BAB 7

Family Completed 1293

“Ayah…nak buat apa dengan beg tu? Ayah nak halau ngah ke?” Soal Ummairah sebaik sahaja terpandang sebuah beg galas milik Ammar di tangan ayahnya.

“Pergi kejutkan ngah kau,jangan kau nak menyoal ayah pula Ummairah”. Ismail tinggikan suaranya.

Dengan langkah terpaksa, Ummairah berjalan ke ruang tamu. Tubuh Ammar yang tidak berbaju itu dipandang penuh simpati. Bahu Ammar ditepuk beberapa kali.

“Aduh…kenapa ni Ummairah?” Ammar membuka matanya perlahan-lahan. Mukanya berkerut tebal menahan sakit akibat libasan rotan ayahnya. Dia bangun duduk sambil memeluk tubuhnya dengan kedua belah tangan. Rasa bisa mula menular seluruh badannya.

“Ngah, ayah panggil. Dia nak jumpa Ngah kat dapur”. Ummairah tidak dapat menahan tangisannya. Dia menangis teresak-esak. Sepertinya dia sudah dapat meneka apa yang bakal dilakukan oleh ayahnya malam ini.

“Kenapa Ummairah menangis?” Long mana?” Soal Ammar lemah. Dia cuba bangun tetapi tubuhnya benar-benar tidak dapat bertahan. Sudahlah teruk dibelasah dengan Wak Derus. Setibanya di rumah, ayahnya pula melibaskan rotan di belakangnya.

“Mari Ummairah papah Ngah. Kesihan la Ngah ni…siapalah agaknya yang dengki dan busuk hati pada Ngah ni?” Ummairah menghaburkan kata-kata geramnya sambil memapah tubuh Ammar yang lemah. Air matanya yang mengalir dibiarkan sahaja membasahi pipinya.

“Ummairah, jangan cakap macam tu dik. Bagi Ngah, cukuplah Ummairah dan Long percaya pada Ngah. Ayah tak percaya Ngah pun tak mengapalah. Asalkan Ngah ada Ummairah dan Long” Ammar membalas kata-kata adiknya.

“Ngah…maafkan Long, Long tak dapat berbuat apa-apa masa Ngah kena pukul dengan Wak Derus dan ayah” Muncul Hisyam dari dapur, lalu tangan kiri Ammar diangkat dan diletakkan di bahunya.

“Sudahlah Long…benda dah nak jadik, cakap banyak pun tak guna Long” Ammar cuba memujuk hatinya sendiri. Sedangkan apa yang berlaku pada dirinya hari ini, amat sukar untuk di terima. Jika dia tidak kuat, masakan dia boleh bertahan lagi walaupun dipukul teruk oleh Wak Derus dan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience