah melihat Naufal semarah itu. Tubuhnya menggeletar ketakutan.

"Ini kerja kau juga kan?!" Sebuah tangkal dilemparkan ke arah Raihana. Wanita itu masih terdiam. Hanya esakannya sahaja yang kedengaran.

"Kau bomohkan aku? Semata-mata untuk musnahkan rumah tangga kami? Kau memang perempuan jalang! Kau sanggup hancurkan hidup kakak kau sendiri demi wang ringgit kan? Nah, kutip duit-duit ni, dan berambus dari rumah aku! Now!" Bentak Naufal dengan kuat. Raungan Raihana tidak diendahkannya. Dia terus mencapai baju serta seluarnya sebelum meluru keluar dari bilik itu.

Naufal langsung tidak menyangka bahawa selama ini dia dipergunakan oleh Raihana. Beberapa bulan yang lalu, dia menghadiri temu janji bersama seorang klien dari China di sebuah hotel. Waktu itu, dia ternampak Raihana masuk ke dalam lif bersama seorang lelaki sambil berpegangan tangan.

Sejak itu, dia mengupah seorang pengintip untuk mengekori isterinya dan memperhatikan setiap tindak-tanduk wanita itu. Dan, hatinya menjadi sakit, saat pengintipnya menghantar gambar-gambar hasil risikan yang jelas menunjukkan Raihana sedang bermesra bersama seorang lelaki tanpa segan silu di lobi hotel.

Naufal juga diberitahu bahawa sebelum ini, Raihana pernah bekerja sebagai pelayan kelas atasan di sebuah kelab malam. Untuk mendapatkan bukti yang lebih kukuh, Naufal memutuskan untuk memasang CCTV di beberapa bahagian rumahnya untuk memerhatikan Raihana. Ketika itulah, dia melihat sikap aneh isterinya yang sering masuk ke dalam bilik tidur mereka dan meletakkan sesuatu di bawah katil.

Setelah diperiksa, Naufal menemukan sebuah tangkal yang dibalut dengan kain merah. Dia terus membawa tangkal itu ke sebuah pusat rawatan Islam, lalu mendapatkan rawatan di sana selama beberapa minggu.

Naufal dijelaskan bahawa selama ini, dia berada di bawah pengaruh sihir sehingga dia tidak sedar dengan setiap perbuatannya. Disebabkan itu jugalah, dia mula membenci Anisa.

Naufal hampir bunuh diri ketika mengenangkan layanannya terhadap bekas isterinya selepas dia mengalami keguguran. Dia menjadi dalang di sebalik kematian darah dagingnya sendiri.

Raihana menarik bagasinya menuju ke muka pintu. Dia cuba mencari Naufal, namun lelaki itu tiada di sana. Tangkal yang berada dalam genggamannya ditatap sayu. Tiada guna dia menyesalinya sekarang. Dia sudah terlalu jauh meninggalkan jalan Allah. Air matanya jatuh lagi. Betapa banyak dosanya pada Anisa dan Naufal.

Dia memberikan salam terakhir, sebelum melangkah keluar dari rumah itu. Raihana memutuskan untuk pulang ke kampung. Dia tidak mempunyai sesiapa lagi di sini. Namun, saat memikirkan reaksi ibunya nanti, dia bertambah risau. Pasti Yati bakal membencinya.

Raihana berhenti berehat di sebuah pondok, tidak jauh dari apartmen Naufal. Lantas, dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya sebelum menatap sayu kit ujian kehamilan itu. Jadi, inilah kifarah bagi dirinya.

Dulu, dia menghalau kakaknya yang baru sahaja keguguran sehelai sepinggang, dan kini, nasib yang sama telah menimpa dirinya. Namun, nasibnya boleh dikira jauh lebih baik berbanding Anisa. Anak dalam kandungannya masih hidup sementara Anisa...

Raihana memejam erat matanya. Dia tidak sempat memberitahu tentang kandungan itu pada Naufal. Biarlah, mungkin itu yang terbaik buat mereka berdua. Dia akan cuba reda dan menerima balasan ini dengan hati yang tabah walau, dia tidak kuat lagi.

Naufal cuba menghubungi Anisa namun panggilan tidak dijawab. Dia memecutkan kereta, menuju ke gerai Anisa. Dia mahu Anisa kembali padanya. Dan, dia akan menceritakan segalanya pada wanita itu, termasuklah tentang Raihana. Pasti Anisa akan faham.

Dia yakin, Anisa juga akan bersetuju untuk menikah semula dengannya. Mustahil dia melupakan segala kenangan yang pernah mereka bina sebelum ini dalam masa yang singkat.

"Kenapa dia call banyak kali?" Anisa masih berkira-kira untuk menjawab panggilan daripada bekas suaminya. Dia hanya mampu memandang sepi tiap kali telefon bimbitnya berdering.

Anisa menggenggam erat jemarinya sambil menatap skrin peranti yang sedang bercahaya itu. Biarkan sajalah, lama kelamaan nanti, dia akan berhenti juga.

"Tolong angkat sayang. Please...Abang merayu sangat-sangat." Naufal semakin terdesak. Kalau boleh, sekarang juga dia mahu mengahwini Anisa dan membawanya pulang. Mereka boleh mulakan hidup baru bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience