BAB 4

Family Completed 1293

“Saya tak bersalah! Buat apa saya nak bertanggungjawab pula?” Ammar meninggikan suaranya. Dia tidak mahu menjadi ‘Kambing Hitam’. Bukan kata menyentuh Rohaya, bertegur sapa dengan Rohaya pun dia tidak pernah. Dia tahu Rohaya antara anak gadis kampung yang mempunyai raut wajah yang cantik. Rohaya sering menjadi sebutan anak-anak muda di kampungnya. Tetapi untuk jatuh hati dan cinta pada Rohaya tidak sesekali. Dia masih belum bersedia untuk mengahwini mana-mana anak gadis dalam kampungnya. Dia mahu mengejar cita-citanya terlebih dahulu.

“Diam!” jerkah Ismail. Kali ini tangannya hinggap ke pipi Ammar. Tubuhnya menggigil apabila melihatkan mulut Ammar yang berdarah akibat tamparannya. Semenjak dia mengambil keputusan untuk memelihara Ammar, selepas kematian sahabat baiknya Rosli di laut. Dia berjanji akan menjaga Ammar dengan sebaik mungkin seperti anak kandungnya. Sejak berumur 10 tahun dia memelihara Ammar, tidak pernah dia naik tangan kepada Ammar.

Ammar pejamkan matanya. Rasa bisa kesan rotan di belakang badannya semakin kuat, kini di tampar pula. Ammar pandang wajah Wak Derus. Wak Derus yang digeruni oleh orang-orang kampung kerana wajah dan sikapnya yang garang. Dia berjalan menghampiri Wak Derus.

“Saya bersumpah dengan nama Allah. Saya tak buat kerja terkutuk tu Wak Derus. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana saya boleh berada di kandang lembu Wak Derus. Tentang Rohaya pun…saya tak tahu langsung”. Ucap Ammar lemah. Kali ini dia memohon simpati dari Wak Derus. Dia benar-benar tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan bagaimana dia boleh berada di kandang lembu Wak Derus.

“Kau jangan nak merayu dengan aku Ammar. Apa terjadi sekalipun…kau mesti bertanggungjawab pada Rohaya. Kau memang ada niat tak baik selama ini pada anak aku”. Wak Derus menepis kasar tangan Ammar yang memegang bahunya. Sedikit pun tidak ada rasa simpati dan kasihannya pada Ammar.

Ismail mengurut dadanya berulang kali. Terasa seperti jantungnya berhenti berdengup apabila mendengar kata-kata Wak Derus. Hisyam pandang Ummairah. Ummairah asyik menangis sejak tadi, tidak berkata apa-apa. Hisyam tahu, Ummairah paling rapat dengan Ammar, semenjak ayahnya membawa Ammar pulang ke rumah untuk di jadikan anak angkat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience