13

Romance Series 47385

Sedari dari tengah pagi lagi, Naufal sudah terpacak bersama keretanya di hadapan gerai Anisa. Plan A tak jadi, kini dia beralih pula ke plan B. Dia mahu mengambil hati Anisa dengan membantunya di gerai. Alang-alang hulurkan tangan, bolehlah dia ngorat Anisa sekali. Terkekek dia sendirian di dalam kereta kerana kepintaran akalnya. Bijak kau ni Naufal, bijak! Lepasni, aku confirm, Nisa akan suka kat aku balik! Anisa, wait for me, my beibeyyy! Terkumat kamit bercakap sendiri tanpa menyedari...

"Eee, meluat aku tengok! Macam kerang busuk. Tersengih-sengih macam tak cukup bulu hidung. Sumbat stokin karang! Dahlah gigi kuning" Yazid merengus. Sempat dia men'zoom' barisan gigi Naufal dengan teropongnya sambil menyeringai kegelian. Bukan setakat Naufal sahaja yang sedang menunggu Anisa, namun Yazid dan Kamil juga sudah menonong di belakang gerai burger sejak 5 pagi lagi. Over je tiga-tiga ekor ni. Padahal orang tu bukak kedai pukul 8 pagi nanti.

Apabila menyedari kehadiran kereta Naufal di situ, Yazid dihimpit rasa cemburu dan marah. Aku dulu kot yang sampai! Getusnya dengan geram. Sementara pemandunya, Kamil pula sudah lama berpindah ke alam lain. Awal-awal sampai tadi, lelaki itu sudah terlena di tempat duduknya. Siap bawak bantal dengan selimut lagi dari rumah! Yazid pun tak kisah. Yelah, terlalu awal kalau dia nak paksa Kamil jadi pengintip padahal gerai hanya akan dibuka sekitar pukul 8 pagi. Kesunyian tengah pagi itu membuatkan Yazid menarik hoodie yang tersarung pada tubuhnya ke bawah bagi menutupi bahagian pinggang dan perutnya. Pendek dan ketat! Malam semalam, habis digeledahnya satu bilik semata-mata untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai pada hari ini. Namun, makin lama dia cari, makin luntur harapannya. Kerana kesemua pakaian Yazid, kelihatan matang dan bertepatan dengan usianya yang semakin meningkat. Berdecit kecewa lalu mencampakkan beberapa helaian baju ke atas lantai.

Dia mahu tampil muda dan bergaya di hadapan Anisa seperti budak-budak remaja sekarang. Dan kerana itu, tengah-tengah malam dia memutuskan untuk menghubungi Kamil yang sudah terbuai dibawa mimpi untuk meminjam baju yang kelihatan sempoi. Tapi, tidak terlintas dek akal, yang si Kamil akan membawanya hoodie. Terasa janggal pula memakai baju itu. Dahlah warna kuning lepastu siap ada ukiran animasi Spongebob di tengah-tengah. Yazid melemparkan pandangan 'jahanam kau Kamil' sebelum memulakan tazkirah, dan diikuti pula dengan sesi ceramah kepada Kamil sebelum lelaki itu tertidur kerana sakit telinga.

Kini, baju itu tersarung elok di atas tubuhnya, cuma sedikit pendek dan berpotensi mendedahkan bahagian pinggang mahupun perut Yazid jika dia menunduk. Macam manalah aku nak tunjuk muka depan orang nanti. Haih, parah ni!

Yazid membawa semula tumpuannya pada Naufal yang kelihatan senyap di dalam kereta. Aik, dah tidur ke? Terus dibawa teropong ke mata dan diintip.
Cis, dia tengok gambar janda dia pulak! Yazid mengepal penumbuk dengan muka yang sudah kemerahan.

Meanwhile...(nada dan tona macam dalam kartun Spongebob)

"Cantik sayang abang ni. Macam manalah abang boleh buat benda tu kat sayang dulu. Abang, betul-betul dah menyesal. Abang nak kita mula balik." Ibu jari mengusap skrin telefon bimbitnya yang memaparkan gambar Anisa, yang sedang tersenyum sambil melayan pelanggan. Gambar itu diambilnya secara curi-curi beberapa hari yang lepas. Sedang asyik dia meneroka setiap inci wajah Anisa, tiba-tiba gambar itu hilang daripada paparan di skrin. Terkedu Naufal seketika. Namun, selang beberapa saat, dia berdecit bengang setelah melihat nama pemanggil yang terpapar pada skrin, Berudu Berbulu. Malas-malas dia menarik butang terima panggilan dan menjawab.

"Kau nak apa?! Pagi-pagi buta dah kacau hidup aku!" Hilang terus mood setelah mendengar suara sengihan di hujung. Naufal mengetap giginya dengan kuat. Kalaulah dia boleh gigit Yazid tu sampai lumat, sudah lama dia lakukan. Lelaki itu memang mencabar kesabarannya.

"Suka hatilah! Kau nak tahu tak apa hobi kegemaran aku?" Takde angin, takde ribut, tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul dari mulut Yazid.

Naufal mula mendengus. Call orang pagi-pagi buta macam ni, semata-mata nak tanya pasal hobi bodoh dia? Ingat dia tu siapa, sampai aku ni kena ambik tahu pasal hobi dia bagai! Gerutunya sebal dalam hati.

"Nak tahu ke taknak?!" Amboi, dah pandai nak sergah-sergah orang. Dasar makhluk menjengkelkan. Sambil menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan, Naufal cuba mengumpul kesabaran yang semakin tipis disebabkan sikap Yazid yang menyakitkan hati. Nak taknak, dia kena tanya jugak. Mahu meletak panggilan Yazid? Rasanya tidak mungkin! Lelaki itu dari luarannya sahaja nampak matang, tapi hanya orang yang kenalnya sahaja tahu perangai sewelnya. Pernah sekali Naufal sengaja tidak mengangkat panggilan daripada Yazid. Dan tiba-tiba dia dikejutkan dengan berita projek baharu yang diterima oleh syarikatnya, bakal diberikan kepada syarikat di bawah naungan Yazid. Nyaris jantungnya mahu tercampak keluar sekali dengan usus-ususnya sekali. Sejak itu, Naufal tidak berani memperlekehkan panggilan daripada seorang insan yang bergelar Tengku Yazid. Setelah lama membisu, malas-malas dia membuka mulut.

"Ha, apa dia?" Antara dengar tidak dengar sahaja suaranya. Nampak sangat tak ikhlas nak tahu. Tapi, manusia yang kuat perasan seperti Yazid, pasti tidak akan ambil kisah langsung. Dasar muka tembok! Kutuk Naufal.

"Hobi aku adalah usha kau!" Terus berdekah Yazid ketawa dengan lawak hambarnya. Takde hati perut langsung. Lawak macam tu pun, dirasakan kelakar. Naufal mencebik bosan.

"Macamlah aku tak tahu yang hang dengan anak ikan hang tu tengah skodeng aku. Tahulah aku ni handsome daripada kau, tapi janganlah sampai nak jadi paparazzi tak berbayar. Ke kau suka kat aku? Terus terang je...cuma i want to say sorry to you sweety...as i seorang lelaki sejati. Tak suka bergaul dengan orang-orang macam kau! Sengal!" Perli Naufal diselangi dengan ketawa halus seakan menyindir Yazid.

"Aww, thats so sweet of you. Yeah, i had to admit that you are a real man. Lelaki sejati yang dah lukakan hati seorang perempuan dan lelaki yang sanggup menduakan isteri tanpa kerelaannya hanya sebabkan nafsu. Setakat sebut di mulut sahaja tidak ada guna, kalau tak adapt in your real life. Lelaki sejati takkan tergugat hanya kerana nafsu. Shame on you bro. Oh ye, sebelum aku lupa, tok sahlah duk merenyam tengok gambar janda kau lama-lama. She wont be yours!" Terus diletakkan panggilan bersama satu senyuman sinis. You are not my level lah Naufal! Kau dengan bapak kau, sama je. Tanpa sengaja dia terpaling pada Kamil yang sedang berdengkur. Ditatap sayu wajah lelaki berkenaan. Kalaulah dia tahu perkara yang sebenar, mesti dia sedih. Satu keluhan kasar lolos dari mulut Yazid. Dengan lembut, dia elus ubun-ubun Kamil sambil tersenyum hambar.

Bangsat! Dengan kasar telefon bimbitnya dicampakkan ke atas lantai kereta. Diraup wajahnya berulang kali bersama laungan suara yang sedang menahan amarah. Cepat atau lambat, Anisa akan jadi milik aku semula. Aku takkan biarkan mana-mana jantan lain sentuh dia! If i had to destroy him, i will do so! Stereng kereta dihentak sekuat hati bagi melampiaskan rasa tidak puas hati terhadap kata-kata Yazid sebentar tadi.

next chap... author mungkin akan update lambat2...slowupdate ye.....busy sampai tak cukup masa and idea nak karang kadang2..so harap para pembaca memahami keadaan Cass ^_^ dan selamat berbuka semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience