BAB 12

Family Completed 1293

Ammar kembali duduk di sofa. Iskandar yang sudah lena dibiarkan sahaja atas sofa. Dia menghela nafasnya. Teringat kisah lima tahun lalu cukup meruntun jiwanya. Sihatkah ayah? Long dan Ummairah?’ Ammar menyoal dirinya sendiri. Rindu yang mencengkam hatinya semakin menyesakkan nafasnya setiap hari. Lima tahun ini dia tidak pernah pulang ke kampung. Apatah lagi bertanya khabar tentang mereka semua.

Kisah Rohaya yang kononnya diperkosa. Kandang lembu Wak Derus yang hampir-hampir musnah dijilat api, semua itu dia tidak tahu. Dan siapakah orang yang sanggup memfitnah dirinya juga dia tidak tahu. Semenjak dia melangkah keluar dari rumah dan kampungnya malam itu,dia bertekad tidak akan kembali lagi. Biarlah peristiwa hitam itu tersimpan utuh dalam kehidupannya.

Bukan dia mahu merajuk lama-lama dengan ayahnya. Dan bukan dia takut dengan ugutan Wak Derus, tetapi dia masih ingat kata-kata akhir ayahnya. Dia hanya dibenarkan pulang semula jika dia sudah mati. Ammar tersenyum sendiri apabila mengingatkan kata-kata ayahnya. ‘Kalau aku mati, barulah aku balik, selagi aku hidup ni…biarlah aku tanggung rasa rindu pada ayah, pada Long dan pada Ummairah’ dia mengomel sendiri dalam hatinya. Ammar gelengkan kepalanya.

Lima tahun ini juga dia tinggal bersama Iskandar yang merupakan rakan sebiliknya semasa dia menuntut di Uitm Segamat. Ingatannya masih segar, bagaimana pagi itu dia berjalan kaki sejauh satu kilometer menuju ke stesen bas Bandar Baru, Kuala Rompin. Usianya waktu itu 30 tahun. Kini usianya sudah pun mencecah 35 tahun.

Ammar meraub mukanya. Kolam ikan Talapia yang diusahakan olehnya ditinggalkan begitu sahaja. Entah ada lagi entah tidak kolam ikan tersebut, dia tidak tahu. Berbekalkan duit simpanan yang dia ada. Dia memulakan hidup baru di Daerah Muar. Daerah yang tidak asing bagi dirinya, kerana sebelum itu dia sudah beberapa kali mengikut Iskandar pulang bila ada cuti semester sewaktu menuntut di Uitm Segamat dahulu. Mujur juga Iskandar masih bujang dapatlah dia menumpang di rumah Iskandar. Iskandar, walaupun masih mempunyai kedua ibubapa, tetapi Iskandar lebih senang tinggal sendiri.

Ammar capai semula Tafsir Al-Qurannya. Hujan masih belum berhenti. Dia menggorak langkah menuju ke biliknya. Akhir-akhir ini kuat benar rasa rindunya terhadap ayahya. Jika tidak kerana kata-kata ayahnya lima tahun dahulu, sudah lama dia pulang ke kampung. Rindunya dia untuk mendakap tubuh ayah yang telah banyak berjasa padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience