BAB 5

Family Completed 1293

“Kalau begini sejak tadi…bila nak sudahnya?” Soal Embung, selaku ketua kampung. Wajah Penghulu Hitam dipandang. Dia juga seperti Penghulu Hitam, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Seluruh kampung Sungai Puteri tahu dan kenal siapa Ammar.

“Anak aku kat rumah tu macam mana? Nak dibiarkan begitu sahaja? Aku tak kira, aku nak Ammar ni…bernikah dengan anak aku, malam ini juga!” Kali ini tangan Wak Derus yang kasar itu menarik leher baju Ammar, membuatkan tubuh Ammar terdorong ke depan.

“Sudah Wak Derus, jangan buat adik saya macam ni. Saya ni abang dia. Saya tahu adik saya bagaimana, jangan sesekali Wak Derus nak buat keputusan sendiri”. Hisyam segera menarik Ammar. Tubuh Ammar yang lemah itu dipapah masuk ke dalam rumah. Ummairah yang melihatkan perbuatan abangnya Hisyam, segera membantu memapah Ammar masuk ke dalam rumah.

“Baiklah Derus, aku pun malu dengan apa yang Ammar dah buat pada kau dan anak kau. Kau bagi aku selesaikan hal ni dahulu, biar aku berbincang dengan Ammar. Esok…pagi-pagi aku janji…aku janji aku ke rumah kau Derus. Kau baliklah dahulu. Aku rayu pada kau Derus, kau jangan report polis.” Ismail bersuara lemah mengharapkan Wak Derus faham akan situasi yang berlaku.

“Baik…aku pegang pada janji kau Mail. Nahas Ammar aku kerjakan…kalau kau tak datang esok. Bukan setakat aku masukkan dia ke lokap. Bunuh dia pun aku sanggup!” Wak Derus mengugut lalu meninggalkan perkarangan rumah Ismail dengan marah.

Penghulu Hitam menggelengkan kepalanya. Siapa yang tidak kenal dengan Derus yang terkenal dengan gelaran ‘Wak’ kerana telor jawanya yang pekat. Bukan itu sahaja, Derus sememangnya seorang yang agak bengis dan kasar. Kerana itu orang-orang kampung agar gerun dengan sikap Wak Derus.

“Mail, kau pergilah masuk ke dalam. Hari dah malam ni. Kau bincang elok-elok dengan Ammar dan anak-anak kau yang lain. Aku yakin Mail…Ammar tak bersalah. Ini mesti ada orang yang rasa tak puas hati dengan dia, nak aniaya dia”.

“Ye lah Mail, aku setuju dengan kata-kata Embung tu. lagipun Ammar tu kan baik budaknya. Tengok sahaja kolam ikan talapia dia tu…baru setengah tahun dia usahakan, dah berjaya dapatkan hasil” Penghulu Hitam menepuk bahu Ismail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience