BAB 13

Family Completed 1293

Ammar merebahkan tubuhnya atas katil. Tasbih biru milik ayahnya yang sentiasa berada bawah bantalnya diambil dan dicium beberapa kali. Dia mula berzikir. “Astaghfirullah al’azzim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul qayyum” Akhirnya perlahan-lahan matanya terpejam, lena dalam peraduan lafaz zikirnya.

Ismail pandang Hisyam yang leka menyuapkan mee goreng ke mulut. Ummairah masih berada di dapur. Berkali-kali mee dalam pingannya dikuis. Seleranya seminggu ini tidak seperti selalu. Kebiasaannya jika Ummairah membuat sarapan mee goreng, dua kali dia akan menambah. Mana tidaknya, masakkan Ummairah anak bongsunya itu hampir sama rasanya dengan masakkan arwah isterinya.

“ La, kenapa dikuis-kuis mee tu ayah?” Soal Hisyam kepada ayahnya. “Ayah, ayah, kenapa diam ni?” Hisyam hairan dengan tingkah laku ayahnya yang hanya mendiamkan diri sejak tadi. Panggilannya tidak disahut.

Ismail pandang wajah Hisyam. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Cawan berisi kopi panas dicapai lalu dihirup perlahan-lahan. Tiba-tiba rasa rindu bertandang dalam hatinya kepada Ammar. Lima tahun dia tidak mendengar khabar berita daripada Ammar. Entah hidup entah mati dia tidak tahu. Sepucuk surat pun tidak ada daripada Ammar. Marah dan merajuk benar Ammar dengannya. Ismail hirup lagi perlahan-lahan kopi dalam cawannya. Hisyam faham. Semejak Ammar pergi menghilangkan diri lima tahun ini, ayahnya menjadi agak pendiam. Bukan dia tidak tahu ayahnya rindu benar pada Ammar.

“ Ayah teringatkan Ammar ye?” Soal Hisyam ringkas. Ismail masih diam, tidak menjawab soalan daripada Hisyam. Memang benar dia rindu pada Ammar yang sudah di anggap seperti darah dagingnya sendiri. Hanya Allah sahaja yang tahu, apa yang sedang bermain dalam benak fikirannya tentang Ammar. Siang dan malam dia teringatkan Ammar. Lima tahun begitu lama dia menunggu kepulangan semula Ammar. Namun anaknya itu seperti terus merajuk membawa diri. Kisah malam itu yang menjadi titik perubahan mereka sekeluarga benar-benar menjadikan dia seorang perindu. Rindunya pada Ammar yang tidak terucap dari mulutnya. Sebulan selepas pemergian Ammar, barulah kisah sebenar tersingkap. Siapa yang punya angkara membuat fitnah kepada Ammar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience