BAB 2

Family Completed 1293

“Aku belum bersedia nak balik lagi Is”. Jawab Ammar ringkas. Entah mengapa sudah seminggu ini hatinya tidak tenang. Dia resah bagaikan ada sesuatu yang bakal terjadi. Rasa hatinya tidak seperti selalu. Acapkali dia bermimpikan arwah ibunya yang sudah lama meninggal dunia dan wajah tua ayahnya yang sudah lima tidak tahun ditatapinya.

“Relakan hati kau tu Ammar. Kau anak…dia ayah. Layak kah kau buat ayah kau macam tu?” Iskandar bangun, duduk bersila pula atas sofa. Sesekali matanya digosok. Bukan dia tidak mengantuk tetapi melihatkan sikap Ammar sejak seminggu ini, dia seperti tidak senang duduk. Ammar bukan mudah untuk bercerita tentang masalahnya. Terlalu perahsia dan pendiam. Itulah Ammar yang dikenalinya.

“Hati aku masih tak boleh nak terima apa yang mereka dah buat pada aku Is”. Suara Ammar bergetar. Sukar untuk dia melafazkan kata-kata tersebut pada Iskandar yang selalu menasihatinya. Ammar meraub mukanya beberapa kali. Dia beristifar. Mencari kekuatan dirinya. Jika disingkap kisah lima tahun lalu, hatinya akan kembali terluka. Walaupun tidak kelihatan lukanya, namun parutnya masih ada.

“Sebagai kawan yang dah tahu masalah kau, aku berhak menasihati kau Ammar. Sebab aku tak mahu kau terus hanyut dengan rajuk di hati kau tu. Tak ke mana pun Ammar. Buruk baik dia tetap ayah kau. Sekalipun dia hanya ayah angkat kau”.

“Aku tak mampu Is. Siapa aku di mata ayah aku…kau tak faham apa yang aku rasa Is. Luka di hati aku ni, walaupun dah sembuh tapi parutnya tetap ada. Ibarat kertas Is…sekali kau dah ronyokkan, kau betulkan semula pun, dah tak sama, dah tak cantik lagi”. Terang Ammar. Dia cuba menahan sebak di hatinya. Bukan dia tidak mahu balik ke rumah ayahnya, tetapi apabila mengingatkan semula kata-kata terakhir ayahnya, dia mematikan niatnya. Ammar bangun. Kembali melihat langit malam yang tidak nampak apa-apa kerana hujan.

5 Tahun lalu…

“Amm bersumpah ayah, Amm tak pernah buat kerja terkutuk tu. Buat apa Amm nak buat semua tu? Untuk apa Amm mencuri?” Terang Ammar kepada ayahnya, Ismail. Belakang badannya yang sudah berbalau dilibas dengan rotan oleh Ismail ditahan dengan penuh rasa kesakitanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience