BAB 11

Family Completed 1293

“Ba…baiklah Ngah, esok selepas solat subuh, Ummairah buatkan jemput-jemput ikan bilis yang paling sedap untuk Ngah” Balas Ummairah gembira.

Hisyam peluk erat tubuh Ammar. Belakang Ammar yang luka diusap perlahan-lahan.” Terima kasih Ngah, sebab tak keluar dari rumah ni. Apa yang berlaku nanti, kita tanggung bersama, kan kita adik beradik” Ucap Hisyam di telinga Ammar. Ammar hanya tersenyum kelat.

Ammar masuk ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik ayahnya. Bilik Hisyam dan Umairah berada di tingkat atas. Almari pakaiannya dibuka. Dia mencapai beberapa helai baju dan seluarnya lalu dimasukkan dalam beg bajunya. Sesekali mukanya berkerut menahan sakit luka di belakangnya. ‘ Bisa juga kena rotan ni’ bisik hati Ammar. Seumur hidupnya, inilah pertama kali dia di rotan oleh ayahnya. Walaupun setiap hari dia melihat bagaimana rotan-rotan mentah yang dibeli dari orang-orang Pri-bumi di Kampung Leban Chondong, diproses di kilang ayahnya. Malah tidak pernah terfikir yang dia akan merasa bisanya penanggan rotan tersebut.

Ammar selak lansir biliknya. Hujan sudah berhenti. Rasa sejuk terasa hingga ke tulangnya. Jam dinding yang tergantung dalam biliknya, dipandang. Tepat jam dua pagi. Dia yakin semua sudah tidur. Beg pakaiannya yang sudah terletak atas katil, dicapai lalu digalas ke bahunya. Perlahan-lahan pintu bilik ditarik. Dia melangkah keluar dari biliknya. Dia berdiri di muka pintu bilik ayahnya.

Tombol pintu bilik ayahnya dipulas perlahan-lahan. Dia mahu menatap wajah ayahnya untuk kali terakhir. Wajah ayah yang menjaga dia selama ini dengan penuh kasih sayang. Perlahan-lahan daun pintu dikuak Ammar. Kelihatan ayahnya sedang tidur. Dalam cahaya lampu tidur yang samar-samar, Ammar tatap wajah ayahnya. Ada seutas tasbih berwarna biru di tangannya ayahnya. Ammar tahu, sudah menjadi kebiasaan ayahnya akan berzikir setiap kali hendak tidur. Perlahan-lahan dia menarik tasbih tersebut dari tangan ayahnya.

“Ayah… tasbih ni Amm pinjam. Nanti bila Amm balik, Amm pulangkan pada ayah semula. Amm sayangkan ayah dunia dan akhirat Amm. Amm tak sanggup kehilangan ayah. Amm redha ayah membenci Amm. Amm tak salahkan ayah. Ayah jaga diri baik-baik. Amm pergi dahulu ayah, selamat tinggal. Assalamualaikum.” Dia melangkah keluar dari bilik ayahnya. Dia tekad pergi sebagaimana arahan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience